Tuesday 30 September 2014

Bagaimana Menyediakan Makanan Bayi Secara Selamat

Kementerian Kesihatan menyatakan bahawa waktu terbaik memberikan bayi makanan pejal ialah ketika usianya enam bulan. Bagi ibu bapa yang baru mula memberikan bayinya makanan pejal, kebersihan semasa proses penyediaan makanan tersebut adalah penting bagi menjamin kebersihan makanan pejal yang disediakan untuk bayi. Ini kerana perut bayi mudah diserang kuman dan jangkitan disebabkan sistem imun badan bayi yang masih belum sempurna.

kaedah menyediakan makanan bayi secara selamat

Bukan sahaja proses penyediaan makanan yang penting, malahan peralatan seperti sudu dan mangkuk yang digunakan untuk memberi bayi makan juga perlu dipastikan kebersihannya. Cara yang paling mudah adalah dengan mensteril sudu dan mangkuk tersebut dalam air yang sangat panas. Kemudian keringkan dengan tisu atau kain pengelap yang bersih sebelum digunakan.

Adakah dengan mensterilkan peralatan memberi bayi makan sudah memadai? Pastinya belum memadai kerana terdapat perkara lain yang harus ibu bapa berikan perhatian seperti:
  • membasuh tangan dengan bersih setiap kali anda ingin menyediakan makanan bayi
  • membasuh tangan bayi setiap kali sebelum bayi makan
  • menukar tuala dan kain pengelap dapur dengan kerap
  • mencuci kerusi bayi, bib dan tempat makan dengan air sabun yang panas
  • memanaskan makanan bayi sepenuhnya dan dibiarkan sejuk seketika sehingga suhu yang sesuai sebelum diberikan kepada bayi
  • pastikan makanan bayi tersebut betul-betul masak dan bukannya separuh masak dll.
bagaimana menyedaikan makanan bayi

Namun harus diingatkan, terdapat perkara yang harus ibu bapa ELAKKAN dalam penyediaan makanan bayi iaitu:
  • apabila makanan bayi sudah dinyahbekukan, jangan bekukan makanan itu semula. Dikhuatiri bakteria sudah membiak dalam makanan tersebut
  • elakkan memanaskan makanan bayi lebih daripada sekali. Sebab itu penting untuk ibu menyediakan makanan bayi yang segar lebih kerap dan sediakan dalam kuantiti yang bersesuaian supaya tidak berlaku pembaziran.

Ingin membeli produk Shaklee secara online?
Hanya klik ikon eSell di belah kanan blog ini.
order shaklee secara online

Ingin dapatkan produk Shaklee secara COD (cash on delivery)? 

Berminat menjana pendapat sebagai SID (Shaklee Independent Distributor)?
Pertanyaan serta penyertaan anda sangat dialu-alukan :)

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Pengedar Shaklee di Puncak Perdana Seksyen U10-Bukit Jelutong-TTDI Jaya Shah Alam

Produk Shaklee sememangnya hots dan sentiasa laris. Buktinya kat mana-mana saja orang dok mencari-cari di mana nak beli produk Shaklee ni, bagaimana cara nak dapatkan produk Shaklee ni, berapa harga produk Shaklee, bagaimana cara makan produk Shaklee dan bermacam lagilah. Pendek kata, all about Shaklee gitu yang orang dok cari-cari.

Bagi mereka yang inginkan produk Shaklee secara pantas tanpa perlu menunggu hari esok, saya nak kongsikan berita baik ni. Anda boleh mendapatkan produk Shaklee secara cash on delivery (COD) daripada mana-mana pengedar Shaklee di bawah empayar saya.

Berita baik bagi mereka yang tinggal di Puncak Perdana Seksyen U10, Bukit Jelutong, TTDI Jaya dan Shah Alam, anda bolehlah mendapatkan produk Shaklee secara cash on delivery daripada Pn. Munirah (Shaklee ID: 1079165).

Posing sikit ye Munirah kat sini sat...haha.


Sepertimana yang saya war-warkan tadi, COD area Munirah adalah sekitar Puncak Perdana Seksyen U10, Alam Budiman, Bukit Jelutong Seksyen U8, Seksyen U1 Politeknik Shah Alam, Seksyen U2 TTDI Jaya, Kampung Budiman, Meru serta kawasan yang berhampiran. Amboi semua kawasan dia conquer :D

Pada mereka yang berada di luar COD area Munirah jangan sedih kerana Munirah juga menyediakan penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia. Cuma tak janji boleh dapat on the spot la kan sebab faktor jarak dan Munirah menggunakan khidmat Pos Laju, GDEX dan CityLink. Tapi jangan risau, insyaAllah produk Shaklee yang anda order akan sampai dengan selamat.

So, kenapa harus beli produk Shaklee dengan Munirah ni ye?
  • merupakan pengguna produk Shaklee. Bukan setakat jual produk je tapi turut menggunakan produk Shaklee je tau. Yakin dengan produk Shaklee yang dijamin selamat, berkesan dan semulajadi melalui beribu-ribu ujian yang dijalankan.
  • hanya fokus mengedar produk Shaklee saja dan tidak menjadi pengedar untuk produk makanan tambahan (supplement) jenama lain. Produk Shaklee telah berada di pasaran melebihi 50 tahun dan bukan produk bermusim, maka ini adalah perniagaan yang sesuai untuk jangkamasa panjang.
  • mengutamakan pelanggan dan memberikan konsultasi yang terbaik secara percuma. Eksklusif untuk pelanggan sahaja ye.

Sekiranya anda ingin mendapatkan produk Shaklee boleh menghubungi Munirah di:

FB/Pinterest: Sharifah Munirah Syed Ali
Call/SMS/Whatsapp: 0133196652
Emel: shmunirah330@gmail.com
FB page: vitamin dan suplemen blog

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Cara Menyimpan Makanan Bayi Dengan Selamat

Dalam entri semalam, sudah saya kongsikan bagaimana menyediakan makanan bayi secara selamat. Jadi hari ini saya akan kongsikan pula bagaimana cara menyimpan makanan bayi secara selamat. Kedua-duanya sangat berkait rapat dan haruslah seiring bagi memastikan bayi benar-benar mendapat makanan yang bersih dan selamat.

Tidak dinafikan makanan bayi yang disediakan sendiri di rumah adalah yang terbaik kerana menggunakan bahan-bahan yang segar dan pastinya kebersihan yang terjamin. Namun oleh kerana para ibu moden hari ini boleh dikatakan semuanya bekerjaya, terdapat kekangan masa dalam menyediakan makanan bayi sendiri.

Solusi yang terbaik untuk mengatasi masalah kekangan masa tersebut adalah dengan menyediakan makanan bayi tersebut terlebih dahulu seperti di waktu hujung minggu. Sudah tentulah lebih bagus jika dapat sediakan makanan bayi secara segar setiap hari, tapi sekurang-kurangnya dengan berbuat demikian ibu dapat memastikan khasiat, kebersihan dan keselamatan makanan yang diberikan kepada bayinya.

baby food cubes
kiub makanan bayi

Bagaimana menyimpan makanan secara selamat dan menjamin kesegarannya?

Kebanyakan ibu yang bekerja menyimpan makanan bayi yang disediakan lebih awal dalam peti sejuk bergantung kepada berapa lama makanan itu ingin digunakan. Ada makanan yang disimpan dalam peti sejuk boleh bertahan sehingga sebulan, namun ibu harus memastikan teknik penyimpanan yang betul supaya makanan itu masih elok dimakan.

simpan makanan bayi secara selamat

Sejuk bekukan dalam bekas kecil

Makanan bayi seperti sayur, buah-buahan dan sebagainya boleh dihancurkan menjadi puri dan disejukkan segera sebelum dimasukkan ke dalam bekas kecil untuk dibekukan. Bekas kecil yang ingin dibekukan tersebut harus dibalut dengan pembalut plastik sebelum dimasukkan ke dalam freezer. Ini untuk menjamin kebersihan dan keselamatan makanan tidak tercemar. Periksa suhu peti sejuk dan pastikan ianya berada di antara 0 dan 5 darjah Celcius.

teknik penyimpanan makanan bayi yang selamat

Cuci bekas menyimpan makanan dengan bersih

Ibu harus memastikan bekas kecil yang digunakan untuk menyimpan makanan itu dicuci terlebih dahulu dengan air suam bersabun bagi membuang sebarang kekotoan yang melekat supaya makanan yang disimpan tidak tercemar. Dan pastikan bekas tersebut kering sebelum digunakan untuk menyimpan makanan.

Selain menjimatkan ruang, cara ini memudahkan ibu kerana ibu hanya perlu mengeluarkan kuantiti yang diperlukan sahaja kemudian dididihkan bersama-sama bahan lain yang ingin dicampurkan (sekiranya ada).

Buang sisa makanan bayi

Makanan bayi yang tidak habis dimakan perlu dibuang kerana makanan yang terkena air liur mengandungi bakteria yang akan berganda jika disimpan. Jadi ibu harus pandai menganggarkan kuantiti makanan yang boleh dihabiskan oleh bayi untuk mengelakkan berlakunya pembaziran.

bagaimana menyimpan makanan bayi

Label bekas menyimpan makanan

Walaupun makanan yang disimpan di dalam peti sejuk boleh tahan lama, ibu harus melabelkan bekas menyimpan makanan tersebut dengan tarikh makanan itu disediakan. Ini memudahkan ibu mengetahui jangka hayat makanan tersebut. Makanan yang melebihi sebulan disarankan dibuang kerana dikhuatiri ianya sudah kurang elok dan berkhasiat.

Pastinya dengan menyimpan makanan bayi dan disejuk bekukan dalam peti ais dapat membantu ibu yang mempunyai kekangan masa. Namun ibu harus memastikan bahawa makanan bayi tersebut disimpan dengan teknik penyimpanan yang betul dan selamat. Makanan bayi yang tidak disimpan dengan teknik penyimpanan yang betul akan menyebabkan makanan tersebut rosak dan mungkin menyebabkan bayi jatuh sakit. 

Ingin membeli produk Shaklee secara online?
Hanya klik ikon eSell di belah kanan blog ini.
order shaklee secara online

Ingin dapatkan produk Shaklee secara COD (cash on delivery)? 

Berminat menjana pendapat sebagai SID (Shaklee Independent Distributor)?
Pertanyaan serta penyertaan anda sangat dialu-alukan :)

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Monday 29 September 2014

Pengedar Shaklee Di Klang, Shah Alam dan Banting

Siapa kat sini pengguna setia produk Shaklee dari Klang? Atau anda orang Shah Alam dan baru nak mencuba produk Shaklee tapi tak tahu nak cari di mana. Atau duduk di Banting kan jauh nak pergi ke Shaklee Home Office di Pinnacle, Sunway tu semata untuk beli barang Shaklee je. 

Jangan pening kepala, jangan susah hati, tak perlu susah payah nak mencari peta untuk ke home office Shaklee, tak perlu juga bazirkan masa untuk ke Shaklee beli barang sendiri. Anda boleh dapatkan produk Shaklee yang berkenan di hati dengan semudah panggilan atau teks pesanan ringkas atau emel.

Meh nak kenalkan salah seorang anak bisnes saya ni. 

pengedar shaklee banting
Noorfazrin @ Arin (Shaklee ID: 911023)

Bagi mereka yang nakkan servis terbaik dan pantas, Arin juga menyediakan perkhidmatan CASH ON DELIVERY (COD) ke kawasan Klang khususnya dan juga kawasan sekitar yang berdekatan termasuk Shah Alam, Banting dan Lembah Klang. Kiranya ni kawasan jajahan Shaklee Arin la...hehe.  

Yang mana di luar kawasan tu terpaksalah redha untuk dapatkan produk secara penghantaran Pos Laju mahupun courier service seperti GDex dan CityLink. Tak perlu risau barang tu tak sampai, kerana sepanjang kami berniaga Shaklee ni tak pernah lagi barang tak sampai kepada customer. InsyaAllah barang anda akan sampai dengan selamat.

Kenapa anda boleh pilih/mengharapkan Arin sebagai pengedar Shaklee anda?
>>> khidmat yang pantas, cekap dan amanah
>>> free consultation eksklusif buat para customer sebelum dan selepas pembelian
>>> follow up customer yang berterusan untuk mengetahui perkembangan mereka.

Berikut adalah details untuk dihubungi. Contact Arin laju-laju ye :)


SMS/Whatsapp/WeChat/Telegram: 012-6509036
FB/Pinterest/Instagram: Irene Kass
FB Page: zarahealthylife.blogspot.com

ejen shaklee di klang
bagaimana dapatkan produk shaklee

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Sunday 28 September 2014

7 Tips Mendisiplinkan Anak Secara Positif (Tanpa Memukul)

Dalam mendidik dan membesarkan anak-anak, kadang-kadang ibu bapa akan hilang sabar. Ibu bapa pun manusia biasa juga dan tanpa disedari ibu bapa akan memukul anak-anak. Bila anak-anak sudah menangis teresak-esak barulah rasa menyesal dan kasihan. Lebih parah kalau badan anak penuh lebam dan luka. Kalau jadi sampai macam tu memang sedih dan menyesal tidak sudah jadinya.



So dalam entri kali ini saya nak kongsikan tips mendisiplinkan anak-anak dengan pendekatan yang lebih positif.

1) Elakkan guna perkataan "Jangan"
Sebaiknya elakkan guna perkataan "Jangan" apabila menegur anak. Sebagai contoh bila anak-anak bergaduh, ibu bapa tidak digalakkan berkata "Abang, jangan pukul adik". Sebaliknya ibu bapa harus gunakan pendekatan lain yang lebih positif seperti "Abang dengan adik main sama-sama tau. Adik beradik kena baik-baik, sayang-sayang."

2) Elakkan pukul anak
Ibu bapa disarankan mendidik hati supaya lebih bersabar dengan karenah anak-anak. Pukul hanya apabila ada alasan yang kukuh sahaja, itupun secara perlahan dengan tujuan untuk menyedarkan anak. Kawasan yang dibenarkan pukul pula bahagian kaki ke bawah.

3) Puji/reward anak
Apabila anak berkelakuan baik, sentiasa puji/reward anak untuk menggalakkannya berkelakuan baik lagi. Terutama apabila berada di depan orang lain. Dengan sering memuji/reward anak akan membuatkan anak merasa bangga dan dihargai.

4) Pelajari ilmu parenting
Tiada apa yang lebih membantu ibu bapa mendidik anak-anak dengan cara yang terbaik selain daripada mendapatkan ilmu pengetahuan parenting dan pembangunan kanak-kanak dengan menyertai kelas-kelas parenting.

5) Gunakan kaedah distraction
Apabila anak mula nakal seperti melompat-lompat di sofa, ibu bapa boleh mengambil inisiatif membawa anak ke taman permainan untuk mengalih perhatian anak. Di taman anak nak melompat ke terjun ke semuanya boleh asalkan selamat dan sentiasa dipantau. Atau belikan anak mainan untuk melekakan anak semasa ibu bapa membuat kerja-kerja rumah.

6) Ajarkan kaedah "Logical Consequences"
Dalam usia anak yang sedang pesat membesar, mereka memang cenderung untuk mencuba benda baru dan penuh dengan perasaan ingin tahu walaupun perkara itu membahayakan. Maka ibu bapa harus menjelaskan sebaiknya kepada anak apakah akibat (bahaya) yang mungkin terjadi apabila anak berbuat sesuatu perkara itu. 

7) Guna teknik "Positive Discipline"
Jika anak buat salah contohnya menumpahkan air dari cawan, elakkan terus marah anak sebaliknya tunjukkan dan jelaskan baik-baik pada anak bagaimana cara memegang cawan dengan betul supaya air tidak tumpah. 

Seperkara yang paling penting untuk diajarkan kepada anak sejak kecil ialah sentiasa menghormati orang tua dan apabila bersalam hendaklah diajar supaya mencium tangan. 

Disiplin yang dididik sejak kecil akan menjadi amalan anak sehingga besar. Ibu bapa pastinya memerlukan kesabaran yang tinggi dalam mendidik anak. Walau betapa sukar, nikmatilah proses tumbesaran anak kerana ia merupakan waktu yang paling istimewa dan pasti akan dikenang apabila anak tersebut sudah dewasa.

Ingin membeli produk Shaklee secara online?
Hanya klik ikon eSell di belah kanan blog ini.
order shaklee secara online

Ingin dapatkan produk Shaklee secara COD (cash on delivery)? 

Berminat menjana pendapat sebagai SID (Shaklee Independent Distributor)?
Pertanyaan serta penyertaan anda sangat dialu-alukan :)

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Majlis Motivation & Recognition Rally Shaklee

Hari ni telah berlangsungnya Majlis Motivation & Recognition Rally Shaklee untuk meraikan para SID (Shaklee Independent Distributor) nya. Bukan sebarang SID yang diraikan tapi mereka yang bergelar Shaklee Business Leader. 

Alhamdulillah majlis kali ni saya berpeluang dan berkesempatan untuk menyertainya. Sebulan sebelum majlis berlangsung lagi Shaklee sudah menghantarkan surat jemputan.  

shaklee motivation recognition rally

Sebenarnya sesiapa saja boleh menyertai majlis motivation rally ini. Surat jemputan yang saya maksudkan adalah untuk mengiktiraf pencapaian SID yang diraikan. 

pengedar shaklee malaysia

Dan yang istimewanya majlis motivation rally kali ini adalah dengan kehadiran Presiden Shaklee International iaitu Mr. Bradford Richardson. Saya difahamkan bahawa Mr. Bradford tidak pernah menyertai mana-mana majlis motivation rally di Malaysia sebelum ini. 

shaklee motivation recognition rally

Antara agenda majlis petang tadi adalah ucapan dari Mr. Victor Lim (Presiden Shaklee Malaysia), ucapan dari Mr. Bradford Richardson (Presiden Shaklee International), majlis pengiktirafan pencapaian, motivational speech dari Master yang sudah berjaya.

Apa yang saya dapat lihat dari majlis petang tadi adalah aura yang sangat positif lebih-lebih lagi dengan kehadiran barisan pengurusan Shaklee dan para Master yang sangat memberi inspirasi.

Bila dah ada majlis macam ni, salah satu aktiviti wajib adalah aktiviti bergambar. Teruja dapat bergambar dengan Mr. Bradford petang tadi. Kulit beliau mak aii licin gebu sungguh, penangan makan produk Shaklee. Kalah kulit saya yang perempuan ni...hehe. 

presiden shaklee international

Walaupun majlis selesai lewat petang, tapi saya puas kerana dapat menyerap aura-aura positif dari para SID yang sudah berjaya. Amat menantikan untuk sertai majlis motivation rally yang seterusnya...mudah-mudahan... 

Owh ye, apa ye kelebihan jadi Shaklee Business Leaders ni? Saya akan kongsikan apa yang kami para Shaklee Business Leader sudah atau berpeluang dapat dalam entri yang lain. Stay tuned ❤️❤️

Berminat menjadi salah seorang Shaklee Business Leader?
Pertanyaan serta penyertaan anda sangat dialu-alukan :)

Ingin membeli produk Shaklee secara online?
Hanya klik ikon eSell di belah kanan blog ini.
order shaklee secara online

Ingin dapatkan produk Shaklee secara COD (cash on delivery)? 

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Saturday 27 September 2014

Collagen Powder Rahsia Kekalkan Keremajaan Dan Kecantikan Diri

Penuaan merupakan proses yang pasti akan berlaku pada sesiapa pun. Baik lelaki mahupun wanita, tua atau muda. Bukan orang yang berusia saja yang akan melalui proses penuaan tau, yang muda pun ada yang dah rasai kesan-kesan penuaan.

Semakin berusia seseorang itu, kadar penghasilan kolagen dalam badan semakin menurun. Sekiranya kehilangan kolagen berterusan, akan menyebabkan kesan yang ketara pada badan seseorang seperti:
- kulit yang berkedut, garisan ketawa serta lingkaran hitam bawah mata yang ketara
- payudara serta punggung yang kendur
- rambut dan gusi yang tidak sihat
- kulit hilang keanjalan, kering dan kusam
- kuku yang kekuningan dan mudah pecah serta pelbagai masalah yang lain.

Oleh kerana semakin berusia seseorang itu, kadar penghasilan kolagen oleh badan menyusut, maka pengambilan kolagen tambahan dari makanan mahupun supplement boleh membantu. 

tips kekalkan keremajaan dan kecantikan kulit

Kolagen Shaklee atau namanya Collagen Powder pastinya pilihan kolagen yang terbaik kerana:
❤️ diperbuat daripada sumber semulajadi yang terbaik tanpa bahan kimia berbahaya...no...no...no... Yang pastinya berkesan, selamat dan semulajadi.
❤️ mempunyai jisim molekul yang kecil dan tepat iaitu hanya 1000 Dalton untuk penyerapan yang optimum. Badan tak perlu bekerja keras untuk proses. Tak perlu makan berkotak-kotak untuk nampak kesannya sepertimana kolagen biasa.
❤️ bukan sekadar kolagen semata sebab didatangkan dalam pakej yang lengkap untuk memulih, memelihara, memperbaharui, melembap, mencerah, mensekatakan tona kulit
❤️ turut memberi kebaikan untuk gusi, rambut, kuku dan sendi yang sihat.

Dan benefis yang paling jelas bila membeli Collagen Powder pada bulan ini ialah anda dapat penjimatan yang hebat kerana setiap pembelian 6 kotak Collagen Powder anda akan layak mendapat:
❤️ FREE 1 kotak Collagen Powder bernilai RM298
❤️ FREE membership bernilai RM75
❤️ FREE delivery
❤️ cash back
Har cuba kira berapa total penjimatan anda. Banyak kan..banyak kan..

Kalau taknak ambil kolagen pun takpe, tiada paksaan. Tapi mesti tak best la kan bila nampak lebih berusia dari umur sebenar...orang pun salah anggap ingatkan makcik atau nenek...taknak kan...taknak kan.. 😬😬

BAGAIMANA ORDER:

Ingin dapatkan produk Shaklee secara COD (cash on delivery)? 

Berminat menjana pendapat sebagai SID (Shaklee Independent Distributor)?
Pertanyaan serta penyertaan anda sangat dialu-alukan :)

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Amalan Doa Untuk Anak

Ibu bapa menghadapi masalah anak yang terlalu nakal? Tertanya-tanya tips mengatasi anak tidak mendengar kata? Betul ke ada cara untuk menghadapi anak yang terlalu nakal ye?



doa amalan untuk anak


Setiap ibu bapa pastinya mengharapkan anak yang dilahirkan baik budi pekertinya, mendengar kata dan berjaya di dunia akhirat. Ibu bapa mana yang tak sayangkan anak kan.

Lumrahlah bila anak tu nakal sedikit sebab kenakalan itu menunjukkan anak sedang berkembang tumbesarannya. Namun kalau dah terlalu nakal dan tidak mendengar kata sampai menimbulkan kemarahan orang lain harus diambil perhatian dan cari jalan penyelesaian.

Sebenarnya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang boleh ibu bapa amalkan untuk anak.

1) Untuk anak-anak lembut hati dan mengelakkan panas baran, bacalah surah Al-Anbiya' ayat 69 dan surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24.

2) Sewaktu anak-anak bergaduh, bacalah surah Al-Baqarah ayat 102.

3) Supaya anak pandai belajar, bacalah surah Al-Anbiya' ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti dengan doa.

4) Untuk anak yang malas ke sekolah, bacalah surah Taha ayat 1 hingga 5.

5) Untuk anak yang suka keluar malam, bacalah surah Ar-Rum sebanyak 33 kali.

Walau senakal mana, seburuk mana sekalipun anak, ibu bapa seharusnya bertabah dan tidak putus berdoa supaya anak itu berubah perangai menjadi lebih baik. InsyaAllah dengan doa yang tidak putus itu akan dimakbulkan.

Ingin membeli produk Shaklee secara online?
Hanya klik ikon eSell di belah kanan blog ini.
order shaklee secara online

Ingin dapatkan produk Shaklee secara COD (cash on delivery)? 

Berminat menjana pendapat sebagai SID (Shaklee Independent Distributor)?
Pertanyaan serta penyertaan anda sangat dialu-alukan :)

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Friday 26 September 2014

Home Office Shaklee Pleasanton, California - Bukan Sekadar Ibu Pejabat..

Hari ni saya nak cerita sikit pasal ibu pejabat Shaklee di Pleasanton, California. Selalu dah dok cerita pasal produk kan so hari ni kita cerita lain sikit. 

Apa yang istimewanya ibu pejabat Shaklee ni ye sampaikan saya nak berkongsi pada semua? Sebenarnya, ibu pejabat Shaklee bukan ibu pejabat semata kerana turut menjadi simbolik kepada prinsip Shaklee yang sentiasa menekankan konsep semulajadi dan mesra alam.

Bangunan ibu pejabat Shaklee direka oleh seorang arkitek yang terkenal yang bernama Gensler. Beliau mereka bangunan ibu pejabat Shaklee dengan menepati ciri-ciri mesra pengguna dan semestinya mesra alam sekitar. Bertepatan dengan falsafah Shaklee yang sangat mementingkan alam.

Reka bentuk bangunan yang moden dan canggih membolehkan cahaya menembusi masuk dan menerangi ruang dalam bangunan, so dah kurang gunakan tenaga elektrik. Jimat pun jimat.

Dengan reka bentuk yang sebegini juga membolehkan staf menikmati pemandangan indah alam di sekeliling bangunan sepanjang berada dalam bangunan ibu pejabat Shaklee. Seronok kan bila dapat ibu pejabat yang macam ni. Bila rasa stress je boleh tengok kehijauan alam sekeliling.

shaklee pleasanton california

Bangunan ibu pejabat Shaklee ini juga unik kerana pintu serta perabot kayunya diperbuat daripada kayu hutan. Permaidaninya daripada recycle fiber, manakala kerusi serta bumbung kayunya diperbuat daripada bahan kitar semula. Cat pun daripada bahan semulajadi ye bukannya bahan kimia. 

pejabat mesra alam semulajadi

Shaklee sangat mementingkan penggunaan tenaga yang efisyen kerana:
❤️ bangunannya dipasang sensor pergerakan bagi mengawal suis lampu
❤️ menggunakan "Low-E glass" di seluruh bangunan 
❤️ peredaran udara melalui bawah lantai
❤️ menggunakan penghadang tingkap yang dikawal oleh sensor elektrik bagi membolehkan 80% cahaya luar menerangi ruang dalam bangunan dan menapis haba.

Owh ye lupa pulak, lampu-lampu yang digunakan juga menggunakan tenaga solar dan boleh adjust cahaya sendiri secara automatik.

Shaklee juga sangat prihatin dan mementingkan keselesaan stafnya dengan menyediakan ruang dalaman yang luas serta landskap yang terdiri daripada sebahagian tumbuhan botanik yang digunakan dalam produk Shaklee. 

Pendek kata, memang sangat-sangat menepati ciri-ciri living with nature..semulajadi gitu. Bukan produk je yang semulajadi, bangunan pejabat pun harus semulajadi dan mesra alam. Owh semakin sayang dengan Shaklee ❤️❤️❤️

Ingin membeli produk Shaklee secara online?
Hanya klik ikon eSell di belah kanan blog ini.
order shaklee secara online

Ingin dapatkan produk Shaklee secara COD (cash on delivery)? 

Berminat menjana pendapat sebagai SID (Shaklee Independent Distributor)?
Pertanyaan serta penyertaan anda sangat dialu-alukan :)

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.


Amalan Untuk Awet Muda Dan Cantik Menarik

petua-cantik-dan-awet-muda

Setiap wanita tidak kira usia pastinya ingin kelihatan cantik menawan dan awet muda. Cantik dan menarik tidak semestinya hanya sewaktu muda dan apabila sudah berusia penampilan tidak perlu dititik beratkan. Sedangkan penampilan sewaktu berusialah perlukan penjagaan yang lebih kerana apabila usia semakin meningkat, pastinya kesan penuaan sedikit sebanyak akan menjejaskan penampilan. 

Sebenarnya terdapat beberapa petua atau amalan awet muda dan cantik menawan yang boleh dilakukan bukan saja oleh wanita tetapi lelaki juga...no harm :)  

Dato' Fatma El-Zahra ada kongsikan 3 amalan awet muda dan cantik menarik. Jika tiada kesempatan atau kelapangan anda boleh melakukan 1 amalan sahaja, Tapi lebih elok kalau dapat buat semua lah.

Amalan Cantik Awet Muda #1

Amalan ini dilakukan selepas solat Isyak. Cara-caranya:
  • ambil segelas air
  • baca al-Fatihah sebanyak sekali
  • baca Ayatul Qursi sebanyak sekali
  • baca surah al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali
  • selesai baca, hembuskan ke dalam air dan minum sambil berniat di dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan untuk kebahagian rumahtangga.

Amalan Cantik Awet Muda #2


Membaca zikir supaya sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman seperti berikut:
  • "Ya Badiyah" sebanyak sekali
  • "Ya Nur" sebanyak sekali
  • "Ya Hadi" sebanyak sekali
  • "Ya Allah" sebanyak sekali
Setelah selesai membaca zikir di atas, tiupkan ke tapak tangan kemudian disapukan ke muka. Lakukan ini setiap hari.

Amalan Cantik Awet Muda #3

Amalkan membaca ayat-ayat seperti berikut:
  • surah al-Waqiah ayat 35 - 38 setiap kali selepas solat Subuh
  • selesai membaca, hembuskan pada air kemudian diminum.
petua-awet-muda-cantik

Inilah amalan kerohanian yang boleh diamalkan bagi wanita yang ingin sentiasa kelihatan cantik menawan dan kekal awet muda. 

Saya nak tambah lagi satu cara untuk kekal cantik dan awet muda dari segi pemakanan pula. Tidak dinafikan pemakanan juga menyumbang kepada kecantikan dan keremajaan wanita tidak kiralah sekiranya makanan harian mahupun dengan pengambilan makanan tambahan (supplement).

Antara produk supplement Shaklee membantu mengekalkan kecantikan dan keremajaan adalah Vivix dan Collagen Powder. Pastinya kesemua produk Shaklee telah diuji secara klinikal keberkesanannya.

Walau apapun amalan atau petua awet muda dan kekal cantik yang anda lakukan, pastinya ia perlu dilakukan dengan kesungguhan, secara konsisten dan juga berterusan. Mana mungkin nak dapat hasil yang diingini dalam masa yang singkat ye dak.

Ingin membeli produk Shaklee secara online?
Hanya klik ikon eSell di belah kanan blog ini.
order shaklee secara online

Ingin dapatkan produk Shaklee secara COD (cash on delivery)? 

Berminat menjana pendapat sebagai SID (Shaklee Independent Distributor)?
Pertanyaan serta penyertaan anda sangat dialu-alukan :)

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Thursday 25 September 2014

Tips Memikat Selera Makan Anak

Rata-rata ibu bapa menghadapi masalah si manja yang susah hendak makan kan. Bukan mudah sebenarnya untuk menyuruh seseorang makan, lebih-lebih lagi jika berkaitan dengan si manja. Ini kerana anak yang kecil bukan seperti orang dewasa yang sudah pandai menilai baik buruk sesuatu perbuatan.

tips-memikat-selera-makan-anak

Maka, kesabaran yang tinggi dari ibu bapa sangat diperlukan. Ibu bapa haruskan memainkan peranan bagi memastikan si anak menjamah makanan yang dihidangkan. Pastinya ibu bapa lebih arif bagaimana untuk menambat hati serta memujuk si anak.

Saya nak kongsikan beberapa tips juga trick untuk memikat selera makan anak:

Sediakan makanan yang berwarna-warni

Kanak-kanak mudah tertarik dengan sesuatu yang berwarna-warni, Jadi ibu bapa harus bijak menyediakan hidangan yang mempunyai warna yang ceria serta bentuk yang menarik minat anak,

Kreatif dalam masakan

Kanak-kanak kebiasaannya sangat cerewet dalam pemilihan makanannya. Jadi bagi anak yang sangat memilih makanan, ibu bapa harus memerhatikan minat serta kegemaran anak. Langkah seterusnya adalah dengan improvise resepi supaya dapat memasukkan bahan yang kurang digemari anak ke dalam hidangan yang digemari atau menarik minat anak untuk memakannya.

Hidang makanan dalam bentuk yang sesuai dan menarik  

Cara pemakanan kanak-kanak tidak sama seperti orang dewasa yang boleh makan hampir apa saja, dalam bentuk atau saiz yang bagaimana sekalipun. Ibu bapa harus bijak untuk menghidang makanan dalam bentuk yang lebih kecil dan mudah diambil oleh anak. Bahan-bahan yang digunakan dalam hidangan tersebut juga seeloknya dipotong kecil atau nipis bagi memudahkan anak untuk mengunyah.

Hidangkan buah-buahan dengan cara yang menarik

Ada sesetengah kanak-kanak yang tidak gemarkan makan buah. Jadi ibu bapa harus bijak mencampurkan beberapa buah-buahan yang berwarna menarik dan ceria supaya anak menjadi lebih seronok untuk makan.

Menjauhi televisyen sewaktu makan

Menjauhi televisyen sewaktu makan adalah tindakan yang wajar diamalkan untuk meningkatkan selera makan si anak. Ini kerana televisyen boleh mengalih tumpuan anak dari makanan dan lebih leka untuk menonton televisyen.

Sememangnya selera makan kanak-kanak tidak boleh diabaikan dan harus dititik beratkan. Ini kerana dalam usia kanak-kanaklah tumbesarannya bermula dan paling aktif. Maka seharusnya ibu bapa mengusahakan supaya si anak mendapat makanan terbaik untuk tumbesaran yang sempurna.

Ingin membeli produk Shaklee secara online?
Hanya klik ikon eSell di belah kanan blog ini.


order shaklee secara online


Berminat menjana pendapat sebagai SID (Shaklee Independent Distributor)?
Pertanyaan serta penyertaan anda sangat dialu-alukan :)

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.