Thursday 6 February 2014

Home » , , , , , , , » Tips Melambatkan Penuaan: Set Anti-Aging

Tips Melambatkan Penuaan: Set Anti-Aging

Rasanya macam baru je semalam masuk tahun baru…tup-tup harini tengok calendar dah bulan Februari dah. Cepatnya masa berlalu…tanpa sedar, dah masuk bulan September pulak…kenapa September? Sebab birthday saya..hehe… Adehh…tahun ni masuk 3 series dah… Terasa semakin tua pulak :)

Saya pasti ramai yang terfikir macam saya kan. Nak taknak, kita memang tak boleh sekat proses penuaan. Ini adalah proses semulajadi yang tetap akan berlaku pada semua orang...semua benda hidup, malah penuaan juga berlaku pada mereka yang masih muda! Ini kerana penuaan bermula dari sel kita iaitu sel yang mula rosak disebabkan stress, diet yang malnutrisi, toksin dari alam sekitar, juga serangan oleh radikal bebas yang merosakkan DNA sel. Kajian juga menunjukkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi meningkatkan tekanan biologi sekaligus menjadi salah satu faktor penuaan sel.

Namun, kita boleh berusaha untuk melambatkan proses penuaan tersebut. Untuk saya, semestinya dengan mengamalkan supplement Shaklee. Dan Set Anti-Aging adalah set yang terbaik untuk melambatkan proses penuaan, malah menjadikan hidup lebih sihat. Mana ada orang makan supplement untuk sakit..ye dak :)

Jom kita lihat satu-satu apa yang ada dalam Set Anti-Aging ni.
 
tips antipenuaan awet muda
 

Vivix

Hasil kajian bertahun Shaklee, terhasillah Vivix yang mempunyai resevratrol dan campuran phytonutrient yang diperolehi dari anggur muscadine yang telah menunjukkan 10 kali lebih berkesan dari pengambilan resevratrol semata-mata. Vivix sememangnya terkenal dengan kandungan antioksidan dan agen anti-penuaannya yang tinggi.

Anggur muscadine adalah anggur yang jarang didapati, dan ia adalah anggur terbaik kerana ia hidup secara semulajadi dalam cuaca yang ekstem. Semakin buah anggur itu terdedah kepada suasana ekstrem, semakin ia menghasilkan resevratrol yang tinggi!

Ia telah diuji secara klinikal dan terbukti memperlahankan proses penuaan sel dengan 4 cara:
  • meningkatkan sistem pertahanan sel
  • meningkatkan tenaga sel
  • memperbaiki sel
  • mengoptimumkan potensi sel.
 

Nutriferon

Nutriferon berfungsi sebagai penggalak kepada sistem imun tubuh @ immune booster. Ianya merupakan supplement yang hebat dan efektif, ia melepasi satu set ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi. Nutriferon Shaklee merupakan satu-satunya produk imun badan yang dicipta oleh pakar imun, Dr. Yasuhiko Kojima. Nutriferon juga merupakan satu-satunya produk imun badan yang ada dipasaran hari ini. Produk ini dipatenkan dan mempunyai hak cipta terpelihara, hanya boleh didapati secara eksklusif di Shaklee.

Nutriferon mengandungi 4 ekstrak tumbuhan seperti berikut:
  • Biji labu - merangsang pengeluaran interferon semulajadi di dalam tubuh, menentang radikal bebas dan faktor penyebab kanser
  • Biji Plantago Asiatica - mengandungi polisakarida yang mengaktifkan sel-sel imun
  • Honeysuckle Jepun - menentang pencerobohan virus dan kuman
  • Bunga Safflower - menghasil dan memperkuatkan keupayaan makrofaj memusnahkan virus dan kuman.

Soy Protein Isolate Powder (Energizing Soy Protein – ESP)

ESP mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik) yang diproses di bawah suhu rendah. Setiap tin 1kg ESP berasal dari 30 kg kacang soya dan ia adalah booster tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam. Protein kacang soya adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.

ESP mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia.

Asid amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan ESP adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

So, pada sesiapa yang nak sentiasa nampak muda dan pada masa yang sama sihat bertenaga, boleh la amalkan pengambilan Set Anti-Aging ni.

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment