Friday 27 June 2014

Punca Bayi Sukar Tidur

Perasan tak bayi memang kuat tidur kan. Boleh dikatakan sepanjang masa bayi akan habiskan dengan tidur. Tak kiralah waktu siang atau malam. 
 
bayi tidur
 
Tapi ada jugak masanya bayi taknak tidur walau bermacam cara ibu dan ayah buat kan. Apa ye puncanya?
 
Demam
Demam boleh disebabkan oleh jangkitan telinga mahupun radang dikerongkong. Cuba perhatikan tingkah laku bayi. Kalau bayi selalu menggosok atau menarik telinga, itu adalah petanda si bayi mengalami jangkitan telinga. Kalau enggan menyusu pula adalah petanda bayi mengalami jangkitan kerongkong. Ibu bapa harus membawa anak berjumpa doktor dan berikan ubat mengikut preskripsi.

Tumbuh gigi
Alangkan kita yang dewasa ni bila nak tumbuh gigi pun rasa tak selesa dan sakit, inikan pula bayi kan. So apa yang ibu bapa boleh buat adalah bantu untuk legakan kesakitan dengan memicit2 lembut gusi bayi. Tapi make sure basuh tangan bersih2 dulu ye.  

Kolik
Bila perut kembung dan keras pastinya akan buatkan bayi tak selesa dan menangis. So ibu bapa boleh tidurkan bayi dengan dukung bayi secara meniarap sambil letakkan tangan pada perut bayi. Atau ibu bapa boleh juga memangku bayi dan dodoikan secara perlahan sehingga bayi tertidur.

Rangsangan berlebihan 
Bayi tidak boleh menerima rangsangan yang berlebihan seperti bunyi muzik atau televisyen yang kuat, lampu bilik yang terang dsb. Rangsangan yang berlebihan ni akan mengganggu tidur bayi. Maka ibu bapa boleh membuat urutan ringan pada badan bayi untuk melancarkan peredaran darah, malapkan lampu bilik dan matikan radio/televisyen untuk suasana yang tenang dan sunyi.

Perubahan
Bayi sangat peka terhadap perubahan. Bayi yang biasa tidur bersama ibunya akan sukar tidur dengan ketiadaan ibu disebelahnya. Maka ibu bapa harus melatih anak tidur di tempat tidurnya sendiri secara bertahap. Ibu bapa boleh menepuk2 bayi sekiranya bayi terjaga dan menangis agar bayi tahu ibu berada berdekatan dengannya.

Sebenarnya bayi memang perlukan tidur yang cukup. Jika sebaliknya, akan menyebabkan bayi mudah mengalami stress dan masalah mental. Bayi yang kurang tidur mudah letih dan kurang positif berbanding bayi yang cukup tidurnya. Jadi pastikan bayi anda mendapat waktu tidur yang mencukupi untuk pertumbuhan yang sihat.

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Petua Cepat Dapat Anak

Pernah alami situasi ni?

Masa bujang
"Bila kamu nak kawin ni?"
"Umur dah meningkat, bila lagi nak cari orang rumah?"
<Dan bermacam soalan lain yang berterusan...>

Bila dah kahwin
"Bila lagi nak bertiga (dapat anak), takkan nak berdua je"
"Korang bila lagi (dapat anak), merancang ke"
<Dan bermacam soalan lain yang berterusan...>

Itulah manusia, memang takkan puas. Sebelum kahwin sibuk tanya bila nak kahwin, bila dah kahwin sibuk tanya bila nak dapat anak. Dan percayalah bila dah dapat anak, sibuk akan tanya bila nak dapat anak kedua, ketiga dan seterusnya. 

Lumrah bagi pasangan yang berkahwin, mesti nak dapat anak cepat2 kan. Siapa yang kahwin taknak anak? Tertekan jadinya bila tengok kawan2 lain yang kahwin pada tempoh yang sama atau lebih lambat dah dapat anak lebih dulu sedangkan kita masih berdua.

Bukan semua orang yang dimurahkan rezeki macam tu, terus bunting pelamin atau dikurniakan rezeki anak yang cepat. Ada orang yang alami kesukaran berpunca dari faktor biologi mahupun faktor luar. Info saya petik dari Mommy Lyna.

Penyebab Sukar Hamil


Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita adalah:
- Tiub fallopian tersumbat
- Endometriosis
- Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
- Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
- Masalah hormon
- Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
- Menopous sebelum waktunya
- Masalah tiroid
- Fibroid

Antara penyebab biologi di kalangan lelaki adalah:
- Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
- Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
- Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
- Menghidap hernia
- Gangguan hormon
- Salur sperma tersumbat
- Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsb

Penyebab2 dari faktor luaran (lelaki dan wanita)
- Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
- Stress dan tekanan
- Pemakanan yang tidak sihat
- Kekurangan zat
- Amalan merokok atau meminum alkohol
- Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
- Terdedah kepada pencemaran
- Terlalu kurus atau terlalu gemuk

Bagi mereka yang ada penyebab biologi, adalah dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif agar masalah dapat diselesaikan secara perubatan. Suami isteri harus sepakat dalam hal ni dan tidak menyerahkan segalanya kepada satu pihak saja.

Kalau suami isteri tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk cepat dapat anak adalah cerah. Tapi suami isteri mesti bersedia untuk mengubah cara hidup dengan:

1) Bersenam
Orang yang bersenam sentiasa sihat, cergas dan cerdas. Takdelah lemau je. Badan sihat secara tak langsung minda pun tenang akan menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan.

2) Mengelakkan pencemaran
Agak mustahil dalam zaman sekarang yang penuh pencemaran kan. Tapi kita boleh bermula dengan diri sendiri, di rumah sendiri seperti berhenti merokok dan amalkan gaya hidup hijau, go-green gitu :)

3) Mengambil supplement
Terdapat supplement (vitamin & mineral) yang dapat membantu menambah kesuburan seperti:
--> Vita-Lea - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.
Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.
--> B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.
Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma
--> Vita C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab… akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.
--> Vita E & Selenium - bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.
--> Omega Guard – Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.
--> Zinc - meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma
--> Alfalfa – membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan
 
Owh banyaknya supplement nak kena ambil?? Memanglah seeloknya kena ambil semua tapi jangan risau sebab kalau nak ambil semua mungkin ada kekangan kewangan mahupun masa. 

Saya akan cadangkan supplement yang sesuai mengikut bajet. So jangan segan silu hubungi saya ye :)

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Wednesday 25 June 2014

Kenapa Vitamin E Shaklee Ada Ekstrak Biji Anggur

Masih lagi dalam mood anniversary sebab belum habis bulan Jun :) So masih lagi nak bercerita tentang vitamin cinta...tak lain tak bukan Vitamin E. Tapi kali ni nak fokus pada kelebihan Vitamin E Shaklee yang lain pulak.

Sapa yang pernah tengok botol Vitamin E Shaklee yang lama? Yang baru? Perasan tak apa perbezaan antara kedua2 botol tu?

vitamin e dengan selenium dan ekstrak biji anggur
 
Ye betul. Botol yang baru ada ditulis "Grape Seed Extract". Bermakna formula baru Vitamin E dilengkapi dengan ekstrak biji anggur. Sebab itu jugaklah warna Vitamin E tu lebih gelap dari yang asal.

So kenapa Shaklee pilih untuk tambah ekstrak biji anggur dalam formula yang Vitamin E yang diperbaiki ni ye?

Ekstrak biji anggur mengandungi kandungan polifenol yang tinggi. Polifenol yang terdapat di dalam biji anggur adalah PROCYANADIN. Procyanadin merupakan sejenis antioksidan yang sangat bagus.

Daripada beberapa kajian saintifik, didapati kandungan antioksidan dalam biji anggur melebihi 50 kali Vitamin E dan 20 kali Vitamin C.
 
Procyanadin ni jugak membantu dalam mengikat kolagen pada sel. Ikatan ni bertindak menegangkan kulit dan meningkatkan elastisiti kulit. Secara tak langsung menjadi salah satu agen anti-penuaan. So no wonderlah sesiapa yang mengamalkan Vitamin E secara konsisten awet muda belaka.

Selain itu, sifat semulajadi Procyanadin yang bertindak sebagai pelindung sinar matahari membantu melindung kulit muka atau badan yang terdedah daripada risiko UV

Pengambilan Vitamin E bersama2 Vitamin C berupaya melindungi kulit daripada sunburn. Kalau jenis yang muka cepat gelap tu memang sangat disarankan amalkan kedua2 vitamin ni.

Promo Vitamin E masih berlangsung. So sekarang adalah waktu yang sesuai untuk beli dan simpan buat stok. Hubungi saya sekarang :)

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Tuesday 24 June 2014

Tips Elakkan Clogged Duct (Bengkak Susu)

Pernah tak dengar pasal Clogged Duct? Bagi mommies yang menyusu secara eksklusif pastinya pernah dengar, in fact ada yang pernah alami Clogged Duct ni kan. Dalam bahasa kita selalu panggil sebagai bengkak susu.

Hanya mereka yang pernah alami bengkak susu saja yang tau peritnya.  Segala yang dibuat tak kena, ada yang sampai demam lagi dek kerana bengkak susu.


Tapi disebalik keperitan tu, kita pandang yang positif iaitu rezeki sebab susu yang banyak. Murah rezeki anak tu. Pastinya dicemburui oleh ibu yang lain yang susunya tak sebanyak mommies semua.

Walaupun bengkak susu ni dianggap normal, tapi adalah bahaya jika diabaikan dan dibiar berlarutan. So mommies kalau ada alami bengkak susu sila bertindak segera ye.

Apa nak buat bila jadi Clogged Duct ye? Mommies boleh cuba WARM METHOD ni.

1) Tuam breast dengan air suam

2) Halakan hot shower ke arah breast, sambil tu urut2 breast dengan sikat dari pangkal breast ke arah nipple

3) Buat ulang2 sampai susu terpancut. 

Ada sesetengah mommies yang tak berkesan kalau gunakan warm method ni. Yelah badan masing2 kan berbeza. Apa yang bagus untuk orang lain tak semestinya bagus untuk kita kan. So jangan risau dan sedih, boleh cuba COLD METHOD pulak. 

1) Baring atas permukaan yang rata

2) Urut breast dari pangkal breast ke arah nipple sampai susu terpancut keluar. Boleh minta bantuan hubby jika susah buat sendiri. Bersihkan lubang nipple dulu. Kadang2 susu tak keluar sebab ada lubang susu yang tertutup. Boleh letak ketulan ais untuk kurangkan rasa sakit masa urutan. 

3) Bila breast dah rasa kurang bengkak, pam breast sekosong2nya

4) Sentiasa letak ketulan ais pada breast sepanjang hari walaupun waktu tidur malam. Kalau ada ice pack lagi memudahkan.

Kalau dah kena clogged duct tu memang tak boleh nak buat apalah kan. Tapi kalau dapat elak, lebih bagus. 

Tips Elakkan Clogged Duct


1) Pastikan breast dikosongkan sepenuhnya pada setiap sesi perahan/pam.

2) Jika terasa sakit atau keras di sesuatu area breast yang disebabkan oleh Clogged Duct, cepat2 kosongkan breast samada gunakan warm atau cold method tadi. 

3) Jika tiada perubahan, segera dapatkan rawatan doktor. Jangan lupa inform doktor bahawa mommies menyusukan bayi.

4) Antara supplement Shaklee yang membantu untuk Clogged Duct adalah B Complex, Vitamin C dan Lecithin

Jika mommies kerap alami Clogged Duct, bertindaklah segera. Jangan dibiarkan berlarutan.

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Monday 23 June 2014

Shaklee MLM Sistem Piramid?

Tak pernah terfikir pun satu hari saya akan terjebak dalam perniagaan MLM...masih saya ingat lagi masa mula2 dulu, ada orang yang mengenali saya bertanya pada ayah tentang bisnes Shaklee yang saya buat.

Terkejut juga saya dibuatnya bila ayah tiba2 bertanya pasal tu. Sebab saya memang tak pernah bercerita pada ayah memandangkan baru saja bermula. Mungkinkah bimbang kerana Shaklee juga MLM?

Bila difikir2kan tak hairanlah kalau pun bimbang. Memang MLM ni sinonim dengan perkara2 negatif seperti kes kejar ahli baru. Yelah, dah kalau bonus berdasarkan penajaan orang, mana tak kena kejar ahli baru kan. 

Satu lagi, kes buat loan beribu untuk mulakan bisnes dengan pembelian stok yang banyak. Mereka tak diajar untuk menjual produk, tapi lebih diajar untuk cari ahli baru. Maka tersadailah stok yang dibeli di bawah katil. Untung tak dapat, menambah beban hutang lagi.

Dan lagi satu yang paling sinonim adalah sistem piramid dalam MLM. Yang atas tetap di atas, yang bawah tetap di bawah selamanya. 

Sebenarnya kalau nak diikutkan, MLM ni adalah rangkaian pemasaran. Satu bentuk strategi pemasaran yang menitikberatkan networking. Upline dan downline bekerja bersama2 dan saling menyokong.

Sekiranya anda ingin mencuba mana2 perniagaan MLM, pastikan anda kaji dan selidik dahulu. Seeloknya jangan sertai jika perniagaan MLM yang ingin anda sertai mempunyai ciri2 ini:
  1. perlu mengeluarkan modal yang banyak sehingga perlu membuat pinjaman semata2 untuk mulakan bisnes. Belum apa2 lagi dah kena bayar sejumlah wang yang besar. Kononnya besar modal, maka besar juga lah pulangannya dalam masa yang singkat.
  2. menyasarkan pencarian ahli baru yang juga perlu mengeluarkan modal permulaan yang banyak seperti point di atas.
  3. tiada produk yang nyata. Malah produk yang ada atau harganya pun tidak diketahui. Kalau ada pun mungkin setakat 1, 2 produk saja untuk mengaburi mata.
  4. kiraan bonus yang tidak jelas atau atas kepala. Makin ramai ahli baru yang sertai maka makin banyak bonus yang akan didapati walaupun tiada penjualan produk. 

Ramai yang tertipu dengan taktik seolah2 skim cepat kaya ni. Disebabkan nak jadi jutawan segera, nak buat kerja sikit tapi untung banyak, maka tidak peduli lagi sekiranya menganiaya orang lain.

Sebenarnya nak jadi jutawan tu tiada salahnya. Rata2 semua orang nak jadi kaya kan. Tapi janganlah sampai menganiaya orang lain. Bayangkan orang yang sertai memang harapkan dapat wang tambahan, nak langsaikan hutang sedia ada..tapi dah kalau terpaksa buat pinjaman akan menambah lagi beban hutang yang ada. Bukan boleh langsai sehari dua..tapi bertahun2.

Saya dulu pun sama fikirkan semua MLM adalah sama sedangkan tak semua sama. Contoh terdekat adalah bisnes Shaklee yang saya buat ni.

Shaklee juga adalah syarikat yang berasaskan sistem MLM. Tapi MLM Shaklee adalah sistem yang patuh syariah dan adil pada semua.
 
  • bonus berdasarkan penjualan produk bukannya penajaan ahli. Maka sekiranya anda tidak buat sales, tiada bonus yang akan didapati walau berapa ramai pun ahli yang ditaja.
 
  • tiada hidden bonus. Semua bonus yang didapati adalah berdasarkan kiraan yang jelas dan nyata.
  • tidak menggunakan skim piramid iaitu siapa yang sertai dulu akan untung selamanya, yang lambat sertai akan sentiasa di bawah. Sistem Shaklee adalah adil untuk semua. Downline boleh memintas pendapatan uplinenya sekiranya rajin usaha. Dan upline takkan dapat apa2 sekiranya tak berusaha.

Berdasarkan 3 ciri di atas inilah saya terjebak dengan Shaklee. Sepanjang saya buat bisnes Shaklee ni, tiada berlaku perkara2 negatif yang sinonim dengan MLM yang lain. 

Kalau ada modal permulaan pun hanyalah untuk membayar yuran keahlian Shaklee sebanyak RM65 seumur hidup. Itupun ahli akan dibekalkan dengan member kit yang mengandungi info produk, pelan pemasaran, cara kiraan bonus dan ganjaran yang layak diperolehi setiap ahli dsb.

Ada lagi sebab yang lain kenapa saya sertai bisnes Shaklee ni tapi saya ceritakan dalam entri yang lain la ye. Kalau nak diceritakan dalam 1 entri ni jadi panjang sangat pulak :)

Kesimpulannya tidak semua MLM itu  salah dan menipu, kaji dahulu sebelum berkata tidak. Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. 

Jangan segan untuk hubungi saya jika anda mahu mencuba Shaklee.

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Friday 20 June 2014

Tips Hangat Diet Secara Berkesan

Apabila berat sudah mencapai paras siling, pastinya akan rasa risau kan. Itu adalah petanda bahawa badan sedang mengalami pembesaran yang sangat giat...haha.. So haruslah berhati2 supaya tidak bertambah berat sehingga menyukarkan pergerakan macam ni..

obesiti

Owh jenuh la bila badan dah membesar macam tu... naiknya mudah yang amat...within days saja. Tapi nak menurunkannya perlukan effort yang besar, konsisten serta disiplin yang tinggi. 

Maka, bermulalah episod diet untuk mendapatkan kembali berat yang asal. Diet pun diet jugak, tapi pastikan diet dengan cara yang betul supaya mendapat kesan yang diidamkan dan kekal lama.

Ramai yang diet dengan cara yang salah dengan menahan lapar dan skip meal...sedangkan penting jika ambil makanan yang seimbang untuk diet yang lebih berkesan.
 
diet secara berkesan
 
So saya nak sharekan tips diet secara sihat.

1) Apabila mulakan usaha diet, AMBIL UKURAN BADAN seiring dengan timbang BERAT BADAN setiap hari. Jangan hanya fokus pada berat saja sebab ada sesetengah individu yang akan shape badan dulu sebelum turun berat.

2) Kena KONSISTEN dan perlukan effort yang besar dan berpanjangan, bukannya boleh dicapai dalam masa sehari. SET TARGET untuk turunkan berat badan sekurangnya 3-6bulan.

3) STAGNANT PERIOD adalah NORMAL untuk long term diet. Jangan murung dan teruskan usaha diet seperti biasa sebab badan sedang shape on. 

4) WAJIB AMBIL SARAPAN. Sarapan yang diambil akan jadi penanda aras untuk tenaga sepanjang hari. Dalam sehari kita tidur lebih kurang dalam 6-8 jam dan sepanjang tempoh tu perut jadi berasid. Sekurang2nya alas perut dengan segelas air kosong setiap kali bangun pagi untuk neutralkan asid tu. 

5) JANGAN SKIP MEAL. Apabila tahan lapar badan akan bertukar kepada "starving mood" dan akan lebih cenderung untuk makan dalam kuantiti yang banyak. 

6) Ambil NASI sekali sehari tapi dalam kuantiti yang sedikit sebab badan kita perlukan karbohidrat. Nasi adalah lebih baik daripada roti, mee dan pasta.

7) Minum AIR KOSONG yang banyak. Kuantiti air yang diperlukan oleh setiap individu adalah berbeza. So boleh ikut estimation ni, setiap 25kg perlukan 1LITER air.

8) Amalkan PEMAKANAN SEIMBANG. Lebihkan sayur dan lauk berbanding nasi. 

9) Bagi mereka yang jenis suka mengunyah/cepat lapar, MAKAN KERAP tapi dalam KUANTITI yang SIKIT. Seeloknya ambil buah2an atau makanan berkhasiat yang lain in between meals.

10) Ambil buah SEBELUM makan bukan selepas makan.

11) Boleh pertimbangkan untuk ambil MAKANAN TAMBAHAN untuk membantu menurunkan berat badan secara optimum dan berkesan.

Yang pastinya setiap usaha diet akan lebih cepat menampakkan hasil sekiranya disertai dengan senaman. Senaman 3 kali seminggu adalah digalakkan.

Ingin tahu vitamin Shaklee untuk kurus? Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Thursday 19 June 2014

Performance Drink Shaklee Lebih Baik Dari 100 Plus

Rasanya ramai yang suka minum 100 Plus kan? Memang femes bagi mereka yang aktif sukan, nak kebahkan demam dll. Dulu saya pun suka sangat minum 100 Plus ni. Sikit2 mesti nak 100 Plus.

Tapi sejak meng"Shaklee"kan gaya hidup, saya dah kurang minum 100 Plus. Masih minum tapi tak sebanyak dulu :)

So saya gantikan dengan apa? Jeng jeng jeng...inilah dia. 

performance drink shaklee

Performance Shaklee ni mulanya dihasilkan oleh saintis Shaklee dan Universiti Yale dengan tujuan untuk bantu projek penerbangan Daedalus pada 1980-an. Projek ini telah mencipta rekod sejarah sebagai penerbangan berkuasa manusia yang paling jauh iaitu 72 batu. Yang membanggakan ialah rekod ini masih bertahan hingga kini.
Ujian klinikal membuktikan rumusan eksklusif OptiCarb akan meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, meningkatkan tenaga dan memelihara peredaran bendalir dalam tubuh. Berbanding minuman sukan yang lain, Performance Drink mempunyai 67% otot glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera.

Kalau ditengok sekali imbas, fungsi Performance ni lebih kurang macam 100 Plus, tapi lebih baik lagi sebab tak bergas, kurang gula tak macam 100 Plus memang banyak gula kan. Performance pun banyak kelebihannya yang lain. 

Kebaikan Performance Shaklee

  1. Meningkatkan daya ketahanan badan dimana ia memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat.
  2. Menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal dengan segera dan meningkatkan daya tahan otot.
  3. Mengimbangi dan menbekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolisma air dalam tubuh.
  4. Mengurangkan kehausan, mencegah penyahidratan, melembabkan kulit dan kelihatan muda.
  5. Memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan mempercepatkan penyembuhan akibat kecederaan otot.
  6. Rasa oren yang sedap berbanding minuman elektrolit yang bergas lain. Ia tanpa pewarna, perasa dan pengawet tiruan. Ia adalah semulajadi.

Har banyakkan kebaikan Performance ni. Sebab tulah saya bertukar kepada Performance Shaklee.

Siapakah Yang Sesuai Mengambil Performance Drink?

  1. Orang yang berpuasa – Ia mengekalkan kandungan air dalam tubuh dan menghindari dihidrasi. (diambil semasa bersahur dan berbuka)
  2. Ibu yang menyusukan anak
  3. Para atlet yang sentiasa bersukan
  4. Sering keletihan dan memerlukan tenaga tambahan dengan cepat
  5. Cirit birit dan muntah-muntah
  6. Ketika rasa nak demam atau sedang demam
  7. Sebelum dan selepas pembedahan
  8. Mereka yang sakit kepala
  9. Pesakit gout

Saya dan suami memang amalkan minum Performance Shaklee ni setiap kali kami bersukan, berpuasa, sakit dll.

Tak lama lagi pun nak mula puasa dah, nampaknya harus saya tambah stok Performance lagi bulan ni. Nak selit order sekali? Meh pm laju2 :)

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Wednesday 18 June 2014

Garlic Complex: Kelebihan Dan Perbezaannya

Siapa kat sini yang tak suka makan bawang putih? Haha..sayalah tu. Tak sukakan bau dan rasanya. Nak2 lagi kalau yang mentah. Tapi kalau yang dah dimasak tu boleh terima lah.

garlic

Sebenarnya bawang putih ni sangat bagus digunakan untuk penyembuhan. Dalam bawang putih ada Allicin iaitu sebatian organosulfur yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat, dan mempunyai sifat penyembuh. Allicin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan.  

Secara tradisionalnya, bawang putih digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik. Tapi sebenarnya bawang putih banyak lagi kebaikannya yang lain. Teruskan membaca kalau nak tau :)

Produk Shaklee yang ada adalah Garlic Complex.

garlic shaklee

Istimewanya Garlic Shaklee ni kerana diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA pada waktu musim panas dan 100% bebas daripada penggunaan racun perosak. Setiap 2 tablet Garlic Complex Shaklee membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang bersamaan dengan 2 ulas bawang putih segar.

Tak semua produk garlic yang dijual di pasaran yang mengandungi Allicin aktif. Tapi Garlic Shaklee opkoslah dilengkapi oleh Allicin aktif. Malah Garlic Shaklee dibuat pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan Allicin kekal aktif pada tahap 100%.

Bawang putih memang ada rasa dan bau yang kuat kan. So sesiapa yang memang tak tahan dengan bau dan rasa bawang putih tak perlu risau sebab Garlic Shaklee menjalani dwi teknologi untuk mengawal bau garlic, dan perisa semulajadi terhasil dari 2 kombinasi ekstrak herba iaitu Rosemary dan Spearmint.

Dan bestnya Garlic Shaklee ni sebab turut mengandungi pelbagai jenis vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan meningkatkan keberkesanan garlic dalam tubuh. Kebiasaan vitamin E yang digunakan dalam dunia perubatan adalah γ-tocopherol.

Khasiat Garlic Complex

  1. Meningkatkan tahap sistem penghadaman, fungsi jantung yang baik kerana mengandungi ekstrak spearmint.
  2. Merupakan antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan sistem imun badan supaya boleh menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida
  3. Membantu atasi masalah alergi dengan meningkatkan imun badan terhadap penyakit alergi seperti hidung yang sensitif, sinus, asthma, selsema dan hepatitis
  4. Meningkat dan membantu masalah sistem penghadaman seperti kembung perut, senak perut, ulser gastrik dan ketidakhadaman
  5. Menstabilkan tekanan darah tinggi dengan pengambilan konsisten 2-4 tablet Garlic setiap sehari. Garlic dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini antara penyebab tekanan darah tinggi meningkat
  6. Melindungi sel2 darah dari kemusnahan yang disebabkan kehadiran logam dalam tubuh dan sekaligus menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia yang terkandung dalam tubuh tanpa kita sedari.
  7. Membantu menurunkan paras kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari
  8. Membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan bahan pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. Garlic merupakan antioksidan kerana mengadungi sebatian selenium, germanium dan asid amino yang melindungi tubuh dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser.
  9. Mengelakkan Odema iaitu air terkumpul dalam badan terutama pada kaki dan pergelangan kaki
  10. Membantu menangani masalah organ-organ pernafasan tersumbat akibat batuk dan bronkitis yang berterusan, sakit kerongkong, selesema dan resdung (sinus)
  11. Meningkatkan pengeluaran insulin dan merangsang hati untuk mengawal gula dalam darah. So sangat bagus diambil oleh pesakit diabetes 
  12. Mampu melawan bakteria dan semua jenis jangkitan pada:
  • Kerongkong & Telinga (throat & ear infection)
  • Perut memulas (stomach upset)
  • Cirit-birit (diarrhea)
  • Bronkitis
  • Luka2 (infected wounds)
  • Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut, dada, sistem air kencing.

So kalau sesiapa yang memang tak suka makan bawang putih tu, Garlic Complex Shaklee ni adalah alternatif yang terbaik.

Nak order? Hubungi saya sekarang :)

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Tuesday 17 June 2014

7 Fakta ESP Shaklee Soy Protein Terbaik

soy protein shaklee

Soy Protein Isolate Powder atau ESP ni sememangnya antara favorite produk saya. Saya memang sukakan soya pun...hehe... 

Ramai yang persoalkan tentang ESP ni...dek kerana emel tentang bahaya soya yang tersebar. Yang pastinya ESP ni tak sama macam soya yang diperkatakan tu ye. Shaklee dah melabur berbilion untuk jalankan kajian ke atas ESP ni. 

Daripada proses penanaman, pemprosesan...segalanya amat dijaga oleh Shaklee. Malah Shaklee pastikan ESP memenuhi 7 kriteria soya yang selamat untuk diambil.

1) Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organik.
Kenapa mesti secara organik? Sebab penanaman secara kimia (bukan organik) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan. Dan dari segi kajian sudah terbukti ada hubungkait antara kanser dan nitrates. Jadi amatlah penting pesticides, fungicides, dan herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran kacang soya ni.

2) Kacang soya tu mestilah non-GMO (Genetically Modified Organism)
Maksudnya tak dihasilkan secara genetik. Kenapa soy protein mestilah non-genetic engineered? Sebab secara umumnya, kacang soya yang dari jenis genetik ni adalah murah untuk dihasilkan. Dan kebanyakan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos. Maka kacang soya yang dihasilkan secara genetik adalah jawapannya. Dr. Louis J. Pribyl, seorang saintis dari Brazil menekankan yang berdasarkan kajian, toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan di dalam sel tumbuhan.

3) Soy Protein tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu
Badan memerlukan kesemua 9 asid amino ni untuk menghasilkan hormon, jus penghadaman, antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.

4) Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dengan air bukan dengan alkohol
Alkohol akan musnahkan kandungan isoflavone sehingga 88%. Sedangkan isoflavone itu diperlukan untuk mengurangkan risiko kanser paru2 etc. Isoflavones juga bermanfaat dalam penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang. Dan yang paling penting, alkohol kan haram. 

5) Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan
Soya yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. Kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.

6) Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan
Asid amino sangat sensitif dengan suhu yang panas. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result.

7) Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur kalsium
Kajian/artikel melaporkan bahawa serbuk soya adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang. Dan oleh yg demikian unsur kalsium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soya tu. Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium.

So kalau sesiapa yang memang sudah consume soy protein sejak dulu, tak kiralah brand apa sekalipun, pastikan produk tersebut mematuhi 7 kriteria di atas.

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Phytocol-ST Atasi Masalah Kolesterol Secara Semulajadi

Masih belum terlambat rasanya untuk saya war-warkan produk terbaru Shaklee yang dilancarkan semasa National Conferencenya pada 8 Jun yang lepas. Lumrah setiap tahun Shaklee akan lancarkan produk terbarunya. So tahun ni produk terbaru Shaklee adalah Phytocol-ST.

phytocol shaklee
 
Phytocol-ST Shaklee ialah formula proprietari berasaskan bahan-bahan yang terbukti secara klinikal berkesan untuk menyekat penyerapan kolesterol dan merendahkan paras kolesterol LDL.
 
Sebenarnya terdapat 2 jenis kolesterol dalam darah kita:
  • Lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) boleh membentuk plak dan menyumbat arteri, seterusnya meningkatkan risiko serangan jantung dan strok. Lazimnya ia dikenali sebagai ‘kolesterol tidak baik’.
  • Lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL) atau kolesterol ‘baik’ dapat menyingkirkan kolesterol tidak baik dengan membawanya ke hati untuk disingkirkan.
Mengikut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada 2011, satu daripada tiga orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Paras kolesterol darah yang tinggi ni siapa2 pun boleh alami, bukan orang yang berusia saja ye. Semakin tinggi paras kolesterol, maka semakin tinggilah risiko mendapat penyakit jantung. Dan jangan diambil remeh tentang ni sebab penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di Malaysia.
 
So, paras kolesterol HDL yang tinggi dan paras kolesterol LDL yang rendah hendaklah dikekalkan untuk melindungi diri daripada penyakit kardiovaskular.
 
Terdapat beberapa cara untuk kurangkan paras kolesterol dalam darah:
  • Amalkan pemakanan seimbang, rendah lemak tepu dan tinggi serat larut air. 
  • Lakukan aktiviti fizikal dengan kerap.
  • Kurangkan berat badan berlebihan.
  • Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) mengesyorkan penambahan 2,000mg FITOSTEROL ke dalam diet harian untuk merendahkan paras kolesterol secara semula jadi. 
 

Bagaimana Fitosterol Bertindak?

Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol akan bersaing dan mengalahkan kolesterol untuk penyerapan dalam usus. Ini bermakna bahawa semakin banyak Fitosterol yang diambil, maka semakin kurang kolesterol yang dapat diserap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang untuk merendahkan paras kolesterol LDL.

kolesterol

 

Keistimewaan Shaklee

  • Rumusan beberapa jenis fitosterol asli yang aktif daripada tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin. 
  • Membekalkan 2,000 mg fitosterol tumbuhan setiap hari.
  • Fitosterol tumbuhan telah terbukti secara klinikal mampu mengurangkan paras kolesterol LDL dalam lebih 80 kajian.
  • Membekalkan 100% nilai harian fitosterol sepertimana disyorkan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH). **
  • Tiada pengawet, pewarna, perisa atau pemanis tambahan.

** Saranan NIH untuk merendahkan kolesterol: makan makanan kurang lemak tepu dan kolesterol, bersenam, kurangkan berat badan, ambil lebih banyak serat larut air, dan amalkan pengambilan 2,000mg sterol dan stanol tumbuhan setiap hari.

Bertindaklah dengan bijak, lindungi diri dan orang tersayang dari sebarang risiko penyakit yang disebabkan oleh paras kolesterol yang tinggi.

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

MLM Shaklee Tak Mengikut Syariah?

MLM...MLM...fobia kan bila je sebut pasal MLM. Kes kena buat loan beribu2 sebagai modal permulaan, kes kena cari ahli baru...makin ramai ahli baru yang ditaja, maka makin banyaklah bonusnya.

Sebenarnya bisnes MLM tu tak salah. Yang buatkan salah bila ada orang yang manipulate sebab nak untung cepat, nak usaha sikit tapi dapat duit beribu2 dalam masa yang singkat. Maka terjadilah dua kes yang sinonim macam tadi.

Tak kisah bisnes MLM apa pun yang ingin anda join, tapi pastikan dulu bahawa ianya mengikut syariah. Supaya rezeki yang diperolehi halal dan berkat. 

So, apa sebenarnya syarat2 perniagaan MLM yang mengikut syariah ye?

  1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).
  2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.
  3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.
  4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).
  5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya,  ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.
  6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ? 
  7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.
  8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.
  9. Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

sumber:

Bagaimana dengan Shaklee? Ye Shaklee juga MLM. Tapi yang pastinya Shaklee mengikut syarat2 syariah di atas. 

So memang banyak terjadi dalam Shaklee bilamana ada upline yang tak layak dapat bonus disebabkan tak buat sebarang jualan atas usaha sendiri, upline yang sama ranking dengan downlinenya, malah ada upline yang downlinenya di rank yang lebih tinggi! 

Nampak kan betapa adilnya sistem di Shaklee. Siapa yang usaha dia dapat, yang usaha lebih, lebih la yang dia dapat.

Nak tau lebih lagi? Meh la join kami :)

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Wednesday 11 June 2014

Keistimewaan Ostematrix Shaklee

Masih saya ingat lagi masa kecil saya memang tak suka minum susu. Sampaikan doktor tanya pada mak, kalau campur dengan milo pun still tak suka ke. 

Saya cuma minum susu hanya bila saya diserang gastrik. Tu pun sebab tak tahan sakit perut. Kalau tidak tak kan tertelan la susu tu. Owh ye masa saya kecil memang kerap kena gastrik. 

Sebenarnya bukanlah susu tu, tapi kalsium yang terkandung dalam susu tu. Kalsium membantu pembentukan tulang dan gigi yang kuat. So mencegah osteoporosis (kerapuhan tulang). Kalsium pun bagus untuk pembekuan darah, gerakbalas saraf dan kontraksi otot.

Ada dua jenis kalsium:
  • kalsium karbonat - memerlukan keadaan berasid untuk bantu penyerapan. So kalsium jenis ni digalakkan ambil selepas makan.
  • kalsium nitrat - diserap dengan baik tidak mengira perut kosong atau penuh.

kalsium shaklee

Istimewanya kalsium Shaklee yang dipanggil Ostematrix ni kerana mengandungi kombinasi kalsium karbonat dan nitrat. So sesuai diambil semasa perut kosong atau selepas makan.

Dan menariknya Ostematrix Shaklee sebab bukan sekadar kalsium saja. Tapi turut dilengkapi dengan kawan2nya iaitu Vitamin D dan Magnesium.

Vitamin D membantu kalsium diserap dengan lebih baik oleh badan. So kalsium yang diserap adalah maksimum. Takdelah sia2 makan pil kalsium kan.

Magnesium sebagai agen pengangkut kalsium ke seluruh badan seperti tulang dan bahagian lain badan. So penting adanya Magnesium ni sebab kalau ada kalsium yang terkumpul, lama2 boleh sebabkan batu karang kerana tiada fungsi.

Bagi mereka yang memang liat nak minum susu, atau memang tak suka minum susu, Ostematrix adalah alternatif terbaik untuk mendapatkan bekalan kalsium yang mencukupi.

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Tuesday 10 June 2014

Perbezaan Dan Manfaat Vitamin C Shaklee

Bila saya ternampak botol Vitamin C mesti saya akan teringatkan anak2 saudara saya. Mereka memang gemarkan Vitamin C sampaikan kena sorokkan Vitamin C tu. Kalau tidak memang sampai habislah mereka kerjakan. Ingat makan Vitamin C tu macam makan gula2..hehe

Badan kita memang perlukan Vitamin C kerana fungsinya membantu pembentukan serta pembaikan kolagen yang merupakan komponen penting dalam kulit manusia. Kekurangan Vitamin C akan menyebabkan kulit lebih tua dari usia. Sebab tu ada terjadi kan bila kita salah anggar umur seseorang tu..ingatkan dah berusia tapi sebenarnya masih muda lagi.

Vitamin C juga penting untuk sistem ketahanan badan. Kalau pergi ke klinik bila demam, selsema etc pastinya doktor akan bekalkan sekali Vitamin C bersama2 ubatan yang lain. So bila badan mula rasa tak sedap cepat2lah telan Vitamin C untuk boost immune system badan.

Vitamin C mana2 brand pun sama? Owh tidak sama sekali. 

vitamin c shaklee

APAKAH KEISTIMEWAAN DAN PERBEZAAN VITAMIN C SHAKLEE DENGAN VITAMIN C BIASA?

 
  1. Vitamin C Shaklee didatangkan dalam bentuk sustained release iaitu dilepaskan dalam badan secara perlahan2. Vitamin C adalah vitamin larut air, maka ia mudah musnah dan tidak dapat disimpan lama dalam badan. Disinilah fungsinya sustained release untuk memastikan vitamin sentiasa dalam badan.
  2. Satu tablet Vitamin C Shaklee adalah bersamaan dengan 7 setengah biji oren, di mana ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam badan sebanyak 100mg setiap jam. So takyah susah2 nak makan 7-8biji oren hari2. Telan je sebiji Vitamin C Shaklee ni dah tentu2 kita dapat khasiat Vitamin C yang cukup untuk badan. 
  3. Vitamin C Shaklee didatangkan bersama-sama dengan bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan Vitamin C dengan lebih baik. So takdelah sia2 makan Vitamin C tapi badan tak dapat serap secara optimum kan.
 
Walaupun Vitamin C memang famous dengan manfaatnya untuk kecantikan, sebenarnya ada banyak lagi manfaat Vitamin C yang lain.

MANFAAT VITAMIN C


  1. Dengan pengambilan Vitamin C secara teratur dapat melindungi badan dari jangkitan
  2. Menguatkan tulang dan gigi kita
  3. Mempercepat penyembuhan luka. Sebab itu jugalah Vitamin C ni juga dicadangkan kepada ibu2 yang sedang berpantang untuk mempercepat penyembuhan luka.
  4. Berfungsi sebagai antioksidan yang menghalang serangan radikal bebas di sekeliling kita. Apabila badan terhindar dari risiko serangan radikal, maka sudah tentu peluang untuk kita dijauhkan dari penyakit yang disebabkan oleh sistem imun badan dapat dielakkan.
  5. Membantu menurunkan kadar tekanan darah, dengan itu dapat mengurangkan risiko darah tinggi.
  6. Merangsang pengeluaran kolagen. Bila badan kehilangan kolagen, kulit akan nampak berkedut dan tidak tegang.
  7. Mengurangkan garis-garis halus yang tidak diingini.
  8. Memutihkan dan memulihkan keadaan kulit yang kusam.
  9. Membantu cegah sunburn sekiranya di ambil bersama2 Vitamin E.
 
Jom serlahkan kecantikanmu dengan Vitamin C. Pastinya anda taknak orang salah anggap anda adalah kakak/emak kepada suami sendiri bukan.

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Friday 6 June 2014

Kelebihan Bisnes Online

Harini saya bersiaran di salah satu lokasi pelancongan yang femes di Malaysia...owh excited sungguh daku bercuti2 di awal2 bulan ni :) 

Alhamdulillah sudah selamat sampai walaupun hujan melanda sepanjang perjalanan ke sini. Baru saja check in hotel ni.  

Sambil2 baring rehat lepaskan penat duduk lama dalam kereta sejak awal pagi, saya ambil masa sikit untuk update blog.

Kalau dah cinta, pasti di mana2 pun, apa saja yang kita buat mesti dapat luangkan masa untuknya kan. Samalah dengan rasa cinta saya pada bisnes ni. So pergi bercuti bukanlah alasan untuk bisnes tetap berjalan dengan lancar.

Kan ke sekarang ni zaman teknologi. Segalanya dihujung jari. In fact saya update blog ni pun dengan handphone je.

Itulah kelebihan bisnes online. Jangan dipandang remeh, alaa...bisnes online je pun...asik2 iklan kat fb, blogspot je pun. Untung tak sebanyak mana pun...

Owh itu tanggapan yang salah. Saya sendiri sudah merasanya dalam bisnes Shaklee yang saya jalankan secara online. 4 angka bonus pasti akan masuk setiap pertengahan bulan. Setiap bulan ye bukan one time income.

Dikala orang lain sedang berkira2 setiap kali nak belanjakan duit, yelah nak kena survive sampai hujung bulan tu sementara nak tunggu duit gaji. Alhamdulillah saya dapat duit tambahan belanja.

Antara kelebihan bisnes online:
- tidak perlukan premis perniagaan untuk jalankan bisnes. Hanya perlukan laptop dan line internet saja untuk berbisnes. Kalau ada handphone yang ada akses internet pun dah boleh.
- bisnes secara mobile. Kat mana2 pun boleh bisnes, nak bercuti kemana2 pun takde masalah dan tak perlu risau. Sangat berbeza dengan bisnes yang perlukan premis perniagaan. Yelah kena buka setiap hari...mana boleh suka2 nak cuti nanti customer marah.
- bilamana tak ada premis perniagaan makanya tak perlulah nak bayar sewa kedai kan. Rata2 kadar sewa kedai sangatlah mahal. So setiap bulan dapat untung bersih, kalau ada kos pun hanya untuk langganan bulanan internet.
- tidak perlu gajikan pekerja. Segalanya saya buat sendiri. Dari urusan membuat marketing, tempahan, juga consultation dengan customer. Namun urusan penghantaran barang tempahan ke kawasan yang jauh saya serahkan kepada Shaklee. COD hanya di kawasan berdekatan saya saja.

Okeylah nak keluar berjalan2 pulak dah ni. Nanti saya post entry pasal percutian ni pulak ye..hehe

Nak buat bisnes online macam saya? Hubungi saya sekarang.

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Wednesday 4 June 2014

Testimoni Vitamin E Untuk Kulit Cantik

Semalam saya dah share tentang khasiat Vitamin E dalam kehidupan suami isteri. So entry hari ni pulak adalah tentang khasiat Vitamin E untuk kecantikan.

Sepertimana yang diketahui, Vitamin E memang sinonim dengan kecantikan. So sememangnya Vitamin E amat popular dikalangan pengguna wanita. Tapi jangan fikir tak ada kaum lelaki yang ambil Vitamin E untuk kecantikan, ada tau.

Vitamin E bagus untuk awet muda (anti penuaan) kerana mampu memulihkan tekstur dan tona kulit, membantu mengekalkan kelembapan kulit dan mengelakkan masalah kulit yang lain seperti berminyak, kekeringan, kegatalan dan merekah.

Selain itu, bagi sesiapa yang belum tau. Sebenarnya Vitamin E juga boleh bertindak sebagai sunblock untuk mengelakkan sunburn tau. Tapi ia haruslah diambil bersama2 dengan Vitamin C.

Jom kita baca testimoni pengguna setia Vitamin E Shaklee.

vitamin e shaklee

testimoni vitamin e shaklee


So tadi kita dah tau yang Vitamin E elok diambil bersama2 dengan Vitamin C untuk mengelakkan sunburn. 

Tapi sebenarnya Vitamin E juga elok diambil bersama2 Collagen Powder untuk hasil kulit yang marvellous! Hanya mereka yang dah ambil je yang tau :)

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Tuesday 3 June 2014

Vitamin E Meriahkan Kehidupan Suami Isteri

Wah2 bestnya bulan ni promo Vitamin E pulak. Memang timing yang tepatlah bulan ni promo Vitamin E yang juga dikenali sebagai vitamin cinta ❤️❤️

vitamin e

Bulan ni sangat bermakna buat saya sebab kebetulan bulan ni bulan anniversary saya yang kelima. Pejam celik pejam celik, cepat sungguh masa berlalu. Rasanya macam baru semalam je kami diijab kabulkan sebagai suami isteri yang sah. Semoga jodoh kami berkekalan hingga ke Jannah.. Amin...

Kenapa ye Vitamin E ni diberi jolokan vitamin cinta? Sebab Vitamin E membantu mengatasi masalah hubungan intim antara pasangan suami isteri. Vitamin E membantu meningkatkan LIBIDO (keinginan seks).

Suami isteri boleh mengambilnya tanpa rasa ragu2, malah lebih selamat dan mempunyai kebaikan yang lain. Daripada ambil bahan perangsang lain yang dah tentu mengandungi bahan2 terlarang, lebih baik ambil Vitamin E Shaklee ni.

Uniknya Vitamin E Shaklee ni adalah kerana turut dilengkapi dengan selenium untuk kesan pengambilan yang optimum. Vitamin E tanpa selenium adalah bahaya kerana boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka masa yang panjang. 

So sapa2 yang amalkan Vitamin E selain Shaklee, cepat2lah check label botol Vitamin E anda ye. Pastikan ia turut dilengkapi oleh selenium.
Saya dan suami memang mengamalkan Vitamin E Shaklee. Alhamdulillah kami sangat bahagia..hehe...tak boleh cerita lebih2 sebab 18sx :D

Harga sebotol Vitamin E Shaklee? Hanya RM149. Sebotol tahan 4bulan pulak tu. So memang jimat.

Memandangkan bulan ni adalah bulan promo Vitamin E, maka sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk mendapatkannya. 

Dengan pembelian 6botol Vitamin E secara automatiknya anda layak:
- membeli dengan HARGA AHLI yang mana lebih murah dalam 25% daripada harga retail...super duper jimat tuu..
- mendapat FREE MEMBERSHIP...jimat lagi RM65 tau...
- mendapat FREE 1 BOTOL VITAMIN E...jimat lagi RM149!

Cuba kira sendiri berapa total penjimatan yang anda dapat. Memang berbaloi2 :)

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Monday 2 June 2014

22 Cara Menjaga Anak Dengan Betul

tips penjagaan anak

1) Jangan pukul anak dari lutut ke atas
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”..
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.