Wednesday, 10 September 2014

Home » , » Panduan Memilih Perniagaan MLM

Panduan Memilih Perniagaan MLM

Perniagaan MLM sememangnya popular di Malaysia ni. Buktinya, bermacam-macam jenis MLM yang ada. Dari produk makanan, ubatan, pakaian, barangan kelengkapan rumah dan macam-macam lagi lah. 

Mungkinkah kerana rakyat Malaysia sememangnya suka berniaga? Atau kerana mudah tertipu dengan skim cepat kaya yang ditawarkan oleh perniagaan MLM tersebut? Maka, berdasarkan sambutan yang menggalakkan sedemikian banyak perniagaan MLM yang muncul bak cendawan selepas hujan.

Bukannya tak boleh terlibat dengan perniagaan MLM...sedangkan saya sendiri sememangnya aktif berniaga secara MLM. Namun harus diselidik dahulu jenis perniagaan MLM yang ingin disertai.

Bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan perniagaan MLM, berikut adalah sedikit sebanyak panduan dalam memilih perniagaan MLM yang betul:

1) Tiada atau sedikit modal permulaan. Awas jika anda diajak sertai mana-mana perniagaan MLM yang belum apa-apa lagi sudah diminta membayar modal permulaan beribu-ribu ringgit.

2) Mempunyai produk yang nyata dan urusniaga jual beli yang jelas. Jadi selidiklah dahulu apakah produk jualan bisnes tersebut. Elakkan sertai perniagaan MLM yang produknya tidak jelas, atau sekadar ada 1, 2 produk saja semata-mata nak mengaburi orang.

3) Bonus dibayar berdasarkan jualan produk yang dibuat, bukannya atas penajaan ahli baru.  Ada sesetengah perniagaan MLM yang menawarkan sesetengah bonus sekiranya berjaya mencari ramai ahli baru walaupun tiada penjualan produk.

4) Strategi/pelan pemasaran serta kiraan bonus yang jelas. Tiada kiraan bonus yang tersembunyi atau pelan pemasaran yang tidak jelas.

Kesimpulannya, walau apa saja perniagaan MLM yang anda sertai, pastikan ianya mengikut panduan di atas. Pastinya anda tidak mahu berniaga secara MLM yang tidak mengikut syariah bukan.

Saya bersyukur ditemukan dengan bisnes Shaklee oleh kawan merangkap kepada mommy Shaklee (upline) saya. Yang pastinya bisnes Shaklee yang saya lakukan ini menepati ciri-ciri di atas.

NAK SERTAI BISNES SHAKLEE?

BELI PRODUK SHAKLEE SECARA ONLINE
Klik link ini --> http://bit.ly/1tTxPSD   
 
Copp!!! Nak beli produk Shaklee dengan harga yang lebih murah?? Jom join ahli Shaklee sekarang.
 
 
------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

1 comment:

  1. mari join shaklee bersama kami..
    jemput berblog walking ke link sy..
    http://bit.ly/YwGoY4

    ReplyDelete