Thursday, 11 September 2014

Home » » Resepi Anak Pintar

Resepi Anak Pintar

Anak yang pintar pastinya diidamkan oleh semua ibu bapa. Namun untuk mendapatkan anak yang pintar bukan semudah ABC...juga bukan semudah menghantar anak ke sekolah. Amalan pemakanan yang kaya dengan zat dan nutrisi untuk pembentukan otak menyumbang kepada otak yang bijak.
Berdasarkan kajian, 90% kepintaran anak bermula sejak dari kandungan lagi. Atas sebab itulah ramai ibu mengandung yang mengambil makanan untuk pembentukan otak supaya anak yang lahir nanti bijak.
rahsia anak pintar
Antara makanan yang selalu disarankan kepada ibu yang mengandung, juga untuk diberikan kepada anak adalah:
Kurma
- Seperti yang diketahui, kurma kaya dengan sumber zat galian dan vitamin seperti A, B, B1, C dan E. Kurma membantu mencerdaskan otak serta membantu tumbesaran kanak-kanak.
Madu
- Madu merupakan makanan yang berkhasiat disebabkan kandungannya yang terdiri daripada pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptic dan enzim yang dapat membantu meningkatkan kecergasan mental dan ingatan.
Kismis
- Kismis juga antara salah satu sumber makanan yang selalu diambil untuk mendapatkan otak yang bijak. Kismis mengandungi zat besi yang berfungsi untuk membina darah supaya bekalan oksigen yang cukup disalurkan ke otak untuk membina otak yang bijak.
Susu Segar
- Susu bukan saja penting untuk tumbesaran badan, malah penting untuk pertumbuhan otak anak. Kalau tidak takkanlah berlambak iklan susu di televisyen kan :)
Telur
- Telur mampu menambah kecerdasan otak. Antara kandungan telur adalah protein, mineral, kalsium, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, zat besi dan bahan-bahan aktif.
Buah Delima
- Buah delima selalu dimakan sebagai penerang hati. Moga dengan mengamalkan makan buah delima anak anak terang hati dan mudah menerima sebarang ilmu.
Kekacang
- Kekacang seperti gajus, soya, pistacio, badam dipercayai berkesan dalam meningkatkan kecerdasan otak kerana mengandungi protein yang tinggi.
Labu
- Labu berfungsi menambah keupayaan fikiran dan akal. Owh baru tau, lepas ni kena kerap makan labu :)
Sayuran dan Buahan 
- Sayur-sayuran dan buah-buahan sangat kaya dengan vitamin yang berfungsi dalam pertumbuhan otak yang bijak disamping membantu menguatkan daya ingatan.
Selain daripada mengambil makanan-makanan di atas secara berasingan, ibu-ibu boleh juga mencampurkannya sebagai contoh, campurkan kekacang dan kurma dengan susu segar. Bukan saja berkhasiat dan bagus untuk pertumbuhan otak anak, malah membekalkan tenaga.
Agak remeh nak sediakan sendiri? Tak perlu susah payah, Omega Guard Shaklee kan ada. Sangat bagus untuk otak yang bijak.

BELI PRODUK SHAKLEE SECARA ONLINE
Klik link ini --> http://bit.ly/1tTxPSD  
Copp!!! Nak beli produk Shaklee dengan harga yang lebih murah?? Jom join ahli Shaklee sekarang.
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment