Friday, 5 September 2014

Home » , » 8 Langkah Untuk Gaya Hidup Sihat

8 Langkah Untuk Gaya Hidup Sihat

1) Minum Air Secukupnya

Minum banyak air suam atau air mineral untuk membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Minum air yang banyak membantu badan meningkatkan kadar metabolisma.
 

2) Diet Yang Sihat

Perlu untuk mengamalkan diet yang sihat. Makan yang cukup tetapi bukan berlebihan. Seperti sunnah Rasulullah SAW, makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang untuk memastikan tidak makan berlebihan.

 

3) Jangan Merokok

Dah banyak dah iklan bahaya merokok kat televisyen, surat khabar juga papan-papan iklan...gambar keburukan merokok pun banyak dah kan. Kalau nak merokok jugak tak tahu lah nak cakap apa lagi.
 

4) Bersenam

Bersenam bukan untuk kurus atau shaping badan je tau...tapi bagus untuk kesihatan fizikal dan rohani. Tak perlu lama-lama pun...kalau setakat boleh spend masa 10 minit sehari pun sudah memadai.
 

5) Tangani Stress

Tekanan mempercepatkan proses penuaan...so kalau taknak cepat nampak tua maka elakkanlah tekanan ye. Bila rasa tertekan je cepat-cepat dengar muzik yang lembut dan menenangkan, atau lakukan apa saja aktiviti yang boleh menenangkan anda.

 

6) Tidur Berkualiti

Waktu tidurlah badan dapat berehat secukupnya selepas seharian aktif digunakan. Maka pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi.
 

7) Terapi Aroma

Manjakan diri dengan terapi aroma iaitu bau-bauan yang wangi di rumah. Boleh gunakan pelbagai jenis bunga hidup atau wangian yang banyak dijual di kedai. Bunga hidup tu buat air mandian pun bagus tau. Rasa relax je.
 

8) Penjagaan Kulit

Elakkan memakai sebarang solekan pada waktu malam. Sebelum tidur pastikan cuci bersih kulit muka dari sebarang kotoran mahupun alat solek. Sangat penting untuk memastikan kulit bernafas dan berehat.

KETAHUI TIPS PENJAGAAN KULIT
Klik link ini --> http://bit.ly/WlCcsq

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

1 comment:

  1. jangan lupa menjaga kesihatan di dalam anda sibuk beraktifiti..
    http://bit.ly/1upqQjw

    ReplyDelete