Thursday 25 September 2014

Home » , » Tips Memikat Selera Makan Anak

Tips Memikat Selera Makan Anak

Rata-rata ibu bapa menghadapi masalah si manja yang susah hendak makan kan. Bukan mudah sebenarnya untuk menyuruh seseorang makan, lebih-lebih lagi jika berkaitan dengan si manja. Ini kerana anak yang kecil bukan seperti orang dewasa yang sudah pandai menilai baik buruk sesuatu perbuatan.

tips-memikat-selera-makan-anak

Maka, kesabaran yang tinggi dari ibu bapa sangat diperlukan. Ibu bapa haruskan memainkan peranan bagi memastikan si anak menjamah makanan yang dihidangkan. Pastinya ibu bapa lebih arif bagaimana untuk menambat hati serta memujuk si anak.

Saya nak kongsikan beberapa tips juga trick untuk memikat selera makan anak:

Sediakan makanan yang berwarna-warni

Kanak-kanak mudah tertarik dengan sesuatu yang berwarna-warni, Jadi ibu bapa harus bijak menyediakan hidangan yang mempunyai warna yang ceria serta bentuk yang menarik minat anak,

Kreatif dalam masakan

Kanak-kanak kebiasaannya sangat cerewet dalam pemilihan makanannya. Jadi bagi anak yang sangat memilih makanan, ibu bapa harus memerhatikan minat serta kegemaran anak. Langkah seterusnya adalah dengan improvise resepi supaya dapat memasukkan bahan yang kurang digemari anak ke dalam hidangan yang digemari atau menarik minat anak untuk memakannya.

Hidang makanan dalam bentuk yang sesuai dan menarik  

Cara pemakanan kanak-kanak tidak sama seperti orang dewasa yang boleh makan hampir apa saja, dalam bentuk atau saiz yang bagaimana sekalipun. Ibu bapa harus bijak untuk menghidang makanan dalam bentuk yang lebih kecil dan mudah diambil oleh anak. Bahan-bahan yang digunakan dalam hidangan tersebut juga seeloknya dipotong kecil atau nipis bagi memudahkan anak untuk mengunyah.

Hidangkan buah-buahan dengan cara yang menarik

Ada sesetengah kanak-kanak yang tidak gemarkan makan buah. Jadi ibu bapa harus bijak mencampurkan beberapa buah-buahan yang berwarna menarik dan ceria supaya anak menjadi lebih seronok untuk makan.

Menjauhi televisyen sewaktu makan

Menjauhi televisyen sewaktu makan adalah tindakan yang wajar diamalkan untuk meningkatkan selera makan si anak. Ini kerana televisyen boleh mengalih tumpuan anak dari makanan dan lebih leka untuk menonton televisyen.

Sememangnya selera makan kanak-kanak tidak boleh diabaikan dan harus dititik beratkan. Ini kerana dalam usia kanak-kanaklah tumbesarannya bermula dan paling aktif. Maka seharusnya ibu bapa mengusahakan supaya si anak mendapat makanan terbaik untuk tumbesaran yang sempurna.

Ingin membeli produk Shaklee secara online?
Hanya klik ikon eSell di belah kanan blog ini.


order shaklee secara online


Berminat menjana pendapat sebagai SID (Shaklee Independent Distributor)?
Pertanyaan serta penyertaan anda sangat dialu-alukan :)

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment