Monday 5 October 2015

"Mama, jangan biarkan saya berisiko mengalami spina bifida"

"Mama, jangan biarkan saya berisiko mengalami spina bifida"

Jikalau bayi seawal usianya dalam kandungan boleh bercakap, mungkin ini adalah kata-kata yang akan terkeluar dari mulutnya...mungkin...
Bagi mereka yang belum tahu apa itu spina bifida, meh sini saya terangkan secara ringkas.
Apa itu spina bifida?

Spina bifida atau kecacatan tiub neural. Ia berlaku apabila tiub neural tidak berkembang dengan betul menyebabkan saraf tunjang tidak tertutup sepenuhnya dan terdapat jarak antara vertebra.

Jenis-jenis spina bifida
1) Spina bifida okulta (tersembunyi)
- paling biasa berlaku dan tidak serius. Terdapat jarak kecil antara vertebra pada tulang belakang. Mereka yang mengalaminya samada akan mempunyai simptom ringan atau tiada simptom langsung dan tidak menyedari bahawa mereka mengalami spina bifida.

2) Mielomeningosele (meningomielosele)
- merupakan jenis yang paling serius di mana terdapat bonjolan berupa sista atau pundi (mengandungi tisu dan saraf) yang diselaputi kulit dan dapat dilihat di belakang badan. Mereka yang mengalami spina bifida jenis ini kebiasaannya mengalami kerosakan saraf atau kelumpuhan pada bahagian2 tertentu bergantung kepada lokasi terjadinya spina bifida berikutan saraf tunjang rosak atau tidak terbentuk dengan sempurna.

Kebanyakan kanak2 yang mengalami spina bifidan jenis ini akan mengalami hidrocefalus iaitu keadaan dimana cecair sekeliling otak tidak dapat disalurkan ke dalam aliran darah. Ini terjadi apabila beberapa bahagian otak rosak sebelum bayi dilahirkan lalu menghalang cecair tersebut keluar dengan sempurna.
3) Spina bifida meningosele 
- jenis spina bifida yang paling jarang berlaku dimana sista yang menyelaputi membran mudah pecah.

Dianggarkan kira2 5 hingga 10 peratus daripada keseluruhan populasi mengalami spina bifida okulta tanpa menyedarinya.

Manakala kira2 1 dalam 1,000 bayi yang dilahirkan mengalami spina bifida jenis mielomeningosele.

Sebenarnya kacacatan tiub neural ni boleh dikesan melalui imbasan ultrasound atau ujian darah. Jadi bagi ibu hamil seeloknya jalankan juga ujian untuk mengesan kecacatan tiub neural.

Rawatan yang selalu dijalankan kepada mereka yang mengalami kecacatan tiub neural yang teruk adalah melalui pembedahan, dan ada sesetengah kes yang dibiarkan sembuh dengan sendiri.

Cuba bayangkan ada bayi yang mengalami kecacatan tiub neural yang teruk harus dibedah hanya 2 hari selepas dilahirkan...tak sanggup rasanya nak biarkan si kecil yang baru lihat dunia masuk sekali lagi ke bilik bedah.
spina bifida

Oleh kerana itu, ibu2 disarankan mengambil kuantiti asid folik yang mencukupi iaitu 400mcg sehari bagi mengelakkan risiko bayi mengalami kecacatan tiub neural. Prevention is better than cure kan.
Seeloknya ibu mula mengambil asid folik ni seawal masa merancang kehamilan lagi sehinggalah usia kandungan mencecah 3 bulan.
Jadi para ibu, mulai hari ini jangan lagi skip mengambil asid folik.


Nak order produk Shaklee?

Mudah je, boleh order secara online dengan klik link di bawah:

Ingin dapatkan produk Shaklee secara COD (cash on delivery)?

Copp!! Nak dapatkan produk Shaklee dengan harga yang lebih murah? Jom daftar sebagai ahli.

Berminat jadi ahli Shaklee? Klik link di bawah dan isikan details anda.

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Saturday 3 October 2015

Percutian Percuma Ke Bangkok - Part 1

Bila sebut pasal Bangkok ni sebenarnya saya sendiri pun tak pernah jejakkan kaki kat sana. Dah lama teringin nak kesana lebih-lebih lagi bila dengar cerita seronok kawan-kawan yang dah pernah melancong kesana.

So bila Shaklee buat offer trip percuma ke Bangkok 2016, memang rasa teruja sangat. 
 
trip percuma shaklee
 
Berdasarkan apa yang saya ketahui sepanjang saya bersama Shaklee ni, setiap percutian tajaan Shaklee memang tip top. 

Anda hanya perlu bawak diri je. Dari penginapan, makanan, beg bagasi sehingga ke duit poket semuanya ditaja oleh Shaklee. Kalau nak shopping sakan tu faham-faham sendirilah kena sedia duit sendiri :)

Penginapan pulak bukan setakat hotel cikai-cikai. Layanan VVIP gitu. Kalau pegi dengan duit sendiri rasanya takkan kita sanggup nak habiskan duit untuk penginapan berharga rm1,000 untuk satu malam kan. Sayang duit oiii...nak tido je pun.

Sebab tu bila dengar offer trip percuma ke Bangkok ni rasa teruja sangat-sangat. Offer ni khas untuk ahli Shaklee saja ye..so rugilah siapa yang tak join ahli Shaklee.

Baru nak join pun tak ada masalah sebab anda turut berpeluang mendapatkan trip percuma ni tau. 

Sedikit attraction di Bangkok..

Wat Arun (The Temple of Dawn) ni memang cantik sangat-sangat. Dalam gambar je dah nampak cantik apatah lagi kalau tengok depan-depan..secara real.

Pasar terapung yang sangat terkenal di Bangkok..kat Malaysia takde pasar macam ni. Takkan nak tengok dalam tv atau gambar je kan..tak feel la kalau macam tu.

Nantikan perkongsian tempat-tempat menarik yang lain di Bangkok dalam entri saya yang seterusnya..tungguuuu :)

Mulakan langkah pertama anda hari ini. Usah bertangguh lagi. Free trip ke Bangkok takkan menunggu anda.


------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.


Thursday 1 October 2015

Tips Memilih Bisnes Bagi Para Isteri

Pagi tadi kita dikejutkan sekali lagi dengan kenaikan harga petrol dan diesel. Sebenarnya sejak malam tadi lagi dah heboh tentang ni tapi dengan tersiarnya berita dalam radio pagi ni menjadikannya lebih sahih.
 
harga runcit minyak naik
 
Tidak seperti masa kenaikan harga petrol yang lepas-lepas, malam tadi suami saya tidak seperti biasa beratur di stesen minyak untuk mengisi petrol dengan harga yang asal buat kali terakhir...kepenatan kerja di siang hari mungkin. Biasanya bila dengar harga minyak nak naik je maka berpusu-pusu orang termasuklah kami ke stesen minyak pada malam sebelum hari bermulanya harga petrol yang baru.
 
Bila harga minyak naik, maka secara tidak langsung harga barangan lain pun akan naik…ini berdasarkan pengalaman yang lepas-lepas lah…walaupun bukan semua tapi ada yang terkesan seperti saya yang bergaji kecil ni.
 
Hakikatnya, itu adalah faktor sekeliling yang kita tiada kuasa untuk mengubahnya. So nak tak nak terpaksa akur dengan keadaan semasa dan menyesuaikan diri.
 
Jadi tidak hairanlah jika zaman sekarang ni ramai orang yang menjalankan perniagaan sampingan…cari side income dan tidak bergantung semata-mata dengan gaji bulanan. Para isteri sepenuh masa / bekerja pun turut aktif menjalankan bisnes untuk membantu meringankan bebanan suami...besar sungguh peranan isteri.
 
Bagi para isteri yang baru nak berjinak-jinak dengan bisnes dan masih tercari-cari bisnes yang sesuai, meh sini saya kongsikan sedikit sebanyak tips supaya anda dapat membuat pilihan yang tepat. So tidaklah anak dan suami terabai dek kerana terlalu fokus pada bisnes.

 

Tiada modal permulaan yang besar

untuk menjalankan bisnes tak semestinya perlukan modal permulaan yang besar, bergantung kepada jenis bisnes yang anda pilih. So pilihlah dengan bijak supaya tidak membebankan anda mahupun suami.
 

Tiada keperluan premis perniagaan

semua sudah maklum untuk membuka premis perniagaan perlukan modal yang sangat banyak, jadi perniagaan secara online adalah pilihan yang sangat tepat kerana anda tidak perlukan premis perniagaan, boleh bisnes dari mana-mana dan bila-bila masa yang anda mahu.
 

Tiada tuntutan masa yang banyak di luar rumah

pilihlah bisnes yang tidak memerlukan anda berurusan di luar rumah secara kerap. Pastinya anda berat hati nak tinggalkan anak dan suami lama-lama sementara anda keluar bisnes kan.

Bisnes yang stabil dan terjamin

ini adalah faktor yang tidak kurang pentingnya, haruslah memilih bisnes yang betul-betul stabil dan terjamin. Bukan sebulan dua laris, tapi masuk bulan ketiga tak nampak bayang.
Bisnes pilihan saya? Pastinya Shaklee yang sememangnya menepati kesemua kriteria di atas.
 
Walaupun anda aktif berbisnes, anda tetap boleh berada di rumah disamping anak-anak dan suami, menyaksikan anak-anak membesar di depan mata.
 
Dan jangan risau, walaupun Shaklee merupakan perniagaan MLM, Shaklee menepati syariah.
 
Minat bisnes dan nak sertai keluarga besar kami? Klik link di bawah ↓↓↓↓
 
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.