Monday 30 July 2012

Tiada Kesan Lepas Ambil Supplement?

Tiada Kesan Lepas Ambil Supplement?

Ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement mereka disebabkan oleh beberapa faktor :

1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.
Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.
Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.


Performance Drink - Mengatasi Kelesuan di Bulan Puasa

Performance Drink - Mengatasi Kelesuan di Bulan Puasa

Sudah masuk minggu kedua semua umat Islam di dunia berpuasa. Semoga ibadah yang dijalankan diberkati Allah s.w.t. Namun, jangan pula ibadah puasa yang dijalani dijadikan alasan untuk kita mengabaikan rutin seharian. Ada sesetengah orang yang bila puasa, memang melepek je taknak buat kerja...katanya habis tenaga kalau buat kerja...dia nak baring tido, tengok tv je sepanjang hari.

Oleh kerana itu, makanan yang diambil semasa sahur memainkan peranan yang penting untuk memulakan hari yang aktif...sebagaimana juga pentingnya waktu bersarapan. Supplement yang disyorkan diambil semasa berpuasa adalah Performance Drink (PD).

Wednesday 25 July 2012

Set Mighty 3 Gems Persediaan Bijak di Bulan Puasa

Mighty 3 Gems Set Persediaan Bijak di Bulan Puasa

Laris sungguh Set Mighty 3 Gems ni di bulan puasa. Nak tau kenapa?


Set Mighty 3 Gems menawarkan sarapan yang sihat dan berkhasiat untuk memulakan hari. Ramai sebenarnya yang tak sedar bahawa sarapan merupakan rahsia untuk kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari. Oleh kerana kurangnya kesedaran itu, pengambilan sarapan seringkali diabaikan.



mighty 3 gems

Akibat tidak bersarapan, anda mungkin:

- Tidak dapat memberi tumpuan untuk masa yang panjang serta kurang peka
- Mengambil masa yang lama untuk bertindak balas terhadap sesuatu perkara
- Produktiviti kerja yang menurun
- Kandungan gula dalam darah yang rendah

Berdasarkan senarai di atas, dapat kita lihat betapa pentingnya sarapan pagi. So lepas ni, no more skip2 breakfast :)

Apa yang terkandung dalam set ini?

1) Soy Protein Isolate Powder (nama baru bagi Energizing Soy Protein)
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.
Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Meal Shakes Shaklee juga mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.
Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air. Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

Kenapa Set Mighty 3 Gems perlu jadi menu pilihan untuk bersarapan?

- Membekalkan tenaga untuk cergas sepanjang hari
- Membantu dalam meningkatkan tahap kepekaan dan penumpuan
- Memelihara kesihatan secara menyeluruh.

Sempena bulan puasa ini, sahur adalah ibarat sesi sarapan pagi pada hari2 selain bulan puasa. Oleh itu, kepentingan sahur juga tidak boleh dinafikan. Nak2 lagi sepanjang bulan puasa, kita tidak boleh makan dan minum di siang harinya. Dengan pengambilan makanan yang sihat dan berkhasiat, akan membantu kita untuk menjalani rutin harian dengan lebih mudah.

Set Mighty 3 Gems merupakan pilihan yang tepat dan terbaik sebagai menu utama semasa bersahur.

Berminat?

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

* Entri ini adalah berdasarkan testimoni/pengalaman pengguna dan hasil dari setiap pengguna mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Tuesday 24 July 2012

Set Shaklee Family Wellness untuk Seisi Keluarga

Set Shaklee Family Wellness untuk Seisi Keluarga

Masih tercari-cari rangkaian supplement Shaklee yang sesuai diambil oleh seisi keluarga?

Memperkenalkan Set Shaklee Family Wellness khas untuk seisi keluarga...ye betul, sesuai diambil oleh seisi keluarga.


Set Shaklee Family Wellness ini memberikan nutrien yang berkhasiat untuk anda sekeluarga supaya kekal sihat dan bertenaga.

Apa yang terkandung dalam set ini?


1) Vitalea (with iron formula)
Merupakan multivitamin yang dilengkapi dengan 12 jenis vitamin dan 7 jenis galian yang diperlukan oleh tubuh. Mereka yang mengalami tekanan darah rendah akibat kekurangan zat besi adalah digalakkan mengambil 2 biji vitalea setiap hari untuk mengatasi masalah ini.

2) Vitamin C
Satu tablet vitamin C bersamaan dengan 7 biji setengah oren asli. Vitamin C Shaklee didatangkan dengan fungsi sustained release dimana ia akan dilepaskan secara berperingkat mengikut masa demi memastikan vitamin C tersebut kekal dalam badan, memandangkan vitamin C merupakan vitamin larut air yang mudah musnah, Sangat penting untuk pembentukan kolagen, sistem imun badan, bertindak sebagai antioksidan dan sangat penting dalam melawan penyakit. Disyorkan mengambil 2 biji vitamin C yang dipatah dua  sekiranya badan terasa seperti hendak demam.

3) B Complex
Mengandungi 8 kumpulan vitamin B untuk memenuhi keperluan badan. Bertindak sebagai penjana tenaga (melalui tindakbalas glukos) disamping memberi ketenangan kepada tubuh. Disebabkan itu, vitamin B merupakan vitamin paling utama dalam mengatasi kelesuan dan tekanan. Ia mempunyai elemen yang meningkatkan metabolisma, tenaga dan kesihatan otak serta membantu kulit wajah kelihatan berseri dan tidak kusam.

4) Energizing Soy Protein (ESP)
Membekalkan 14gram non-GMO protein berkualiti tinggi (dalam setiap hidangan) yang mengandungi semua asid amino yang diperlukan oleh tubuh bagi mengekalkan tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh. Ia membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis vitamin B yang diperlukan tubuh dan separuh daripada jumlah keperluan kalsium harian, serta membantu membina dan perbaiki tisu badan yang rosak.

Kebaikan

1) Membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh
2) Membantu anda merasa lebih bertenaga
3) Menguatkan sistem imun anda
4) Membekalkan khasiat untuk kulit rambut, kuku, tulang dan otot yang sihat.

Pastinya kita inginkan yang terbaik buat keluarga. Tiada apa yang lebih berharga selain dari melihat orang2 tersayang sentiasa sihat, ceria dan bertenaga.

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

* Entri ini adalah berdasarkan testimoni/pengalaman pengguna dan hasil dari setiap pengguna mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Monday 23 July 2012

Cadangan Supplement

Cadangan Supplement

Mahu mencuba supplement Shaklee namun tak tahu supplement mana yang sesuai? Kebiasaannya supplement yang dicadangkan adalah mengikut jenis penyakit atau keperluan individu tersebut. Berikut saya senaraikan cadangan supplement yang selalu disyorkan kepada pengguna mengikut jenis penyakit atau keperluan masing2.

Sunday 22 July 2012

16 Fakta Tentang Bayi Baru Lahir Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

16 FAKTA TENTANG BAYI BARU LAHIR YANG ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU

16 fakta menakjubkan bayi baru lahir
  1. Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan
  2. Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.
  3. Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
  4. Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
  5. Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

Thursday 19 July 2012

13 Tips Kembali Berpuasa Selepas Bersalin

13 Tips Kembali Berpuasa Selepas Bersalin

tips tambah susu badan

TIPS YANG BOLEH DIAMALKAN


1. Banyakkan pengambilan cecair. Dua liter sehari sangat perlu. Mulakan minum bermula waktu berbuka sehingga sahur dan menjelang imsak.

2. Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan berkuah dan mengandungi air. Kurangkan mengambil terlalu banyak makanan bergula dan bergaram kerana ia boleh menarik keluar air daripada sel.

Wednesday 18 July 2012

Kenali Shaklee: Keistimewaan Shaklee

Kenali Shaklee: Keistimewaan Shaklee

Sebab musabab kenapa Shaklee begitu istimewa dihati saya dan kenapa tuan/puan/adik/cik/abg/pakcik/makcik MESTI bertukar kepada supplement jenama SHAKLEE! 

 

Falsafah Produk Shaklee

Selama lebih 50 tahun, generasi demi generasi telah bergantung pada Shaklee kerana telah membuat sesuatu yang berbeza dari yang lain iaitu mencipta produk yang SELAMAT dan terbukti BERKESAN.

Misi kami di Shaklee ialah memberikan kehidupan yang lebih baik dan sihat kepada sesiapa sahaja. Kami membantu dengan cara mengeluarkan produk-produk kesihatan yang terunggul dan anda akan rugi sekiranya tidak berkongsi dengan rakan-rakan mengenainya. Setiap produk yang kami keluarkan telah direka cipta untuk memperbaiki taraf kesihatan tanpa kompromi dan tidak merosakkan alam sekitar.

Monday 16 July 2012

Berpantang Dengan Vitamin Shaklee

Berpantang Dengan Vitamin Shaklee

Bagi ibu-ibu yang berpantang anda boleh memilih untuk mengambil vitamin2 yang dicadangkan seperti di bawah :


zinc shaklee
Zinc Complex

Zinc membantu mempercepatkan proses baik pulih luka luaran dan dalaman (rahim), bagi yang tidak makan ikan haruan atau pati ikan haruan, zinc adalah pilihan yang tepat untuk menggantikan ikan haruan. Dan juga pilihan yang tepat memandangkan pati ikang haruan selalunya disertai dengan rasa yang hanyir. Selain itu zinc juga membantu untuk mengurangkan masalah keguguran rambut selepas melahirkan.Yang penting sekali ialah zinc dapat membantu dalam masalah "kedinginan" selepas bersalin.

Friday 13 July 2012

GLA Penawar Masalah Kesuburan Punca dari Hormon Tak Seimbang

GLA Penawar Masalah Kesuburan Punca dari Hormon Tak Seimbang

Saya pernah terbaca artikel di metro.com tentang punca-punca ketidaksuburan ataupun punca sesuatu pasangan sukar mendapatkan zuriat. Salah satu daripadanya adalah berpunca dari ketidakseimbangan hormon yang kerap jadi dikalangan wanita.

 

Kepentingan Keseimbangan Hormon

Keseimbangan hormon adalah penting bagi membolehkan seseorang wanita itu hamil. Hormon yang tidak seimbang boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi masalah telur yang tidak matang serta mengganggu proses penghasilan telur. Hal ini seterusnya menyukarkan wanita tersebut hamil.

Thursday 12 July 2012

Anda merokok? Org yg anda sayang merokok?

Merokok memang tak baik utk kesihatan .. Cer tengok fakta ni:

Just one stick of cigarette contains over 4,000 chemicals including 70 carcinogenic substances, some of which are highly toxic:
CHEMICAL
USED IN
Cadmium
Batteries
Acetone
Paint remover
Buthane
Lighter fluid
Ammonia
Toilet cleaner
Polonium210
Radioactive substance
Methane
Sewer gas
Methanol
Rocket fuel
Arsenic cyanide
Poison
Nicotine DDT
Insecticide
Hexamine
Barbecue Lighter
Stearic Acid
Candle Wax
Acetic Acid
Vinegar
Arsenic cyanide
Poison
Carbon Monoxide
Car exhaust fumes

1001 Khasiat Vitamin E

1001 Khasiat Vitamin E

Tahukah Anda?

Terdapat beberapa jenis vitamin E, iaitu alpha, beta, gamma dan d-alpha tocopherol. Gamma adalah jenis vitamin E yang paling kurang aktif. Manakala d-alpha tocopherol adalah jenis vitamin E yang paling aktif dan paling power. Dan yang paling best adalah, vitamin E Shaklee adalah dari jenis ini!!

Tuesday 10 July 2012

Tumit Kaki Pecah Pulih Dengan GLA Shaklee

Tumit Kaki Pecah Pulih Dengan GLA Shaklee

Minggu lepas ada berbual dengan kastemer yang mengambil GLA. Belum lagi sebulan beliau ambil GLA tapi sudah nampak perubahan yang tidak disangka. Sebenarnya tujuan utama beliau ambil GLA adalah untuk memperbaiki hormon periodnya yang tidak betul, tetapi lain plak jadinya.

Inilah contoh rupa tumit kaki yang pecah. (bukan gambar kaki dia ye sebab beliau tidak sempat nak snap hihi)

Banyak faktor tumit kaki pecah ni antaranya adalah kulit kering, tidak cukup kelembapan kerana kurangnya air. Kaki mempunyai satu lapisan air di mana jika ia tidak mencukupi akan menyebabkan kekeringan dan masalah tumit kaki pecah boleh berlaku.

Cikgu Sekolah Bangga Dipuji Suami

Cikgu Sekolah Bangga Dipuji Suami

Tajuknya sahaja mendebarkan bukan hihi. Mesti ramai yang nak tahu kenapa beliau mendapat pujian suami?

Baca dulu apa katanya:

Mengatasi Stretch Marks Selepas Bersalin

Mengatasi Stretch Marks Selepas Bersalin

Rata-rata kita mesti risau dengan stretch mark yang ada kan terutama ibu-ibu lepas bersalin. Tanda strech marks ni membuatkan kita kurang keyakinan diri dan merasakan kulit tidak lagi secantik dahulu. Jangan biarkan lama-lama stretch mark ini kerana ianya akan membuatkan kita kelihatan tidak berkeyakinan.

Apakah Stretch Marks?


Stretch Marks berlaku terutamanya pada ibu hamil di mana kulit mengalami regangan yang terlampau disebabkan pertumbuhan bayi dalam perut. Regangan yang terlampau akan membuatkan lapisan kulit kita pecah dan akan timbullah garisan yang tidak diingini. Kebiasaaannya ia berlaku di perut, paha, punggung dan juga di bahagian payudara. Ia juga berlaku bila keadaan ibu yang mengalami peningkatan berat badan yang mendadak semasa hamil.

Keistimewaan Vitamin C Shaklee berbanding Jenama Lain Di Pasaran

Keistimewaan Vitamin C Shaklee berbanding Jenama Lain Di Pasaran

Vitamin C - Oren

Hari ni nak cerita pasal vitamin C lagi :)

Saya ingat lagi antara vitamin yang paling kanak2 termasuk saya masa kecil2 dulu suka adalah vitamin C. Tak payah disuruh makan pun tak apa. Sebab vitamin C ni didatangkan dalam bentuk tablet seumpama makan gula2. Kanak2 mana yang tak suka gula2 kan. Orang tua pun suka (saya la tu :))..

Monday 9 July 2012

Vitamin Shaklee - Kegemaran Ibu-Ibu Menghadapi Bulan Puasa

Vitamin Shaklee - Kegemaran Ibu-Ibu Menghadapi Bulan Puasa

Ramai ibu-ibu yang sudah mengakui keberkesanan supplement Shaklee ini. Saya taknak cakap banyak. Jom sama2 baca testimoni dari salah seorang customer yang mengambil supplement ini.

Bertenaga Dan Senang Bersalin dengan MEALSHAKE

Bertenaga Dan Senang Bersalin dengan MEALSHAKE

mealshake shaklee
p/s btw ini bukan gambar sahabat saya ye:) tak sempat snap gambar semalam:)

Semalam pergi melawat sahabat baikku yang baru sahaja melahirkan bayi ketiganya. Kali ni tercapailah hasrat untuk mendapat 'baby boy' setelah kedua-dua sebelum ini adalah puteri.



Sembang-sembang dengannya semasa datang melawat, katanya ini kali pertama dia bersalin tanpa menggunakan sebarang ubatan. Kedua-dua kelahiran terdahulu beliau mengambil epidural tetapi kali ini belum sempat nak ambil, sampai hospital dah buka 7cm. Alamak, hati dah berdebar sebab dia ni macam diriku juga jenis tak tahan sakit.



Tapi teruja juga mendengarkan ceritanya. Sebelum pergi hospital dia ada bawa bekal MEALSHAKE SHAKLEE sebagai memberikan tambahan tenaga padanya semasa bersalin. Ini kali pertama beliau mencuba semasa melalui proses bersalin. Apa yang saya pun teruja mendengarnya, bila katanya bersalin kali ni tenaga memang berlainan dari yang terdahulu. Tenaganya lain macam, mudah sangat. Sakit kontraksi pun tidaklah terlalu kuat. Pendek kata sangat mudah bersalin kali ini. Alhamdulillah....

Balik dari melawat daku tersenyum sendiri, memang betul pun Mealshake kan berupa multivitamin dalam bentuk serbuk, jadi daripada minum air lain untuk dapatkan tenaga semasa meneran tu, apa salahnyamencuba mealshake kan. Tenaga yang sangat kita perlukan terutama masa meneran tu. Bila 'push' dalam keadaan yang tiada tenaga dan badan lemah, risiko pun makin tinggi.

Lepas ni jangan lupa kawan-kawan bolehla cuba mealshake jika inginkan tenaga yang lebih ye:)
TAHNIAH sahabatku:)
credit
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

* Entri ini adalah berdasarkan testimoni/pengalaman pengguna dan hasil dari setiap pengguna mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Kenapa Vitamin C Shaklee perlu dipatah dua jika demam dan selsema?

Kenapa Vitamin C Shaklee perlu dipatah dua jika demam dan selsema?

Vitamin C Sustained Release
Shaklee Sustained Release Vita- C 500mg

Perasankah anda di botol vitamin C 500mg Shaklee tertulis perkataan Sustained released? Bagi mereka yang membeli fullpack bleh g tgk botol vitamin c anda sekarang.. Ini bermaksud vitamin C Shaklee sebiji mengandungi 500mg vitamin C dan ianya dirembeskan secara perlahan-lahan dalam badan mengikut keperluan badan kita tadi. Ini sangat bagus kerana vitamin C bersifat larut air dan ianya mudah dihapuskan dalam keadaan tertentu contohnya jika kita stress, berhadapan dengan cuaca panas dan banyak lagi.

Thursday 5 July 2012

Kulit Kembali Berseri dan Parut Pudar dgn Supplement Shaklee

Kulit Kembali Berseri dan Parut Pudar dgn Supplement Shaklee

Masih tercari-cari produk kecantikan yang sesuai untuk kulit anda? Jom cuba supplement Shaklee.

Apa vitamin yg disyorkan?


B Complex dan Vitamin C - kedua-dua vitamin ini sangat penting untuk membantu pembinaan kolagen.

Vitamin E - sebagai antioksidan yang penting selain anti penuaan dan membantu pengawalan pertumbuhan sel abnormal. Ini kerana kesan antioksidan dan vitamin E menghalang proses penuaan sel dan memberi lebih ketahanan. Selain itu, vitamin E membaiki pembekalan oksigen dan asid nukleik, menyembuhkan parut, tompok dan kesan pada kulit.

Wednesday 4 July 2012

Vitamin C Untuk Kecantikan dan Keanjalan Kulit

Vitamin C Untuk Kecantikan dan Keanjalan Kulit

Masih ingat lagi post saya tentang saya paksa diri makan Vitamin C Shaklee untuk cantikkan kulit tu tak? Tapi hari ni saya tak nak bercerita pasal tu lagi....buat malu je fobia telan pil...hehehe. Kali ni saya nak cerita kenapa saya begitu mencintai Vitamin C Shaklee.

Tahukah anda?


Vitamin C merupakan sejenis vitamin larut air boleh yang boleh didapati dalam buah atau sayuran bercitrus contohnya oren. Namun, oleh kerana sifatnya yang larut air badan tidak berupaya untuk menyimpan vitamin ini.

Vitamin C sangat penting bagi mereka yang menginginkan kulit yang licin dan awet muda kerana Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang bertindak sebagai gam yang menyusun sel2 tubuh manusia. Dan oleh kerana itu juga, Vitamin C sangat berguna untuk menyembuhkan luka dengan cepat kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

Monday 2 July 2012

Supplement Shaklee untuk Ibu Lepas Bersalin

Supplement Shaklee untuk Ibu Lepas Bersalin

Lazim kita dengar di zaman ibu/nenek moyang kita berpantang dengan jamu dan sebagainya. Namun kini selari dengan peredaran zaman dan masa, kebanyakan ibu-ibu lebih selesa memilih untuk berpantang dengan supplement/vitamin.

Tidak ketinggalan, supplement Shaklee yang disyorkan untuk ibu berpantang  yang semakin popular dikalangan ibu-ibu yang berpantang. Banyak sudah pengalaman berpantang bersama Shaklee yang dikongsi oleh ibu-ibu yang telah mengamalkannya. Kebanyakan ibu mengakui merasa kelainan dan berpuashati dengan supplement Shaklee ini, samada kali pertama berpantang mahupun seterusnya.

Kesan dan Faedah Mengambil Collagen Powder Shaklee

Apakah kesan dan faedah mengambil Collagen Powder?


Shaklee RSS (red snapper scale @ sisik ikan merah) terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Selepas penggunaan selama 8 minggu, keputusan menunjukkan kulit menjadi lebih baik secara menyeluruh.

Tips Hamil Cepat Langkah Demi Langkah Dengan GLA Complex

Saya pernah berkongsi tentang Tips Cepat Hamil Dengan GLA Complex, kini saya nak kongsikan pula Tips Hamil Cepat Langkah Demi Langkah Dengan GLA Complex.

shaklee gla complex

Jadi bagaimana cara cepat hamil langkah demi langkah dengan GLA?

Pertama sekali saya nak ingatkan bahawa kita hanya berusaha.. Secara teorinya gamma linolenik acid dalam biji bunga borage dapat membantu pasangan yang ingin mendapatkan anak untuk senang hamil. Namun ia tetap berbalik kepada Yang Maha Kuasa.

Vitamin Supplements Shaklee Terbaik?

Vitamin supplement terbaik pastinya menjadi pilihan mereka yang mementingkan kesihatan. Ya, benar. Memilih vitamin bukan seperti membeli baju. Pilih yang paling cantik/mahal/murah, etc.. bila tak suka, beli lain. Ini kerana elemen vitamin itu akan berada dalam tubuh kita.

TAHUKAH ANDA : FDA (Food & Drug Administration) telah menjalankan ujian terhadap 324 jenis vitamin untuk menguji kandungan plumbum, dan hanya 4 JENIS SAHAJA yang bebas plumbum!


Tidak keterlaluan jika saya katakan, daripada anda mengambil vitamin yang salah, adalah lebih baik tidak mengambil supplement langsung!