Friday 23 September 2011

Kehebatan Vitamin E Shaklee

Tahukah anda jenis-jenis vitamin e? Ianya terdapat dalam bentuk alpha, beta, gamma di mana gamma adalah yang paling kurang aktif. Vitamin e yang paling aktif dan yang paling power adalah d-alpha tocopherol. Vitamin E Shaklee adalah dalam bentuk ini!

Wednesday 21 September 2011

Why Should You Breastfeed Your Baby?

penyusuan susu ibu

Best for Baby

A mother's milk has just the right amount of fat, sugar, water, and protein that is needed for a baby's growth and development. Most babies find it easier to digest breast milk than they do formula. Breast milk has agents (called antibodies) in it to help protect infants from bacteria and viruses and to help them fight off infection and disease. Human milk straight from the breast is always sterile. More detail on benefits for baby.

Thursday 15 September 2011

Budaya Penyusuan Ibu Mesti Dipertahan

27 Safar 1431H
Oleh Nor Affizar Ibrahim

CORAK penyusuan susu ibu di Malaysia menunjukkan cuti bersalin yang tidak mencukupi boleh menafikan hak bayi terhadap susu ibunya dan menjadi antara sebab mengapa pada 2006, hanya satu dalam tujuh bayi di negara ini mendapatkan penyusuan susu ibu secara eksklusif dalam kehidupan si kecil.

Analisis data penyusuan susu ibu kebangsaan Kementerian Kesihatan menunjukkan, jumlah penyusuan secara eksklusif di negara ini tinggi pada dua bulan pertama iaitu mencatat lebih 40 peratus, tetapi menurun berterusan dua atau tiga bulan selepas itu apabila cuti bersalin habis dan ibu perlu pergi bekerja.

Monday 12 September 2011

Vitamin untuk kecantikan

Salam mommies semua,

Puasa sudah...raya pun sudah...now get back to work...tapi bukan pasal kerja yang saya nak cerita. Hari ni saya nak kongsikan tips kecantikan buat para ibu.

Untuk mendapatkan kulit yang awet muda, cantik dan berseri-seri, boleh amalkan pengambilan:

Vitamin A

Vitamin A menyumbang kepada pertumbuhan sel dan pemulihan, terutamanya sel-sel kulit, malah penting untuk menguatkan penglihatan malam, membantu pertumbuhan tulang, dan mengawal selia sistem imun. Kekurangan Vitamin A boleh menyebabkan bukan sahaja untuk mengeringkan kulit, tetapi juga boleh mengeringkan rambut, kuku pecah, dan mata kering.

Vitamin C

Vitamin C sangat penting untuk mendapatkan kulit yang licin dan awet muda kerana vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Selain itu, vitamin C juga sangat berguna untuk menyembuhkan luka dengan cepat kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.
Info lebih banyak kebaikan vitamin C di sini.

Vitamin E

Vitamin E adalah vitamin untuk anti-penuaan kerana kesan antioksidan dan vitamin E menghalang proses penuaan sel dan memperbaiki pembekalan oksigen dan memberi lebih ketahanan. Selain itu, vitamin E membaiki pembekalan oksigen dan asid nukleik, menyembuhkan parut, tompok dan kesan pada kulit.
Info lebih banyak kebaikan vitamin E di sini.
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Wednesday 7 September 2011

Serba sedikit info tentang Shaklee sebelum anda consume

11 Perkara Tentang Shaklee Yang Harus Anda Ketahui

1. Adakah Shaklee ini Halal?
Jawapan : Halal. Boleh rujuk sijil halal dalam label Sijil Halal di blog ini.

2. Mengapa urin saya bertukar jadi kekuningan selepas mengambil vitamin?
Jawapan: Ianya adalah kesan pengambilan B complex, vitamin ini adalah vitamin larut air.

3. Mengapa susu saya bertukar kuning kehijauan?
Jawapan: ia adalah kesan pengambilan B complex, vitamin ini adalah vitamin larut air.Di samping itu, alfalfa mengandungi klorofil.

4. Saya mengalami pening2 selepas mengambil vitamin ini, mengapa? Adakah tidak serasi?
Jawapan: Pengambilan vitamin memerlukan pengambilan air yang TIDAK kurang dari 2 liter. Ini kerana ia perlu agar vitamin dapat disalurkan ke seluruh tubuh dengan lancar. Rasa pening berlaku biasanya berpunca dari less water intake. Satu lagi adalah kerana, jika individu itu adalah pertama kali mengambil supplement, maka tubuh memerlukan 1-3 hari untuk menyesuaikan diri dengan zat yang diterima. (Ibaratkan seorang yang tidak punyai perabot di dalam rumahnya dan tiba2 datang orang menghantar perabot serta memenuhi ruang kekosongan dalam rumah, pastinya individu itu perlukan masa untuk menyesuaikan diri.). Hakikatnya keserasian memerlukan masa.


Susu Sikit - Bukan Sebab Keturunan

Terbaca post dari sayangmama tentang kepercayaan bahawa faktor keturunan adalah penyebab susu ibu tu banyak atau sikit...dan tak dinafikan saya pun pernah mendengar ayat yang sama juga... Betul ke faktor keturunan mempengaruhi kuantiti susu badan? Sebenarnya faktor keturunan bukanlah penyebab susu itu berkurangan. Jom kita baca pengalaman sayangmama sendiri.

--------
Pernah dengar ayat ni tak?

"Saya memang tiada susu, sebab tu saya tak dapat susukan anak dengan susu ibu."

"Mak saya dulu pun takde susu, so saya pun takde susu, memang keturunan kami kot tiada susu."

"susu saya sikit sangat, tak cukup untuk baby, nanti baby lapar."

Ayat-ayat di atas tentu biasa didengar malah percaya atau tidak ianya pernah menjadi ayat saya pada satu ketika dulu. Disebabkan kejahilan dan ilmu yang kurang di dada, saya tidak cukup persediaan untuk membolehkan saya berjaya dalam misi penyusuan. Sehingga saya tewas semasa masih dalam pantang. Saya susukan baby dengan fm sepenuhnya bila start masuk kerja. Anggapan yang sangat saya kesalkan.

Perlukah Supplement Tambah Susu?

Terdapat banyak jenis penggalak susu contohnya alfalfa dan fenugreek. Adakah anda ibu-ibu yang tergolong dalam mereka yang memerlukan penggalak susu atau disebut juga galagtagogue?

 

Golongan ibu yang memerlukan supplement tambah susu

1. Mereka yang mengalami kemeruduman susu. Di samping membuat sesi pengepaman yang kerap, mereka memerlukan penggalak susu untuk membantu meningkatkan hasil susu.