Monday 27 August 2012

Shaklee, Breastfeeding Set Pilihan di Bulan Puasa

Shaklee, Breastfeeding Set Pilihan di Bulan Puasa

Penyusuan di bulan puasa kadangkala mencabar bagi sesetengah ibu. Sementara ibu-ibu lain menjalaninya seperti biasa, malah ada yang susu badan makin bertambah, namun ada ibu yang mengalami masalah – susu semakin kurang dan seolah-olah hampir kering.
 
Terdapat pelbagai cara untuk menghadapi dan mengatasi masalah ini:-
  • Ingat, ibu yang menyusukan anak & risau tentang keselamatan anaknya bila susu merudum, dibolehkan berbuka — in this case, stok pun tak ada.
  • Menambah sesi mengepam di waktu siang dan malam.
  • Mengamalkan diet yang tertentu misalnya mengamalkan kurma, air zam-zam, dan sebagainya.
  • Mengambil suplemen semulajadi yang membantu tubuh kekal ‘fit’ semasa menyusukan.

Vitamin Untuk Ibu Menyusu, Antara Pengalaman dan Kajian

Vitamin Untuk Ibu Menyusu, Antara Pengalaman dan Kajian

Menurut Kelly Bonyata, IBCLC yang menulis dalam website KellyMom.com, If you eat a reasonably-well balanced diet, vitamin supplements are not considered necessary for breastfeeding mothers. Bermakna sekiranya seseorang ibu dapat mengambil makanan yang sihat lagi seimbang, vitamin tambahan dikira BUKAN KEPERLUAN semasa menyusukan anak.

Faedah & Kebaikan Energizing Soy Protein Shaklee

Faedah & Kebaikan Energizing Soy Protein Shaklee

Energizing Soy Protein Shaklee telah diiktiraf di seluruh dunia dengan menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Ia mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik) yang diproses di bawah suhu rendah. Selain itu, setiap tin 1kg ESP berasal dari 30 kg kacang soya dan ia adalah booster tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam.
Energizing Soy Protein Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur – tua atau muda.

Bayi Perlukan Zat Besi

Bayi Perlukan Zat Besi

Sumber: Berita Harian
 
Masalah anemia yang disebabkan kekurangan zat besi antara perkara yang kerap berlaku pada kanak-kanak. Lebih kurang 10 peratus remaja perempuan dan kanak-kanak mengalami masalah kurang zat besi.
 
Masalah kekurangan zat besi bagi kanak kanak berlainan daripada orang dewasa. Selalunya masalah ini disebabkan kekurangan zat besi dalam diet kanak kanak itu, ditambah lagi dengan keperluan zat besi yang lebih untuk tumbesaran kanak kanak. Masalah itu mungkin juga melembapkan perkembangan kanak-kanak terutama yang sedang membesar.
 
Disebabkan masalah perkembangan kanak kanak, adalah penting untuk mengesan dan merawat kanak kanak yang mengalami anemia kekurangan zat besi.

Thursday 16 August 2012

Jerawat Hilang, Kulit Kusam Kembali Berseri Dengan Vitamin E Shaklee

Jerawat Hilang, Kulit Kusam Kembali Berseri Dengan Vitamin E Shaklee

Wah bestnya tengok pengalaman sis ni yang sudi berkongsi pada semua. Jom kita tengok dulu apa katanya:

Wednesday 15 August 2012

Fakta Menarik Tentang Kebaikan Vitamin C

Adakah anda perlukan vitamin C? Sebenarnya soalan ini tidak perlu ditanya lagi, sebaliknya “Vitamin C yang manakah yang paling efektif?”

Vitamin C adalah sejenis vitamin larut air, yang biasanya didapati dalam buah-buahan sitrus, beri dan sayuran.
 
vitamin c

Fungsi Vitamin C

  • ANTIOKSIDAN – diperlukan untuk memerangi radikal bebas dalam tubuh, mencegah kanser
  • MENINGKATKAN FUNGSI METABOLIK TUBUH – terlibat dalam membina dan memperbaiki tisu, meningkatkan fungsi kelenjar adrenal dan membina gusi yang sihat.
  • MENGELAKKAN ATHEROSCLEROSIS – arteri mengeras apabila timbunan kolesterol jahat (LDL. vitamin C merendahkan paras LDL dan menaikkan paras HDL.
  • PEMBENTUKAN & PEMELIHARAAN KOLAGEN – kolagen tubuh memerlukan vitamin C
  • IMUNITI – meningkatkan imuniti
  • SERAP ZAT BESI
  • SINGKIR TOKSIN – Vitamin C bergabung dengan toksin dalam badan seperti logam berat dan membuangnya dari tubuh

Kesan Kekurangan Vitamin C

  • Luka lambat sembuh
  • Gusi mudah luka dan berdarah
  • Kelesuan melampau
  • Sakit sendi
  • Mudah diserang selesema
  • Stress
  • Kulit kering

Interaksi Positif Vitamin C dan Vitamin/Mineral/Ubat Lain

  • Amat bagus diambil bersama Vitamin E. Meningkatkan potensi Vitamin C
  • Ambil bersama iron tapi jangan dalam megadose. Ikut arahan label.

Interaksi Negatif Vitamin C dan Vitamin/Mineral/Ubat Lain

  • JANGAN ambil vitmin C dengan ubat diabetes kerana ia boleh mengurangkan kesan ubat itu.
  • JANGAN ambil vitamin C dengan Aspirin kerana boleh mengganggu perut.

Ikut Arahan DOS PADA LABEL, kerana…

  • Menyebabkan oksidasi (adverse effect, ia tidak lagi menjadi antioksian) jika diambil berlebihan oleh pesakit buah pinggang.
  • Menyebabkan bayi dalam kandungan menghadapi simptom kurang vitamin C apabilalahir jika ibunya mengambil lebih daripada 5000mg (LIMA RIBU, BUKAN LIMA RATUS) Vitamin C semasa hamil.

Vitamin C terbaik adalah yang diperbuat dari bahan semulajadi dan terpilih, kerana vitamin C memerlukan bioflavonoid yang meningkatkan keberkesanan Vitamin C untuk diserap oleh tubuh kita.
vitamin c shaklee

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Produk Kesihatan Wanita Dari Shaklee

Produk Kesihatan Wanita Dari Shaklee

Dalam program Advance Health Care oleh Shaklee, terdapat satu set yang dinamakan Women’s Health Set atau Set Kesihatan Wanita. Ini memandangkan wanita mengalami pelbagai simptom yang berkaitan dengan kesihatan dis etiap peringkat hidupnya:
  • Akil baligh
  • Sebelum hamil
  • Semasa hamil
  • Menyusukan anak
  • Pra-menopos
  • Menopos
  • Selepas menopos

Sejarah Landmark Study Shaklee & UC Berkeley

Sejarah Landmark Study Shaklee & UC Berkeley

Dr Bruce Ames, seorang ahli toksikologi dari UC Berkeley School of Public Health, membuat beberapa siri eksperimen yang melibatkan beberapa vitamin dan mineral – B12, B6, niasin, vitamin C, vitamin E, zinc dan zat besi. Beliau menemui sesuatu yang mengejutkan, di mana walaupun kekurangan nutrien tersebut di tahap mikron bioleh merosakkan sel, dan menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan termasuk kanser.
Lalu UC Berkeley telah menghantar cadangan kepada Shaklee untuk menjalankan Landmark Study dan telah diterbitkan hasilknya dalam The Nutrition Journal pada tahun 2007.

Tuesday 14 August 2012

Kepentingan Vitamin Kala Menyusu

Kepentingan Vitamin Kala Menyusu

Sumber: Majalah Pa&Ma

Ketika hamil, hospital atau klinik bersalin yang anda dikunjungi lazimnya membekalkan vitamin seperti Obimin (multivitamin yang dirumus khas untuk ibu hamil) dan asid folik. Mahu tidak mahu, anda perlu mengambil bekalan vitamin ini setiap hari bagi memastikan tahap kesihatan diri dan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan memuaskan.

Ketahuilah, perkara yang sama patut anda lakukan ketika dalam proses menyusukan bayi! Hal ini kerana anda masih memerlukan vitamin dan mineral tambahan dalam usaha menjayakan penyusuan eksklusif. Faktanya, bayi tetap akan mendapat apa yang diperlukannya menerusi susu ibu biarpun tubuh anda kekurangan vitamin atau mineral tertentu. Walaupun begitu, pemakanan sihat dan seimbang yang digabungkan bersama suplemen tetap perlu anda pertimbangkan demi menjamin kesihatan diri dan bayi bagi tempoh jangka panjang.

Monday 13 August 2012

Collagen Powder Shaklee, Terbaik!

Collagen Powder Shaklee, Terbaik!

Sejak dilancarkan, suami saya telah menjadi pengguna tegar Collagen Powder Shaklee ni, yang mana without fail beliau setiap hari akan mengambil Collagen Powder bersama-sama antioksidan yakni Vivix serta Vitamin C dan Vitamin E.

Suami saya semasa zaman remajanya ada banyak masalah kulit, maklumlah remaja kan. Dan seperti lelaki2 lain, beliau pun culas juga nak makan supplemen. Sebab tu saya bagi dia minum Vivix. Dan bila dilancarkan prpduk baru Collagen Powder ni, memang saya looking forward sebab boleh mix sekali dengan Vivix tu.

Masalah Pemakanan Anak-Anak

Masalah Pemakanan Anak-Anak

credit to MommyLyna

Walaupun saya bukan pakar pemakanan tapi ramai ibu yang suka berkongsi dengan saya tentang masalah pemakanan anak mereka. Selain dari anak tak selera makan, ada juga yang suka makan sejenis makanan saja, dan makanan itu pula adalah termasuk dalam kategori makanan rapu atau junk food. Misalnya suka makan keropok, cikedis, french fries dan sebagainya.

pemakanan kanak-kanak

Saya percaya tentang ‘segalanya bermula dari rumah’. Anak-anak yang kecil tu diperkenalkan kepada makanan rapu yang mengandungi garam & gula yang tinggi, empty calorie, dan sebagainya… oleh siapa? Saya tidaklah nak menyalahkan ibu bapa… tapi budak2 kecil tak kenal benda-benda tu kalau bukan orang tua yang memperkenalkan.

Kebanyakannya bukanlah ibu bapa yang feed anak-anak dengan makanan rapu ni.. tapi orang-orang lain.. biasalah dalam minda masyarakat – gula-gula, cikedis, coklat dan sebagainya adalah makanan budak-budak. Kita boleh tengok pun dalam majlis2 biasanya doorgift untuk budak-budak ni adalah benda-benda merapu.. Ini memang dah jadi sebahagian dari cara hidup kita agaknya.. Budak-budak = gula-gula.



Sebagai orang dewasa, tak kiralah ada anak atau tidak, masanya untuk kita ubah persepsi ni. Berhenti kaitkan kanak-kanak dengan segala jenis junk food, kerana mereka tak perluka itu. Kanak-kanak yang sedang membesar perlukan zat makanan yang cukup, bukan saja untuk perkembangan tubuh tapi juga otak mereka.
snek sihat

Tugas ibu bapa ialah menyediakan makanan sihat dan snek sihat di rumah. Anak-anak yang tak suka makan sayur, mungkin sebab dia ada pilihan yang lebih sedap dari sayur. Jadi, cubalah jadikan sayur sebagai makanan kegemaran mereka.

Anak-anak saya biasa saya berikan sayur mentah sebagai finger food. Be it timun ke, malah apa saja daun yang dijadikan hiasan di pinggan, saya beri mereka pegang. Secara tak langsung mereka biasa dan ‘seronok bermain-main’ dengan sayur-sayuran. Saya sendiri sebenarnya masa kecil tak makan sayur. Tak tahulah kenapa kan, ada tanggapan yang ‘sayur tak sedap’. Ye lah, mana nak sedapnya bukan ada rasa manis ke apa.

makan sayur

Jadi ibu-ibu ayuh kita mulakan resolusi. HOMEMADE HEALTHY FOOD FOR MY BABIES. Cubalah untuk tidak bergantung kepada kilang-made. Apa lagi kalau yang tak ada kandungan nutrien… Berseronoklah dengan makanan sebenar.

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Sunday 12 August 2012

Tips Memilih Kolagen Yang Berkualiti Dan Terbaik

Tips Memilih Kolagen Yang Baik

Kolagen memang selalu dikaitkan dengan kecantikan. Maka tak hairanlah sekiranya kolagen sangat popular dikalangan wanita yang mementingkan kecantikan. Kolagen pulak ada macam2...kolagen mentah, ibu kolagen la.

Tapi, buat mereka yang belum pernah mencuba kolagen...bagaimana mahu pastikan kolagen yang dipilih adalah yang terbaik?

Vitamin C dan Fungsinya

Vitamin C dan Fungsinya

Ramai yang nak ambil vitamin c untuk kulit yang cantik. Tapi tidak pernah ambil tahu apa yang ada dalam vitamin c kan? Kadang-kadang ada yang tertipu dengan vitamin c palsu. Bila dengar sahaja vitamin c terus percaya tanpa selidik adalah ianya mendapat kelulusan KKM dan juga halal.

Kita baca apa sebenarnya kandungan dalam vitamin c ini.

Vitamin c juga dikenali sebagai ascorbic asid. Ianya adalah vitamin larut air di mana mudah hilang melalui urin bila kita membuang air kecil. Disebabkan ianya tidak dapat bertahan lama dalam badan, maka perlulah kita mengambil vitamin c untuk menggantikan vitamin c yang hilang tadi.

Tuesday 7 August 2012

MITOS VAKSIN

MITOS VAKSIN

Mitos 1: Injeksi Vaksin Tidak Begitu Berkesan

Fakta sebenar: Vaksin kanak kanak sebenarnya boleh melindungi mereka dari pelbagai penyakit serius seperti diphtheria, campak, jangkitan otak, tetanus dan banyak lagi. Anda mungkin tidak mengenali penyakit sebegini kerana ia sangat jarang berlaku dan itu juga bermakna polisi pemberian vaksin yang rutin memang berkesan menghalang kejadian jangkitan merbahaya ini. Apabila kadar immunisasi menjadi rendah, penyakit yang boleh dihalang vaksin akan berleluasa dan kanak kanak dan bayilah yang selalunya akan menjadi mangsa.

Sunday 5 August 2012

Nutriferon, Pilihan Alternatif Selain Panadol

Nutriferon, Pilihan Alternatif Selain Panadol

Sudah menjadi lumrah asal demam atau selsema mesti kita mahu mencari panadol kan? Sekurangnya untuk menahan sementara pergi ke klinik. Walaupun kita mengetahui kesan jangka panjang yang negatif jika mengambil panadol, tapi kita tiada pilihan lain kan?

Sekarang sudah ada pilihannya. Nutriferon adalah produk yang dibina oleh pakar imunologi iaitu Dr Yasuhiko Kojima. Inilah satu-satunya produk untuk imun yang pertama menjalani beribu-ribu kajian dan ujian sebelum dipatenkan.