Thursday 18 September 2014

Home » » Fadhilat Beristighfar

Fadhilat Beristighfar

Istighfar adalah menundukkan jiwa, hati dan fikiran kepada Allah SWT sambil memohon ampun kepada Allah SWT atas dosa atau kesalahan yang dilakukan. Kebiasaannya seseorang yang melakukan dosa kemudiannya menyesal akan perbuatannya itu akan bertaubat diiringi oleh istighfar yang ikhlas dengan harapan akan mendapat pengampunan dari Yang Maha Esa.

Dalam Islam, kita digalakkan sentiasa beristighfar. Sebagaimana firman Allah SWT:

"Dan pohonlah ampun bagi dosamu, serta bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu pada waktu pagi dan petang"

Terdapat banyak fadhilat atau kebaikan apabila seseorang mengamalkan istighfar. Antara fadhilatnya adalah:

1) Memperoleh keampunan dari Allah SWT atas dosa yang dilakukan

2) Memberi ketenangan hati 

Sabda Rasulullah SAW : “Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).”Rasulullah SAW juga bersabda: “Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita”

3) Mendekatkan diri kepada Allah SWT kerana istighfar juga sebagai bukti ketaatan kepada Allah SWT

4) Memperoleh perlindungan dari Allah SWT dari tipu daya serta hasutan syaitan 

5) Memelihara diri dari melakukan dosa atau kesalahan kerana istighfar dapat membersihkan hati dari lalai dan lupa

6) Memperoleh kurnia/nikmat kelapangan, kesenangan, kesihatan serta rezeki yang melimpah.

Sabda Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wa Sallam,”Barang siapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah pasti akan selalu memberikannya jalan keluar dari setiap kesempitan dan kelapangan dari segala kegundahan serta Allah akan memberikan rizki kepadanya dari arah yang tidak ia sangka-sangka.” (HR. Ahmad Abu Daud dan Hakim dia berkata : Shahih sanadnya. )

Ingin membeli produk Shaklee secara online?
Mudah saja, hanya klik link ini --> http://bit.ly/1tTxPSD  

Coppp!!! Nak beli produk Shaklee dengan harga yang lebih murah?? Jom join ahli sekarang.

Mencari-cari bisnes untuk side income? Jom sertai kami.

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment