Wednesday 28 December 2011

Shaklee Bantu Memulihkan Luka Bersalin dengan Cepat dan Mudah Diamalkan

Shaklee Bantu Memulihkan Luka Bersalin dengan Cepat dan Mudah Diamalkan

Semakin ramai ibu-ibu yang mengambil vitamin Shaklee semasa berpantang memberikan feedback yang baik selepas mengamalkan dan mengalaminya sendiri. Di sini saya kongsikan testimoni tersebut.

Jom kita baca cerita dari Pn. Hasmah yang memperkenalkan vitamin Shaklee kepada adiknya.

Adik perempuan saya melahirkan anak secara normal, tetapi atas bantuan vacum kerana dia dah tak larat nak meneran. Tambahan pula lebih 12 jam dia menanggung kesakitan di labour room tetapi masih juga tidak melahirkan anak, bukaan jalan juga agak lambat mungkin kerana dia melahirkan anak pertama. Alhamdulillah adik saya dan anaknya selamat.


Nak dijadikan cerita saya memang syorkan adik saya mengambil Shaklee kerana dia belum ada apa-apa jamu @ vitamin untuk dimakan ketika dalam pantang. Hari pertama kelahiran pada malamnya saya dah suruh dia makan vitamin ni bagi memastikan badan adik saya kembali bertenaga.

Setelah lebih kurang 1 minggu adik saya mengamalkan vitamin Shaklee ni luka yang adik saya alami kering dengan cepat dan dia kata badannya sentiasa cergas walaupun malam agak kurang tidur kerana anaknya cukup kuat mengempeng. Luka jahitan adik saya agak panjang kerana kesukaran jalan dibuka menyebabkan ianya terpaksa digunting bagi membantu adik saya. Tak dapat saya bayangkan betapa sakitnya dan darah yang keluar juga banyak. Alhamdulillah adik saya cepat pulih, dia pun hairan yang badannya tak penat walaupun tak cukup tidur.

Anak adik saya hanya mengalami kuning (jaundice) sedikit sahaja lebih kurang 2 hari kuningnya kembali pulih. Alhamdulillah susu adik saya juga lancar dan mudah untuk anaknya minum. Penawar kuning (jaundice) hanya susu ibu sahaja, sebab itulah saya menasihatkan adik saya beri susu ibu sekerap yang boleh agar kuning(jaundice) cepat pulih.
Baby Hafiy baru lepas minum susu Ummi

Semoga adik Hasmah dan anaknya sihat. Mudah-mudahan baby Hafiy dapat minum susu Ummi nya sehingga 2 tahun. InsyaAllah.

Ini pula pengalaman Pn. Shima yang mengamalkan vitamin Shaklee semasa berpantang 

Kedua-dua ibu tersebut mengatakan bahawa luka bersalin cepat sembuh dan badan tidak mudah letih dengan pengambilan vitamin Shaklee semasa berpantang. Kenapa macam tu ye? Apa sebenarnya vitamin yang ibu2 ni amalkan? Saya senaraikan secara ringkas kebaikan setiap vitamin tersebut:

B Complex
B Complex membantu mengatasi kelesuan, penting bagi kesihatan mental mambantu mencegah kemurungan (meroyan) dan sebagai penenang (anti stress). Perlu bagi urat saraf. Untuk ibu-ibu yang baru melahirkan anda memerlukan B Complex bagi mengatasi masalah kelesuan dan dapat mengatasi kemurungan atau meroyan.

Vitamin C (Sustaine Realease Vita-C)
Vitamin C penting dalam pembentukan kolagen dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan. Membantu dalam proses pemulihan luka dan membantu meningkatkan taraf sistem pertahanan badan. Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan sudah tentu anda inginkan luka cepat pulih dan Vitamin C adalah jawapan kepada masalah tersebut.

Vitalea (Multivitamin with iron)
Multivitamin mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral, menambah kepada apa-apa makanan yang kurang di dalam badan kita. Sangat bagus diambil oleh ibu-ibu yang berpantang kerana kita tahu bahawa semasa berpantang banyak makanan yang tidak boleh diambil, dan multivitamin adalah pilihan terbaik bagi menggantikan makanan tersebut. Iron juga penting untuk ibu yang telah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan.

Zinc Complex
Zinc membantu mempercepatkan proses baik pulih luka luaran dan dalaman (rahim), bagi yang tidak makan ikan haruan atau pati ikan haruan, zinc adalah pilihan yang tepat untuk menggantikan ikan haruan. Selain itu zinc juga membantu untuk mengurangkan masalah keguguran rambut selepas melahirkan.Yang penting sekali ialah zinc dapat membantu dalam masalah "kedinginan" selepas bersalin.

credit to IbuHakimHaikal

Untuk mendapatkan minuman berkhasiat semasa berpantang, Energizing Soy Protein (ESP) adalah pilihan terbaik. ESP ternyata selamat dan memberi khasiat soya yang tinggi protein untuk membina kembali sel tubuh yang sihat. Ia baik untuk kesihatan kulit, rambut dan kesihatan dalaman. Untuk kebaikan ESP yang lain boleh refer link ini.

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Tuesday 27 December 2011

Bayi Jaundis (Kuning), Penyebab Dan Cara Mencegah

Biasa kita dengar baby baru lahir kena sakit kuning kan? Kulit bayi akan berubah menjadi warna seakan pucat kekuningan. Penyebabnya adalah kandungan bilirubin yang tinggi dalam darah.Semasa dalam perut ibu, hati ibu yang akan membuang bilirubin, tetapi bila bayi dilahirkan, proses tersebut diambil alih oleh hati bayi.Jaundis akan terbentuk kerana hati bayi masih belum matang untuk menyingkirkan bilirubin ini.Ia biasanya berlaku pada hari ke 2 atau 3 selepas dilahirkan.

APA SEBABKAN JAUNDIS?

Bilirubin merasal dari sel darah merah. Apabila sel darah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Bilirubin ini akan diproses oleh hati dan akan disingkirkan melalui proses perkumuhan iaitu pembuangan najis dan air kencing.

Sunday 25 December 2011

Produk Tambah Susu Badan

Produk Tambah Susu Badan

Apabila bercakap tentang milk booster atau produk tambah susu badan dan dikaitkan pula dgn Shaklee.. kadang boleh membawa konflik jugak.. isu supplemen, penyusuan susu ibu, milk booster.. bla bla.. sampai ke sudah takkan habis selagi ibu itu sendiri kurang faham dgn konsep asas penyusuan.. Apa dia konsep asas penyusuan? Konsep asas adalah supply vs demand..lebih kerap payudara dikosongkan,lebih byk susu terhasil..Akan tetapi si ibu juga kene ingat.. faktor2 seperti kena jaga pemakanan (diet seharian menepati piramid makanan), rehat yg cukup, tubuh yg sihat, bebas dari stress, pengambilan air yg cukup, makanan rohani (doa yg tak pernah putus pada Allah ..Istiqamah). juga perlu di ambil kira. Itu semua gabungan yg balance utk menjayakan penyusuan selama 2tahun insyaAllah.... Kita taknaklah susu byk tapi di penghujung hari si ibu pengsan la plak karang tak cukup tenaga nak layan mcm2 kerenah,dan taknaklah juga nnt let say selepas 2tahun berjaya menyusu tapi si ibu kelihatan tua dari umur sebenar.. sakit pingganglah,sakit gigi lah,stress lah, masalah kedinginan, bla bla bla.


Kesimpulannya, vitamin bukan milk booster, Vitamin ni hanya membantu si ibu kekal sihat, bertenaga,awet muda, berseri.. dan yg penting ia memenuhi ruang kosong yg badan perlukan (vitamin, garam ,mineral).. Dan vitamin juga memperkayakan lagi nutrisi susu ibu yg semulajadi kaya dgn zat2.

Itulah yg saya rasakan ketika mula mengambil Shaklee utk menjayakan penyusuan pertama saya.. kire 5thn lebih yg dulu.. sbb Faiz anak saya pun dah berusia 5thn lebih...Rasa apa? rasa besttt .. hanya yg dah rasa ,akan faham apa maksud saya dgn besttt. Kadang rasa menyesal tak amalkan mkn supplemen ni dari muda lagi atau dari zaman U ke... hehe.. Well..better late than never.. lagipun nak nampak cantik 10thn akan datang..kene mulakan dari sekarang.. yer tak.. kan kan.. Apa kata anda tepuk dada dan tanya sendiri jika anda perlukan vitamin atau tidak.. pilihan ditangan anda... bukan saya.. :-)

Disini saya sertakan sedikit info mengenai vitamin2 glamor ini...demand tinggi di kalangan ibu menyusu.. sehingga ada yg memanggilnya produk tambah susu badan.." produk tambah susu badan?" bukan saya yang kata yer...yg saya kata suplemen Shaklee cume mempercepatkan penghasilan susu ibu dgn syarat kerap pam, jaga makan, rehat, doa, pengambilan air.. blabla.. semua kene balance...... Hmm.. well.. anda nilaikan sendiri....

http://4.bp.blogspot.com/_YzXbZ8ZFuQI/TFzIeenU1WI/AAAAAAAAAtw/Q216pX7BEOo/s320/vitaLea.gif
Vitalea~lengkap dgn zat besi.Ianya diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. Ia dapat Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh dan Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiBkgYmxttb35RILkBE3A_rQhd9woiw4JB6mUFiAxpkqNMqrk73yYqOCTpNkX5G8RgZVDKtp_r0qaylX85FhquQ0U0rhrrkjKjlzzZf3pQC3A5yPORUPfNsEwVBPXn8jIzbg4x0GrDIvXRn/s1600/bComplex.gif

Vitamin B-Complex menyokong fungsi saraf dan menukarkan tenaga dari makanan. Shaklee B-Complex mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh
http://healthy.babykawaiistore.com/wp-content/uploads/2011/06/vitaC500mg.gif
Vitamin CVitamin C merupakan bahan antioksida berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Utk kulit yang cantik, anda perlukan Vitamin C







http://i1.lelong.com.my/Malaysia/Shaklee-Energizing-Soy-Protein-Canister-850g-1002-13-btakyew@1.jpg

ESP (Energizing soy protein) – Tubuh manusia tidak mampu menghasilkan semua asid amino yang diperlukan. Sedangkan asid amino ni penting utk pembentukan enzim, hormon, tisu dan sel. Shaklee ESP membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amino Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi0DoieBasjDkkgcQej_XxO7rRYyS96g9siViCDzsnsjomkgmTYhzXwa4BQfnRiJX7HLAdbNejx0Fnr8MUP2A2HWXUTr8C_0M2_9WQ-gG7GRdUyrWA42MOPWSO70DV0804yDHNc2pnKvsY/s1600/Image15236829.jpg
Ostematrix (Calcium Magnesium) – diperlukan untuk menyokong pertumbuhan tulang dan gigi dan juga mengurangkan risiko osteoporosis
http://www.my1stop.com.my/phpthumb/phpThumb.php?src=../catalogue/photos/11473.jpg&w=285&q=100
Alfalfa adalah galactagogue yg turut membantu menggalakkan penghasilan susu ibu secara natural dan alfalfa juga berfungsi utk keintiman wanita.

Jika nak sentuh bab2 testimoni.ada banyakkk sangat ibu2 yg dah teruja, anda boleh baca banyak luahan2 mereka di link ini.

credit to MamaFaiz


------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Wednesday 14 December 2011

Resepi Banana Mealshake Smoothie

Ramai yang tanya saya tentang cara-cara yang variasi untuk sediakan Mealshake untuk anak, selain bancuh dengan air suam atau campur dalam susu/minuman diorang.

Kat sini saya nak share RESEPI BANANA MEALSHAKE SMOOTHIE atau SMOOTHIE PISANG MEALSHAKE.

Tuesday 13 December 2011

Atasi Masalah Anak Tiada Selera Makan, Sembelit Dan Kerap Selsema/Demam

Atasi Masalah Anak Tiada Selera Makan, Sembelit Dan Kerap Selsema/Demam

Apa ada dalam mealshake ni sebenarnya? Jom baca perkongsian dari Mommy Lyna:

Apa itu MealShake?

Shaklee MealShakes merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic. Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain. Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yang disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat.

Pilihan protein soya terbaik anda

Setiap bancuhan MealShakes memberikan satu pertiga daripada US RDA dengan 19 vitamin/ galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat.


Naturally good nutrition n great taste. No artificial flavor,colors,sweeteners or preservatives added..
  • a wholesome instant breakfast
  • a delicious,inexpensive meal in hurry
  • a nutrition packed meal supplement
  • a detectable snack any time
  • an ideal meal for people watching their weight or controlling total fat cholestrol and sodium

Siapa yang perlukan MealShake?

Basically,ia sesuai utk semua kanak2 terutamanya yang kurang selera mkn atau yang sembelit atau pun kanak2 obese. Juga sesuai utk sesiapa sahaja (Ibu2 mengandung,menyusu,pesakit2 dlm proses pemullihan selepas operation, mereka2 yg inginkan kulit cantik, ingin kekal sihat) .especially yang tak gemarkan supplemen dalm bentuk tablet kerana Mealshake ni datang dlm bentuk serbuk,dibancuh jd minuman yg lazat. MealShake ni juga bagus utk mereka yang ingin menambah/memantau berat badan..

Apa kata ibu2 yg dah try MealShake?


Pn Husni -masalah anaknye sembelit :
Ingat tak cerita sy pasal Akif yang sembelit?
Lepas diintroduce meal shake,sy sgt2 nk try tuk Akif.since dalam tu ade fiber, jd boleh tlg melawaskan perut budak kecik ni.jd sy pon try,alhamdulillah,smggu lepas cuba,dh nmpak beza dia.tiap2 hr buang air besar.n bowel movement pon smooth je,perut dh x buncit (hehe,kl buncit pon sbb minum air byk). N 7oz tu mcm xckup je,sbb die suka dgn rasa vanilla meal shake tu
Sy pulak,dulu nk minum susu punye lah susah.bila tmbah meal shake,segelas tu senafas je boleh minu (hehe..exegerate).sedaap!thanks,nnti nk beli,buat bekal puasa
_________________________________________
Pn Lia -masalah anaknye asma dan kurang selera mkn
Saya teruskan bagi Mealshake, masuk hari ke-3 Irfan dah tak demam and batuk2 asthma dia terus hilang. Irfan kembali aktif (actually aktif lagi dr biasa..hehe..) dan makan pun nak sahaja. If not, kalau dulu kena asthma attack, dah baik pun taknak makan, minum susu je. Risau Ummi tau
________________________________________
Pn Cda -masalah anaknye demam panas teruk ,hampir sebulan mkn antibiotik je
…doktor beri ia antibiotik untuk anas makan selama 1 bulan..ngam 2 minggu cda tengok anas semakin kurus n tidak selera makan n minum.(kurus sampai neneknye di kampung terkejut bila melihat gambar anas yang cda MMs padanya)….kulit anas menjadi kasar…dan anas jadi sensitif…mudah menangis..tak bertenaga..dan dalam tempoh yang sama cda berhenti memberinye antibiotik dan menukarkannye dengan Meal shake..
2 hari selepas tu cda nampak perubahannye….anas dah mula ke dapur menunjuk apa saja makanan didapur..selera makannya bertambah!!! syukur………dan dari tu juga anas semakin aktif…..tidak mudah meragam…dan sekarang selepas 1 bulan….badanya dah mula berisi…kulitnya semakin halus dan sekata.
_________________________________
Pn Ina -masalah anaknye tak selera mkn
Alhamdulillah. dengan milk shake+ susu, Vita lea for Children selama 1 minggu di samping kapsul minyak ikan Omega Shaklee guard… (sedap dikunyah begitu sahaja)……nakkan anak anda bijak?..pastikan diet hariannye tinggi kandungan DHA..untuk perkembangan otaknya. Sekarang Aiman akan mkn nasi 3 kali seharidan selalutgh malam dia tak boleh tidur sb lapar katanya.
_______________________________
Pn Ayu -masalah anaknye tak selera mkn
AlhamduLILLAH, lepas 3 hari try Shaklee Mealshake,Alif dah mula menampakkan perubahan..dia dah mula mintak makan..dan makan pun takde ler tunjuk 4 jari dia tu dah..makan abes sampai dia betul2 kenyang..and takde dah makan benda2 merapu tu..dan dia mula nampak aktif, ceria dan sihat..
___________

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Thursday 8 December 2011

Khasiat Vivix Shaklee | Vivix Galore!

Khasiat Vivix Shaklee | Vivix Galore

Vivix merupakan produk terbaru Shaklee yang baru sampai ke Malaysia tahun lepas. Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.

Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Siapa yang memerlukan Vivix? Ya, sesiapa sahaja (dewasa) yang mahu mendapat khasiat polifenol semulajadi yang tinggi, demi sebuah kesihatan.

Wednesday 7 December 2011

Testimoni: Kulit Cantik Berseri Dengan Shaklee

Testimoni: Kulit Cantik Berseri Dengan Shaklee

Alhamdulillah berkat usaha dan pengambilan Vitamin C, Vitamin E, B Complex dan GLA yang konsisten, Pn. Syafiza telah berjaya mengatasi masalah parut jerawat yang beliau hadapi setelah melahirkan anak. Jom baca testimoni dari Pn. Syafiza.

Tuesday 6 December 2011

Optimumkan Kesan Vitamin dan Mineral

Optimumkan Kesan Vitamin Dan Mineral

Kenapakah kita memerlukan vitamin yang lengkap, terutama multivitamn dan multimineral? Di sini ada jawapannya.

Vitamin A menjadi lebih mudah diserap dengan kehadiran vitamin E.

Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi, dan menukarkan zat besi kepada bentuk yang paling mudah diserap dalam badan. Vitamin C berinteraksi dengan antioksidan lain, terutamanya vitamin E, selenium, dan beta-karotena. Vitamn C juga memnbantu dalam penyerapan kromium.

Vitamin D berfungsi secara sinergistik dengan vitamin K dan kalsium untuk meningkatkan jumlah osteocalcin yang mesra tulang dan meningkatkan metabolisme tulang di kalangan wanita yang menghidapi osteoporosis. Vitamin D juga agen yang meningkatkan penyerapan kalsium.

Friday 2 December 2011

Mengidam atau Teringin – Akibat Kekurangan Vitamin?

Mengidam atau Teringin - Akibat Kekurangan Vitamin?

Mengidam!

Pernahkah anda tiba-tiba teringin nak makan sesuatu… ya mungkin bila dalam keadaan lapar, kita mudah teringin nak makan apa-apa. Ataupun bila terdengar atau terlihat sesuatu makanan, kita jadi teringin.

mengidam

Tapi, tahukah anda, mengidam makanan atau ‘craving’ sebenarnya berkait rapat dengan kekurangan zat dalam badan kita?

Sunday 27 November 2011

Kategori Vitamin

Kategori Vitamin

Dalam banyak-banyak vitamin yang kita ambil, adakah kita tahu secara lebih detail bagaimana vitamin dikategorikan?

Secara ringkasnya vitamin boleh dikategorikan kepada 2 jenis iaitu vitamin LARUT AIR dan VITAMIN LARUT LEMAK.

VITAMIN LARUT AIR contohnya Vitamin C dan Vitamin B group.
VITAMIN LARUT LEMAK contohnya Vitamin A, D, E & K.

Vitamin larut air biasanya tidak disimpan dalam badan dan mudah dikeluarkan oleh badan melalui urine.Vitamin larut lemak pula akan disimpan di dalam lemak badan dan juga hati.Dengan itu pengambilan vitamin larut lemak haruslah berpada-pada, jangan sampai melebihi dos.

Tuesday 22 November 2011

Bagaimana Susu Ibu Terhasil?

Bagaimana Susu Ibu Terhasil?

Dua hormon yang berkait rapat dengan penyusuan ibu adalah hormon PROLAKTIN DAN OXYTOXIN. Jom kita sama-sama tengok apakah dia:

PROLAKTIN
Hormon yang penting untuk penghasilan susu. Sesudah melahirkan, hormon prolaktin akan berada pada tahap tertinggi dalam badan sebagai persediaan untuk menghasilkan susu badan pada ibu. Prolaktin ini bukan sahaja membanyakkan susu tapi juga bertindak sebagai hormon mencegah hamil. Kenapa? Sebab ianya menyekat pengeluaran 2 hormon ovulasi iaitu FSH dan GnRH.Ia meyebabkan ovulasi tidak berlaku dan seterusnya menyebabkan pengeluaran haid terganggu. Sebab itu ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif selama 6 bulan pertama,boleh menghalang kehamilan.

Tuesday 15 November 2011

Beza Antara Ubat dan Supplement

Beza Antara Ubat dan Supplement

Ramai yang tak faham, even pharmacyst pun (sorry to say tapi it’s reality sebab dapat pengakuan dari pharmacyst sendiri), iaitu perbezaan antara ubat dan supplement. Orang dok ingat ubat = supplement. Yelah, mungkin sebab datang dalam bentuk yang sama –> pil. Tapi hakikatnya memang tak sama dan takkan sama.

Saya petik dari website BabyFit untuk menunjukkan perbezaannya:
  • Check with your doctor and your baby’s pediatrician before taking any medications.
  • Do not take recreational drugs.
  • Take a vitamin-mineral supplement especially formulated for pregnant and breastfeeding mothers.

Thursday 10 November 2011

What's In Breast Milk?

What's In Breast Milk?

Artikel ini saya copy paste dari http://www.americanpregnancy.org


The American Academy of Pediatrics (AAP) strongly recommends exclusive breastfeeding for the first six months of life and that breastfeeding continue for at least 12 months. It is optimal for both babies and mothers. For babies it can protect against infections and reduce the rates of later health problems including diabetes, obesity, and asthma.

Wednesday 9 November 2011

Saya Perlukan Supplement Semulajadi!

Saya Perlukan Supplement Semulajadi!

Ye betul, saya memang perlukan supplement untuk keperluan tubuh badan saya. Kenapa? Sebab saya tak yakin apa yang saya makan betul2 berkhasiat ke, khasiat yang saya dapat dari makanan tu memenuhi keperluan tubuh saya ke, nak2 lagi saya ni jenis yang memang tak suka makan sayuran hijau...saya lebih sukakan sayuran yang keras macam kobis, lobak etc...sedangkan saya tahu khasiat yang sayuran hijau bekalkan...tapi, tetap tak gemar makan sayuran hijau...sekali sekala makan...itu pun lebih suka makan sayuran hijau yang lebih kepada ulam-ulaman.

Sunday 6 November 2011

Pentingkah DHA dalam susu?

Pentingkah DHA dalam susu?

Ramai ibu bapa berlumba-lumba untuk membeli susu tepung yang mengandungi DHA. Juga tidak ketinggalan pengeluar susu juga berlumba-lumba untuk menambahkan DHA dalam susu keluaran mereka hinggakan macam-macam jenis yang dijual di pasaran, 5x DHA, lebih 5X, 10X (ada ke heeehe). Jangan tak percaya ada ibu-ibu yang terlampau obses sanggup berjam-jam membelek tin susu hanya untuk mengira berapa banyak DHA yang ada dalam susu tersebut.
 
Namun tidak ramai yang tau apa itu DHA? Pentingkah DHA? Benarkah DHA mempengaruhi kecerdasan kanak-kanak?

Friday 4 November 2011

Resepi Untuk Bayi Ketika Travelling

Resepi Untuk Bayi Ketika Travelling

Perkongsian untuk para ibu yang selalu travelling. Resepi ni saya cedok dari MommyLyna :)

Dulu dengan anak pertama dan kedua, saya tak risau sangat tentang makanan semasa travelling- sebab kami jarang travel :D Maksudnya jarang bercuti atau ke luar daerah bersama-sama dengan bayi. Paling tidak, bila mereka dah besar dan dah boleh makan makanan biasa. (travelling di sini ialah berada di luar rumah untuk tempoh lebih dari sehari).

Namun, alhamdulillah, kami diberi kemudahan untuk cuti-cuti Malaysia sejak Danny berumur 50 hari. Lalu, apabila Danny mula diberi makanan pejal, haruslah saya memikirkan untuk makanannya semasa travelling. Maklum saja, bukan semudah di rumah untuk menyediakan makanannya.

Thursday 3 November 2011

Kelebihan Alfalfa - mengubati keputihan wanita

Kelebihan Alfalfa - mengubati keputihan wanita

Ramai ibu yang menyusu sudah mengenali alfalfa sebagai penggalak susu.  Ibu2 tersebut juga turut mengamalkan pengambilan vitalea, vitamin c, b complex, esp dan ostematrix bersama2 alfalfa untuk kesihatan badan yang lebih menyeluruh serta memenuhi keperluan badan ibu sendiri.

Sebilangan ibu mengambil vitamin2 ini mengakui bukan sahaja dapat membantu pengeluaran/peningkatan susu malah kebaikan lain yang didapati adalah badan lebih bertenaga dan tidak mudah penat walau seharian penat bekerja dan juga menjalankan tugas sebagai seorang ibu.

Tahukah anda apa lagi kelebihan alfalfa ini? Salah satu yang saya ingin kongsikan adalah membantu masalah keputihan pada wanita. Apa penyebab keputihan ini terjadi? Ramai juga di kalangan wanita mengambil mudah dan merasakan keputihan adalah sesuatu yang remeh tanpa memikirkan akibat yang boleh berlaku jika diabaikan.

Jom baca lebih detail apakah sebenarnya keputihan ini. Info dipetik dari klik4sihat:

Apakah itu keputihan?


Masalah keputihan wanita adalah merupakan antara masalah kesihatan yang sering dialami oleh kebanyakan wanita. Keputihan wanita adalah merupakan masalah yang kedua sesudah masalah gangguan haid.

Masalah keputihan wanita boleh didefinisikan sebagai pengeluaran cairan dari vagina. Cairan tersebut pada kebiasaannya keluar dalam keadaan pekat atau cair, berwarna jernih, putih, kuning atau hijau dan berbau atau tidak berbau. Ada sebahagian daripada wanita yang menganggap cairan yang keluar dari vagina adalah masalah yang biasa dan ada juga antara mereka yang menganggap masalah keputihan wanita ini mengganggu aktiviti seharian mereka.

Masalah keputihan wanita yang amat perlu diberikan perhatian adalah apakah keputihan wanita tersebut adalah normal atau ada sesuatu penyakit.

Pengeluaran cairan daripada vagina adalah merupakan normal pada usia yang tidak produktif, di mana cairan tersebut pada kebiasaannya dalam keadaan yang sedikit, jernih, tidak bau dan tidak gatal.

Kebiasaannya cairan yang keluar adalah dihasilkan oleh kelenjar pada mulut rahim, yang bercampur dengan sel-sel vagina secara bakteria. Kalau berasaskan fisiologi, pengeluaran cairan berlaku semasa evolusi, ketika bermula dan selepas haid, rangsangan seksual, serta dalam kehamilan.

Sifat serta banyaknya keputihan wanita boleh menunjukkan sebab mengapa ianya berlaku. Selain itu petunjuk lain juga penting iaitu tempoh ia berlaku, sama ada secara terus menerus atau hanya pada waktu tertentu sahaja, warna, bau disertai rasa gatal atau tidak.

Penyebab keputihan wanita yang abnormal:


>> Jangkitan kulat, mengeluarkan keputihan wanita yang berwarna putih atau kekuningan, berlaku secara berterusan disertai rasa gatal, kebiasaannya disebabkan oleh kulat candida atau monillia

>> Jangkitan kuman trichomonas, jenis ini biasanya ditunjukkan oleh keluarnya cairan berwarna kehijauan dan serta rasa gatal

>> Jangkitan bakteria vaginosis, tandanya ialah keluarnya cairan yang berwarna kelabu dan berbau

>> Penyakit yang menular melalui perhubungan seks, yang biasanya ditunjukkan dengan keluarnya cairan yang bersifat ‘cheesy’, berbau dan bercampur darah

>> Kanser pangkal rahim iaitu apabila keluarnya cairan tetapi tidak gatal biasanya disertai bau busuk

Antara contoh penyebab keputihan wanita lain:


>> Vaginitis atropik yang timbul di waktu usia lanjut (menopause) yang pada kebiasaannya disertai rasa nyilu disebabkan kurangnya hormon estrogen

>> Ubat seperti : antibiotik, ubat yang mengandungi estrogen

>> Kehadiran benda asing seperti benang, kain atau benda lain yang secara sengaja / tidak sengaja ada di dalam vagina.

Bertindaklah dari sekarang bagi mengatasi masalah keputihan sebelum ianya menjadi masalah yang lebih teruk. Cuba sendiri baru anda tau kesannya. Jom tengok testimoni mereka yang mengamalkan alfalfa:

Berminat untuk mencuba?
credit

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Wednesday 26 October 2011

Makan Lecithin Boleh Kurus

Makan Lecithin Boleh Kurus

Alahai...risau dengan berat badan yang makin naik? Saya nak suggest Lecithin untuk atasi masalah ni...bukan saja boleh membantu anda untuk mengurangkan berat badan tapi dalam masa yang sama membuatkan anda kekal sihat bertenaga....Info ni saya dapat dari Kak Yati Napi.


Kenapa ramai yang memilih Shaklee Lecithin?

Sebabnya tugas utama Lecithin ialah memecahkan lemak-lemak yang tidak diperlukan badan. Termasuklah lemak-lemak yang tersembunyi..(^-^). Lecithin juga membantu menguatkan daya ingatan kerana Lecithin mengandungi cholin-makanan untuk otak. Sesuai untuk pelajar juga!

Tuesday 25 October 2011

Perkara Penting Bagi Pengamal Supplement

Perkara Penting Bagi Pengamal Supplement

Apakah perkara penting itu?

1) Minum 3L air sehari —> jika mengambil natural supplement, kena minum air banyak. Itu adalah rule dia, kalau tidak, anda akan hadapi healing crisis.
2) Pam 3 jam sekali (paling kurang). Buat power pumping jika perlu.
3) Niat ikhlas, doa dan tawakal pada Allah —> kadang2 ada orang tak sabar. Ambil supplement Shaklee dengan tujuan semata2 nak bantu pengeluaran susu cepat2, kemudian tertekan bila tak jadi. Ingatlah rezeki datangnya dari Dia, kita cuma berusaha dan niatkan untuk mengatasi masalah kita…


Kenapa tak rasai apa2 perubahan walau sudah ambil supplement?

1) Tidak merujuk kepada pengedar yang sah. Supplement yang bagus ialah yang mana pengedarnya mampu memberi penerangan secara saintifik tentang produk itu, bukan nak meniaga semata2. Tapi ramai orang kita anggap “Jangan dengar kata2 yang jual vitamin tu, minta pendapat orang lain”. Which is not true. Melainkan orang tu memang tak tahu apa2 tentang vitamin, cuma tahu jual saja.

Monday 24 October 2011

Tambah Susu Ibu – Antara Longan Kering, Pucuk Betik, Pil dan Prolaktin

Tambah Susu Ibu – Antara Longan Kering, Pucuk Betik, Pil dan Prolaktin

“Nak banyakkan susu kena minum longan kering rebus"

“Hari2 makan pucuk betik, susu melimpah ruah!”

“Pergi farmasi beli pil Mxxxxxx ni. Ia boleh banyakkan susu”

Lepas tu…
 
Aku minum longan kering, takde apa-apa pun, susu sikit jugak”

“Lain orang lain milk boosternya..”

Susu ibu dihasilkan oleh dua jenis hormon utama iaitu prolaktin dan oxytocin. Prolaktin merangsang penghasilan susu manakala oxytocin mengawal pengeluaran susu atau let down dari kelenjar memari (kelenjar susu). Prolaktin dihasilkan oleh kelenjar pituitari di dalam otak yang ‘menggerakkan’ kelenjar susu untuk menghasilkan susu.

Friday 21 October 2011

Sekilas fakta tentang Vita-Lea Shaklee

Sekilas fakta tentang Vita-Lea Shaklee

Anda biasa tak makan multivitamin?


Tak kisahlaah cap aper, yang penting ia merupakan pelbagai vitamin yang dikumpul menjadi sebiji vitamin sahaja, iaitu multivitamin?

Pernah tak cuba Vita-Lea (Shaklee punya multivitamin)? Best tau, sebab Vita-Lea kami diformulasi dengan zat besi (Iron Formula).

Jika anda dah pernah cuba, saya yakin pasti anda akan rasa perbezaan ketara, apabila anda bertukar makan multivitamin jenama lain pula…

Cyst Tidak jadi Dibedah dengan GLA COMPLEX SHAKLEE

Cyst Tidak jadi Dibedah dengan GLA COMPLEX SHAKLEE

Kita ikuti perkongsian dari Puan Dila

Selepas bersalin anak pertama, saya pergi check up seperti orang lain juga. Check up yang pertama adalah sebulan selepas bersalin. Pada hari appointment, doktor macam biasa, scan perut untuk pastikan rahim kecut seperti asal. Alhamdulillah, rahim dah kecut macam biasa...tapi, tiba-tiba doktor dapat kesan ada cyst di ovari saya....Dah besar 5cm katanya....

"An ovarian cyst is any collection of fluid, surrounded by a very thin wall, within an ovary. Any ovarian follicle that is larger than about two centimeters is termed an ovarian cyst. An ovarian cyst can be as small as a pea, or larger than an orange.Some ovarian cysts cause problems, such as bleeding and pain. Surgery may be required to remove cysts larger than 5 centimeters in diameter - Wikipedia"

Thursday 20 October 2011

Vitamin E Shaklee dalam Majalah i-Sihat

Vitamin E Shaklee dalam Majalah i-Sihat






------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Makanan tambahan hanya membantu menutupi mana2 ruang kosong sahaja.

Makanan tambahan hanya membantu menutupi mana2 ruang kosong sahaja

Setiap hari dalam doa saya, saya mohon moga ALLAH berikan kebahagian dan kesejahteraan pada mereka yang berusaha untuk menjaga kesihatan diri, sebab kata seorang ustazah apabila kita tergolong dalam golongan yang kita doakan, maka kita turut mendapat manfaatnya.

Alhamdulillah setiap hari saya ditemukan dengan kenalan baru, customer baru malah banyak ragam manusia yang saya belajar. Ramai yang telah menyedari bahawa diet seharian mereka tidak seimbang maka perlu pengambilan supplement.

Saya sendiri suka membaca penulisan Dr Bruce Miller terhadap supplement. Penerangan yang diberikan lengkap untuk kenapa kita perlu supplement.

Apakah dia ESP?

Apakah dia ESP?

Energizing Soy Protein

1. ESP tu apa ya?

ESP ialah singkatan bagi Energizing Soy Protein. Ia adalah protein soya yang sangat berkualiti. Ia didatangkan dalam bentuk serbuk. Boleh diminum begitu sahaja atau pengambilan bersama minuman lain seperti susu, milo atau jus dengan suhu air tidak terlalu panas agar tidak merosakkan enzim protein itu sendiri. Lagi info tentang ESP di sini. 

Berkat tidak putus asa, kini 9oz satu sesi perahan!

Berkat tidak putus asa, kini 9oz satu sesi perahan!

Testimoni ini adalah perkongsian dari customer saya. Setiap orang mempunyai kekuatan dan kekangan yang berbeza, namun hanya kita sahaja yang tahu menilai diri kita balik pada cara hidup, amalan pemakanan dan sebagainya.

Keperluan supplement bukanlah satu yang wajib diambil oleh setiap orang kecuali anda merasakan badan anda memerlukannya, maka tidak salah untuk mengambilnya demi kebaikan diri sendiri dan kesejahteraan rumahtangga.

Kunci kejayaan utama penyusuan bersama supplement Shaklee.

Kunci kejayaan utama penyusuan bersama supplement Shaklee.

Salam..

Saya sungguh teruja untuk berkongsi sesuatu yang baik di blog saya ni walaupun saya hanya C&P...kerana benda baik tak elok kalau kita makan sorang ye..

Kunci kejayaan utama penyusuan bersama supplement Shaklee.

Namun sayugia di ingatkan 3 perkara ini tidak boleh sama sekali diabaikan bagi mendapatkan keputusan yang optimum. Jika salah satu perkara ini tidak dapat dilakukan dengan sempurna, hasilnya juga mungkin tidak memberansangkan.


1. Bayi disusukan sekerap mungkin atau sesi perahan yang sentiasa konsisten....jangan TIDAK PAM hanya kerana payudara tidak bengkak. Namun jika nak rasa payudara penuh dengan susu, amalkan makan alfalfa 6 biji sehari dan minum ESP bagi yang amalkan supplement. You can feel it! TETAPI KENA INGAT! Pastikan pam sehingga payudara kosong untuk mengelakkan BENGKAK SUSU atau clog duct.

2. Minum 3 L sehari. Cuba sediakan indicator. Macam ibu sekarang walau dah tak menyusukan Addin dan Nasa namun ibu pastikan ibu mengambil 3-4 L sehari yang disukat melalui botol. Ramai customer yang mengadu susu pekat namun susu belum banyak....kalau tak minum banyak dan tak mengepam dengan konsisten...memang takkan nampak impak yang hebat.

3. Doa yang berterusan bukan sekadar dari niat dari hati atau tadah tangan semata-mata. Perlu ada amalan yang mendekatkan diri kita denganNya. Membaca Al Waqiah setiap malam, berzikir memuji kebesaranNya. Bersedekah dan berbuat baik sesama manusia di mana di samping itu membersihkan hati dari siap wasangka terhadap ALLAH. Bila ada wasangka itu lah kekadang membuatkan rezeki kita terbantut. Kita kena yakin dengan amalan kita dengan ALLAH. Sesungguhnya ALLAH itu MAHA PEMBERI. Mintalah nescaya DIA memperkenankan.

Bukan vitamin yang banyakkan susu tetapi USAHA si ibu itu memerah dan menyusukan anak sekerap mungkin.

Bukan vitamin yang banyakkan susu tetapi USAHA si ibu itu menjaga pemakanan dan berusaha meningkatkan nutrisi dalam susuibu.

Bukan vitamin yang banyakkan susu tetapi USAHA si ibu itu mendekatkan diri kepada YANG MAHA PEMBERI iaitu ALLAH.

"Sharing is Caring"


------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.



Tuesday 18 October 2011

Pil Tambah Susu Badan

Pil Tambah Susu Badan

Seorang teman yang mengalami masalah kurang susu badan bertanyakan pendapat saya, adakah elok jika dia mengambil pil tambah susu badan jenis hormon. Kata saya, sekiranya awak benar2 tiada susu, dan badan awak benar2 tidak dapat hasilkan susu, awak mungkin boleh gunakan pil tersebut. Lagipun fungsi asalnya bukan untuk tambah susu, sebaliknya kesan sampingan dia menghasilkan susu badan (teringat drama Telapak Syurga semasa Norish Karman nak menyusukan anak Zamarul Hisyam, dia beli ubat keluarkan angin di farmasi dan penjual tu kata “Ubat ni boleh hilangkan angin dalam badan, tapi kesannya you akan ada susu badan).
Saya bertanya lanjut tentang masalahnya. Beliau menerangkan masalah kurang susu badan bermula sejak dia mula kembali bekerja.
  • Pam sekali sehari, kadang2 tak sempat.
  • Kadang2 breast tak bengkak pun so dia tak pam.
  • Kerja balik malam, lepas tu buat kerja rumah 
  • Stress dengan kerja dan rumahtangga
  • Selalu skip dinner sebab dah lambat sampai rumah
Katanya dia dah cuba minum teh untuk ibu menyusu yang katanya boleh tambahkan susu, ambil milk booster pil, minum rebusan longan kering, tapi masih tak ada kesan.
Saya katakan padanya, ada beberapa kesalahan yang dia kena ambil perhatian:
  1. JANGAN TUNGGU BREAST BENGKAK BARU PAM. Aktiviti mengepam itu sebenarnya yang merangsang susu, pam tu bukan semata2 untuk keluarkan susu, tapi mengepam yang efisyen akan merangsang pengeluaran susu. Menunggu breast bengkak baru menyusu/mengepam adalah satu langkah bunuh diri kerana ia akan menghantar signal ke otak bahawa ‘tiada rangsangan, jadi tiada susu perlu dihasilkan’. Itulah sebabnya susu makin sikit.
  2. Susu badan tidak dirangsang oleh pemakanan sebaliknya rangsangan yang kita beri. Mesti kena banyakkan direct feeding dan pam sekerap mungkin.
  3. Jangan skip makan. Walaupun tak menyusu, kita mesti makan ikut waktu. 

Saya nak cakap tentang stress. Stress adalah satu benda yang biasa dalam hidup kita sekarang ni. Semasa sedang sakit untuk melahirkan anak,ibu2 biasanya mengalami stress yang tinggi. Tanya lah mana2 ibu, bersalin tu memang stress, hinggakan Maryam pun mampu menggoncang batang kurma semasa nak lahirkan Nabi Isa. Semasa kita stress, hormon kortisol dan norepinephrine dalam badan kita menjadi tinggi. Hormon2 inilah yang menyebabkan kita stress. Lepas tu, bila bayi dah lahir, hormon oxytocin akan merembes keluar. Kerana itulah selepas saja baby keluar, kita akan rasa happy, hilang semua sakit kerana hormon oxytocin ni menenggelamkan fungsi hormon2 penyebab stress tadi.

Oxytocin ni penting dalam penghasilan susu ibu kerana ia menyebabkan let down, atau ‘keluarnya’ susu dari breast. Jadi, kaitan stress dengan breastfeeding ni, bila stress, hormon cortisol dan norepinephrine menjadi tinggi dan menghalang fungsi oxytocin. Tak hairanlah apabila stress, susu ibu menjadi kurang berbanding di saat ibu gembira. Selain itu stress boleh menyebabkan pelbagai penyakit kerana ia meninggikan adrenalin dalam darah sekaligus menaikkan paras glukos dalam darah.
Jadi, saya cadangkan kepada beliau untuk mengambil vitamin2 seperti berikut:

Vita-Lea – Multivitamin & mineral
- Mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral yang diperlukan oleh tubuh.
- Berfungsi mengimbangi segala bahan kimia dalam tubuh
- Menambah kepada apa2 pemakanan yang kurang dalam badan kita
- Membantu memelihara kesihatan secara umum
- Membantu penyerapan zat makanan yang kita ambil.

B-Complex
- Membantu mengatasi kelesuan
- Penting bagi kesihatan mental, membantu mencegah kemurungan
- Membantu pelepasan tenaga dari makanan
- Pengambilan gula, alkohol dan pil perancang meningkatkan keperluan vitamin B
- Diperlukan bagi sistem saraf
- Mengatasi stress
- Menukarkan gula kepada tenaga

Vita-C (Sustaine Release) 
- Fungsi sustain release adalah supaya vitamin c dilepaskan secara perlahan dan kekal lebih lama dalam badan kerana sifat vtamin C yang larut air (mudah musnah).
- Membantu meningkatkan taraf sistem pertahanan badan.
- Membina kolagen (bahan pelekat) dalam membina sel2 badan.
- Diperlukan dalam proses penyembuhan luka dan kudis
- Memulihkan selesema
- Bertindak sebagai anti kimia terhadap racun nitrat dan nitrit
- Perokok, perokok sekunder, mereka yang selalu stress dan lesu memerlukan vitamin C yang lebih
- Sebagai pelindung sel dalam menghadapi serangan radikal bebas

- Salah satu makanan tertua di dunia yang dikatan sebagai tumbuhan ajaib
- Mengandungi 8 enzim pencernaan dalam kuantiti yang mencukupi
- Mengandungi klorofil, yakni ejen deodoran dan pencegah toksik
- Mengandungi 10 vitamin, 15 mineral, gentian dan amat kaya dengan protein
- Secara tradisi diambil untuk mengatasi sakit sendi dan alahan
- Mengandungi trace minerals lebih banyak berbanding tumbuhan lain
- Digunakan sebagai penggalak susu ibu
- Mengandungi kalsium yang tinggi

Insya-Allah ia bukanlah bertujuan untuk ‘memeras’ susu agar keluar dari badan sebaliknya membekalkan vitamin2 perlu dan membantu menyeimbangkan hormon agar hormon2 yang diperlukan untuk penyusuan yakni oxytocin dan prolaktin dapat dihasilkan dengan baik, di samping itu memberikan ibu kesihatan yang baik dan susu yang bernutrisi.

Susu banyak atau susu pekat dan bernutrisi? Tepuk dada tanya selera ;)
credit

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Sunday 16 October 2011

Alfalfa Sebagai Milkbooster

Alfalfa Sebagai Milkbooster

بسم الله الرحمن الرحيم

Baru-baru ini seorang kenalan saya bertanyakan tentang alfalfa..Persoalan dari nya, bolehkan hanya mengambil alfalfa sahaja? Yup...boleh..Alfalfa tu kan penggalak susu. Kalau kawan-kawan konsisten mengambil alfalfa memang production susu akan bertambah.

Namun harus di ingat 3 point penting ni harus diikuti:
1. Sesi perahan yang konsisten-jgn malas2 okay..
2. Minum 3L air sehari-Banyak?Mmg la bnyk..Tapi jgn la minum sekaligus 3L tu..skit2 lama2 abis la 3L :)
3. DOA yang berterusan-ohh ini penting tau.Rezeki tu kan datang dari ALLAH.




Namun demikian, ada risikonya sekiranya kawan-kawan makan alfalfa sahaja. Antaranya:
  • merasa keletihan yang melampau
  • moody
  • mudah mengantuk
  • dingin seks

Kenapa? Kerana kawan-kawan telah memaksa tubuh kawan-kawan untuk bekerja menghasilkan susu dengan sebanyak-banyaknya, tanpa mengira keadaan tubuh samada mampu ataupun tidak. Kesannya adalah seperti di atas, malah lebih teruk, bila susu dan banyak, kawan-kawan sendiri tidak mampu untuk mengosongkan breast seperti sepatutnya - menjurus kepada masalah clog duct/ susu tersumbat.Erg..takut..

Letih, penat, mengantuk, moody sebab badan bekerja dengan teruk. Melainkan kawan-kawan memang mengamalkan diet sihat dan seimbang. Makan cukup 3 kali sehari minima (sebab ibu menyusu ni banyak guna tenaga ye.. so, jangan nak skip makan or nak diet teruk-teruk).

Sebab itulah dicadangkan pengambilan alfalfa ini bersama-sama dengan vitamin-vitamin yang lain supaya tubuh kita dapat maintain sihat dan cergas, dan dapat menghasilkan susu dengan lebih mudah. Rata2 ibu2 yang mengamalkannya mengatakan susu mudah terhasil, badan rasa cergas sihat, kurang moody - lebih ceria, kurang mengantuk (ramai customer saya claim diorang dah okey stayup malam since makan suplemen ni) dan yang penting, kita mampu menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri (jangan lupa kat en hubby tu!)-hikhikhikhik...
Credit to Hadha

Apa vitamin yang disyorkan dan fungsinya?

a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
Dilengkapi dengan kesemua vitamin beserta zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar
si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

b) B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan
membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantikberseri dan tidak kusam. Oh....i loike Vitamin B.

c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg
kesannya kulit ibu dan bayi makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

d) Alfalfa
Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Ianya bergantung kepada keperluan badan si ibu.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bayi..susah nak kena kembung.

Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink. Walaupun alfalfa dikenali sebagai tumbuhan yang kaya dengan micro nutrient namun ia tidak mempunyai sukatan khas yang memenuhi keperluan badan kita.

Maka si ibu punya pilihan iaitu
1. Hanya memastikan susu terhasil dengan banyak tanpa mengira kepentingan kesihatan di si ibu itu sendiri. Si ibu hanya concern on quantity....
ATAU

2. Mengambil vitamin yang seimbang dengan keperluan ibu supaya ceria dan bertenaga disamping menghasilkan susu dengan lebih baik dan mengkayakan nutrisi dalam susuibu. Si ibu concern on quality and later thought about quantity

Jika masih ada yang bertanya, do i need supplement? Jawapannya terletak pada diri kita kerana hanya kita sahaja yang tahu our own life style.Mungkin ada orang kata dia tak perlu sebab belakang rumahnya adalah kebun sayur-sayuran, ada kebun buah-buahan yang bersih dari semburan racun, ada reban ternak ayam dan itik maka tak makan ayam injectdan dapat makan telur ayam kampung bila-bila masa...so tak perlu supplement memang betul :)

Credit to Kak N


------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.