Friday 29 November 2013

Himpunan Testimoni Kolagen Shaklee (Collagen Powder)

Kolagen oh kolagen. Se famous rakan seangkatannya, botox. Kenapa saya kata rakan seangkatan? Sebab kolagen dan botox sama2 digunakan untuk tujuan kecantikan dan awet muda. Nampak muda dari usia yang sebenar...bak kata orang sentiasa remaja gitu :)
Dalam pasaran harini, pelbagai jenama kolagen yang boleh kita beli. Terpulang pada kesukaan dan kegemaran masing2.  Namun, tak ramai yang tahu apakah perkara penting yang perlu dipertimbangkan apabila memilih sesuatu jenis kolagen.
Biasanya pengguna akan bandingkan harga kolagen sesuatu jenama dengan jenama yang lain dan lebih cenderung untuk memilih kolagen dengan harga yang lebih murah. Sedangkan tidak tahu apakah spesifikasi kolagen tersebut i.e. berapa ukuran molekulnya, bahan apa yang digunakan sebagai kandungannya dll. 
Sumber kolagen yang terbaik adalah dari sumber ikan laut dalam. Ini kerana persekitarannya yang tahan lasak dan boleh menahan tekanan..yelah, makin dalam laut, makin tinggilah tekanannya kan.
Molekul kolagen diukur dalam unit Dalton. Semakin kecil nombornya, semakin bagus ia kerana lebih mudah dan cepat diserap oleh kulit/badan. Bukan sebaliknya ye. Jangan tertipu bila nampak je 2 juta Dalton terus berfikir itulah kolagen yang terbaik.
Sia2 saja kalau beli kolagen yang sukar diserap oleh badan dan akhirnya terbuang begitu saja dari badan kerana tidak sempat diserap oleh badan. Walaupun harganya murah, harus makan berpuluh2 kotak untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.
Oleh itu, haruslah bijak memilih. Memilih yang terbaik dan berbaloi dengan nilai wang yang dibelanjakan. Tapi, mana nak dapat kolagen yang ada ciri2 di atas tadi ye?


Kolagen Shaklee atau namanya Collagen Powder adalah kolagen yang memenuhi ciri2 di atas:
  • sangat lasak dan elastik kerana dihasilkan daripada sisik ikan merah laut dalam
  • jisim molekul yang sangat rendah iaitu hanya 1,000 Dalton sahaja
Adakah hanya itu saja? Semestinya tidak, Collagen Powder bukan menawarkan semata kolagen malah lebih lagi.
  • dilengkapi asid hidraulik yang dapat mengekalkan kelembapan kulit. 1 gram asid ini boleh menahan sebanyak 6 liter air!
  • mengandungi vitamin C, vitamin B2 dan vitamin B6
  • mengandungi ekstrak kerang2an dan bakteria Lactobacilkus acidophilus untuk kesan elastik yang menakjubkan serta membantu penyerapan yang unggul.

Cukup sudah cerita tentang kolagen, jom kita baca testimoni pulak.







Jadilah pengguna yang bijak memilih.
------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Thursday 28 November 2013

40 Tips Bayi Anda Tidur Lena

bayi tidur lena

Pagi ni sambil jalan-jalan blogwalking terjumpa tips yang menarik ni. Ramai juga ibu-ibu hadapi masalah anak susah tidur kan? Mesti ada sebabnya dan bagaimana cara untuk atasinya? Jom tengok dan amal sama-sama ye.

1 . Selsema tidak mengira waktu dan usia, malah bayi begitu mudah dijangkiti selsema. Sukar untuk dia tidur lena malam dan meragam akibat kesukaran untuk bernafas. Cuba beri kelegaan dengan meletakan balm pada bahagian yang tidak selesa.

2 . Ruam adalah salah satu masalah kulit yang dihadapi oleh bayi yang biasanya terjadi di sekitar punggung bayi. Kemerahan pada bahagian kulit memberi rasa pedih pada bayi. Longgarkan pemakaian lampin pakai buang atau gunakan ubat anti ruam. Kerap juga tukar lampin pada waktu malam. Bayi rasa selesa dan tidur lena.


3 . Kolik adalah masalah kembung perut yang membuatkan bayi meragam dan tidak tidur lena. tidur secara meniarao di samping sapu ubat khas di bahagian perut.

4 . Elakkan bilik dalam keadaan panas dan terlalu sejuk. Pakaikan pakaian tidur yang nipis. Bayi adakalanya terjaya waktu malam kerana kepanasan. Suhu bilik adalah terbaik untuk bayi tidur lena.

5 . Suhu badan bayi melebihi 39 darjah celcius, bayi demam dan mudah terjaga waktu malam. Berikan ubat demam dan sejukkan badannya dengan membasahkan kain dan lap seluruh anggota badannya. Pakaikan baju nipis. Jika suhu badan masih tinggi segara dapatkan rawatan doktor.

6 . Batuk membuatkan bayi mudah terjaga. Pastikan bilik tidak terlalu sejuk dan beri ubat batuk khas untuk bayi, ia membantu bayi tidur lena. Pastikan juga bilik bersih dari habuk kotoran.

7 . Gusi bengkak, tanda gigi akan tumbuh. Rasa tidak selesa, menyukarkan tidur bayi. Berikan teether tang telah disejukkan dalam peti ais. Bayi akan rasa nyaman dan ketidakselesaan makin berkurang.

8 . Jadikan waktu tidur rutin setiap hari. Bayi akan secara tidak langsung tahu akan waktu tidurnya. Dia akan tidur dengan sendirinya apabila sampai waktunya.

9 . Bilik gelap, suhu bilik dan senyap membantu bayi tidur dengan cepat. Lakukan setiap kali bayi mahu tidur. Bayi yang mendapat tidur yang cukup akan kelihatan segar dan aktif.

10. Posisi bayi tidur secara telentang mengelakan risiko sindrom kematian mengejut. Cara ini membantu bayi tidur lena.

11.Tidurkan bayi di tempat yang sama. Secara psikologinya bayi akan tahu bahawa itu adalah tempat tidurnya.

12. Elakkan bermain di tempat tidurnya. Katakan padanya disitu bukan tempat bermain. Sediakan satu tempat untuk dia bermain.

13. Nyanyikan lagu atau muzik kegemarannya dengan perlahan supaya dia dapat tidur dengan sendirinya. Jangan terlalu mendesak.

14. Secara tradisional, tungku juga boleh digunakan untuk sakit perut bayi yang boleh menganggu tidurnya. Tungku secara perlahan di sekitar perut bayi. Gunakan tungu yang kecil.

15. Ketika tidurkan bayi, dekatkan diri anda dengan bayi. Tepuk dan gosok belakangnya secara lembut.Bayi anda akan rasa selamat. Lakukan gerakan yang sama sehingga bayi anda tidur.

16. Mandikan bayi dengan air suam. Bayi akan berasa nyaman dan segar dengan haruman wangian mandian. Siapkan bayi anda, seterusnya berikan makanan berkhasiat dan susu sebelum tidur.

17. Lakukan urutan di seluruh badan bayi. Minyak zaitun atau losyen boleh digunakan. Digalakan dilakukan selepas mandi dan lakukan secara konsisten.

18. Jika bayi terjaga waktu malam, redakan tangisannya. Segara lihat lampin perlu ditukar atau bayi berasa panas atau sejuk. Jangan bercakap ataupun membuka lampu.

19. Bayi menangis dengan tiba-tiba walaupun baru setengan jam tidur. Baring bersebelahan dan pastikan ia tidur semula

20.Dukung sambil berjalan dan dodoikan akan menyelesaikan masalah bayi menagis diwaktu malam.Tetapi jangan selalu lakukan demikian.Boleh dilakukan apabila terdesak ataupun bayi demam.

21. Bau aromaterapi di seluruh bilik membuatkan rasa nyaman dan perasaan tenang pada bayi.

22. Gunakan selimut kapas yang tidak terlalu tebal untuk bayi. Selimut yang tebal membuatkan bayi berpeluh dan terjaga pada waktu malam.

23. Jika anda kaki tv pastikan bunyi tv dan muzik tidak menganggu tidur bayi. Bayi begitu sensitif pada bunyi jika ia tidak dapat tidur.

24. Jika bayi pramatang pula, baju yang berlengan panjang, seluar berkaki dan topi perlu dipakai ketika tidur. Bayi ini sangat sensitif dengan persekitarannya yang sejuk dan mudah dijangkiti penyakit.

25. Jika perlu, anda dan pasangan anda turut sama tidur bersama-sama bayi. Bau badan ibu dan bapanya membuatkan bayi tahu keadaan sekelilingnyaselamat dan usah bimbang.

26. Belajar tanda bayi mahu tidur.Selalu tanda letih seperti menggosok mata, tarik telinga dan meragam. Jika ada, segera bawa ke katil. Dia akan menjadi bartambah letih dan sukar tidur jika gagal berbuat demikian.

27. Buat mood untuk bayi faham waktu tidur hampir tiba denagn memandikannya, membaca buku, membuaikannya atau mendodoikannya.

28. Penghawa dingin yang dipasang di dalam bilik tidur dikatakan membantu bayi tidur dengan lena.

29. Bawa bayi anda ke katil waktu dia sedar dan beri masa untuk dia tidur dengan sendirinya. Selalunya antara enam sehingga lapan minggu usianya cara ini boleh digunakan.

30. Alat permainan tergantung yang berpusing juga membantu bayi tidur dengan mudah. Sesuai untuk bayi baru lahir.

31. Lalukan aktiviti permainan di atas katil secara tetap sebelum tidur. Jangan terlalu lama. Kemudian ajak bayi tidur.

32. Ubah posisi tidur bayi jika terjaga di tengah malam. Mungkin bayi sukar menggerakkan badannya lalu menangis. Pastika ia memberi keselesaan pada si manja.

33. Hiduk bayi yang tersumbat akibat selsema menggangu pernafasannya. Bantal yang tinggi diperlukan supaya hidung dapat bernafas dengan baik.

34. Tilam yang empuk yang diperbuat dari getah asli adalah pilihan yang terbaik. Ia menggalakkan bayi tidur lena.

35. Bilik yang bersih memberi kesan psikologi yang baik pada bayi.

36. Dakapan yang penuh dengan kasih sayang perlu dilakukan dengan kerap akan membuatkan bayi berasa dirinya dihargai.

37. Katil yang kuat dan selesa dan tilam khas digunakan untuk membantu bayi tidur dengan lena.

38. Galakan aktiviti di sianga hari separti barmain, bercakap atau menyaikan lagu. Ia membantu bayi tidur lebih diwaktu malam.

39. Dekorasi bilik tidurnya yang menarik juga membantu bayi suka akan tempat tidurnya.

40. Jika bayi menangis diwaktu malam dan tidur kembali mungkin ia tidak selesa dengan posisi tidurnya. Tenangkan ia sehingga ia tidur kembali.

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Monday 11 November 2013

Jaundis Bayi Undang Risiko

Adakah jaundis biasa dihidapi oleh bayi baru lahir?
Bagaimana merawat jaundis?
Bagaimana saya tahu jika bayi saya menghidap jaundis?
Apakah jaundis bahaya?
Jaundis adalah masalah yang kerap dialami oleh bayi baru lahir. Jika bayi anda mengelami jaundis, lebih baik segeri beritahu pediatrik terutama jika abdomen atau kaki bayi kelihatan kuning. Jika bayi anda berkulit gelap, mata putihnya, tapak tangan dan kakinya akan berwarna kuning.

PUNCA JAUNDIS

Jaundis terjadi pada bayi yang sihat apabila darahnya mengandungi BILIRUBIN yang berlebihan. Bilirubin ialah satu bahan kimia yang dihasilkan semasa proses penguraian normal sel darah merah. Bayi yang baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang tinggi SEBAB mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengankut oksigen dan didapati kadang kala HATI MEREKA YANG MASIH BARU tidak boleh memetabolismakan bilirubin yang berlebihan itu.

punca jaundis

Apabila tahap bilirubin yang semakin meningkat lebih dari normal, kekuningan jaundis akan bergerak dari kepala ke bawah, ke tengkuk, dada dan dalam kes teruk, ia akan sampai ke jari-jari kaki. Jaundis seperti ini yang dikenali sebagi jaundis fisiologi, selalalunya tidak menyebabkan kerosakan pada bayi yang sihat.

Dalam keadaan yang sangat jarang berlaku, bayi baru lahir yang menghidap jaundis akan mengalami kerosakan sistem saraf tetapi ini hanya berlaku apabila bilirubin berada pada tahap yang terlalu tinggi.

Kira-kira 50% bayi yang dilahirkan cukup bulan akan mengalami jaundis pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Pada kebiasaannya jaundis akan hilang selepas seminggu. 80% bayi tidak cukup bulan akan menghidap jaundis di antara 5 hingga 7 hari selepas kelahiran. Biasanya ia akan hilang 2 bulan selepas kelahiran.

MERAWAT JAUNDIS

Jika anda menyusukan bayi, anda perlu menyusu bayi dengan kerap. Anda mungkin perlu mengejutkan bayi anda daripada tidur untuk menyusukannya. Masa ini anda perlukan banyak rehat, air mencukupi, makanan dan sokongan yang banyak. Bapa-bapa please take note ye :)

Jika bayi anda diberikan susu badan, dia TIDAK PERLU DIBERIKAN SEBARANG CECAIR LAIN seperti susu formula atau air sebab penyusuan ibu yang kerap akan memulihkan jaundis.

Jika bayi anda menghidap jaundis yang teruk atau kelihatan tidak sihat, doktor mungkin akan menjalankan ujian darah pada bayi anda untuk mengukur aras bilirubinnya. Doktor juga perlu melihat punca jaundis jika ia bermula selepas 7 hari atau berlarutan sehingga lebih 14 hari.

Sesetengah bayi mungkin memerlukan rawatan fototerapi. Jadi, bayi anda perlu berada di hospital dan lampu cahaya biru akan diletakkan di katilnya. Cahaya ini akan membantu memecah bilirubin berlebihan supaya hati dapat membuangnya. Kesan sampingan fototerapi termasuklah ruam dan cirit birit tetapi ini penting untuk penguraian biliribun.
jaundis pada bayi

Bayi-bayi yang memerlukan rawatan fototerapi perlu berbaring tanpa pakaian atas katilnya dan dipancarkan cahaya biru dari lampu. Ini akan menjejaskan penyusuan ibu dan pertalian ibu dengan bayinya. Satu alternatif selain fototerapi adalah terapi gentian optik. Bayi anda akan dibalut dengan selimut khas yang mempunyai gentian optik, yang menyebabkan cahaya kecil bersinar terus pada kulit bayi. Bagi rawatan ini anda masih boleh mendakap dan menyusu bayi anda. Namun begitu, rawatan ini tidak seefektif fototerapi. Juga kadangkala rawatan gentian optik boleh menjadi terlalu panas pada bayi pra matang.
cara merawat jaundis

Bagi bayi yang mempunyai penyakit resus mudah menghidap jaundis. Tetapi penyakit ini amat jarang berlaku. Wanita hamil akan selalu membuat pemeriksaan darah untuk mengelakan resus dan anda akan tahu jika anda resus negatif. Darah bayi anda juga akan diperiksa dan suntikan anti-D akan diberikan semasa kelahiran. Ada juga berlaku (walaupun amat jarang) bagi bayi yang menghidapi jaundis akibat penyakit resus, dirawat melalui pemindahan darah.

UJIAN

Pakar-pakar mencadangkan ujian ringkas di rumah untuk memeriksa jaundis. Dapatkan bilik yang mempunyai cahaya secukupnya dan tekan dengan perlahan pada hidung atau dahi bayi anda, jika terdapat warna kuning pada kulit semasa tekanan dilepaskan, hubungi pediatrik. Anda juga akan dapati bahawa najis bayi anda berwarna pucat.

Ingatlah yang jaundis adalah penyakit biasa dan selalunya bersifat sementara. Ia akan pulih dengan cepat tanpa sebarang campur tangan dan tidak mempunyai kesan jangka panjang.

Jika ada tanda bilirubin tahap bahaya segera bawa berjumpa pediatrik. Kajian telah menunjukkan bahawa jika bilirubin melebihi satu tahap, pendengaran bayi boleh terjejas. Pada tahap yang paling tinggi, otak bayi akan terjejas dan kondisi ini dikenali sebagai kernicterus.
kesan jaundis pada bayi
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Friday 8 November 2013

Kelebihan Membaca Surah Kahfi

Soalan: Adakah kelebihan membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat ?
Jawapan: Al-Quran adalah kitab suci umat islam yang memiliki kelebihan dari seluruh kitab-kitab yang lain sebelumnya, membaca Al-Quran diniliai suatu ibadah yang besar walaupun orang tersebut tidak memahaminya, diantara surah-surah yang memiliki kelebihan dan keistimewaan dalam membacanya adalah surah Al-Kahfi, demikian juga surah Al-Kahfi memiliki kelebihan dan keistimewaan jika dibaca pada hari Jumaat.

Surah Al-Kahfi adalah surah Al-Makkiyah yang memiliki seratus sepuluh ayat, begitu banyak hadis yang telah menceritakan kelebihan surah ini, sebahagian hadis yang datang dari Rasulullah SAW adalah apa yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam kitab Shahihnya:
قال البخاري : حدثنا عمرو بن خالد : حدثنا زهير : حدثنا أبو إسحاق،عن البراء قال : كان رجل يقرأ الكهف وإلى جانبه حصان مربوط بشطنين، فتغشته سحابة فجعلت تدنو وتدنو، وجعل فرسه ينفر، فلما أصبح أتى النبي صلى الله عليه وسلم قذكر ذلك له، فقال : تلك السكينة تنزلت بالقرآن. صحيح البخاري كتاب فضائل القرآن، باب فضل الكهف، ص : 898 ، ط : دار السلام للنشر والتوزيع، الرياض
Ertinya : Seorang lelaki sedang membaca Surah Al-Kahfi, di sisinya seekor kuda yang terikat dengan dua tali, maka awanpun datang menyelubungi, mendekat dan menghampiri, sehingga kuda lari terkejut, manakala dipagi hari beliau mendatangi Nabi SAW, dan menceritakan kejadian tersebut, maka bersabda Nabi : Itu adalah ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al-Qur`an, ( H.R Bukhari, kitab Fadha`il Al-Qur`an, bab Fadhli Al-Kahfi, halaman : 898 .)
قال البيهقي : أخبرنا محمد بن عبد الله الحاقظ، أنبأنا أبو بكر محمد بن المؤمل، ثنا الفضل بن محمد الشعراني، ثنا نعيم بن حماد، ثنا هشيم أنبأنا أبو هاشم عن أبي مجلز، عن قيس بن عباد، عن أبي سعيد الخدري ، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : من قرأ سورة الكهف في يوم الجمعة، أضاءله من النور ما بين الجمعتين. رواه البيهقي في السنن الكبرى في كتاب الجمعة، باب ماسؤمر به في ليلة الجمعة ويومها من كثرة الصلاة على رسول الله وقراءة سورة الكهف وغيرها ؟، مجلد 4، ص : 530 ط : دار الفكر
Ertinya : Rasulullah bersabda: Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, Mkan Allah akan meneranginya dengan cahaya dari jum`at yang dia baca kepada jum`at yang brikutnya. ( H.R Baihaqi)
قال الحاكم : عن أبي بكر بن المؤمل: حدثنا الفضل بن محمد الشعراني، حدثنا نعيم بن حماد، حدثنا هشيم،حدثنا أبو هاشم، عن أبي مجلز عن قيس بن عباد ، عن أبي سعيد، عن النبي صلى الله عليه وسلم، أنه قال : من قرأ سورة الكهف في يوم الجمعة، أضاء له من النور ما بينه وبين الجمعتين، ثم قال : هذا الحديث صحيح الإسناد، ولم يخرجاه
Ertinya : Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya diantara dua kali jum`at. (H.R Hakim didalam Mustadrak)
قال السيوطي في الجامع الصغير : عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : من قرأ سورة الكهف يوم الحمعة أضاءله النور ما بينه وبين البيت العتيق ( هب ) عن أبي سعيد، ورمزه بالحسن
Ertinya : Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya diantaranya dan Bait `Atiq.
Sumber: http://lukisandihati.blogspot.com/
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.