Thursday 4 September 2014

Home » , , , » Set Penjagaan Kulit Nutriwhite

Set Penjagaan Kulit Nutriwhite

Kulit kita adalah anggota badan yang terbesar dan sentiasa terdedah. Nak-nak lagi bila terdedah dengan udara yang banyak pencemaran ni, maka kesannya akan terlihat juga pada kulit...sama juga dengan kulit wajah. Maka, penjagaan kulit haruslah dititik beratkan.

Kaum wanita memang sangat concern dengan penjagaan kulit ni. Kalau tidak takkan la berlambak iklan produk penjagaan kulit yang ada di media massa kan. Tapi, kaum lelaki pun tak terkecuali. Ada juga kaum lelaki yang sangat prihatin dengan penjagaan kulit.

Tips penjagaan kulit saya? Senang je..saya jenis yang tak suka pakai terlalu banyak produk. Set penjagaan kulit saya hanya semudah pencuci muka, pelembap dan krim malam.

Kalau sebelum ni saya pakai macam-macam jenama produk penjagaan kulit. Tapi sejak saya kenal Shaklee, saya bertukar kepada Shaklee la.
  
set penjagaan kulit nutriwhite

Inilah set penjagaan kulit saya. Saya pakai set penjagaan kulit Nutriwhite. Hanya yang basic saja memandangkan saya kurang rajin untuk membelek dan menepek segala jenis krim pada muka saya..hehe.

Yang saya suka tentang set penjagaan kulit Nutriwhite ni adalah ianya tidak mengandungi bahan kimia yang membahayakan kulit. Bertepatan dengan prinsip Shaklee yang sentiasa menyediakan produk yang selamat, semulajadi dan berkesan.

Dan yang paling best, suami pun bertukar pakai pencuci muka Nutriwhite ni. Kulit suami jenis sensitif. Sebelum ni, mesti kulit suami akan jadi kering setiap kali selepas cuci muka. Alhamdulillah bila pakai pencuci muka Nutriwhite ni kulit suami tak lagi kering selepas dicuci.

Itulah tips penjagaan kulit saya secara luaran. Nak tahu tips penjagaan kulit saya secara dalaman pula? Nanti saya share dalam entry yang lain pula ye :)
CARA ORDER:
Mudah saja, hanya klik link ini --> http://goo.gl/p5LN5p
Nakkan harga yang lebih murah?? Jom join ahli sekarang.

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment