Wednesday 24 April 2013

Berapa Banyak Kuantiti Susu Untuk Bayi

Seringkali ibu-ibu menyuarakan kebimbangan susu badan yang dihasilkan tak cukup banyak untuk bayinya, lebih-lebih lagi bagi yang pertama kali bergelar ibu. Bertambah risau lagi bila bayi cuma menyusu sekejap je.
Sebenarnya kuantiti susu ibu yang diperlukan oleh bayi berbeza-beza mengikut usianya dan akan meningkat seiring dengan pertambahan usianya. Ibu-ibu boleh tengok pada gambar di bawah ni.


jumlah susu ibu yang bayi perlukan
Gambar kredit http://pregnant.livejournal.com

Kalau ibu-ibu perhatikan gambar di atas ni, kuantiti susu ibu yang bayi perlukan pada hari pertama cuma 5-7 ml. Jadi ibu-ibu jangan risau kalau susu badan pada hari pertama mempunyai kuantiti yang sedikit. Ibu-ibu boleh mengepam secara konsisten disamping mengamalkan pemakanan sihat dan makanan tambahan untuk memastikan susu badan yang dihasilkan bertambah dari hari ke hari memandangkan keperluan bayi juga akan meningkat seiring dengan pertambahan usianya.
"In exclusively breastfed babies, milk intake increases quickly during the first few weeks of life, then stays about the same between one and six months (though it likely increases short term during growth spurts). Current breastfeeding research does not indicate that breastmilk intake changes with baby's age or weight between one and six months. After six months, breastmilk intake will continue at this same level until -- sometime after six months, depending in baby's intake from other foods -- baby's milk intake begins to decrease gradually.
*sumber dari kellymom.com 
Gambar ni pula perbandingan saiz perut bayi.
saiz perut bayi
Gambar kredit ameda.com

Usia 1 Hari

Saiz perut bayi yang berusia 1 hari hanyalah sebesar sebiji guli atau kacang badam. Kolostrum yang dihasilkan melalui susu awal ibu adalah sangat mencukupi walaupun sedikit kerana pada usia ini, bayi hanya memerlukan 5-7ml susu ibu atau setengah hingga sesudu makan bagi setiap sesi penyusuan. Manakala kolostrum ibu yang terhasil ialah antara 20-30ml. 

Usia 3 Hari

Pada hari ketiga, saiz perut bayi membesar kepada saiz sebiji bola pingpong dan dapat menampung kira-kira 22-27ml susu bagi setiap sesi penyusuan. Pada ketika ini keupayaan ibu menghasilkan susu badan mula meningkat. Jadi ibu-ibu usah khuatir soal susu badan yang tidak mencukupi.

Usia 10 Hari

Apabila masuk hari kesepuluh, saiz perutnya adalah sebesar sebiji telur ayam dan akan terus mengembang. Pada usia ini, bayi dianggarkan memerlukan susu ibu sebanyak 60-80ml pada satu-satu masa.

Usia 1 Bulan

Keperluan susu bayi akan mula meningkat apabila usia bayi mencecah 1 bulan. Dianggarkan bayi memerlukan kira-kira 90-120ml susu ibu pada setiap sesi penyusuan. Pada ketika ini, bayi sudah semakin mahir menyusu malah ibu sendiri tidak akan merasa kekok untuk menyusukan bayi dengan selesa. Susukan bayi dengan sepenuh hati dan belai bayi dengan penuh kasih sayang. Sentuhan kulit antara ibu dan bayi juga akan memudahkan ibu mengalami let-down reflex.

Usia 6 Bulan

Ibu-ibu boleh mula memperkenalkan bayi dengan makanan pejal namun penyusuan susu ibu masih perlu diteruskan untuk mengimbangi keperluan zat pemakanan bayi. Ini kerana pada usia ini, makanan pejal yang diberikan bukanlah makanan utama bayi. Pada usia ini bayi memerlukan sekitar 180-220ml susu pada setiap sesi penyusuan.

Usia 12 Bulan

Keperluan susu ibu oleh si kecil akan mula berkurangan kepada sekitar 550ml sehari. Pengambilan makanan pejal merupakan sumber utama zat yang diperlukan untuk tumbesaran si kecil. Oleh yang demikian, ibu-ibu harus pastikan pemakanan sehariannya adalah seimbang.
Hanya ibu yang mengetahui dengan lebih baik tentang keperluan bayinya. Jadi usah bimbang sekiranya bayi menyusu terlalu sekejap kerana bayi akan melepaskan puting payudara ibu dengan sendiri apabila sudah kenyang. Sentiasa berlapang dada dan yakinlah bahawa susu badan yang dihasilkan mencukupi untuk bayi.
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Tuesday 23 April 2013

20 Perkara Perlu Tahu Tentang Penyusuan

Dari Sumber Majalah PA&MA Ogos 2008
  1. Penyusuan pertama seelok-eloknya dilakukan secepat mungkin selepas bayi dilahirkan, untuk meransang penghasilan dan pengeluaran
  2. Sebelum menyusukan bayi ibu haruslah melembutkan payudara dengan meletakkan tuala hangat pada payudara
  3. Susu badan mengandungi 87.5 peratus air. Oleh itu, banyakkan minum air sekurangnya enam hingga lapan gelas sehari
  4. Semakin kerap ibu menyusukan bayinya, semakin banyak susu dihasilkan (konsep asas penyusuan iaitu demand - supply)
  5. Ibu yang menyusukan secara eksklusif akan kerap lapar
  6. Sepanjang tempoh menyusu, bayi akan makan apa saja makanan yang dimakan oleh ibunya. Ibu harus mengawal mengambilan kafein, gula kerana ia mudah meresap dalam tubuh
  7. Ibu-ibu digalakkan kerap menyusukan anak waktu malam kerana tahap prolaktin yang tinggi pada waktu malam berbanding waktu siang
  8. Ibu hendaklah berhati hati semasa mencuci payudara. Elakkan daripada menyapu sabun pada bahagian aerola dan puting
  9. Mencuci payudara dengan air suam adalah terbaik
  10. Payudara yang penuh dan tidak diperah akan menyebabkan bengkak dan rasa tidak selesa. Namun tidak bermakna harus menunggu payudara bengkak baru boleh pam...harus pam secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang terbaik
  11. Bayi yang minum susu ibu secara eksklusif jarang diserang penyakit kerana susu ibu mengandungi antibodi yg berupaya melawan penyakit
  12. Vitamin A, B Complex, Vitamin C dan Asid Folik antara vitamin penting perlu semasa menyusukan bayi
  13. Susu ibu lebih mudah dihadam berbanding susu formula
  14. Menyusukan bayi dengan susu badan akan membantu tubuh ibu kembali ke bentuk asal dengan lebih cepat. Ibu-ibu yang nak dapatkan bentuk badan masa zaman anak dara dulu harus menyusukan anak :)
  15. Susu ibu berupaya meningkatkan perkembangan otak dan kognitif bayi
  16. Hormon oxytocin yang terkandung dalam susu ibu membantu mengecutkan rahim
  17. 80 peratus sel dalam susu ibu terdiri drpd 'makrofaj'. Sel tersebut berfungsi untuk membunuh bakteria, fungus dan virus
  18. Menyusukan bayi dengan susu ibu mengurangkan risiko obesiti dikalangan kanak-kanak
  19. Susu ibu menyediakan nisbah kandungan lemak, karbohidrat, dan protein yang tepat untuk keperluan bayi mengikut tahap umur mereka...betapa istimewanya susu ibu
  20. Ibu yang menyusu tidak boleh mengambil ubat-ubatan tanpa nasihat doktor
 
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Friday 19 April 2013

Produk Kesihatan Untuk Berpantang Selepas Bersalin

Mengandung dan bersalin adalah fasa yang seorang ibu wajib lalui. Selesai fasa bersalin, fasa berpantang pun bermula. Kalau ikutkan orang dulu-dulu contohnya zaman nenek, mak kita lain proses berpantangnya. Urutan dan pengambilan jamu adalah kemestian. Tapi macamana dengan ibu-ibu yang tak lalu nak menelan jamu?
jamu berpantang
Jangan risau, kini ibu-ibu ada pilihan baru dengan mengamalkan pengambilan makanan tambahan yang berbentuk pil. Pastinya lebih memudahkan tanpa penyediaan yang rumit.
Cadangan vitamin untuk ibu-ibu yang berpantang:
vitalea (multivitamin) shaklee

Vita-Lea® Iron Formula

Merupakan multivitamin pertama di dunia yang lengkap dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan. Kandungan zat besi dan Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah. Sangat membantu diambil semasa pantang memandangkan ibu-ibu banyak kehilangan darah semasa/selepas bersalin.

asid folik shaklee

B-Complex

Mengandungi 8 kumpulan vitamin B (B1, B2, B3, B6, B12, biotin, asid pantotenik, asid folik) bagi membantu memelihara kesihatan yang baik, memberi tenaga, sebagai penenang (anti-stress) membantu mengelakkan kemurungan / meroyan. Asid folik dan Vitamin B12 juga membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.
vitamin c

Vitamin C

Penting untuk pembentukan kolagen yang membantu mempercepat pemulihan luka dan memperbaiki tisu yang rosak akibat bersalin serta menguatkan antibodi badan. Vitamin C juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat.

zink

Zinc Complex

Bekerjasama dengan Vitamin C untuk mempercepat pemulihan luka dalaman (rahim). Ikan haruan yang biasa diamalkan oleh ibu-ibu bersalin mengandungi zink dan Zinc Complex merupakan alternatif terbaik disamping memastikan ibu-ibu mendapat bekalan zink yang mencukupi.
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Thursday 18 April 2013

Produk Shaklee Tak Bagus, Tak Berkesan, Tak OK?

Betulkah produk Shaklee tak bagus dan tak berkesan? OK ke tak produk Shaklee?
Gara-gara disclaimer ini:

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Uh-oh!
Jadi kenapakah ramai distributor yang berkongsi pelbagai artikel tentang kebaikan Shaklee dan testimonial bahawa Shaklee membantu dalam mencapai kehidupan lebih sihat?
Adakah mereka telah MENIPU PENGGUNA???
Produk ni bukan untuk diagnos, merawat atau mencegah sebarang penyakit, jadi apa benda sebenarnya ni?
Uh-oh!
Sebenarnya untuk produk buatan setiap negara, misalnya di sini USA, disclaimer di atas adalah COMPULSORY atau WAJIB dipaparkan di bawah Dietary Supplement Health and Education Act of 1994 (DSHEA) kerana produk-produk kesihatan (produk nutraseutikal, bukan farmaseutikal), tak perlu melalui FDA untuk menganalisa keberkesanannya. Dan sebahagian besar produk2 kesihatan TAK ADA UJIAN KLINIKAL pun, in fact, sesiapa termasuk SAYA pun boleh keluarkan produk kesihatan sendiri.
By right, produk selain dari produk farmaseutikal (yang digunakan di hospital oleh doktor untuk merawat penyakit) perlu meletakkan disclaimer seperti di atas kerana ia adalah PERATURAN atau REGULATION.
Di bawah DSHEA, pengeluar makanan tambahan adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa produk mereka adalah selamat sebelum ia dipasarkan. Tidak seperti produk ubat yang harus terbukti selamat dan berkesan untuk digunakan sebelum di-release ke mainstrem. Tidak ada peruntukan dalam undang-undang FDA untuk “meluluskan” produk makanan tambahan.
Begitu juga untuk kelulusan KKM, KKM tidak membuat ujian klinikal untuk membuktikan produk tersebut benar2 berkesan atau pun tidak. Pengilang cuma kena hantar list ingredient dan buktikan tiada bahan-bahan berbahaya.
Namun masih di bawah akta yang serupa, produk makanan tambahan atau selain dari ubat-ubatan tak boleh secara rasminya claim dia boleh mengubat macam-macam. Dan banyak lagi kalau nak cerita tentang Akta Label ni.
Jadi, hati-hati bila anda terjumpa produk kesihatan tanpa disclaimer tersebut. Mungkin mereka tak ‘follow’ peraturan.

credit to MommyLyna
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.