Wednesday 30 December 2015

Dilema Pasangan Yang Belum Dikurniakan Zuriat

Mira memang kurang gemar balik kampung bila ada majlis keramaian. Bukannya Mira jenis tak suka bergaul dengan orang ramai tapi kerana rimas dengan pertanyaan sedara mara tentang zuriat.

"Bila lagi? (mengandung). Takkan tak puas-puas honeymoon lagi"

"Bila lagi nak bertiga? Dah lama berdua dah tu"

Dan bermacam-macam pertanyaan lain yang menyentuh hati dan perasaan.

Siapa yang taknak zuriat sendiri, semua pasangan berkahwin pastinya mahu dapatkan zuriat secepat mungkin. Tapi bukan semua pasangan yang dipermudahkan dalam urusan mendapat zuriat. 

Ada yang terpaksa menunggu bertahun-tahun sebelum dikurniakan zuriat. Malah ada yang terus diuji tanpa zuriat langsung.

Suka saya kongsikan salah satu alternative sebagai usaha untuk mengandung bagi pasangan suami isteri yang berkenaan.

Set Kesuburan Shaklee terbukti dapat membantu pasangan mendapatkan zuriat sendiri.

Saya kongsikan testimoni mereka yang berjaya hamil selepas mengambil set kesuburan Shaklee.

Berjaya hamil setelah bertahun-tahun menunggu

testimoni set kesuburan shaklee

testimoni hamil shaklee

Masalah kitaran haid tidak teratur di atasi dan berjaya hamil 

testimoni gla complex

testimoni gla shaklee

Masalah Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) juga menyukarkan wanita untuk hamil

atasi masalah kesuburan

Tak salah jika nak mencuba. Kalau nak jalani rawatan kesuburan di klinik sakit puan memang perlukan belanja yang lebih tinggi.

Nak order produk Shaklee?

Mudah je, boleh order secara online dengan klik link di bawah:

Ingin dapatkan produk Shaklee secara COD (cash on delivery)?

Copp!! Nak dapatkan produk Shaklee dengan harga yang lebih murah? Jom daftar sebagai ahli.

Berminat menjana pendapatan sebagai SID (Shaklee Independent Distributor)?
Pertanyaan serta penyertaan anda sangat dialu-alukan :)

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Wednesday 23 December 2015

Panduan Memilih Vitamin C

Pilih vitamin c pun kena ada panduan ke? Bukan semua vitamin c sama je ke asalkan vitamin c.
 
Memanglah banyak supplement vitamin c yang ada di pasaran, macam-macam jenis dan harganya pun macam-macam juga. Tapi TAK SAMA tau.
 
So tak boleh main hentam beli saja, kena pilih betul-betul sebelum beli.
 
Kenapa saya pilih Sustained Release Vita-C Plus sebagai sumber vitamin c saya?
 
vitamin c shaklee

1) Dalam bentuk sustained release
 
Sustained release bermakna vitamin c dilepaskan secara perlahan-lahan dan berperingkat dalam badan.
 
Vitamin c ni vitamin larut air, maka ia mudah musnah dan tidak dapat disimpan lebih lama dalam badan. Kalau vitamin c dilepaskan sekaligus bimbang ia cepat musnah sebab memang sifat vitamin c akan mudah musnah. Sebab itulah vitamin c harus dalam bentuk sustained release supaya vitamin c sentiasa ada dalam badan.
 
vitamin c dengan bioflavonoid

2) Dilengkapi dengan bioflavonoid
 
Bioflavonoid adalah bahan penting yang berfungsi meningkatkan penyerapan dan keberkesanan vitamin c dalam badan.
 
So sangat penting untuk ada kriteria ni supaya bila kita makan vitamin c akan cepat dapat kesan dan badan dapat serap vitamin c dengan lebih optimum.
 
vitamin c oren

3) Kandungan vitamin c dalam setiap tablet
 
Kandungan vitamin c dalam setiap tablet adalah 500 mg, bersamaan dengan 7 setengah biji buah oren.
 
Sebanyak 100 mg vitamin c dilepaskan dalam badan setiap 1 jam, bersamaan dengan 1 setengah biji buah oren.
 
tips kekalkan vitamin c dalam badan
 
So dalam masa 5 jam seolah-olah kita dah makan 7 setengah biji buah oren tau.
 
vitamin c jagung
 
4) Berasaskan jagung
 
Sustained Release Vita-C Plus adalah berasaskan jagung, jadi ia kurang memberikan kesan asid sebagaimana vitamin c yang diperbuat daripada buah-buahan sitrus.
 
Ada sesetengah orang yang lebih suka ambil vitamin c dari sumber makanan harian, contoh paling mudah dari buah oren. Tetapi persoalannya, mampukah kita disiplin mengambilnya berpuluh-puluh biji setiap hari?
 
Lagi satu, kos harga untuk satu tablet Sustained Release Vita-C Plus tak sampai 50 sen tau. Kalau beli oren 7 biji tak tau la berapa ringgit. Harga buah sekarang dah mahal tau.

 
 
Berminat? Klik link di bawah untuk order sekarang.
 
Ingin dapatkan produk Shaklee secara COD (cash on delivery)?
 
Copp!! Nak dapatkan produk Shaklee dengan harga yang lebih murah? Jom daftar sebagai ahli.
 
Berminat menjana pendapatan sebagai SID (Shaklee Independent Distributor)?
Pertanyaan serta penyertaan anda sangat dialu-alukan :)
 
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Wednesday 16 December 2015

Berapa Bajet Makan Sehari Anda?

Keperluan harian kita, makan. Mesti kena makan kan. Tak pernah lagi jumpa orang yang tak makan langsung.

Sehari paling kurang makan mesti tiga kali, paling basic. Makan pagi (breakfast), makan tengahari (lunch) dan makan malam (dinner).

Kalau ditengok balik pada senarai perbelanjaan bulanan, perbelanjaan untuk makan minum antara perbelanjaan paling penting dan banyak. 


Untunglah kalau dapat masak sendiri di rumah. Dah boleh jimat banyak di situ. Dan paling penting lebih terjamin kebersihannya dan lebih kepuasan sebab dapat masak untuk keluarga tersayang. Bagi anak-anak dan suami makan minum hasil air tangan kita sendiri. 

Tapi bagi mereka yang punyai kekangan masa atau kekangan lain macamana pula? Bukan tak mahu masak sendiri untuk keluarga, tapi ada halangan yang membantutkan hasrat murni tersebut. So, pilihan yang ada adalah membeli atau makan di kedai saja.

Berapa purata kos makan anda untuk sehari?

Purata kos makan pagi untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak kalau dilihatkan pada keadaan semasa dalam RM10. Itupun bergantung juga pada pilihan makanan.

Okeylah saya kongsikan situasi saya sendiri. Pagi tadi saya tapau (bungkus) bihun goreng sambal kerang dan mi goreng untuk harga RM6. Itu belum termasuk harga minuman, kalau makan di kedai dah tentu-tentu akan order air kan.

Untuk saya berdua dengan suami pun sudah RM6, untuk makan pagi. Macamana pula dengan keluarga yang ada ramai anak? 

Makan tengahari dan makan malam kebiasaannya lebih mahal dari makan pagi. Kalau order masakan panas untuk sekeluarga sudah tentu habis berpuluh-puluh ringgit juga. Itu baru sehari, seminggu...sebulan?

Belum ambil kira lagi kadang-kadang teringin makan kudapan, anak-anak minta nak beli jajan (junkfood), suami/isteri teringin makan buah-buahan. 

Belum kira lagi hujung minggu nak jalan-jalan, anak-anak meronta minta mainan, isteri mengidam beli baju, dan sebagainya.

Kalau dulu dengan duit bernilai RM1 masih boleh beli nasi lemak bungkus, tapi sekarang sebaliknya. Makin hari nilai wang semakin kecil, manakala kos sara hidup semakin meningkat.

Syukurlah kalau bergaji besar, tapi macamana dengan mereka yang bergaji cukup-cukup makan? Mereka yang baru nak cuba-cuba hidup sendiri, berdiri atas kaki sendiri.

Jadi nak taknak kena pertimbangkan cari alternatif. Sebab itu ramai juga yang jana pendapatan sampingan. Sekurangnya side income yang diperolehi boleh bantu menampung mana-mana yang kurang.


Jom hijrah ekonomi. Tiada siapa yang boleh mengubah ekonomi kecuali kita sendiri.

Berminat sertai keluarga bisnes kami? Isikan details anda di sini 👇🏻👇🏻👇🏻

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Wednesday 9 December 2015

Kenapa Susu Tepung Bayi/Kanak-Kanak Mesti Ada DHA

Kenapa kalau tengok iklan susu tepung bayi/kanak-kanak mesti ada ayat wajib "apabila sel-sel otak berhubung"? 

Kemudian mesti ada highlight pasal DHA kan. Berlumba-lumba jenama susu tepung nak tambah kandungan DHA dalam susu. Dan larislah susu tepung tu kalau ada DHA lebih. Kenapa?

Sebab DHA ni adalah komponen utama untuk otak. DHA membantu meningkatkan fungsi kognitif bayi iaitu kebolehan belajar dan perkembangan mental semasa bayi membesar. Sebab tu bila ambil DHA dikatakan budak cerdik!

Seperti yang kita sedia maklum, proses pertumbuhan otak pada peringkat bayi dan seterusnya kanak-kanaklah paling penting dan kritikal berbanding pada usia lain. Jadi pastinya pada waktu inilah pemakanan kaya DHA perlu diambil supaya bekalan DHA mencukupi untuk perkembangan otak yang baik.

Jika masih bayi, maka ibu yang perlu mengambil DHA dan kemudian menyalurkannya kepada bayi melalui susu ibu (jika menyusukan). Jika kanak-kanak, ibu bapa boleh berikan makanan kaya DHA terus kepada anak.

omega shaklee

Salah satu sumber DHA adalah susu tepung yang saya cakapkan mula-mula tadi. Tapi makin tinggi kandungan DHA maka makin tinggi jugak nilai wang yang kita kena bayar. Tak percaya pergi survey sendiri 😊

minyak ikan shaklee

Sumber lain adalah dari minyak ikan. Omega Guard adalah minyak ikan terbaik. Omega Guard adalah ultra tulen dan gred farmasi, bukan gred rendah ye. Omega Guard juga merupakan satu-satunya minyak ikan terbaik.

Omega Guard mengandungi DHA yang mencukupi untuk otak. Omega ni boleh meningkatkan grey matter dalam otak.

Apa pulak grey matter ni? Apa kaitan dengan otak pulak?

Grey matter ini melibatkan keupayaan melihat, mendengar, ingatan, emosi, pertuturan, decision making dan juga self control. Sekarang lebih faham kan kenapa ramai orang nak lebih grey matter dalam otak dan betapa pentingnya kita merangsang grey matter ini. 

Tapi ada juga orang yang tak tahu pasal grey matter ni. So untuk lebih kefahaman boleh jugak search dalam youtube ada video menunjukkan grey matter dalam otak bertambah bila ambil Omega.

Bila banyak grey matter dalam otak, maka lebih banyak maklumat yang akan dihantar ke otak. Macam dalam iklan tu, bila sel-sel otak berhubung, kanak-kanak akan jadi cerdik.

Setakat ni susu tepung yang saya jumpa kandungan DHA nya paling tinggi pun setakat 25mg. Tapi...

Omega Guard: 360mg ❤️❤️

Dari kandungan DHA je dah boleh nampak kan baik pilih yang mana satu. Maka dari beli susu tepung mahal baiklah kita bagi Omega Guard ni yang terang-terang bagus dan lebih tinggi kandungan DHAnya. Harganya pula sangat mampu milik, berbaloi-baloi.

Nak order produk Shaklee?

Mudah je, boleh order secara online dengan klik link di bawah:

Ingin dapatkan produk Shaklee secara COD (cash on delivery)?

Copp!! Nak dapatkan produk Shaklee dengan harga yang lebih murah? Jom daftar sebagai ahli.

Berminat menjana pendapatan sebagai SID (Shaklee Independent Distributor)?
Pertanyaan serta penyertaan anda sangat dialu-alukan :)

----------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Wednesday 2 December 2015

Atasi Masalah Anak Sukar Faham Pembelajaran Dan Mudah Lupa

Ada kanak-kanak yang hadapi masalah dalam pembelajaran seperti mudah lupa apa yang diajarkan cikgu di sekolah atau sukar nak faham apa yang diajar.

Sebagai ibu bapa pastinya hal ini membimbangkan bukan?

Banyak faktor penyebab bila berkaitan dengan masalah ingatan ni, antara penyebabnya adalah terlalu banyak terdedah kepada permainan elektronik atau faktor pemakanan yang tak seimbang.

Sempena bulan Disember ni saya nak share tentang Lecithin yang tengah hot promo sekarang ni. Kenapa Lecithin? Sebab Lecithin sangat bagus untuk fungsi otak dan atasi masalah ingatan.

Badan sangat memerlukan lecitin tetapi tidak boleh menghasilkannya sendiri, jadi ia perlu diambil melalui diet harian. 30% otak adalah terdiri daripada lecitin, manakala 70% lemak di hati adalah lecitin.

“Soybean lecithin is the richest cholesterol-free source of lecithin”

Kalau nak tahu, Lecithin Shaklee adalah bersumberkan kacang soya. Setiap kapsul gel lembut Lecithin Shaklee menyumbang 530mg lecitin. So tak perlu nak jeling-jeling produk lain dah untuk cari yang terbaik.

Lecitin dikenali sebagai makanan otak dan saraf kerana mengandungi dua bahan penting untuk otak iaitu Choline dan Acethylcholine.

lecithin shaklee


Acethylcholine, yang dihasilkan daripada choline merupakan sejenis neurotransmitter iaitu bahan kimia yang dilepaskan oleh sel saraf untuk menghantar signal ke sel-sel lain dalam badan. Acethylcholine berperanan penting dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak.

Kekurangan Acethylcholine akan menjejaskan fungsi ini dan seterusnya menggugat aktiviti seharian kita seperti berfikir, konsentrasi, ingatan, perbuatan berdiri, berlari, makan, bercakap dan sebagainya.

Lecitin juga sangat bagus untuk daya ingatan. Sesetengah pakar menyarankan pengambilan sebanyak 7000mg lecithin sehari untuk memulihkan daya ingatan.

Bulan ni ada promo Lecithin tau. Hubungi saya untuk ketahui lanjut.

Nak order produk Shaklee?

Mudah je, boleh order secara online dengan klik link di bawah:

Ingin dapatkan produk Shaklee secara COD (cash on delivery)?

Copp!! Nak dapatkan produk Shaklee dengan harga yang lebih murah? Jom daftar sebagai ahli.

Berminat menjana pendapatan sebagai SID (Shaklee Independent Distributor)?
Pertanyaan serta penyertaan anda sangat dialu-alukan :)

----------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Sunday 1 November 2015

"Sorry ye, saya taknak join ahli sebab taknak bisnes"

"Sorry ye, saya taknak join ahli sebab taknak bisnes"

Dah banyak kali saya dengar ayat macam ni bila saya cadangkan pada customer supaya jadi ahli Shaklee. Pada fikiran, jadi ahli Shaklee semata-mata untuk buat bisnes je, bila dah join ahli kena buat bisnes jugak. Sedangkan banyak kelebihan mendaftar sebagai ahli Shaklee ni. Bukan untuk bisnes je.

Kelebihan mendaftar sebagai ahli Shaklee

keahlian shaklee

✅ nikmati HARGA TERENDAH untuk setiap pembelian produk. 

Tiada cara lain untuk membeli produk dengan harga yang paling rendah sekiranya tidak menjadi ahli. Harga paling rendah di pasaran iaitu harga ahli.

Hati-hati jika dapat tawaran harga yang tidak masuk akal kerana kebarangkalian produk yang dijual tersebut mungkin sudah melepasi/terlalu hampir dengan tarikh luput. Lagipun menjual produk dengan harga lebih rendah dari harga ahli adalah menyalahi P&R Shaklee.

✅ peluang mendapat CASH BONUS dari Shaklee. 

Bukan kata yang berbisnes saja yang layak merasa bonus dari Shaklee ye. Tapi ahli yang tidak aktif berbisnes pun berpeluang merasa cash bonus ni hanya dengan membeli produk untuk makan sendiri. 

Kira macam kita pakai kad mesra Petronas tu la, setiap kali isi minyak dapat point dan boleh redeem point tu. Cuma boleh redeem setakat untuk isi minyak atau beli apa-apa barang kat Petronas je. Tapi Shaklee lagi best sebab beri dalam bentuk wang tunai. So terpulang pada kita nak gunakan untuk apa.

✅ nikmati TAWARAN ISTIMEWA dari Shaklee. 

Setiap bulan memang Shaklee akan bagi offer hebat khas untuk ahli-ahlinya sahaja. Yang bukan ahli secara automatik tak layak ye 😊

So, jangan lepaskan peluang untuk berjimat dan pada masa yang sama nikmati kelebihan sebagai ahli Shaklee.

Ingin mendaftar keahlian Shaklee? Isikan details anda di sini 👇🏻👇🏻👇🏻


------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Monday 5 October 2015

"Mama, jangan biarkan saya berisiko mengalami spina bifida"

"Mama, jangan biarkan saya berisiko mengalami spina bifida"

Jikalau bayi seawal usianya dalam kandungan boleh bercakap, mungkin ini adalah kata-kata yang akan terkeluar dari mulutnya...mungkin...
Bagi mereka yang belum tahu apa itu spina bifida, meh sini saya terangkan secara ringkas.
Apa itu spina bifida?

Spina bifida atau kecacatan tiub neural. Ia berlaku apabila tiub neural tidak berkembang dengan betul menyebabkan saraf tunjang tidak tertutup sepenuhnya dan terdapat jarak antara vertebra.

Jenis-jenis spina bifida
1) Spina bifida okulta (tersembunyi)
- paling biasa berlaku dan tidak serius. Terdapat jarak kecil antara vertebra pada tulang belakang. Mereka yang mengalaminya samada akan mempunyai simptom ringan atau tiada simptom langsung dan tidak menyedari bahawa mereka mengalami spina bifida.

2) Mielomeningosele (meningomielosele)
- merupakan jenis yang paling serius di mana terdapat bonjolan berupa sista atau pundi (mengandungi tisu dan saraf) yang diselaputi kulit dan dapat dilihat di belakang badan. Mereka yang mengalami spina bifida jenis ini kebiasaannya mengalami kerosakan saraf atau kelumpuhan pada bahagian2 tertentu bergantung kepada lokasi terjadinya spina bifida berikutan saraf tunjang rosak atau tidak terbentuk dengan sempurna.

Kebanyakan kanak2 yang mengalami spina bifidan jenis ini akan mengalami hidrocefalus iaitu keadaan dimana cecair sekeliling otak tidak dapat disalurkan ke dalam aliran darah. Ini terjadi apabila beberapa bahagian otak rosak sebelum bayi dilahirkan lalu menghalang cecair tersebut keluar dengan sempurna.
3) Spina bifida meningosele 
- jenis spina bifida yang paling jarang berlaku dimana sista yang menyelaputi membran mudah pecah.

Dianggarkan kira2 5 hingga 10 peratus daripada keseluruhan populasi mengalami spina bifida okulta tanpa menyedarinya.

Manakala kira2 1 dalam 1,000 bayi yang dilahirkan mengalami spina bifida jenis mielomeningosele.

Sebenarnya kacacatan tiub neural ni boleh dikesan melalui imbasan ultrasound atau ujian darah. Jadi bagi ibu hamil seeloknya jalankan juga ujian untuk mengesan kecacatan tiub neural.

Rawatan yang selalu dijalankan kepada mereka yang mengalami kecacatan tiub neural yang teruk adalah melalui pembedahan, dan ada sesetengah kes yang dibiarkan sembuh dengan sendiri.

Cuba bayangkan ada bayi yang mengalami kecacatan tiub neural yang teruk harus dibedah hanya 2 hari selepas dilahirkan...tak sanggup rasanya nak biarkan si kecil yang baru lihat dunia masuk sekali lagi ke bilik bedah.
spina bifida

Oleh kerana itu, ibu2 disarankan mengambil kuantiti asid folik yang mencukupi iaitu 400mcg sehari bagi mengelakkan risiko bayi mengalami kecacatan tiub neural. Prevention is better than cure kan.
Seeloknya ibu mula mengambil asid folik ni seawal masa merancang kehamilan lagi sehinggalah usia kandungan mencecah 3 bulan.
Jadi para ibu, mulai hari ini jangan lagi skip mengambil asid folik.


Nak order produk Shaklee?

Mudah je, boleh order secara online dengan klik link di bawah:

Ingin dapatkan produk Shaklee secara COD (cash on delivery)?

Copp!! Nak dapatkan produk Shaklee dengan harga yang lebih murah? Jom daftar sebagai ahli.

Berminat jadi ahli Shaklee? Klik link di bawah dan isikan details anda.

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Saturday 3 October 2015

Percutian Percuma Ke Bangkok - Part 1

Bila sebut pasal Bangkok ni sebenarnya saya sendiri pun tak pernah jejakkan kaki kat sana. Dah lama teringin nak kesana lebih-lebih lagi bila dengar cerita seronok kawan-kawan yang dah pernah melancong kesana.

So bila Shaklee buat offer trip percuma ke Bangkok 2016, memang rasa teruja sangat. 
 
trip percuma shaklee
 
Berdasarkan apa yang saya ketahui sepanjang saya bersama Shaklee ni, setiap percutian tajaan Shaklee memang tip top. 

Anda hanya perlu bawak diri je. Dari penginapan, makanan, beg bagasi sehingga ke duit poket semuanya ditaja oleh Shaklee. Kalau nak shopping sakan tu faham-faham sendirilah kena sedia duit sendiri :)

Penginapan pulak bukan setakat hotel cikai-cikai. Layanan VVIP gitu. Kalau pegi dengan duit sendiri rasanya takkan kita sanggup nak habiskan duit untuk penginapan berharga rm1,000 untuk satu malam kan. Sayang duit oiii...nak tido je pun.

Sebab tu bila dengar offer trip percuma ke Bangkok ni rasa teruja sangat-sangat. Offer ni khas untuk ahli Shaklee saja ye..so rugilah siapa yang tak join ahli Shaklee.

Baru nak join pun tak ada masalah sebab anda turut berpeluang mendapatkan trip percuma ni tau. 

Sedikit attraction di Bangkok..

Wat Arun (The Temple of Dawn) ni memang cantik sangat-sangat. Dalam gambar je dah nampak cantik apatah lagi kalau tengok depan-depan..secara real.

Pasar terapung yang sangat terkenal di Bangkok..kat Malaysia takde pasar macam ni. Takkan nak tengok dalam tv atau gambar je kan..tak feel la kalau macam tu.

Nantikan perkongsian tempat-tempat menarik yang lain di Bangkok dalam entri saya yang seterusnya..tungguuuu :)

Mulakan langkah pertama anda hari ini. Usah bertangguh lagi. Free trip ke Bangkok takkan menunggu anda.


------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.


Thursday 1 October 2015

Tips Memilih Bisnes Bagi Para Isteri

Pagi tadi kita dikejutkan sekali lagi dengan kenaikan harga petrol dan diesel. Sebenarnya sejak malam tadi lagi dah heboh tentang ni tapi dengan tersiarnya berita dalam radio pagi ni menjadikannya lebih sahih.
 
harga runcit minyak naik
 
Tidak seperti masa kenaikan harga petrol yang lepas-lepas, malam tadi suami saya tidak seperti biasa beratur di stesen minyak untuk mengisi petrol dengan harga yang asal buat kali terakhir...kepenatan kerja di siang hari mungkin. Biasanya bila dengar harga minyak nak naik je maka berpusu-pusu orang termasuklah kami ke stesen minyak pada malam sebelum hari bermulanya harga petrol yang baru.
 
Bila harga minyak naik, maka secara tidak langsung harga barangan lain pun akan naik…ini berdasarkan pengalaman yang lepas-lepas lah…walaupun bukan semua tapi ada yang terkesan seperti saya yang bergaji kecil ni.
 
Hakikatnya, itu adalah faktor sekeliling yang kita tiada kuasa untuk mengubahnya. So nak tak nak terpaksa akur dengan keadaan semasa dan menyesuaikan diri.
 
Jadi tidak hairanlah jika zaman sekarang ni ramai orang yang menjalankan perniagaan sampingan…cari side income dan tidak bergantung semata-mata dengan gaji bulanan. Para isteri sepenuh masa / bekerja pun turut aktif menjalankan bisnes untuk membantu meringankan bebanan suami...besar sungguh peranan isteri.
 
Bagi para isteri yang baru nak berjinak-jinak dengan bisnes dan masih tercari-cari bisnes yang sesuai, meh sini saya kongsikan sedikit sebanyak tips supaya anda dapat membuat pilihan yang tepat. So tidaklah anak dan suami terabai dek kerana terlalu fokus pada bisnes.

 

Tiada modal permulaan yang besar

untuk menjalankan bisnes tak semestinya perlukan modal permulaan yang besar, bergantung kepada jenis bisnes yang anda pilih. So pilihlah dengan bijak supaya tidak membebankan anda mahupun suami.
 

Tiada keperluan premis perniagaan

semua sudah maklum untuk membuka premis perniagaan perlukan modal yang sangat banyak, jadi perniagaan secara online adalah pilihan yang sangat tepat kerana anda tidak perlukan premis perniagaan, boleh bisnes dari mana-mana dan bila-bila masa yang anda mahu.
 

Tiada tuntutan masa yang banyak di luar rumah

pilihlah bisnes yang tidak memerlukan anda berurusan di luar rumah secara kerap. Pastinya anda berat hati nak tinggalkan anak dan suami lama-lama sementara anda keluar bisnes kan.

Bisnes yang stabil dan terjamin

ini adalah faktor yang tidak kurang pentingnya, haruslah memilih bisnes yang betul-betul stabil dan terjamin. Bukan sebulan dua laris, tapi masuk bulan ketiga tak nampak bayang.
Bisnes pilihan saya? Pastinya Shaklee yang sememangnya menepati kesemua kriteria di atas.
 
Walaupun anda aktif berbisnes, anda tetap boleh berada di rumah disamping anak-anak dan suami, menyaksikan anak-anak membesar di depan mata.
 
Dan jangan risau, walaupun Shaklee merupakan perniagaan MLM, Shaklee menepati syariah.
 
Minat bisnes dan nak sertai keluarga besar kami? Klik link di bawah ↓↓↓↓
 
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Tuesday 29 September 2015

Tips Penjagaan Kesihatan Ketika Jerebu

Jerebu datang melanda lagi untuk kali keberapa entah dalam tahun ni saja. Tapi dalam banyak-banyak musim jerebu yang melanda, pengalaman saya dalam musim jerebu pada kali ini adalah yang paling teruk berbanding musim jerebu yang lepas-lepas.
Masakan tidak teruk jika berada di luar rumah tiada apa yang nampak melainkan kelabu (asap) sahaja. Semasa memandu juga terpaksa lebih berhati-hati dari biasa kerana jarak penglihatan yang pendek.
apakah jerebu

PUNCA JEREBU

  • Pembakaran secara terbuka
  • Asap dari kilang
  • Asap dari kenderaan
Saya pernah berada di luar rumah pada waktu malam memandangkan terpaksa ke kedai membeli barang. Walaupun berada di luar rumah pada waktu yang singkat tapi kesannya amat terasa…mata pedih seperti ada habuk yang besar masuk dalam mata dan tekak sangat perit.
Jika orang dewasa pun sudah cukup terkesan dengan jerebu ni, apatah lagi kanak-kanak. Kerana itu juga sekolah di sesetengah negeri yang terbabit ditutup beberapa kali disebabkan bacaan IPU (Indeks Pencemaran Udara) yang sangat tinggi.
NILAI IPU
STATUS
0 – 50
Baik
51 – 100
Sederhana
101 – 200
Tidak Sihat
201 – 300
Sangat Tidak Sihat
301 – 500
Berbahaya

GOLONGAN BERISIKO TINGGI KETIKA JEREBU

1.  Kanak-kanak
2.  Orang tua
3.  Wanita mengandung
4.  Mereka yang mengalami penyakit
     -  jantung
     -  asma
     -  bronkitis
     -  radang paru-paru
     -  penyakit paru-paru yang kronik
     -  alahan/sensitif kepada habuk
5.  Perokok
6.  Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

Kalau nak diikutkan sebenarnya jerebu yang berpanjangan ni mengancam kesihatan semua orang tapi risiko lebih tinggi kepada mereka yang berada dalam kelompok seperti di atas. Jadi seboleh mungkin elakkan aktiviti/kegiatan di luar.

KESAN JEREBU TERHADAP KESIHATAN

  • Gatal di bahagian kerongkong dan batuk
  • Sesak nafas atau sukar untuk bernafas
  • Mata terasa pedih dan berair
  • Kulit badan gatal-gatal
  • Terasa sakit dada

**Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.
Selain daripada kesan terhadap kesihatan, jerebu ni juga menyebabkan bau-bauan yang kurang enak. Kemana-mana pun penuh dengan bau asap. Bayangkan sajalah basuhan yang saya jemur pada sebelah pagi, mulanya wangi je sebab letak banyak pewangi kan…tup tup bau asap bila diangkat pada sebelah petang. Penyelesaiannya, saya jemur basuhan saya dalam rumah J
Kalaulah menyelesaikan masalah jerebu yang memberi kesan kepada kesihatan ni semudah mengubah tempat menjemur basuhan baju kan bagus…

TIPS PEMAKANAN SIHAT UNTUK MENGUATKAN IMUN BADAN

Hakikatnya, kita tak boleh nak kawal jerebu tapi kita boleh usaha mencegah jerebu dari memberi kesan terhadap kesihatan kita dengan menguatkan sistem imun badan kita. Lebih-lebih lagi pada anak-anak yang masih belum kuat sistem imunnya.
tips menguatkan imun
  1. Air kosong – pengambilan air kosong yang banyak membantu buah pinggang mengeluarkan semua bahan toksin yang telah diserap ke dalam badan melalui kulit dan paru-paru.
  2. Vitamin C, E dan Asid Lemak Omega-3 – tingkatkan sistem imun badan dengan pengambilan makanan yang tinggi dengan Vitamin C, E dan Asid Lemak Omega-3 seperti buah oren, kiwi, sayur brokoli, telur dan ikan salmon.
  3. Kopi dan Alkohol – kurangkan pengambilan minuman beralkohol dan berkafein kerana minuman jenis ini menghauskan badan.
Seboleh mungkin elakkan sebarang aktiviti di luar rumah atau bangunan. Sekiranya anda terpaksa keluar juga atas urusan yang penting, pastikan anda memakai mask N95 yang terbukti lebih berkesan menapis partikel-partikel jerebu.
mask jerebu
Anda juga disarankan sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.

Nak order produk Shaklee?

Mudah je, boleh order secara online dengan klik link di bawah:
ORDER SEKARANG

Ingin dapatkan produk Shaklee secara COD (cash on delivery)? 
KETAHUI CARANYA DI SINI 

Copp!! Nak dapatkan produk Shaklee dengan harga yang lebih murah? Jom daftar sebagai ahli.
CARA JADI AHLI SHAKLEE 

Berminat menjana pendapat sebagai SID (Shaklee Independent Distributor)?
Pertanyaan serta penyertaan anda sangat dialu-alukan :)
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.