Friday 26 September 2014

Home » » Home Office Shaklee Pleasanton, California - Bukan Sekadar Ibu Pejabat..

Home Office Shaklee Pleasanton, California - Bukan Sekadar Ibu Pejabat..

Hari ni saya nak cerita sikit pasal ibu pejabat Shaklee di Pleasanton, California. Selalu dah dok cerita pasal produk kan so hari ni kita cerita lain sikit. 

Apa yang istimewanya ibu pejabat Shaklee ni ye sampaikan saya nak berkongsi pada semua? Sebenarnya, ibu pejabat Shaklee bukan ibu pejabat semata kerana turut menjadi simbolik kepada prinsip Shaklee yang sentiasa menekankan konsep semulajadi dan mesra alam.

Bangunan ibu pejabat Shaklee direka oleh seorang arkitek yang terkenal yang bernama Gensler. Beliau mereka bangunan ibu pejabat Shaklee dengan menepati ciri-ciri mesra pengguna dan semestinya mesra alam sekitar. Bertepatan dengan falsafah Shaklee yang sangat mementingkan alam.

Reka bentuk bangunan yang moden dan canggih membolehkan cahaya menembusi masuk dan menerangi ruang dalam bangunan, so dah kurang gunakan tenaga elektrik. Jimat pun jimat.

Dengan reka bentuk yang sebegini juga membolehkan staf menikmati pemandangan indah alam di sekeliling bangunan sepanjang berada dalam bangunan ibu pejabat Shaklee. Seronok kan bila dapat ibu pejabat yang macam ni. Bila rasa stress je boleh tengok kehijauan alam sekeliling.

shaklee pleasanton california

Bangunan ibu pejabat Shaklee ini juga unik kerana pintu serta perabot kayunya diperbuat daripada kayu hutan. Permaidaninya daripada recycle fiber, manakala kerusi serta bumbung kayunya diperbuat daripada bahan kitar semula. Cat pun daripada bahan semulajadi ye bukannya bahan kimia. 

pejabat mesra alam semulajadi

Shaklee sangat mementingkan penggunaan tenaga yang efisyen kerana:
❤️ bangunannya dipasang sensor pergerakan bagi mengawal suis lampu
❤️ menggunakan "Low-E glass" di seluruh bangunan 
❤️ peredaran udara melalui bawah lantai
❤️ menggunakan penghadang tingkap yang dikawal oleh sensor elektrik bagi membolehkan 80% cahaya luar menerangi ruang dalam bangunan dan menapis haba.

Owh ye lupa pulak, lampu-lampu yang digunakan juga menggunakan tenaga solar dan boleh adjust cahaya sendiri secara automatik.

Shaklee juga sangat prihatin dan mementingkan keselesaan stafnya dengan menyediakan ruang dalaman yang luas serta landskap yang terdiri daripada sebahagian tumbuhan botanik yang digunakan dalam produk Shaklee. 

Pendek kata, memang sangat-sangat menepati ciri-ciri living with nature..semulajadi gitu. Bukan produk je yang semulajadi, bangunan pejabat pun harus semulajadi dan mesra alam. Owh semakin sayang dengan Shaklee ❤️❤️❤️

Ingin membeli produk Shaklee secara online?
Hanya klik ikon eSell di belah kanan blog ini.
order shaklee secara online

Ingin dapatkan produk Shaklee secara COD (cash on delivery)? 

Berminat menjana pendapat sebagai SID (Shaklee Independent Distributor)?
Pertanyaan serta penyertaan anda sangat dialu-alukan :)

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.


1 comment:

  1. Shaklee memang mengutamakan ciri semulajadi dalam produk maupun bangunan pejabatnya di California...memang terbaik shaklee....mesra alam dan menyihatkan

    ReplyDelete