Wednesday 19 February 2014

Herblax Mencuci Usus Dan Mengempis Perut Secara Semulajadi

Setelah kian lama menghilang (habis stok) kini Herblax kembali..yahooo! :D Harus borong banyak kali ni takut stok habis lagi.

So apa istimewanya Herblax ni sampaikan habis stok ye? 
 
melawas kempis perut dengan herblax shaklee

Herblax ni terdiri daripada 9 jenis herba semulajadi:
1) Alfalfa leaves
- membersihkan usus, darah dan hati
2)  Senna leaves 
- merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, mempercepat proses detox dan mengurangkan penyerapan lemak
3) Buckhorn bark 
- melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberi lembapan pada usus
4) Licorice root 
- membantu proses detox
5) Fennel seeds
- mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut/usus
6) Anise seeds 
- merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan
7) Rhubarb root
- herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina sebagai antibiotik
8) Blue malva flower 
- membantu proses detox dan mengimbangi tekstur kulit
9) Culver root 
- membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma

No wonderlah Herblax ni sangat on demand dikalangan mereka yang ingin kurus dan mengempiskan perut! 

Saya pun sukakan Herblax ni..memang terasa perubahannya especially di bahagian perut la..rasa lawas dan semakin kempis..hehe.

-----------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Monday 17 February 2014

Meal Shakes Shaklee Bantu Tingkatkan Selera Makan Anak

Ibu mana yang tak susah hati bila anaknya tak berselera makan...sudah lah tak berselera makan, badan pun makin kurus dan lesu. 
Dah ramai ibu-ibu yang share kegembiraan tentang anaknya yang berikan kesan positif terhadap selera makan hasil pengambilan Meal Shakes Shaklee.
Di bawah ni adalah salah satu testimoni ibu tersebut.
mealshakes shaklee tingkatkan selera makan anak
Tapi disebalik kegembiraan ibu-ibu tersebut, ada juga ibu yang keliru tentang Meal Shakes.

Meal Shakes bukanlah pengganti kepada makanan seimbang. Dan ia juga bukanlah ubat pencetus selera makan yang  membuatkan anak berselera yang amat bila menikmatinya.
Namun daripada memberikan anak makanan/minuman yang tinggi kandungan gula, tidak berkhasiat, mengandungi bahan pengawet/pewarna dan sebagainya, lebih baik beri Meal Shakes yang terbukti bagus untuk kesihatan dan lebih diyakini berdasarkan kajian yang telah dilakukan ke atasnya.
mealshakes shaklee

Apakah itu Meal Shakes?


Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan yang menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap 9 asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu. Mealshake juga mengandungi vitamin B dan zinc lengkap yang menjana selera makan kanak-kanak.

Kenapa anak tak berselera makan?


Antara punca anak tak berselera makan adalah kerana kekurangan nutrisi. Antara vitamin2 yang menyebabkan selera anak semakin kurang bila diambil dengan kadar tidak mencukupi adalah:
  • Vitamin B termasuk asid folik, tiamin, etc
  • Fosforus
  • Zat Besi
  • Zinc
Meal Shakes membantu untuk mengatasi masalah hilang selera makan akibat kekurangan nutrisi tadi.
Harus diingatkan, Meal Shakes bukan umpama susu ye boleh beri kepada baby atau diminum berulang kali. Meal Shakes bukan untuk baby terutama di bawah usia setahun. Ini kerana terdapat mineral2 dan nutrien yang menyebabkan buah pinggang mereka terbeban, seperti protein, garam, fosforus dan kalium berlebihan. Oleh yang demikian, dapatkan nasihat yang betul dalam cara pengambilan Meal Shakes.
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Friday 14 February 2014

Alfalfa Bahayakah?

Rasanya ramai yang dah baca artikel bahaya alfalfa dari Dr Zubaidi. Tidak dinafikan artikel itu sangat bagus namun ramai yang membaca artikel itu tanpa memahami isu yang diutarakan dalam artikel itu serta cepat membuat kesimpulan.


Mari kita tengok semula apa yang membuatkan orang takut dengan alfalfa. Saya ringkaskan untuk memudahkan semua pihak memahami.


1. Dr Zubaidi mengatakan bahawa tak salah sekiranya nak ambil supplement tapi pastikan ianya dari syarikat yang dipercayai.
Jawapan: Sememangnya betul..apa2 sahaja yang kita consume haruslah kota ambil tahu syarikat yang keluarkannya. Shakleeadalah syarikat nutrisi yang sudah 57 tahun bertapak dan sudah melaburkan berbilion dolar untuk menjalankan penyelidikan terhadap semua produk keluarannya. Shaklee juga telah diakui sebagai sebuah syarikat yang sangat teliti dalam mengeluarkan produknya yang sentiasa semulajadi, sentiasa selamat dan sentiasa berkesan untuk pengguna2nya.

2. FDA (badan berkuasa di US) menyatakan penggunaan DAUN ALFALFA mungkin SELAMAT tetapi penggunaan dari BIJI BENIH mungkin TIDAK SELAMAT kerana kemungkinan boleh beri tindak balas autoimmune pada pesakit lupus erythematosus (SLE).
Jawapan: Alfalfa Shaklee diperbuat daripada daun alfalfa. Shaklee sangat mementingkan langkah2 keselamatan dan oleh kerana itulah di botol Alfalfa sendiri ada ditulis bahawa TIDAK BOLEH DIAMBIL OLEH PESAKIT SLE.

3. Makan alfalfa secara berlebihan boleh memudaratkan dan mudah mendapat ruam atau sunburn.
Jawapan: Setiap apa yang kita consume ada hadnya dan tidak boleh berlebihan. Maka di botol Alfalfa sendiri ada ditulis sukatan yang dibenarkan untuk sehari. Sukatan maksimum yang dibenarkan adalah 10biji sehari. Pastinya Shaklee sudah buat kajian kenapa hanya dibenarkan ambil maksimum 10biji sehari. Sebab itulah pentingnya mendapatkan consultation cara pemakanan supplement yang betul dan bukannya makan sesuka hati.

4. Pesakit yang mengambil ubat2 tertentu diminta consult dengan doktor dahulu sebelum mengambil alfalfa.
Jawapan: Memang betul...sekiranya kita sedang ambil ubatan dari doktor, apa2 supplement yang kita ambil yang tidak pasti maka sila merujuk kepada doktor. Ini kerana alfalfa adalah herba. Tapi ada tak orang yang nak makan maajun rujuk pada doktor boleh ke tak makan ye? Takde pulak kan..

5. Penggunaan alfalfa dalam KUANTITI YANG BESAR DAN BERPANJANGAN tidak selamat buat ibu hamil dan ibu menyusu.
Jawapan: Ibu yang hamil memang tidak pernah dicadangkan untuk ambil alfalfa. Pada ibu menyusu dibolehkan tapi hanya dengan mengikut dos yang dibenarkan. Artikel tersebut mengatakan penggunaan alfalfa dalam KUANTITI BESAR DAN BERPANJANGAN ye.

6. Pesakit kanser dan fibroid tidak digalakkan ambil alfalfa tetapi belum dibuktikan secara klinikal.
Jawapan: Sememangnya tidak pernah consult pesakit2 ini untuk consume alfalfa walaupun belum terbukti ada kajian klinikal mengenainya.

7. Pesakit yang mengambil ubat cair darah tidak digalakkan ambil alfalfa.
Jawapan: Kandungan vitamin K dalam alfalfa boleh memekatkan darah maka pengambilan alfalfa oleh mereka yang mengambil ubat cair darah (WARFARIN) tidak dibenarkan.

Maka tiada lagi persoalan bahayakah alfalfa untuk kita consume sekiranya kita tahu apa yang kita nak consume. Sudah terbukti alfalfa adalah selamat diambil dan sekiranya ingin mengambil alfalfa, haruslah membuat penilaian dahulu berdasarkan 7 perkara di atas supaya dapat membuat pilihan yang bijak.

Sebab itu pentingnya untuk dapatkan consultation sebelum dan selepas membeli supplement. Jadi sila pastikan untuk mendapatkan consultation dan jangan mudah mendapatkan supplement dari penjual yang tiada ilmu atau sekadar menjual tanpa mengetahui produk tersebut.
-----------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Thursday 13 February 2014

Nutriferon Dan Performance Drink Sembuhkan Demam Denggi

Masa saya ke klinik beberapa hari yang lepas sebab demam, doktor nasihat supaya sentiasa monitor demam tu. Kalau demam berlanjutan, cepat2 datang semula ke klinik untuk pemeriksaan darah. Takut2 pula kalau dijangkiti demam denggi memandangkan sekarang ni banyak kes demam denggi.

Alhamdulillah saya cuma demam biasa dan bukannya demam denggi. Dengan makan ubat yang doktor bekalkan secara konsisten disamping mengamalkan minum air kosong yang banyak dan of course supplement tak tinggal :) Saya amalkan minum  Performance Drink dan juga Nutriferon

Walaupun saya mengamalkan mengambil supplement, sekiranya sakit saya tetap perlu berjumpa doktor ye..sebab supplement bukan bertujuan untuk menyembuhkan penyakit. Ia adalah makanan tambahan untuk memastikan badan kita mendapat nutrient yang secukupnya dan berfungsi dengan lebih baik.
 
So jom kita intai satu2 supplement yang saya amalkan masa demam.

Minuman elektrolit

Performance Drink adalah minuman elektrolit yang lengkap dengan campuran karbohidrat. Elektrolit ini berfungsi untuk mengawal keseimbangan air dalam sel badan. Ia penting dalam menghasilkan impuls elektrik yang perlu digunakan oleh saraf2 dan otot2 badan. 

immune booster
 
Nutriferon pula berfungsi memperkuat sistem imun badan dengan menggalakkan penghasilan interferon secara semulajadi. Ia menggalakkan sistem pertahanan semulajadi tubuh untuk membunuh bakteria. 

Owh ye, saya nak share satu testimoni pengguna yang menghidap demam denggi. Jom kita baca..

testimoni denggi

Berminat mencuba?

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Tuesday 11 February 2014

Vivix Shaklee Buat Badan Bertenaga

Ingin berikan suami supplement tapi tak tau yang mana sesuai? Memang kaum lelaki ni tak suka nak makan supplement bagai, lebih2 lagi kalau jenis pil yang kena ambil dalam kuantiti yang banyak dan pada waktu yang berbeza2. Saya tau sebab suami saya adalah jenis yang begitu. Maka, sayalah yang selalu menjadi reminder hari2...harus saya buat begitu untuk pastikan suami tak mengelat makan supplement :D
Untuk mengatasi masalah ni, saya telah cadangkan suami untuk mengambil Vivix sahaja. Hanya sesudu teh sehari untuk memastikan kesihatan yang menyeluruh. Yang paling saya gembira, sejak ambil Vivix suami sudah pandai mengambilnya sendiri tanpa diminta! Alhamdulillah...

sirap merah shaklee
bukan dari gambar simpanan sendiri sebab terlupa nak snap gambar Vivix kat rumah :D

Kesan yang paling ketara suami rasakan sejak ambil Vivix ni adalah badan terasa bertenaga apabila bangun pagi. Walau selewat mana pun suami tidur pada malamnya, tetap akan rasa bertenaga bila bangun pagi esoknya.
Oh my...kenapakah begitu? Rahsianya adalah kerana Vivix meningkatkan tenaga sel. Tahukah anda bahawa semakin kita meningkat usia, bilangan dan fungsi mitochondria, yakni ‘kilang penghasilan tenaga’ dalam sel kita semakin menurun, menyebabkan tenaga sel semakin berkurangan.
Hasil kajian yang dilakukan, Vivix Shaklee ternyata lebih berkesan meningkatkan tenaga sel berbanding resveratrol semata. Maka tidak hairanlah suami sentiasa bertenaga sejak mula bangun tidur dan sepanjang hari.
Jom ketahui kebaikan Vivix yang lain di sini.

Sememangnya saya sangat mengutamakan kesihatan suami saya. Isteri mana yang tak suka suaminya sentiasa sihat bukan :)

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Thursday 6 February 2014

Tips Melambatkan Penuaan: Set Anti-Aging

Rasanya macam baru je semalam masuk tahun baru…tup-tup harini tengok calendar dah bulan Februari dah. Cepatnya masa berlalu…tanpa sedar, dah masuk bulan September pulak…kenapa September? Sebab birthday saya..hehe… Adehh…tahun ni masuk 3 series dah… Terasa semakin tua pulak :)

Saya pasti ramai yang terfikir macam saya kan. Nak taknak, kita memang tak boleh sekat proses penuaan. Ini adalah proses semulajadi yang tetap akan berlaku pada semua orang...semua benda hidup, malah penuaan juga berlaku pada mereka yang masih muda! Ini kerana penuaan bermula dari sel kita iaitu sel yang mula rosak disebabkan stress, diet yang malnutrisi, toksin dari alam sekitar, juga serangan oleh radikal bebas yang merosakkan DNA sel. Kajian juga menunjukkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi meningkatkan tekanan biologi sekaligus menjadi salah satu faktor penuaan sel.

Namun, kita boleh berusaha untuk melambatkan proses penuaan tersebut. Untuk saya, semestinya dengan mengamalkan supplement Shaklee. Dan Set Anti-Aging adalah set yang terbaik untuk melambatkan proses penuaan, malah menjadikan hidup lebih sihat. Mana ada orang makan supplement untuk sakit..ye dak :)

Jom kita lihat satu-satu apa yang ada dalam Set Anti-Aging ni.
 
tips antipenuaan awet muda
 

Vivix

Hasil kajian bertahun Shaklee, terhasillah Vivix yang mempunyai resevratrol dan campuran phytonutrient yang diperolehi dari anggur muscadine yang telah menunjukkan 10 kali lebih berkesan dari pengambilan resevratrol semata-mata. Vivix sememangnya terkenal dengan kandungan antioksidan dan agen anti-penuaannya yang tinggi.

Anggur muscadine adalah anggur yang jarang didapati, dan ia adalah anggur terbaik kerana ia hidup secara semulajadi dalam cuaca yang ekstem. Semakin buah anggur itu terdedah kepada suasana ekstrem, semakin ia menghasilkan resevratrol yang tinggi!

Ia telah diuji secara klinikal dan terbukti memperlahankan proses penuaan sel dengan 4 cara:
  • meningkatkan sistem pertahanan sel
  • meningkatkan tenaga sel
  • memperbaiki sel
  • mengoptimumkan potensi sel.
 

Nutriferon

Nutriferon berfungsi sebagai penggalak kepada sistem imun tubuh @ immune booster. Ianya merupakan supplement yang hebat dan efektif, ia melepasi satu set ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi. Nutriferon Shaklee merupakan satu-satunya produk imun badan yang dicipta oleh pakar imun, Dr. Yasuhiko Kojima. Nutriferon juga merupakan satu-satunya produk imun badan yang ada dipasaran hari ini. Produk ini dipatenkan dan mempunyai hak cipta terpelihara, hanya boleh didapati secara eksklusif di Shaklee.

Nutriferon mengandungi 4 ekstrak tumbuhan seperti berikut:
  • Biji labu - merangsang pengeluaran interferon semulajadi di dalam tubuh, menentang radikal bebas dan faktor penyebab kanser
  • Biji Plantago Asiatica - mengandungi polisakarida yang mengaktifkan sel-sel imun
  • Honeysuckle Jepun - menentang pencerobohan virus dan kuman
  • Bunga Safflower - menghasil dan memperkuatkan keupayaan makrofaj memusnahkan virus dan kuman.

Soy Protein Isolate Powder (Energizing Soy Protein – ESP)

ESP mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik) yang diproses di bawah suhu rendah. Setiap tin 1kg ESP berasal dari 30 kg kacang soya dan ia adalah booster tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam. Protein kacang soya adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.

ESP mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia.

Asid amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan ESP adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

So, pada sesiapa yang nak sentiasa nampak muda dan pada masa yang sama sihat bertenaga, boleh la amalkan pengambilan Set Anti-Aging ni.

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Wednesday 5 February 2014

Status Halal Shaklee: Kenapa Tiada Dalam Senarai Jakim

Walaupun sudah beberapa kali diterangkan berkenaan status halal Shaklee tapi masih ada saja pihak yang meragui. Buktinya baru-baru ini kecoh lagi soal status halal haram Shaklee berikutan tersebarnya gambar mesej yang menunjukkan Shaklee tiada dalam senarai halal Jakim. Mohon supaya pihak tersebut semak dan cari maklumat dulu sebelum menyebarkan kepada orang ramai kerana ia boleh menimbulkan fitnah.
status halal shaklee
bukan gambar sebenar, tapi ini semakan status halal yang dibuat sendiri :)
Eh biar betul...Shaklee takde dalam senarai halal Jakim? Pastinya anda terkejut dengan situasi ni. Ops...jangan buat kesimpulan dulu tanpa selidik kenapa Shaklee tiada dalam senarai halal Jakim.

Kenapa Shaklee Tiada Halal Jakim/Logo Halal Jakim?

Ini kerana Shaklee adalah produk yang dikeluarkan di USA dan sijil halal Shaklee dikeluarkan oleh ISA (Islamic Services of America). Manakala Jakim akan mengeluarkan sijil halal untuk produk-produk yang dikeluarkan di Malaysia. ISA ini adalah badan bertauliah yang bertugas mengeluarkan sijil halal untuk produk pasaran Islam di sana. ISA ni juga diiktiraf oleh Jakim.
Sememangnya Shaklee telah pun mendapatkan sijil halal untuk produk-produknya. Sijil tersebut boleh tengok di link ini:
shaklee haram ke halal
Untuk lebih yakin, boleh semak sendiri senarai badan halal luar negara yang diiktiraf Jakim di link ini:
status halal shaklee
Malah kalau kita tengok dalam website ISA sendiri untuk ada menyatakan bahawa Jakim mengiktiraf ISA, juga terdapat link ke bahagian halal Malaysia. Info lanjut boleh baca di link ini:
adakah shaklee halal
Sememangnya kita diwajibkan untuk mengambil makanan yang halal. Sebagaimana hadis Rasulullah SAW:
"Menuntut (mencari) yang halal adalah wajib ke atas setiap orang Islam. Mana-mana hamba yang tumbuh/membesar daging badannya dari makanan yang haram dan riba, maka api neraka lebih utama baginya."
- riwayat Al-Hafidz Ibnu Mardawaih dari 'Atak dari Ibnu 'Abbas r.a
Jadi usahlah kita ragu-ragu lagi soal halal haram produk Shaklee ni. Sudah terbukti bahawa Shaklee sangat menjaga reputasinya dan sensitiviti orang Islam.
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Tuesday 4 February 2014

Tips Merawat Selsema/Kahak Untuk Bayi Secara Semulajadi

Bayi selsema dan batuk lagi? Dah macam-macam cara buat, dah banyak kali ulang alik pegi klinik tapi masih tak sembuh-sembuh. Bila malam baby mengamuk tak selesa nak tidur sebab hidung yang tersumbat…ibu mana yang tak susah hati bila berhadapan dengan keadaan ni kan…
 
Kali ni saya nak share tips untuk merawat selsema/kahak untuk baby secara semulajadi. Tips ni saya ambil dari Persatuan Wanita Ibu Isteri Malaysia di facebook. Jom kita baca cara-caranya:
 

Sapuan minyak bawang putih

 
Sebaik-baiknya jangan beri baby makan apa-apa ubat. Buat dulu sapuan minyak bawang putih. Bawang putih adalah antibakteria semulajadi yang sangat bagus. Ambil sebiji bawang putih, cucuk dengan garfu dan bakar atas api sampai masak. Kemudian letak atas pinggan, buang kulitnya dan lenyekkan dengan minyak habbatussauda atau evoo atau vco atau minyak masak pun boleh.
 

Rawatan stim

 
Boleh guna air panas yang diletakkan dalam periuk nasi atau steamer. Atau boleh juga diletakkan dalam apa-apa bekas yang besar seperti besen atau baldi. Titikkan minyak bawang putih dalam air panas tersebut. Dan kalau ada minyak habbatussauda, boleh campurkan sekali dalam air.
 
Letakkan baby atas riba, tiarapkan dan pastikan muka baby menghala ke arah air panas tadi selama 10 minit supaya dapat hidu wapnya. Dalam proses ni, lagi kuat baby menangis, lagi bagus sebab kahak senang keluar. Untuk yang newborn, pastikan muka baby jangan terlalu dekat dengan wap.

 

Tepukan percussion

 
Tepuk belakang baby dengan cara tangan cupping, macam pegang bola pingpong. PASTIKAN TAK KENA TULANG BELAKANG BABY DAN PASTIKAN BERLAPIK. Tepuk di bahagian kanan dan kiri selama 5 minit untuk setiap bahagian. Elakkan tepuk di bahagian tengah-tengah badan baby kerana dikhuatiri akan terkena tulang belakang baby.
Tepukan ini untuk mengeluarkan kahak baby melalui hidung dan najis. Kalau keluar hingus, sedut atau lapkan. Kalau melalui najis, warna najis baby akan berbeza dan lebih likat daripada biasa.
 
Akhir sekali, lapkan peluh baby dan peluk baby supaya tenang. Kemudian sapu minyak bawang putih di dada, belakang dada, ubun-ubun dan tapak kaki.
 
tips rawat selsema/kahak bayi secara semulajadi
gambar credit to Persatuan Wanita Ibu Isteri Malaysia

Semoga ibu-ibu dapat mengamalkan tips ini dan mendapat manfaat hasil daripada perkongsian ini.
 
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.