• Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi.
  • Kandungan nutrien di dalamnya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
  • Kolostrum yang terkandung dalam susu ibu menguatkan sistem ketahanan tubuh bayi.
  • Susu ibu tidak mudah tercemar.
  • Penyusuan susu ibu merapatkan hubungan antara bayi dan ibu.
  • Susu ibu tidak perlu disediakan kerana sentiasa ada bersama ibu.
  • Susu ibu mengandungi segala nutrien yang diperlukan untuk perkembangan otak bayi.