Saturday 13 September 2014

Home » » Resepi Chocolate Bread Pudding

Resepi Chocolate Bread Pudding

Oh memalam macam ni tiba-tiba teringin pulak Chocolate Bread Pudding...em sedapnya...terasa-rasa kat tekak sekarang ni. Letak aiskrim 1 scoop kat atas puding tu...eh tak boleh jadi ni. Esok jugak harus ke kedai beli bahan nak buat.

chocolate bread pudding recipe

Sebenarnya resepi ni saya dapat dari Anna Olson. Ala...chef yang famous kat Astro AFC tu.. Resepi asalnya menggunakan butter croissant. Saya dah cuba buat gunakan croissant dan juga roti biasa, ternyata lebih sedap kalau gunakan roti biasa saja. Kalau dapat roti coklat Old Town White Coffee tu lagi best. Sebab kalau guna croissant tu dia macam masam-masam sikit.

Cara nak buatnya senang saja. Tak remeh sangat pun. Dan dijamin jadi selagi mengikut arahan dan sukatan yang diberi..hehe.

Bahan-bahan
4 cawan roti dipotong dadu 
1 cawan whipping cream
1/2 cawan susu cair
3 oz coklat hitam
1 biji besar telur
2 biji kuning telur
1/4 cawan gula
1 sudu teh ekstrak vanila

Cara-cara
1) Panaskan oven pada suhu 160 darjah celcius. Sapukan mentega pada bekas puding dan letak dalam dulang pembakar. Saya gunakan bekas individu supaya lebih senang untuk makan. 

2) Letak roti atas dulang pembakar yang lain dan bakar selama 10-15 minit. Jangan lupa untuk balik-balikkan roti semasa dibakar. Kemudian, biarkan roti sejuk pada suhu bilik.

3) Panaskan krim dan susu dengan api sederhana sehingga timbul buih kecil disekeliling periuk. Kemudian tuang atas coklat hitam dan kacau sehingga coklat cair sebati.

4) Dalam mangkuk yang lain, kacau telur, ekstrak vanila dan gula. Tuangkan susu dan coklat tadi ke dalam mangkuk telur sambil dikacau. Kemudian, masukkan roti yang dibakar, kacau dan biarkan selama 10 minit.

5) Scoop adunan ke dalam bekas untuk dibakar yang disediakan pada langkah 1 tadi. Tuang air panas dalam dulang pembakar sehingga paras separuh bekas berisi adunan. Bakar selama 20-30 minit atau sehingga puding melantun apabila ditekan dengan jari.

6) Biarkan sejuk dalam 10 minit sebelum dihidangkan dengan 1 scoop aiskrim.

Dalam pada masa menulis entri ni rasa tak sabar-sabar nak buat puding ni esok. Hai cepatlah hari esok..

Owh ye, nak beli produk Shaklee secara online? 
Mudah saja, hanya klik link ini --> http://bit.ly/1tTxPSD

Coppp!!! Nak beli produk Shaklee dengan harga yang lebih murah?? Jom join ahli sekarang.

Nak peluang jana pendapatan bersama Shaklee?
 
------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

1 comment:

  1. mmm...yummmi...macam sedap jer..insaaAllah nanti nak buat jugak...
    jemput berblog walking ke blog sy
    http://bit.ly/1tRuWDn

    ReplyDelete