Tuesday 23 July 2013

Home » , , » Dulu 34, Sekarang 29!

Dulu 34, Sekarang 29!

Har...saspen tak tajuk entry post kali ni...hehehe... Sebenarnya patut rasa lebih dari saspen ni...teruja, tak percaya (..tapi kena percaya :D) dan macam-macam lagi perasaan pun ada. Kali ni saya nak share kisah Pn. Hasmah yang telah berazam dan berusaha bersungguh-sungguh selama 5 bulan lebih untuk menguruskan badannya. Pn. Hasmah telah pun membuktikan tiada yang mustahil sekiranya kita berazam dan sekarang badannya sungguh gojes, dari saiz 34 telah turun kepada saiz 29 je. Jom baca apa rahsia Pn. Hasmah ni.
 
 
Ini lah saya sebelum dan selepas (sekaranglah tu)..

Berat saya masa pakai baju oren kat atas tu lebih kurang 74kg.. BMI terlebih berat badan..saya cuma nak dapatkan berat ideal je..dan sekarang berat saya lebih kurang 60kg..BMI berat normal..tinggi tak lah tinggi mane pun 159cm..rasanya dah cukup kot berat takat ni..xmo kurus lagilah sebab banyak baju lama dah tak boleh pakai kene kecikkan..huhu..

Saya mula sedar yang badan naik sejak anak ke 2 saya berumur 6bln.. selera makan membuak2.. dan badan juga bagai dipam2.. lagilah saya ni menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu, saya tak boleh nak diet beria2.. jadi saya bedal je apa makanan yang terlintas difikiran ni nak makan.. yang sangat sedihnya bila seluar Jeans saya yang saiz 34 tu dah tak muat lagi..huhu..
 
Jadi saya mula berazam nak muatkan semula seluar Jeans yang saiz 34 tu.. sebab saya sayangkan seluar tu.. dan tambah lagi saya sayangkan badan saya yang slim masa anak dara dulu.. ceh..slim ke..haha.. Jadi jom saya sharekan apa yang saya buat bermula dari bulan 3 tapi yang betul2 dietnya dari bulan 6 2011 ni lah..

  1. Saya kurangkan makan Nasi. Mula2 makan dalam jumlah yang sedikit.. ada juga beberapa bulan saya tak sentuh nasi dalam 2 bln macam tu lah.. memang susah nak biasakan tapi lama2 saya jadi terbiasa..
  2. Saya kurangkan minum air manis terutama sekali minuman dalam tin. Gula dalam minuman tin tu sangat tinggi tau..
  3. Saya kurangkan fastfood. (No KFC, No Pizza)
  4. Saya bersenam dalam rumah je.. senaman ape yang saya buat ye.. saya skipping dan saya main hullahoop yang gelung rotan gelek2 kat pinggang tu lah.. ;) memang berpeluh.. mula2 saya digelakkan oleh anak2 dan suami..huhu..
  5. Saya mula AEROBIC kat Tmn Pulai Perdana JB dah dekat sangat dengan rumah.. baru mula 2 bln.. saya ambil program "Shape Your Body"..buat ape dengan program ni.. sebab saya perlu untuk saya bentukkan semula badan saya yang dulunya gemok dengan beraerobic.. memang terbaekkk..
  6. Saya banyakkan makan sayur dan makanan yang kurang kalori seperti meehoon sup.. mula2 memang tak seleralah nak makan tapi "alah bisa tegar biasa"..
  7. Saya banyakkan minum AIR MASAK.. sebab air masak juga membantu untuk meningkatkan metabolisma badan kita..
  8. Saya KAWAL NAFSU MAKAN saya yang dulunya sangat suka makan makanan yang berlemak seperti masak lomak cili api.. haha..maklumlah saya orang N9..
  9. Saya menjalani PROSES DETOX dengan HERB-LAX SHAKLEE.. sebab untuk kuruskan badan wajib menjalani proses penyikiran toksin dalam badan dahulu supaya mudah untuk proses penyerapan vitamin berlaku..maklumlah dah hampir 30 tahun hidup perut ni pun dah macam2 terima jenis makanan..
  10. Saya ISTIQAMAH makan LECITHIN SHAKLEE sebab ia membantu untuk saya dapatkan berat idaman saya.. dan juga kalau dulu saiz jeans 34 pastu 31 dan sekarang dah saiz 29.. macam tak caye je..tapi kene percaya... ;)

Memang lambat untuk saya daptkan berat ideal dengan ketinggian saya dan ambil masa yang lama juga.. tapi dek NEKAD dan AZAM saya teruskan juga..seiringlah dengan USAHA..bukan angan2 je..

SABAR adalah kunci utama untuk DIET ni.. sebab badan nak ambil masa sehari untuk gemok dan juga badan tak ambil masa sehari untuk kurus...biar lambat asalkan selamat.
 
See? Kunci diet dan nak kurus ni adalah kesabaran, istiqamah dan disiplin serta azam yang kuat. Pn. Hasmah sendiri pun ambil masa berbulan untuk dapatkan berat badan ideal.
 
Sekiranya ada produk kurus diluar sana yang menjanjikan anda turun berat badan berkilo-kilo dalam masa yang singkat tanpa perlu berbuat apa, sila kaji betul-betul kandungan produk tersebut. Kemungkinan produk tersebut mengandungi bahan berbahaya yang menyebabkan penurunan berat badan yang mendadak, seterusnya memberi kesan sampingan kepada badan anda di kemudian hari. Buatlah pilihan yang bijak.
 
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment