Tuesday, 24 June 2014

Home » , » Tips Elakkan Clogged Duct (Bengkak Susu)

Tips Elakkan Clogged Duct (Bengkak Susu)

Pernah tak dengar pasal Clogged Duct? Bagi mommies yang menyusu secara eksklusif pastinya pernah dengar, in fact ada yang pernah alami Clogged Duct ni kan. Dalam bahasa kita selalu panggil sebagai bengkak susu.

Hanya mereka yang pernah alami bengkak susu saja yang tau peritnya.  Segala yang dibuat tak kena, ada yang sampai demam lagi dek kerana bengkak susu.


Tapi disebalik keperitan tu, kita pandang yang positif iaitu rezeki sebab susu yang banyak. Murah rezeki anak tu. Pastinya dicemburui oleh ibu yang lain yang susunya tak sebanyak mommies semua.

Walaupun bengkak susu ni dianggap normal, tapi adalah bahaya jika diabaikan dan dibiar berlarutan. So mommies kalau ada alami bengkak susu sila bertindak segera ye.

Apa nak buat bila jadi Clogged Duct ye? Mommies boleh cuba WARM METHOD ni.

1) Tuam breast dengan air suam

2) Halakan hot shower ke arah breast, sambil tu urut2 breast dengan sikat dari pangkal breast ke arah nipple

3) Buat ulang2 sampai susu terpancut. 

Ada sesetengah mommies yang tak berkesan kalau gunakan warm method ni. Yelah badan masing2 kan berbeza. Apa yang bagus untuk orang lain tak semestinya bagus untuk kita kan. So jangan risau dan sedih, boleh cuba COLD METHOD pulak. 

1) Baring atas permukaan yang rata

2) Urut breast dari pangkal breast ke arah nipple sampai susu terpancut keluar. Boleh minta bantuan hubby jika susah buat sendiri. Bersihkan lubang nipple dulu. Kadang2 susu tak keluar sebab ada lubang susu yang tertutup. Boleh letak ketulan ais untuk kurangkan rasa sakit masa urutan. 

3) Bila breast dah rasa kurang bengkak, pam breast sekosong2nya

4) Sentiasa letak ketulan ais pada breast sepanjang hari walaupun waktu tidur malam. Kalau ada ice pack lagi memudahkan.

Kalau dah kena clogged duct tu memang tak boleh nak buat apalah kan. Tapi kalau dapat elak, lebih bagus. 

Tips Elakkan Clogged Duct


1) Pastikan breast dikosongkan sepenuhnya pada setiap sesi perahan/pam.

2) Jika terasa sakit atau keras di sesuatu area breast yang disebabkan oleh Clogged Duct, cepat2 kosongkan breast samada gunakan warm atau cold method tadi. 

3) Jika tiada perubahan, segera dapatkan rawatan doktor. Jangan lupa inform doktor bahawa mommies menyusukan bayi.

4) Antara supplement Shaklee yang membantu untuk Clogged Duct adalah B Complex, Vitamin C dan Lecithin

Jika mommies kerap alami Clogged Duct, bertindaklah segera. Jangan dibiarkan berlarutan.

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment