Friday, 20 June 2014

Home » » Tips Hangat Diet Secara Berkesan

Tips Hangat Diet Secara Berkesan

Apabila berat sudah mencapai paras siling, pastinya akan rasa risau kan. Itu adalah petanda bahawa badan sedang mengalami pembesaran yang sangat giat...haha.. So haruslah berhati2 supaya tidak bertambah berat sehingga menyukarkan pergerakan macam ni..

obesiti

Owh jenuh la bila badan dah membesar macam tu... naiknya mudah yang amat...within days saja. Tapi nak menurunkannya perlukan effort yang besar, konsisten serta disiplin yang tinggi. 

Maka, bermulalah episod diet untuk mendapatkan kembali berat yang asal. Diet pun diet jugak, tapi pastikan diet dengan cara yang betul supaya mendapat kesan yang diidamkan dan kekal lama.

Ramai yang diet dengan cara yang salah dengan menahan lapar dan skip meal...sedangkan penting jika ambil makanan yang seimbang untuk diet yang lebih berkesan.
 
diet secara berkesan
 
So saya nak sharekan tips diet secara sihat.

1) Apabila mulakan usaha diet, AMBIL UKURAN BADAN seiring dengan timbang BERAT BADAN setiap hari. Jangan hanya fokus pada berat saja sebab ada sesetengah individu yang akan shape badan dulu sebelum turun berat.

2) Kena KONSISTEN dan perlukan effort yang besar dan berpanjangan, bukannya boleh dicapai dalam masa sehari. SET TARGET untuk turunkan berat badan sekurangnya 3-6bulan.

3) STAGNANT PERIOD adalah NORMAL untuk long term diet. Jangan murung dan teruskan usaha diet seperti biasa sebab badan sedang shape on. 

4) WAJIB AMBIL SARAPAN. Sarapan yang diambil akan jadi penanda aras untuk tenaga sepanjang hari. Dalam sehari kita tidur lebih kurang dalam 6-8 jam dan sepanjang tempoh tu perut jadi berasid. Sekurang2nya alas perut dengan segelas air kosong setiap kali bangun pagi untuk neutralkan asid tu. 

5) JANGAN SKIP MEAL. Apabila tahan lapar badan akan bertukar kepada "starving mood" dan akan lebih cenderung untuk makan dalam kuantiti yang banyak. 

6) Ambil NASI sekali sehari tapi dalam kuantiti yang sedikit sebab badan kita perlukan karbohidrat. Nasi adalah lebih baik daripada roti, mee dan pasta.

7) Minum AIR KOSONG yang banyak. Kuantiti air yang diperlukan oleh setiap individu adalah berbeza. So boleh ikut estimation ni, setiap 25kg perlukan 1LITER air.

8) Amalkan PEMAKANAN SEIMBANG. Lebihkan sayur dan lauk berbanding nasi. 

9) Bagi mereka yang jenis suka mengunyah/cepat lapar, MAKAN KERAP tapi dalam KUANTITI yang SIKIT. Seeloknya ambil buah2an atau makanan berkhasiat yang lain in between meals.

10) Ambil buah SEBELUM makan bukan selepas makan.

11) Boleh pertimbangkan untuk ambil MAKANAN TAMBAHAN untuk membantu menurunkan berat badan secara optimum dan berkesan.

Yang pastinya setiap usaha diet akan lebih cepat menampakkan hasil sekiranya disertai dengan senaman. Senaman 3 kali seminggu adalah digalakkan.

Ingin tahu vitamin Shaklee untuk kurus? Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment