Wednesday 8 October 2014

Home » , » Cara Melatih Anak Bercakap Dengan Betul

Cara Melatih Anak Bercakap Dengan Betul

Dalam fasa awal pertuturan di kalangan kanak-kanak, cakap pelat seringkali berlaku. Cakap pelat atau Frenulum Linguae merupakan gangguan dalam melafazkan sesuatu huruf. 

Pada usia seawal setahun, kanak sudah mulai belajar mengenali dan menyebut huruf. Namun kebiasaannya kanak-kanak akan pelat terutamanya dalam menyebut huruf R, S, F dan D. 

Ada yang beranggapan cakap pelat berpunca dari lidah yang pendek. Namun sebenarnya lidah yang pendek bukan puncanya. 

Adalah normal pada usia seawal setahun, kanak-kanak bercakap pelat. Namun cakap pelat ini adalah sementara dan akan hilang seiring peredaran masa dan meningkatnya usia kanak-kanak.

Apa yang ibu bapa boleh buat untuk mengatasi cakap pelat dikalangan anak-anak?


❤️ Ajar anak bercakap dengan betul
Ibu bapa harus menggunakan perkataan yang betul semasa bercakap dengan anak sejak bayi lagi. Elakkan bercakap pelat kerana akan berisiko tinggi menyebabkan anak bercakap pelat.

❤️ Bercakap dengan perlahan
Apabila anak bercakap pelat, ibu bapa harus mengulangi semula apa yang dicakapkan oleh anak dengan perkataan yang betul dan secara perlahan supaya anak dapat menangkap dan meniru apa yang dikatakan oleh ibu bapa dan menyedari kesilapannya.

❤️ Practice makes perfect
Jadi ajaklah anak untuk berlatih menyebut huruf yang pelat tersebut pada setiap hari. 

❤️ Geselkan cincin emas atau perak di lelangit & lidah anak
Amalkan setiap hari sambil membaca selawat ke atas Nabi.

Apapun, ibu bapa tak perlu risau sekiranya anak bercakap pelat kerana cakap pelat bukan suatu kecacatan. Anak akan cenderung bercakap secara normal setelah memasuki alam persekolahan dan bergaul dengan rakan-rakan yang lain. 

So enjoy saja dengan cakap pelat anak yang comel tu. Pastinya boleh membuatkan ibu bapa senyum sepanjang hari 😊


Berminat order produk Shaklee?
Mudah je, boleh order secara online dengan klik link di bawah:



sistem online shaklee

Ingin dapatkan produk Shaklee secara COD (cash on delivery)? 

Copp!! Nak dapatkan produk Shaklee dengan harga yang lebih murah? Jom daftar sebagai ahli.

Berminat menjana pendapat sebagai SID (Shaklee Independent Distributor)?
Pertanyaan serta penyertaan anda sangat dialu-alukan :)

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment