Wednesday, 1 October 2014

Home » , » Bahaya Jaundis Pada Bayi

Bahaya Jaundis Pada Bayi

bahaya jaundis pada bayi

Sebanyak 50% bayi yang dilahirkan cukup bulan akan mendapat jaundis iaitu kulit yang berwarna kekuningan pada hari kedua atau ketiga selepas kelahirannya. Ibu bapa tidak perlu risau kerana jaundis itu adalah normal, namun boleh menjadi bahaya sekiranya tidak diambil perhatian dan tindakan selanjutnya. Oleh yang demikian adalah lebih baik sekiranya memaklumkan perkara tersebut kepada ahli pediatrik.

Bagaimana mengenal pasti bayi mendapat jaundis?

Secara ringkasnya dengan memerhatikan kulit bayi. Pemeriksaan haruslah dilakukan dengan keadaan bilik yang terang. Tekan dengan perlahan pada hidung dan dahi bayi dan perhatikan sekiranya terdapat kekuningan pada warna kulit bayi. Namun bagi bayi mempunya kulit yang gelap, pastinya agak susah untuk memerhatikan kekuningan pada kulitnya. Jadi ibu bapa boleh memerhatikan pada mata putih, gusi atau tapak tangan dan kaki bayi. Bayi yang mendapat jaundis turut mempunyai najis yang berwarna pucat.

Kebiasaannya bagi bayi yang dilahirkan cukup bulan, jaundis ini akan hilang selepas seminggu. Bagi bayi yang dilahirkan pra-matang, jaundis akan mengambil masa yang lebih lama untuk hilang. Kebiasaannya jaundis tersebut akan hilang selepas dua bulan.

Apakah punca jaundis?

Jaundis terjadi apabila darah bayi mengandungi bilirubin yang berlebihan yang tidak dapat diproses oleh ginjal bayi yang masih baru. Bilirubin ialah salah satu bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah. Kandungan bilirubin dalam badan bayi yang baru lahir adalah lebih tinggi disebabkan bayi mempunyai sel darah merah tambahan yang berfungsi untuk mengangkut oksigen. 

Bahayakah jaundis pada bayi?

Walaupun jaundis biasa berlaku pada bayi yang baru lahir, ibu bapa tidak harus memandang ringan dan tidak berbuat apa-apa. Kajian telah menunjukkan bahawa tahap bilirubin meningkat melebihi sesuatu tahap akan menjejaskan pendengaran bayi. Bilirubin pada tahap yang paling tinggi akan menjejaskan otak, maka menyebabkan risiko kerosakan sistem saraf pada bayi.

Bagaimana merawat jaundis?

  • susukan bayi secara kerap. Sekiranya bayi kerap tidur, ibu harus mengejutkannya untuk menyusu.
  • rujuk bayi kepada doktor supaya doktor boleh menjalankan ujian darah pada bayi dan mengukur tahap bilirubinnya serta mengenal pasti punca jaundis tersebut.
  • melakukan fototerapi iaitu meletakkan bayi tanpa berpakaian atas katil dengan lampu cahaya berwarna biru dipasangkan di tepi katilnya. Cahaya ini akan membantu memecahkan bilirubin berlebihan supaya ginjal bayi dapat membuangnya.
  • melakukan terapi gentian optik dengan membalut bayi dalam selimut khas yang mempunyai gentian optik. Gentian optik tersebut akan memancarkan cahaya kecil terus kepada kulit bayi.

Jaundis adalah penyakit biasa yang bersifat sementara dalam kes-kes normal. Jaundis akan hilang dengan cepat dan tidak mempunyai kesan jangka panjang. Oleh yang demikian ibu bapa tidak perlu panik dan sentiasa merujuk kepada ahli pediatrik untuk sebarang persoalan/bantuan.


Ingin membeli produk Shaklee secara online?
Hanya klik ikon eSell di belah kanan blog ini.
order shaklee secara online

Ingin dapatkan produk Shaklee secara COD (cash on delivery)? 
Berminat menjana pendapat sebagai SID (Shaklee Independent Distributor)?
Pertanyaan serta penyertaan anda sangat dialu-alukan :)

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan

No comments:

Post a Comment