Sunday 12 October 2014

Home » , » Basic-H Pencuci Serbaguna Shaklee

Basic-H Pencuci Serbaguna Shaklee

Bukan mudah nak mencari cecair pencuci yang berkesan membersih tapi pada masa yang sama tidak merengsakan kulit, tidak menyesakkan nafas dan mengandungi bahan-bahan berbahaya. Ini kerana kebanyakan produk cecair pencuci yang berada di pasaran mengandungi bahan-bahan berbahaya tersebut. Bukan saja berbahaya kepada penggunanya malah tidak mesra alam.

Sempena hari minggu ni saya nak cerita tentang produk dari Set Get Clean iaitu Basic H. Kenapa nak share hari ni? Sebab biasanya antara aktiviti wajib pada hari minggu adalah sesi membersih rumah secara besar-besaran..kan..kan..?


basic h shaklee

Saya memang sukakan Basic H ni atas banyak sebab. Bukan semata-mata saya SID maka saya taksub dengan semua produk Shaklee, bukan. Saya pun pengguna jenama lain juga, buktinya di rumah saya ada jenama-jenama lain contohnya Sunsilk, Dettol, Darlie, Qaseh, Habbatussauda, Safi dan macam-macam jenama lagi.

Tapi untuk pencuci serbaguna dan pinggan mangkuk, saya lebih sukakan guna Set Get Clean Shaklee. Harini saya nak cerita tentang pencuci serbaguna Basic H. Yang lain-lain tu kita cerita dalam entri lain pulak ye.

So, macam yang cakap tadi saya sukakan Basic H ni atas banyak sebab.

❤️ diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu ekstrak jagung dan kelapa. Jelas sekali tanpa bahan toksin dan selamat digunakan.

❤️ cecair yang sangat pekat so hanya perlukan beberapa titik saja untuk membersih dengan berkesan. Jimat sangat tau. Sebotol boleh tahan berbulan-bulan.

❤️ menjimatkan air...sebab tak perlu dibilas pun memandangkan Basic H tak meninggalkan sebarang sisa sabun atau kesan.

❤️ serbaguna dalam mencuci apa saja, dari peralatan dapur sehinggalah ke seluruh rumah. Dah jimat jugak tak payah nak beli banyak sabun/pencuci untuk tujuan yang berlainan.

Sebelum mencuba mesti nak tengok testimoni jugak kan. Mestilah ambil tau sebab nak pastikan jugak betul ke berkesannya. Then barulah yakin nak guna.

Sesiapa yang ada anak mesti alami masalah dinding penuh dengan hasil seni anak-anak. Takyah risau boleh cuci dengan Basic H kasi bersih. Zass! Bersih macam baru di cat..hehe.

testimoni basic h

Sofa dah bertahun-tahun digunakan sampai warna berubah, malu nak tunjuk pada tetamu. Tak perlu malu lagi dah sebab boleh cuci dengan Basic H. Zass! Bersih semula macam baru beli.

testimoni pencuci serbaguna shaklee

So, berapa harga pencuci serbaguna ajaib Basic H ni? Tak mahal pun..memang berbaloi-baloi sangat. Harganya hanya RM46 sebotol. Tahan berbulan-bulan tuuu..

BAGAIMANA NAK ORDER?
Mudah je, boleh order secara online dengan klik link di bawah:
sistem online shaklee

Ingin dapatkan produk Shaklee secara COD (cash on delivery)? 

Copp!! Nak dapatkan produk Shaklee dengan harga yang lebih murah? Jom daftar sebagai ahli.

Berminat menjana pendapat sebagai SID (Shaklee Independent Distributor)?
Pertanyaan serta penyertaan anda sangat dialu-alukan :)

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

2 comments:

  1. Basic H tahan sampai 3 bulan saya pakai. Selalu guna utk cuci botol susu. Memang worth it!

    ReplyDelete
  2. Saya pun guna Basic H especially untuk suci mee kuning dan sayur-sayuran. Memang freshJom Lawat Blog Raikankasih

    ReplyDelete