Monday 6 October 2014

Home » » Tips Memilih Nama Anak

Tips Memilih Nama Anak


Saat menamakan anak yang baru lahir merupakan saat yang paling bermakna dan indah buat semua papa dan mama. Namun boleh menyebabkan pening kepala juga kerana untuk menamakan anak bukanlah semudah ABC.

Maka ramai papa dan mama yang membuat persediaan untuk memilih nama buat anaknya sejak dari awal kelahiran lagi. Sekurangnya papa dan mama mempunyai masa yang cukup untuk memilih nama anak dengan tenang dan bijak.

Terdapat beberapa tips yang boleh papa dan mama ikuti dalam proses pemilihan nama anak supaya ianya berjalan lancar dan berjaya. 

❤️ pilih nama yang unik dan indah buat anak. Pastinya nama yang unik amat bermakna kerana jarang digunakan oleh orang lain dan khas untuk anak seorang.

❤️ nama yang dipilih mempunyai makna yang baik. Dalam Islam sendiri menyarankan untuk menamakan nama anak dengan nama yang mempunyai maksud yang baik-baik. Walau seunik mana pun nama anak, mestilah mempunyai makna yang baik-baik juga.

❤️ mendapatkan beberapa pendapat atau cadangan nama daripada ahli keluarga serta kawan rapat atau buku rujukan. Pendapat luar diperlukan supaya mendapat idea-idea nama yang mungkin tidak difikirkan oleh papa dan mama. Sekiranya banyak cadangan nama yang disukai, kemungkinan papa dan mama boleh menggabungkan nama-nama tersebut.

❤️ papa dan mama harus berbincang bersama-sama supaya sepakat dalam proses pemilihan nama anak tersebut. Dengan cara ini papa dan mama akan lebih menghargai nama yang telah difikirkan bersama dan pastinya lebih seronok.

Walau apapun nama yang papa dan mama berikan kepada anak, pastikan nama tersebut membawa maksud yang baik kerana ia seumpama doa buat anak. 

INGIN BELI PRODUK SHAKLEE?
Mudah je, boleh order secara online dengan klik link di bawah:

Ingin dapatkan produk Shaklee secara COD (cash on delivery)? 

Copp!! Nak dapatkan produk Shaklee dengan harga yang lebih murah? Jom daftar sebagai ahli.

Berminat menjana pendapat sebagai SID (Shaklee Independent Distributor)?
Pertanyaan serta penyertaan anda sangat dialu-alukan :)

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment