Friday 10 October 2014

Home » » Bagaimana Cara Menangani Stress

Bagaimana Cara Menangani Stress

cara atasi tekanan perasaan

Anda selalu stress? Stress adalah respon fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang tuntutan. Stress juga diklasifikasikan sebagai tahap kesihatan mental seseorang. Dipercayai tahap kesihatan seseorang itu kurang baik sekiranya orang itu stress.

Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia pada hari ni, saya nak cerita lebih sikit tentang stress. Tau tak apa tanda-tanda stress? Penting juga nak tau ni sebabnya ada sesetengah orang yang tak sedar pun dia stress sebenarnya. 

Tanda-tanda stress

Tanda-tanda stress boleh dilihat pada 3 segi iaitu fizikal, psikologikal dan juga tingkah laku seseorang.

1) Fizikal
- kering mulut
- sakit kepala
- masalah tidur
- perubahan selera makan
- cepat letih dan lenguh-lenguh badan
- jantung berdebar-debar, gementar dan pernafasan yang laju
- sakit perut, cirit birit atau sembelit

2) Psikologikal
- gelisah, bimbang dan sentiasa resah
- cepat marah
- lemah semangat dan rendah diri
- mudah lupa
- kurang daya tumpuan

3) Tingkah Laku
- merokok berlebihan
- penyalahgunaan alkohol dan dadah
- menghadapi masalah tabiat makan
- tingkah laku agresif seperti buli dan vandalisme


cara tangani tekanan perasaan

So cuba check balik pada diri masing-masing, ada tak tanda-tanda stress pada diri. Sekiranya ada, kemungkinan anda sedang mengalami stress. Tahap mana stress tu tak dapat nak dipastikanlah. Nak kena rujuk kepada yang pakar dulu.

Pastinya stress tidak boleh dibiarkan berlanjutan kerana dikhuatiri akan menjadi semakin teruk dan memberi kesan negatif kepada diri. Stress yang teruk boleh menyebabkan kemurungan/anxiety. Jadi anda harus pandai menangani stress. Tapi, macamana cara menangani stress ni?

Cara menangani stress

1) Bersyukur dengan apa yang kita ada dan banyakkan bertenang.
2) Bernafas dengan lebih perlahan, panjang dan lebih dalam.
3) Mententeramkan diri dengan kata-kata memujuk kepada diri sendiri contohnya, “relaks lah”.
4) Banyakkan beribadat dan berzikir. Tiada yang lebih mengetahui berbanding Yang Maha Esa, jadi mengadulah kepada Dia.
5) Berkongsi perasaan dengan orang yang dipercayai seperti ahli keluarga.
6) Berurut untuk melancarkan peredaran darah dan melegakan otot leher, bahu dan kaki yang kebiasaannya akan tegang semasa stress.
7) Berehat sambil mendengar muzik yang menenangkan dan lembut. Jangan muzik yang keras atau rancak pula takut nanti semakin stress.
8) Beriadah bersama keluarga seperti berkelah, berenang, mendaki bukit, berkhemah mahupun sebarang aktiviti riadah yang disukai.
9) Bersenam kerana dapat meningkatkan pengeluaran hormon endorfin yang membantu mengurangkan ketegangan otot dan stress.
10) Sentiasa berfikiran positif iaitu melihat dan menumpukan kebaikan dalam mana-mana situasi yang negatif.
11) Dari segi pemakanan pula, anda disarankan mengambil vitamin B3, B5, B6 dan B9 yang sememangnya bagus dalam melegakan stress. 

Owh ye nak habaq mai, vitamin B Complex Shaklee mengandungi kesemua 8 kumpulan vitamin B tau. So memang baguslah kalau amalkan B Complex Shaklee ni untuk legakan stress.
bagaimana atasi stress

Jangan biarkan diri semakin dibelenggu stress. Atasinya sekarang.


BAGAIMANA NAK ORDER?
Mudah je, boleh order secara online dengan klik link di bawah:
sistem online shaklee
Ingin dapatkan produk Shaklee secara COD (cash on delivery)? 

Copp!! Nak dapatkan produk Shaklee dengan harga yang lebih murah? Jom daftar sebagai ahli.

Berminat menjana pendapat sebagai SID (Shaklee Independent Distributor)?
Pertanyaan serta penyertaan anda sangat dialu-alukan :)

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment