Wednesday, 16 January 2013

Home » , » Alfalfa Complex Mengatasi Dan Merawat Keputihan

Alfalfa Complex Mengatasi Dan Merawat Keputihan

Keputihan, juga dikenali dengan istilah Leucorrhoe atau Fluor Albus di kalangan pakar perubatan merupakan cecair yang keluar dari vagina yang dipengaruhi oleh hormon estrogen dan progesteron dalam badan wanita. Keputihan bukan saja dihadapi oleh wanita yang sudah berkahwin atau hamil, malah turut dihadapi oleh remaja dan kanak-kanak. Namun kebarangkalian remaja dan kanak-kanak mendapat keputihan adalah rendah.

Dianggarkan sebanyak 75 peratus wanita yang sudah berkahwin akan mengalami masalah keputihan. Masalah itu berlaku disebabkan wanita berkahwin telah mendapat pendedahan seksual dan ini menyebabkan dirinya mudah dijangkiti. Manakala 80 peratus wanita hamil berisiko mengalami keputihan disebabkan perubahan hormon yang berlaku ketika kehamilan dan menyebabkan wanita berkenaan mudah dijangkiti kulat.

Jenis Keputihan

Terdapat dua jenis keputihan, iaitu normal dan abnormal. Keputihan normal terjadi 14 hari sebelum haid, iaitu waktu kesuburan seorang wanita. Ia tidak berwarna (jernih), tidak mendatangkan kegatalan dan tidak berbau. Keputihan yang normal ini juga dipanggil cecair ovulasi dan menjadi petanda kesuburan seseorang wanita.

Keputihan abnormal adalah keputihan yang terjadi sepanjang masa, mendatangkan rasa gatal dan tidak selesa semasa berhubungan seksual, berwarna putih dan likat. Adakalanya keputihan berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur darah.

Punca Keputihan Abnormal

Keputihan abnormal berpunca dari keadaan vagina yang lembap, menggalakkan pertumbuhan kulat, kuman dan virus. Beberapa jenis kuman boleh menjangkiti faraj, rahim dan saluran fallopian dan sekiranya merebak akan menyebabkan kemandulan, masalah haid, kesakitan dan lain-lain.
  • Kuman - kuman bakteria jenis E-coli adalah bakteria yang sering menjangkiti kemaluan dan organ peranakan. Kuman Trichomonas menyebabkan pengeluaran lendir yang berwarna kehijauan disertai gatal-gatal dan berbau busuk. Selain itu, bakteria Gonorrhea dan Siplis juga kuman yang merbahaya.
  • Kulat - kulat Monilia atau Candida seringkali menjangkiti wanita yang sedang hamil atau menghidap kencing manis.
  • Virus - virus Herpes dan Chlamydia sering menjangkiti kemaluan dan organ peranakan.

Rawatan

Keputihan jenis abnormal seharusnya diberi perhatian dan penjagaan rapi kerana kulat yang menyerang boleh merebak dan seterusnya menyerang organ-organ penting yang lain. Oleh itu, segeralah berjumpa dengan doktor pakar bagi merawat keputihan jenis ini.
Pengambilan supplement juga amat digalakkan sebagai langkah-langkah pencegahan dan merawat sebelum keputihan menjadi lebih serius.
alfalfa complex keputihan
Alfalfa Complex Shaklee merupakan pilihan terbaik kerana Alfalfa membantu mengatasi masalah keputihan dan masalah kewanitaan yang lain.
Bertindaklah sekarang sebelum terlambat.

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment