Saturday, 12 January 2013

Home » , , » B Complex Bantu Legakan Sakit Kepala Migrain

B Complex Bantu Legakan Sakit Kepala Migrain

B Complex Bantu Legakan Sakit Kepala

Sejak kecil lagi saya sememangnya fobia menelan pil. Walau sesakit mana sekalipun, selagi saya boleh bertahan pastinya saya akan bertahan daripada harus menelan pil. Samalah juga kalau saya demam atau pun sakit kepala. Betapa teruknya fobia saya ni kan :D

Tapi apabila Panadol Solubel mula dipasarkan, saya teruja kerana saya sudah punya alternatif untuk menelannya kerana Panadol Soluble ini larut dalam air disamping rasanya yang tidak pahit memudahkan saya untuk menelan. Jadi apabila saya sakit kepala atau demam, pastinya saya akan meminta ahli keluarga membelikan Panadol Soluble tersebut untuk melegakan sakit yang saya alami. Walaupun Panadol Soluble kebiasaannya lebih untuk melegakan demam, selsema, memandangkan saya memang tak suka menelan pil, saya tetap ambil untuk melegakan sakit kepala/migrain juga. Menakjubkan ianya berkesan, mungkin kerana sudah saya tetapkan dalam fikiran bahawa ianya berkesan untuk sakit kepala. Ternyata kuasa psikologi amat hebat.

Amalan mengambil panadol ini saya teruskan semasa saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi awam sehinggalah seorang housemate yang mengambil jurusan farmasi memesan supaya memberhentikan pengambilan panadol kerana akan memberikan kesan yang tidak baik terhadap tubuh untuk jangkamasa yang panjang. Sejak dari hari itu, saya tidak lagi mengamalkan pengambilan panadol.
Baru-baru ini saya terkenang pesanan housemate saya itu ketika saya terasa sakit kepala. Saya cuba mencari sebarang artikel yang ada menceritakan tentang kesan panadol yang bahaya terhadap tubuh. Alhamdulillah secara kebetulan semasa saya mencari info di internet, saya terjumpa artikel berkenaan. Kredit kepada omaQ.org
--------

Ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…
“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.
Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.
Alternative Treatment ( Tips )
Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .
Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.
Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.
Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.
Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?
Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.
--------




Sejak saya meninggalkan panadol, kebiasaannya saya akan menahan saja sekiranya sakit kepala/migrain saya kembali. Namun setelah saya berkenalan dengan Shaklee, saya mengamalkan.pengambilan B Complex Shaklee untuk melegakan kesakitan tersebut.
asid folik

Kenapa B Complex Shaklee?

B Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B yang lengkap berikut:
  1. Vitamin B1 (Thiamin)
  2. Vitamin B2 (Riboflavin)
  3. Vitamin B3 (Niacin)
  4. Vitamin B5 (Pantothenic acid)
  5. Vitamin B6 (Pyridoxine)
  6. Vitamin B9 (Folic acid)
  7. Vitamin B12 (Cobalamin) 
  8. Biotin
Vitamin B2 (Riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitan akibat migrain. Namun, B Complex Shaklee bukanlah untuk melegakan sakit kepala/migrain semata. Selain daripada mengurangkan risiko diserang migrain, kandungan Vitamin B yang lengkap dalam B Complex Shaklee turut mencegah penyakit-penyakit lain seperti strok, depresi, mencegah anemia, membantu tumbesaran dan sebagainya. Banyak sungguh kebaikan B Complex ni. Akan saya ceritakan dalam entry yang lain nanti ye :)
Pastinya B Complex pilihan saya kerana ianya terbukti berkesan, halal, semulajadi, bebas dadah, bahan kimia, bahan pengawet mahupun perasa tiruan. Semestinya B Complex adalah penyelesaian terbaik berbanding makan ubat yang berasaskan dadah secara berterusan.
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment