16 Fakta Menarik Tentang Bayi
- Bayi tiada air mata sehinggalah mereka berusia 5 minggu, walaupun mereka menangis dan menjerit.
- Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak akan terbentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.
- Bayi mempunyai lebih tulang iaitu sebanyak 300 berbanding orang dewasa hanya 206. Kebanyakan tulang tersebut akan bercantum semasa bayi membesar.
- Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
- Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.
- Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan digantikan sepenuhnya dengan rambut baru apabila berusia 6 bulan.
- Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyian dan mengenali suara ibunya serta merta.
- Bayi mempunyai deria bau yang kuat dan boleh mengenali bau badan ibunya sebaik dilahirkan.
- Deria rasa bayi tidak terbentuk sepenuhnya semasa lahir. Bayi tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.
- Degupan jantung bayi baru lahir adalah diantara 120-160 degupan seminit berbanding orang dewasa iaitu 60-80 degupan seminit.
- Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding orang dewasa 16-20 nafas seminit.
- Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
- Bayi yang baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
- Bayi cuma mempunyai 1 lapisan kulit, sebab itulah ia mudah alah dan kemerah-merahan jika terdedah dengan losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga, suhu persekitaran yang panas dan sebagainya.
- Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan namun kebolehan tersebut akan hilang dengan cepat.
- Mendengarkan bayi muzik klasik menambahkan kepintaran bayi.
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.
No comments:
Post a Comment