Kebaikan Kolagen Shaklee, Bukan Sekadar Untuk Cantik
Hujung minggu yang lepas saya terima satu panggilan telefon daripada potential customer tentang masalah kulitnya. Customer tersebut inginkan supplement yang boleh mencantikkan kulitnya kerana menghadapi masalah kekeringan kulit. Saya cadangkan supaya customer tersebut mengambil Collagen Powder Shaklee. Namun customer tersebut menjawab "Saya taknak kolagen, saya nak cantikkan kulit".
Telah saya terangkan bahawa Collagen Powder Shaklee bukan sekadar kolagen semata dan pastinya dapat membantu untuk masalah kulit yang dihadapi. Sebelum saya bercerita lebih panjang, jom kita refresh semula info tentang kolagen.
Apa itu kolagen?
Kolagen dalam bahasa yang mudah difahami adalah tisu penyambung yang membantu dalam mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit, rambut, kuku, ligamen, otot, tulang, sendi, tendon, mata, gusi dan saluran darah.
Hakikatnya, lebih kurang 72% daripada kulit kita adalah kolagen, manakala 80% daripada tulang kita adalah kolagen.
Kepentingan Kolagen
Selain sinonim untuk kecantikan dan mengekalkan badan yang muda (awet muda), kolagen juga banyak membantu untuk meningkatkan kesihatan badan dan mencegah penyakit. Ia melindungi organ, perut, hati, jantung, paru2, saluran darah, sel otak dan sebagainya.
Kesan-Kesan Kehilangan Kolagen
- Garis2 kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, kesan bengkak bawah mata (eyes bag), penglihatan yang kabur
- Gusi yang tidak sihat
- Garis halus kelihatan pada leher
- Payudara dan punggung yang mengendur
- Kuku senang pecah, pudar dan kekuningan
- Rambut menjadi kering dan bercabang dihujung
- Liang roma menjadi lebih besar, pigmentasi, jeragat, kulit kekuningan
- Kulit hilang keanjalan dan lebih kering yang membuatkan seseorang itu kelihatan lebih tua dari umur sebenar
- Organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan
- Kehilangan kalsium, sakit belakang dan sakit sendi
Keistimewaan Kolagen dari Shaklee
Kolagen dari Shaklee yang lebih dikenali sebagai Collagen Powder berbeza dan istimewa berbanding kolagen jenama lain dipasaran kerana:
- Sumber kolagen yang lasak - Collagen Powder dihasilkan daripada sisik ikan merah yang hidup secara bebas dalam lautan sedalam 5000m dengan keadaan lautan yang bertekanan tinggi. Terdapat 2 jenis kolagen iaitu 'marine derived' dan juga 'bovine derived'. 'Marine derived' adalah 60% lebih asli dari 'bovine derived'. Atas sebab itulah kolagen dari 'marine derived' lebih mahal berbanding 'bovine derived' kerana kesannya yang lebih berbaloi.
- Jisim molekul yang sangat rendah iaitu 1000 Dalton untuk penyerapan yang unggul. Kebanyakan jenama kolagen yang lain mempunyai jisim molekul yang tinggi yang menyukarkan usus menyerap secara berkesan.
- Lebih daripada hanya kolagen. Collagen Powder menawarkan kebaikan lain yang tidak dapat dibekalkan oleh kolagen jenama lain iaitu memberikan keanjalan, mengekalkan kelembapan kulit, mempunyai bahan yang merangsang pembentukan asid hyaluronic yang memberi kesan kulit lebih tegang kerana ia berfungsi mengikat kolagen dengan serat yang elastin serta antioksidan yang tinggi. Kolagen semata pun tidak mencukupi ye.
- Tambahan tujuh ramuan aktif untuk meningkatkan keberkesanan kolagen. Selain daripada ekstrak sisik ikan merah, tujuh bahan lain yang Shaklee gabungkan dalam Collagen Powder adalah kolagen ikan, ekstrak biji Camellia Japonica, ekstrak Pfaffia, ekstrak kulit kerangan laut, Lactobacillus acidophilus, Vitamin C dan Vitamin B2 dan B6.
- Collagen Powder juga menyokong pembentukan tisu penyambung dimana ia mengandungi glukosamina (daripada ekstrak kulit kerangan laut) yang bertindak sebagai pelincir bagi sendi, menghidrat mata dan melegakan ketidakselesaan mata.
- Tiada aditif, 100% tulen, semulajadi dan selamat, tiada bahan perangsang, tiada gula, tiada bahan pengawet dan pewarna
- Mudah larut di dalam air, senang dibawa kemana2 dan mudah disediakan
- Rasa yang sangat enak apabila dicampur dengan minuman buahan kegemaran, soy protein Shaklee atau mealshake...saya sangat gemarkannya apabila dicampur dengan Cinch dan soy protein Shaklee
- Jaminan keberkesanan dalam 8 minggu serta telah menjalani ujian klinikal
Kebaikan Kolagen Shaklee
- Antipenuaan - mengurangkan kedutan dan liang roma
- Melembapkan kulit dan mengurangkan kekeringan kulit
- Mencerah, mengurangkan pigmentasi dan jeragat
- Mengembalikan keanjalan
- Meningkatkan pergerakan - meningkatkan kesihatan sendi dan kekuatan tulang
- Menyuburkan rambut, kuku yang sihat
- Menegang payudara dan punggung...ops ini pasti disukai oleh para suami :)
Tidak dinafikan, pelbagai produk, jenama kolagen yang terdapat dipasaran. Namun, anda haruslah bijak memilih hanya kolagen yang terbaik, kerana dirimu sungguh berharga.
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.
No comments:
Post a Comment