Si Manja Dan Susu
Kanak-kanak sangat memerlukan susu sejak mereka dilahirkan. Susu mengandungi nutrisi yang penting untuk tumbesaran dan perkembangan otak kanak-kanak. Jadi, tidak hairanlah jika ibu bapa sering mengeluh apabila anak mereka enggan minum susu lebih-lebih lagi selepas anak tersebut berkenalan dengan minuman lain yang dikatakan lebih sedap. Dalam hal ini, ibu bapa itu sendiri perlulah melengkapkan diri dengan pelbagai maklumat tentang susu dan mengamalkan pengambilan susu setiap hari. Dengan cara ini, barulah anak dapat mengikutnya.
Untuk pengetahuan, mineral utama yang terkandung dalam susu adalah kalsium. Kalsium inilah yang diperlukan oleh kanak-kanak untuk tumbesaran dan menguatkan tulang serta gigi mereka. Kalsium juga berperanan mengawal denyutan jantung, pengecutan otot dan penyembuhan luka.
Sebenarnya, kalsium sangat diperlukan oleh setiap orang sepanjang hayatnya. Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan lebih banyak kalsium berbanding orang dewasa. Kekurangan kalsium pada peringkat kanak-kanak akan menyebabkan tulang mereka tidak tumpat dan berkemungkinan berhadapan dengan masalah osteoporosis apabila dewasa kelak.
Selain kalsium, susu juga mengandungi vitamin A, vitamin B seperti Riboflavin, Niacin, B6 dan B12, vitamin C, Zink, Fosforus, dan Magnesium.
Di dalam susu juga ada protein. Protein berperanan membina sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh anggota badan. Protein kemudiannya akan dipecahkan kepada komponen lebih ringkas yang dikenali sebagai asid amino.
Untuk pengetahuan, dalam susu turut terkandung karbohidrat yang berfungsi membantu tubuh memperoleh tenaga yang diperlukan. Karbohidrat dalam susu mudah diserap dan dihadamkan oleh tubuh.
Selain protein dan karbohidrat, satu lagi mineral penting yang ada dalam susu ialah lemak. Ketahuilah bahawa kanak-kanak memerlukan lemak untuk membantu dalam perkembangan otak dan sistem saraf mereka. Lemak juga membantu menyerap sesetengah jenis vitamin seperti vitamin B dan C.
Susu turut mengandungi kolina (tergolong dalam kumpulan vitamin B) yang dapat meningkatkan kepintaran kanak-kanak. Ia berfungsi untuk perkembangan otak dan membantu mempertingkat daya ingatan serta pembelajaran. Kolina dirujuk sebagai vitamin ‘memori’ kerana diperlukan untuk membentuk asetilkolina iaitu pemancar neuro penting untuk bahagian memori pada otak. Hasil kajian menunjukkan bahawa peningkatan tahap kolina penting untuk memastikan perkembangan pusat pembelajaran dan ingatan sepanjang tempoh membesar.
Semasa proses tumbesaran, otak kanak-kanak berkembang dengan cepat. Apabila otak berkembang dengan sihat, sel-selnya dapat berinteraksi dengan lebih cepat antara satu sama lain dan dapat membantu dalam meningkatkan proses pembelajaran.
Susu ibu dan bayi
Susu ibu adalah makanan yang paling lengkap untuk keperluan seorang bayi sehingga berusia empat hingga enam bulan.
- Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi.
- Kandungan nutrien di dalamnya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
- Kolostrum yang terkandung dalam susu ibu menguatkan sistem ketahanan tubuh bayi.
- Susu ibu tidak mudah tercemar.
- Penyusuan susu ibu merapatkan hubungan antara bayi dan ibu.
- Susu ibu tidak perlu disediakan kerana sentiasa ada bersama ibu.
- Susu ibu mengandungi segala nutrien yang diperlukan untuk perkembangan otak bayi.
4 cara untuk galakkan anak minum susu:
- Semua orang dalam keluarga mesti minum susu.
- Jangan memaksa anak minum hanya susu putih, sebaliknya pelbagaikan perisa susu tersebut seperti dicampurkan dengan buah-buahan atau dibuat susu kocak.
- Ketika memberi anak minum susu, beritahu mereka khasiatnya.
- Jika anak tidak suka susu suam, berikan dia susu sejuk.
- Beri anak susu bersama bijirin sarapan pagi.
Info:
- Kanak-kanak berusia di bawah dua tahun tidak digalakkan diberi susu rendah lemak kecuali atas nasihat pakar pediatrik.
- Setiap kanak-kanak disarankan mengambil dua cawan susu setiap hari.
- Susu penting bukan sahaja untuk mempertingkatkan kekuatan tulang tetapi juga meningkat daya ingatan dan kecerdasan otak kanak-kanak.
- Untuk mendapatkan tulang belakang yang sihat dan kuat, kanak-kanak perlu mendapat 99% kalsium yang kebanyakannya datang daripada susu.
info dipetik dari Pa&Ma
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.
No comments:
Post a Comment