Saturday, 16 July 2011

Home » » BAGAIMANA MENGETAHUI BAYI MENDAPAT CUKUP SUSU?

BAGAIMANA MENGETAHUI BAYI MENDAPAT CUKUP SUSU?

BAGAIMANA MENGETAHUI BAYI MENDAPAT CUKUP SUSU?

Bagi bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya, anda boleh mengetahuinya dengan cara :

Hisapan Bayi

Lihat cara bayi menghisap. Jika dia berhenti selepas setiap kali menghisap, ini bermakna dia mendapat susu yang banyak dan sedang menelan susu itu. Jika dia melakukan perkara ini berulang kali (hisap dan telan) selama beberapa minit, anda akan yakin bahawa dia sudah pun mendapat susu yang banyak.

Membuang Air Besar

Beberapa hari yang pertama, najis bayi berwarna hijau gelap dan melekit. Ini dipanggil "mekonium". Pada hari ketiga, najis akan menjadi lebih cair dan kekuningan. Bayi berusia di bawah enam minggu perlu membuang air besar sekurang-kurangnya 2-5 kali dalam tempoh 24 jam. Jika terlalu jarang membuang air, sistem penghadamannya mungkin sudah kukuh. Jika najis yang keluar setiap kali membuang air besar adalah sedikit jumlahnya, bayi akan lebih kerap membuang air besar, mungkin melebihi lima kali dalam tempoh 24 jam. Jika najis terlalu sedikit, berwarna hijau, kelihatan cair dan kerap pula membuang air kecil, ini mungkin menunjukkan bayi mengalami ketidakseimbangan antara susu pertama dan susu akhir. Mungkin juga bayi mengalami sindrom terlebih susu. Ini berpunca daripada kekerapan menukar payu dara setiap kali menyusu. Dengan cara ini, bayi hanya mendapat susu cair di peringkat awal penyusuan dan tidak mendapat susu yang pekat dan kaya dengan lemak yang hanya didapati di akhir penyusuan. Dalam kes ini, biarkan bayi menyusu pada sebelah payu dara sehingga payu dara menjadi lembut dan bayi berhenti menelan susu. Kemudian, baru lah menukar kepada payu dara lain. Jika mendapati pengaliran susu terlalu banyak, beri lah sebelah payu dara sahaja setiap kali menyusu. Keadaan ini mungkin bertentangan dengan amalan anda di suatu masa dahulu. Dahulu, anda dinasihatkan memberi susu menggunakan kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Amalan ini tidak semestinya diikut kerana penyusuan pada sebelah payu dara akan mempastikan bayi mendapat segala khasiat yang diperlukan. Ingat! Susu yang keluar di peringkat awal penyusuan ialah susu pertama (foremilk) yang kaya dengan protin dan air, manakala susu yang keluar di akhir penyusuan ialah susu akhir (hindmilk) yang kaya dengan lemak. Biasanya, bayi yang berusia lebih dari tiga minggu, tidak lagi membuang air besar dengan kerap. Kadang kala, mereka tidak membuang air dalam tempoh beberapa hari, tanpa adanya tanda-tanda akan terkena sembelit. Jika bayi kelihatan sihat dan riang, perkara ini adalah normal.

Membuang Air Kecil

Bayi berusia di bawah enam minggu, sepatutnya membuang air sebanyak 7-8 kali sehari. Anda boleh mengetahuinya dengan mengira jumlah lampin yang basah. Jika memakai lampin pakai buang, jumlah lampin yang basah dan berat ialah antara 5-6. Jika memakai lampin kain, jumlahnya ialah 7-8 helai. Bagaimanapum, pada dua tiga hari selepas kelahiran, bayi hanya membuang air kecil sebanyak 2-3 kali sahaja kerana pada waktu itu, susu belum lagi dihasilkan sepenuhnya oleh payudara. Bayi yang lebih besar pula, kurang membuang air kerana pundi-pundi kencing mereka semakin matang. Bagaimanapun, air kencing mereka lebih banyak daripada bayi kecil. Air kencing bayi sepatutnya berwarna jernih dan sedikit berbau.

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment