Thursday, 14 July 2011

Home » » Penyusuan Susu Ibu

Penyusuan Susu Ibu

Penyusuan Susu Ibu

Selalu kita dengar orang kata susu ibu adalah yang terbaik untuk bayinya. Tapi tahukah kita apa sebenarnya kebaikan tersebut? Penyusuan susu ibu bukan saja membawa kebaikan kepada bayi malah para ibu. Jom baca apa kebaikan tersebut :)

Kebaikan untuk bayi

1) Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi kerana mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi dan kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
2) Susu ibu terutamanya kolostrum, menguatkan sistem imuniti bayi supaya bayi terhindar dari jangkitan (selsema, cirit birit, bronkitis dan radang paru-paru).
3) Mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
4) Mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak seterusnya membantu dalam meningkatkan kecerdikan si anak.
5) Tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
6) Tidak susah untuk disediakan kerana mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa.
7) Memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
8) Memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.

Banyak bukan kebaikannya untuk bayi? Now kita tengok pula apa kebaikannya pada si ibu.

Kebaikan untuk ibu

1) Membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat selain mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
2) Membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat. So tak payah nak makan ubat kurus etc :p
3) Mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
4) Menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya

Selain dari kebaikan di atas, penyusuan susu ibu tak memerlukan perbelanjaan memandangkan bekalan susu sentiasa ada. Ini secara tidak langsung baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.

Jadi para ibu, jangan sesekali mengalah jika diduga dalam hal penyusuan ni. Kuatkan semangat untuk bayi anda. Gambatte kudasai!

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment