Bayi selsema dan batuk lagi? Dah macam-macam cara buat, dah banyak kali ulang alik pegi klinik tapi masih tak sembuh-sembuh. Bila malam baby mengamuk tak selesa nak tidur sebab hidung yang tersumbat…ibu mana yang tak susah hati bila berhadapan dengan keadaan ni kan…
Kali ni saya nak share tips untuk merawat selsema/kahak untuk baby secara semulajadi. Tips ni saya ambil dari Persatuan Wanita Ibu Isteri Malaysia di facebook. Jom kita baca cara-caranya:
Sapuan minyak bawang putih
Sebaik-baiknya jangan beri baby makan apa-apa ubat. Buat dulu sapuan minyak bawang putih. Bawang putih adalah antibakteria semulajadi yang sangat bagus. Ambil sebiji bawang putih, cucuk dengan garfu dan bakar atas api sampai masak. Kemudian letak atas pinggan, buang kulitnya dan lenyekkan dengan minyak habbatussauda atau evoo atau vco atau minyak masak pun boleh.
Rawatan stim
Boleh guna air panas yang diletakkan dalam periuk nasi atau steamer. Atau boleh juga diletakkan dalam apa-apa bekas yang besar seperti besen atau baldi. Titikkan minyak bawang putih dalam air panas tersebut. Dan kalau ada minyak habbatussauda, boleh campurkan sekali dalam air.
Letakkan baby atas riba, tiarapkan dan pastikan muka baby menghala ke arah air panas tadi selama 10 minit supaya dapat hidu wapnya. Dalam proses ni, lagi kuat baby menangis, lagi bagus sebab kahak senang keluar. Untuk yang newborn, pastikan muka baby jangan terlalu dekat dengan wap.
Tepukan percussion
Tepuk belakang baby dengan cara tangan cupping, macam pegang bola pingpong. PASTIKAN TAK KENA TULANG BELAKANG BABY DAN PASTIKAN BERLAPIK. Tepuk di bahagian kanan dan kiri selama 5 minit untuk setiap bahagian. Elakkan tepuk di bahagian tengah-tengah badan baby kerana dikhuatiri akan terkena tulang belakang baby.
Tepukan ini untuk mengeluarkan kahak baby melalui hidung dan najis. Kalau keluar hingus, sedut atau lapkan. Kalau melalui najis, warna najis baby akan berbeza dan lebih likat daripada biasa.
Akhir sekali, lapkan peluh baby dan peluk baby supaya tenang. Kemudian sapu minyak bawang putih di dada, belakang dada, ubun-ubun dan tapak kaki.
gambar credit to Persatuan Wanita Ibu Isteri Malaysia |
Semoga ibu-ibu dapat mengamalkan tips ini dan mendapat manfaat hasil daripada perkongsian ini.
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk
penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang
pertanyaan.
Bgus2..
ReplyDelete