Wednesday 5 February 2014

Home » , » Status Halal Shaklee: Kenapa Tiada Dalam Senarai Jakim

Status Halal Shaklee: Kenapa Tiada Dalam Senarai Jakim

Walaupun sudah beberapa kali diterangkan berkenaan status halal Shaklee tapi masih ada saja pihak yang meragui. Buktinya baru-baru ini kecoh lagi soal status halal haram Shaklee berikutan tersebarnya gambar mesej yang menunjukkan Shaklee tiada dalam senarai halal Jakim. Mohon supaya pihak tersebut semak dan cari maklumat dulu sebelum menyebarkan kepada orang ramai kerana ia boleh menimbulkan fitnah.
status halal shaklee
bukan gambar sebenar, tapi ini semakan status halal yang dibuat sendiri :)
Eh biar betul...Shaklee takde dalam senarai halal Jakim? Pastinya anda terkejut dengan situasi ni. Ops...jangan buat kesimpulan dulu tanpa selidik kenapa Shaklee tiada dalam senarai halal Jakim.

Kenapa Shaklee Tiada Halal Jakim/Logo Halal Jakim?

Ini kerana Shaklee adalah produk yang dikeluarkan di USA dan sijil halal Shaklee dikeluarkan oleh ISA (Islamic Services of America). Manakala Jakim akan mengeluarkan sijil halal untuk produk-produk yang dikeluarkan di Malaysia. ISA ini adalah badan bertauliah yang bertugas mengeluarkan sijil halal untuk produk pasaran Islam di sana. ISA ni juga diiktiraf oleh Jakim.
Sememangnya Shaklee telah pun mendapatkan sijil halal untuk produk-produknya. Sijil tersebut boleh tengok di link ini:
shaklee haram ke halal
Untuk lebih yakin, boleh semak sendiri senarai badan halal luar negara yang diiktiraf Jakim di link ini:
status halal shaklee
Malah kalau kita tengok dalam website ISA sendiri untuk ada menyatakan bahawa Jakim mengiktiraf ISA, juga terdapat link ke bahagian halal Malaysia. Info lanjut boleh baca di link ini:
adakah shaklee halal
Sememangnya kita diwajibkan untuk mengambil makanan yang halal. Sebagaimana hadis Rasulullah SAW:
"Menuntut (mencari) yang halal adalah wajib ke atas setiap orang Islam. Mana-mana hamba yang tumbuh/membesar daging badannya dari makanan yang haram dan riba, maka api neraka lebih utama baginya."
- riwayat Al-Hafidz Ibnu Mardawaih dari 'Atak dari Ibnu 'Abbas r.a
Jadi usahlah kita ragu-ragu lagi soal halal haram produk Shaklee ni. Sudah terbukti bahawa Shaklee sangat menjaga reputasinya dan sensitiviti orang Islam.
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment