MITOS VAKSIN
Mitos 1: Injeksi Vaksin Tidak Begitu Berkesan
Fakta sebenar: Vaksin kanak kanak sebenarnya boleh
melindungi mereka dari pelbagai penyakit serius seperti diphtheria, campak,
jangkitan otak, tetanus dan banyak lagi. Anda mungkin tidak mengenali penyakit
sebegini kerana ia sangat jarang berlaku dan itu juga bermakna polisi pemberian
vaksin yang rutin memang berkesan menghalang kejadian jangkitan merbahaya ini.
Apabila kadar immunisasi menjadi rendah, penyakit yang boleh dihalang vaksin
akan berleluasa dan kanak kanak dan bayilah yang selalunya akan menjadi
mangsa.
Mitos 2: Kesan Sampingan Vaksin Sangat Serius
Fakta sebenar: Setiap vaksin mempunyai kesan
sampingan. Selalunya ia lebih kepada kesan yang ringan seperti demam, sengal
badan, kemerahan dan bengkak pada tempat suntikan. Ada juga yang menyebabkan
sakit kepala ,pening, keletihan dan kekurangan tenaga. Jarang jarang, suntikan
vaksin memberikan alahan yang teruk dan kekejangan saraf. Walaupun ada kesan
sampingan nampak serius, ia sebenarnya sangat jarang terjadi dan berlaku pada
segelintir kanak kanak yang tidak bernasib baik sahaja. Vaksin sebenarnya sangat
selamat berbanding dengan penyakit yang cuba di halang oleh suntikan vaksin
tersebut. Bercerita dengan doktor sekiranya anda rasa anak anda mungkin alah
terhadap vaksin kerana dos seterusnya mungkin tidak akan diberikan.
Mitos 3: Vaksin Menyebabkan Autism
Fakta sebenar: Memang
terdapat kontroversi dan debat berleluasa tentang kenyataan diatas, tetapi
setakat ini kajian saintis masih belum menjumpai kaitan yang jelas diantara
autism dan vaksin. Walaupun tanda autism kerap menjelma pada masa sama dengan
suntikan vaksin seperti measles, mumps and rubella (MMR), ia lebih kelihatan
seperti kebetulan sahaja.
Mitos 4: Vaksin Diberikan Terlalu Awal
Fakta sebenar: Vaksin kanak-kanak memberikan perlindungan terhadap banyak penyakit serius selalunya terjadi pada peringkat bayi lagi dimana risiko yang bakal dihadapi akibat penyakit ini lebih teruk dari peringkat usia yang lebih tua. Sekiranya anda bercadang untuk memberikan vaksin semasa bayi sudah besar, ia mungkin sudah terlalu lewat atau anda tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya kebaikan dari hasil suntikan vaksin tersebut.
Mitos 5: Tidak Mengapa Kalau Bayi Saya Disuntik Sesetengah Vaksin Sahaja
Fakta sebenar: Secara umumnya, ia bukan sesuatu yang
patut diamalkan. Ketiadaan vaksin mendedahkah bayi anda kepada penyakit yang
boleh membawa kesan serius. Fikirkan tentang bayi yang gagal mendapatkan
suntikan vaksin sebabkan masalah perubatan dan alahan. Satu satunya perlindungan
yang mereka ada cuma ialah kesan imunisasi (dari pemberian vaksin juga)
dikalangan mereka yang menjaga bayi tersebut seperti ibubapa, kaum keluarga dan
kawan. Sekiranya anda masih merasa sangsi tentang pemberian vaksin ini, jumpa
doktor bayi anda untuk keterangan lanjut.
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.
No comments:
Post a Comment