Monday 24 October 2011

Home » , » Tambah Susu Ibu – Antara Longan Kering, Pucuk Betik, Pil dan Prolaktin

Tambah Susu Ibu – Antara Longan Kering, Pucuk Betik, Pil dan Prolaktin

Tambah Susu Ibu – Antara Longan Kering, Pucuk Betik, Pil dan Prolaktin

“Nak banyakkan susu kena minum longan kering rebus"

“Hari2 makan pucuk betik, susu melimpah ruah!”

“Pergi farmasi beli pil Mxxxxxx ni. Ia boleh banyakkan susu”

Lepas tu…
 
Aku minum longan kering, takde apa-apa pun, susu sikit jugak”

“Lain orang lain milk boosternya..”

Susu ibu dihasilkan oleh dua jenis hormon utama iaitu prolaktin dan oxytocin. Prolaktin merangsang penghasilan susu manakala oxytocin mengawal pengeluaran susu atau let down dari kelenjar memari (kelenjar susu). Prolaktin dihasilkan oleh kelenjar pituitari di dalam otak yang ‘menggerakkan’ kelenjar susu untuk menghasilkan susu.
Level prolaktin dalam seorang wanita yang tidak mengandung dan tak menyusu adalah kurang dari 25 nanogram/mililiter. Apabila seorang wanita hamil cukup bulan, tahap prolaktin meningkat ke peringkat tertinggi iaitu 200 ng/ml, tapi pada masa ni susu masih belum keluar kerana hormon estrogen dan progesteron yang tinggi. Selepas bayi dilahirkan, hormon prolaktin menurun kepada 100 ng/ml. Bagi merangsang hormon prolaktin, di sini hisapan bayi amat-amat diperlukan. Kerana itulah ibu-ibu yang baru bersalin disarankan menyusukan bayi dalam 30 minit atau sejam pertama bagi merangsang hormon ini. Hormon estrogen dan progesteron mengalami penurunan, maka susu ibu mulai terhasil. Prolaktin juga memainkan peranan dalam mengelakkan ovulasi, oleh itulah kebanyakan ibu yang menyusu tidak mengalami period.
Oxytocin pula bertindak mengecutkan otot-otot, oleh itu ia bertindak sebagai ‘pemancut’ kepada susu badan yang dihasilkan oleh hormon prolaktin tadi. Hormon oxytocin juga penting dalam pengecutan rahim dan mengelakkan berlakunya tumpah darah selepas bersalin. Hormon oxytocin juga dikenali sebagai ‘hormon cinta’, kerana ia dilepaskan sebaik saja bayi dilahirkan, memberikan perasaan senang dan gembira kepada ibu tersebut, setelah berhempas pulas melahirkan anaknya. Hormon ini juga terhasil semasa orgasma, jadi tak hairan ada ibu yang mengalami let-down ketika bersama suami.
Pakar-pakar bersetuju bahawa hormon prolaktin distimulasi oleh HISAPAN BAYI dan mengepam (aktiviti mengosongkan payudara). Semakin kerap bayi menghisap dan ibu mengepam, semakin banyak susu badan dihasilkan. Hormon oxytocin pula berkaitan dengan emosi. Misalnya ibu mudah mengalami letdown apabila bayinya lapar, semasa dalam keadaan seronok dan bahagia.
Jadi, formula yang boleh kita gunakan —> Hisapan bayi/mengepam (prolaktin) + emosi yang ceria (oxytocin) ———–> penghasilan susu ibu
Jadi, apa pula fungsi milk booster?????
Milk booster adalah dipercayai makanan atau bahan yang boleh meningkatkan pengeluaran susu ibu. Namun, apakah benar milk booster benar-benar membanyakkan susu ibu? Mengapa sesetengah orang tidak mendapat hasil susu seperti pengamal milk booster yang lain? Benarkah milk booster bagi setiap orang tidak sama?
Salah satu sebabnya ialah yang kedua tadi – oxytocin. Ia berkaitan dengan mindset. Bila ibu berada dalam keadaan ceria, tenang, serta yakin dengan keupayaan diri untuk menghasilkan susu —> oxytocin activated! Maka apabila ibu mula menyusukan dan mengepam, letdown lebih mudah berlaku. Bila keadaan ibu stress, badan penat, rasa tertekan, hormon oxytocin juga distress… umpama banyak idea dalam kepala tapi tak boleh keluar…
Bila ibu minum rebusan longan kering tapi dalam kepala ada rasa sangsi, takut, risau… kemungkinan besar ibu tidak mendapat hasil yang diharapkan.
Bila ibu makan ulam pucuk betik tapi dalam keadaan tak suka, stress, terpaksa… kemungkinan besar juga ibu tidak mendapat hasil yang diharapkan.
Bila ibu mengambil pil hormon, hormon-hormon berkenaan ‘di-activated’ secara paksa… kemungkinan ibu mengalami pertambahan dalam penghasilan susu.
Walau bagaimanapun, ia berbalik kepada yang asas. Umpama sepohon tanaman, selain benih yang baik, untuk hidup dengan subur memerlukan tanah yang baik, air yang cukup, cahaya matahari yang cukup, udara yang kaya… Begitu juga dengan ibu menyusu (dan manusia lain juga), kita memerlukan asas yang mencukupi untuk menjadikan tubuh badan dan emosi kita sihat. Kebanyakan orang yang mengalami masalah tekanan perasaan, tubuh badan yang penat, kelihatan lebih berusia… adalah mereka yang mengalami kekurangan benda asas tersebut. Kita tengok Tun Mahathir, walaupun sudah di usia emas namun beliau masih kuat, masih gagah malah masih cerdas memberikan pendapat (dan ada blog jugak). Salah satu sebabnya ialah beliau tidak merokok, dan mencukupkan keperluan asas tubuh badan beliau.
Apakah benda asas tersebut? Ya itulah nutrisi yang lengkap dan mencukupi. Kekurangan vitamin B misalnya menyebabkan seseorang mudah hilang arah, mudah stress dan tertekan. Maka tepatlah bila sayuran hijau dikatakan milk booster – sayuran hijau yang kaya dengan vitamin B memberikan ketenangan kepada mereka, seterusnya meng-activate hormon oxytocin.Vitamin B yang lengkap juga menukarkan makanan kepada tenaga, menjadikan seseorang lebih bertenaga dan tidaklah kelesuan sepanjang hari. Bila ada tenaga, kita pun dapat buat kerja dengan gembira. Bayangkan bila kita tak penat, walaupun anak asyik melalak, kita okey saja. Bayangkan kalau kita penat, lesu, anak buat hal… rasa nak tempeleng je. Begitu juga fungsi tubuh ibu yang lain yang perlu dijaga dan dilengkapkan keperluan vitamin dan mineralnya.
Kandungan protein dalam susu ibu pula dipengaruhi oleh protein intake ibu tersebut. Ibu menyusu memerlukan protein yang cukup dalam diet harian.
Beberapa situasi susu merudum yang melibatkan hormon:
  • semasa pra-haid (sebelum period) susu merudum kerana hormon estrogen dan hormon progesteron meningkat. Keadaan ini sama seperti semasa mengandung.
  • setelah anak mulai mengambil makanan pejal kerana hormon prolaktin menurun sehingga 50 ng/ml selepas 6 bulan bayi dilahirkan.
  • hormon cortisol meningkat semasa stress dan ia perlu diatasi dengan meningkatkan hormon oxytocin agar ibu tidak stress dan lebih banyak susu dihasilkan.

Bagaimana untuk menghadapi susu merudum yang melihatkan perkara di atas:
  • Tambah dan gandakan sessi penyusuan dan mengepam. Lakukan power pumping jika perlu.
  • Dapatkan rehat yang cukup agar ibu lebih tenang.
  • Dapatkan nutrisi yang tepat dan lengkap supaya tubuh mendapat segala keperluan untuk kesihatan fizikal dan mental.

YANG PENTING IALAH MINDSET!

let down

Mindset I:
SUSU IBU ADA – walaupun sedikit, susu ibu ada. Merasakan susu ibu ‘tak ada’ menghantar mesej kepada otak bahawa susu ibu tiada dan perlu menyediakan alternatif lain.

Mindset II:
MENYUSU ITU PERLU – selepas bayi dilahirkan, paras prolaktin dalam tubuh ibu menurun hingga 50%. Sekiranya ibu tidak mula menyusukan dalam minggu pertama, kemungkinan besar paras prolaktin terus menurun hingga ke paras sebelum hamil dan bersalin. Sayang 1000 kali sayang sekiranya penyusuan dalam minggu pertama ini diabaikan.

Mindset III:
PENYUSUAN ADALAH SEMULAJADI – bukan disebabkan longan kering, pucuk betik mahupun urutan bidan. Penyusuan adalah prolaktin, dan prolaktin adalah hisapan bayi.

Mindset IV:
FEED THE MOTHER TO FEED THE BABY – susu ibu tetap berkualiti walaupun ibu kurang nutirisi. Itulah hikmah penyusuan ibu dan anugerah Allah buat ibu-ibu yang tidak bernasib baik.. misalnya mangsa kebuluran. Ibu tidak perlu risau tentang makanan bayi kerana ia sudah tersedia. Tapi itu bukan alasan untuk ibu-ibu yang mampu mendapatkan nutrisi terbaik. Umpama bandingan orang miskin yang tak mampu berkereta dengan orang kaya. Kenapa pula si kaya tak mahu beli kereta sebab “Si miskin tak berkereta pun boleh hidup”? Nutrisi yang baik dan lengkap bukan saja menjadikan ibu lebih sihat, malah lebih bertenaga dan lebih ceria. Bukankah itu lebih bagus? Feed the mother dengan ilmu penyusuan dan nutrisi yang tepat dan lengkap, agar penyusuan terhadap bayi dapat dilakukan dengan baik.

Akhir sekali ia tetap berbalik kepada rezeki… Namun begitu ibu2 ingatlah… Allah itu Maha Sempurna, setiap perkara yang dimulakan, akan disempurnakan. Jadi bila Allah dah beri kita ilham untuk menyusukan, sempurnakanlah.

Bila anda fikir anda tak ada susu/tak cukup susu… fikir sekali lagi.

p/s: Hormon prolaktin yang tinggi semasa penyusuan merendahkan hormon estrogen dan progesteron yang menyebabkan ‘bone loss’. Ini memberi risiko untuk mengalami osteoporosis (reput tulang). Jadi, kalsium juga penting dalam diet ibu yang menyusu.
  

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment