Monday, 27 August 2012

Home » » Vitamin Untuk Ibu Menyusu, Antara Pengalaman dan Kajian

Vitamin Untuk Ibu Menyusu, Antara Pengalaman dan Kajian

Vitamin Untuk Ibu Menyusu, Antara Pengalaman dan Kajian

Menurut Kelly Bonyata, IBCLC yang menulis dalam website KellyMom.com, If you eat a reasonably-well balanced diet, vitamin supplements are not considered necessary for breastfeeding mothers. Bermakna sekiranya seseorang ibu dapat mengambil makanan yang sihat lagi seimbang, vitamin tambahan dikira BUKAN KEPERLUAN semasa menyusukan anak.

Bagaimana makanan yang seimbang itu?
  • Mengambil makanan mengikut waktu – sarapan, makan tengahari, malam malam…
  • Mengambil makanan dari semua kelas makanan mengikut peratusan yang disarankan

harvard food pyramid
 
Mungkin ada yang hairan kenapa ada coffee & tea dalam Healty Plate by Harvard ni. Ini kerana kopi dan teh telah dikenalpasti sebagai rendah kalori jika diambil tanpa gula, dan beberapa ujian klinikal telah dilakukan terhadap teh dan kopi terhadap kesannya terhadap kesihatan. Pelbagai keputusan yang berbeza diperolehi, misalnya University of Chile mendapati pengambilan teh mengurangkan risiko penyakit kronik dan keradangan.. manakala NCI merumuskan bahawa teh dan kopi tidak dikategorikan sebagai penyebab atau pencegah kanser. Walau bagaimanapun, ambillah dengan kadar sederhana. Untuk kanak2 pengambilan kafein tidak digalakkan kerana ia mengandungi stimulan.
 
Bukan itu saja, Healthy Eating Plate juga menyarankan agar kita Stay Active atau mengamalkan senaman dan aktiviti fizikal untuk kesihatan yang baik.
 
Berbalik kepada keperluan vitamin, samada ibu hamil, ibu menyusu atau orang lain, mematuhi piramid makanan dan kaedah2 lain seperti MyPlate dan sebagainya adalah WAJIB.
 
Kita hendaklah memenuhi kehendak tubuh terhadap nutrient2 yang dibekalkan oleh makanan harian kita. Namun, hakikatnya tidak semua orang dapat memenuhi keperluan seperti yang disarankan.
 
Walaupun ada pendapat menyatakan semua itu tak perlu dan ibu tak perlukan makanan seimbang untuk menghasilkan susu badan yang berkualiti, namun ia harus dilihat secara holistik.
 
Misalnya ibu menyusu memerlukan sejumlah kalsium (dengan vitamin D) untuk keperluan dirinya, bukan semata2 untuk menambah nilai kalsium dalma susu (kalsium dalam susu tidak bertambah dengan penambahan kalsium yang ibu ambil). Begitulah yang dikatakan ibu tidak perlu minum susu untuk hasilkan susu, ya benar. Penghasilan susu badan tidak seharusnya bergantung kepada makanan yang diambil, kerana susu badan adalah susu terbaik meskipun ibu kekurangan zat, dan pengeluaran susu bergantung kepada rangsangan terhadap hormon yang menghasilkan susu, bukan makanan tertentu.
 
Dr Raph Laurence menulis tentang , “Most writings for the nursing mother regarding matenal diet during lactation set up complicated ‘rules’ about dietary intake that fails to consider the mother’s dietary stores and normal dietary preferences. Thus one barrier to breastfeeding for some women is the ‘diet rules’ they see as too hard to follow or too restrictive” yakni ibu yang menyusukan anak sepatutnya tidak terbeban dengan ‘kena jaga macam2′ kerana tubuh ibu semasa kehamilan telah menyediakan ‘fasiliti’ untuk penyusuan, misalnya lemak dan sebagainya. Lemak2 yang terbina semasa mengandung tu bukan saja-saja nak jadikan seseorang ibu tu gemuk, atau semata2 untuk menampung berat bayi sebaliknya satu bekalan untuk menjalani dunia penyusuan.
 
Justeru, untuk keperluan penyusuan, mengikut La Leche League, seseorang ibu itu tak memerlukan sebarang kalori yang extra kerana ia sudah tersedia.
 
Jadi sebenarnya ia haruslah berbalik kepada yang asal – setiap orang tak kira menyusu atau tidak, mengandung atau tidak, harus mempraktikkan cara makan yang sihat dan seimbang. Bila awal2 dah biasa dengan keseimbangan dalam diet, bila dah mengandung dan menyusu, tak adalah rasa “Alaaaaa teruknya nak kena makan gaya macam ni.. tak laratlahhh”.
 
Bercakap tentang realiti, berapa ramai orang yang tidak bersarapan setiap hari? Berapa orang yang tidak makan tengahari atau makan malam?
 
Dari pengalaman saya, dalam seminggu pasti ada 2-3 orang ibu menyusu yang menghubungi saya dan memberitahu ‘masalah’ diet mereka yang memerlukan support – skip meal. Kebanyakannya tidak sempat bersarapan dan makan malam, atas sebab2 tertentu. Oleh itu mereka rasa mereka memerlukan vitamin.
 
Bagi golongan ini, nasihat saya ialah cuba untuk tidak skip meals, kerana vitamin bukan pengganti makanan. Malah, vitamin memerlukan makanan untuk disintesis oleh tubuh. Misalnya vitamin2 larut lemak seperti A dan E lebih baik diserap jikan diambil dengan makanan berlemak.
 
Malah sebenarnya pengambilan vitamin ni lebih banyak membantu ibu, daripada membantu bayi secara terus. Misalnya ramai ibu yang mengadu kepenatan, kelesuan dan sering stress. Alhamdulillah, kebanyakan yang mengambil set vitamin asas yang mengandungi Multivitamin, B Complex dan Vitamin C mendapati masalah tersebut dapat diatasi. Kebaikan vitamin B dalam menangani stress telah diterbitkan dalam satu jurnal Human Psychopharmacology berdasarkan ujian klinikal yang telah dibuat.
 
Jadi samada anda rasa anda perlu atau mahu mengambil vitamin untuk ibu menyusu atau sesiapa saja, itu terpulang kepada penilaian. Nilaian yang terbaik adalah dari sendiri, walaupun mendapat nasihat dari pakar2 dan sebagainya namun diri kita sendiri yang harus bertanggungjawab dan memegang amanah menjaga diri sendiri. Terpulanglah rasa perlu atau tidak, diri kita tanggungjawab kita.. sama2 kita berusaha untuk kehidupan individu yang sihat, keluarga sihat, masyarakat sihat, negara yang sihat.
 
 
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment