Thursday, 1 October 2015

Home » , , » Tips Memilih Bisnes Bagi Para Isteri

Tips Memilih Bisnes Bagi Para Isteri

Pagi tadi kita dikejutkan sekali lagi dengan kenaikan harga petrol dan diesel. Sebenarnya sejak malam tadi lagi dah heboh tentang ni tapi dengan tersiarnya berita dalam radio pagi ni menjadikannya lebih sahih.
 
harga runcit minyak naik
 
Tidak seperti masa kenaikan harga petrol yang lepas-lepas, malam tadi suami saya tidak seperti biasa beratur di stesen minyak untuk mengisi petrol dengan harga yang asal buat kali terakhir...kepenatan kerja di siang hari mungkin. Biasanya bila dengar harga minyak nak naik je maka berpusu-pusu orang termasuklah kami ke stesen minyak pada malam sebelum hari bermulanya harga petrol yang baru.
 
Bila harga minyak naik, maka secara tidak langsung harga barangan lain pun akan naik…ini berdasarkan pengalaman yang lepas-lepas lah…walaupun bukan semua tapi ada yang terkesan seperti saya yang bergaji kecil ni.
 
Hakikatnya, itu adalah faktor sekeliling yang kita tiada kuasa untuk mengubahnya. So nak tak nak terpaksa akur dengan keadaan semasa dan menyesuaikan diri.
 
Jadi tidak hairanlah jika zaman sekarang ni ramai orang yang menjalankan perniagaan sampingan…cari side income dan tidak bergantung semata-mata dengan gaji bulanan. Para isteri sepenuh masa / bekerja pun turut aktif menjalankan bisnes untuk membantu meringankan bebanan suami...besar sungguh peranan isteri.
 
Bagi para isteri yang baru nak berjinak-jinak dengan bisnes dan masih tercari-cari bisnes yang sesuai, meh sini saya kongsikan sedikit sebanyak tips supaya anda dapat membuat pilihan yang tepat. So tidaklah anak dan suami terabai dek kerana terlalu fokus pada bisnes.

 

Tiada modal permulaan yang besar

untuk menjalankan bisnes tak semestinya perlukan modal permulaan yang besar, bergantung kepada jenis bisnes yang anda pilih. So pilihlah dengan bijak supaya tidak membebankan anda mahupun suami.
 

Tiada keperluan premis perniagaan

semua sudah maklum untuk membuka premis perniagaan perlukan modal yang sangat banyak, jadi perniagaan secara online adalah pilihan yang sangat tepat kerana anda tidak perlukan premis perniagaan, boleh bisnes dari mana-mana dan bila-bila masa yang anda mahu.
 

Tiada tuntutan masa yang banyak di luar rumah

pilihlah bisnes yang tidak memerlukan anda berurusan di luar rumah secara kerap. Pastinya anda berat hati nak tinggalkan anak dan suami lama-lama sementara anda keluar bisnes kan.

Bisnes yang stabil dan terjamin

ini adalah faktor yang tidak kurang pentingnya, haruslah memilih bisnes yang betul-betul stabil dan terjamin. Bukan sebulan dua laris, tapi masuk bulan ketiga tak nampak bayang.
Bisnes pilihan saya? Pastinya Shaklee yang sememangnya menepati kesemua kriteria di atas.
 
Walaupun anda aktif berbisnes, anda tetap boleh berada di rumah disamping anak-anak dan suami, menyaksikan anak-anak membesar di depan mata.
 
Dan jangan risau, walaupun Shaklee merupakan perniagaan MLM, Shaklee menepati syariah.
 
Minat bisnes dan nak sertai keluarga besar kami? Klik link di bawah ↓↓↓↓
 
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment