Friday, 2 May 2014

Home » » Cara Pengambilan Set Tambah Susu Shaklee

Cara Pengambilan Set Tambah Susu Shaklee

Semakin ramai ibu yang sedar tentang kepentingan penyusuan susu ibu dan tak lagi bergantung kepada susu formula semata. Ini kerana susu ibu adalah susu yang terbaik buat bayinya, dan tiada ramuan susu formula yang dapat menandingi susu ibu tu sendiri.

Namun cabaran utama dalam dunia penyusuan susu ibu adalah masalah susu tak ada atau susu tak cukup yang ramai ibu alami.

Maka ibu2 tersebut akan mencari alternatif untuk menambah susu badan. Buktinya, banyak produk tambah susu yang muncul di pasaran. Yelah, kalau tak ada demand tak mungkin ada supply kan.

Ibu2 yang berhajat ingin mengambil mana2 produk untuk menambah susu disarankan supaya berhati2 dan sentiasa membuat kajian terlebih dahulu. Ini kerana ada sesetengah produk tersebut akan memberikan kesan sampingan kepada ibu.

Kerap kali juga saya dihubungi oleh ibu2 yang mempunyai masalah susu tak ada/tak cukup ni. Mereka bertanyakan tentang set tambah susu Shaklee yang saya jual.

Sebenarnya di Shaklee tiada set tambah susu ye, yang ada hanyalah vitamin yang  disyorkan untuk membantu ibu2 menyusu lebih sihat dan bertenaga supaya dapat menghasilkan susu badan yang lebih banyak.

Suka saya menjelaskan bahawa produk Shaklee yang disyorkan bukanlah seperti ubat hormon yang mana dimakan sekali dua terus membuatkan susu badan banyak tanpa berbuat apa2. Nama pun vitamin, pastinya untuk memastikan badan mendapat bekalan vitamin yang mencukupi, sentiasa sihat dan bertenaga.

Penghasilan susu ibu berkait rapat dengan konsep demand dan supply. Kunci utama mendapatkan susu yang banyak adalah dengan sentiasa memastikan demand yang tinggi. 

Demand di sini adalah hisapan dari mulut bayi atau aktiviti mengepam. Semakin ibu kerap menyusukan bayi atau mengepam, semakin banyaklah susu badan yang akan terhasil

Tapi ibu zaman sekarang ramai yang bekerja. Balik rumah dah penat bekerja seharian, maka aktiviti mengepam kadangkala tak dapat dilakukan dengan sempurna. Kadang2 buat, kadang2 tak buat sebab kepenatan. 

Jadi di sinilah kepentingan vitamin Shaklee yang memastikan ibu sentiasa bertenaga untuk mengepam susu walaupun bekerja. 

Semoga semakin ramai ibu yang dapat menjayakan penyusuan eksklusif susu ibu selama 2 tahun. Para ibu harus ingat, semakin kerap menyusukan bayi dan mengepam, maka semakin banyaklah susu badan yang akan dihasilkan.

Hubungi saya untuk mengetahui apakah produk Shaklee yang disyorkan untuk ibu2 menyusu :)

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment