Tuesday 18 October 2011

Home » , » Pil Tambah Susu Badan

Pil Tambah Susu Badan

Pil Tambah Susu Badan

Seorang teman yang mengalami masalah kurang susu badan bertanyakan pendapat saya, adakah elok jika dia mengambil pil tambah susu badan jenis hormon. Kata saya, sekiranya awak benar2 tiada susu, dan badan awak benar2 tidak dapat hasilkan susu, awak mungkin boleh gunakan pil tersebut. Lagipun fungsi asalnya bukan untuk tambah susu, sebaliknya kesan sampingan dia menghasilkan susu badan (teringat drama Telapak Syurga semasa Norish Karman nak menyusukan anak Zamarul Hisyam, dia beli ubat keluarkan angin di farmasi dan penjual tu kata “Ubat ni boleh hilangkan angin dalam badan, tapi kesannya you akan ada susu badan).
Saya bertanya lanjut tentang masalahnya. Beliau menerangkan masalah kurang susu badan bermula sejak dia mula kembali bekerja.
  • Pam sekali sehari, kadang2 tak sempat.
  • Kadang2 breast tak bengkak pun so dia tak pam.
  • Kerja balik malam, lepas tu buat kerja rumah 
  • Stress dengan kerja dan rumahtangga
  • Selalu skip dinner sebab dah lambat sampai rumah
Katanya dia dah cuba minum teh untuk ibu menyusu yang katanya boleh tambahkan susu, ambil milk booster pil, minum rebusan longan kering, tapi masih tak ada kesan.
Saya katakan padanya, ada beberapa kesalahan yang dia kena ambil perhatian:
  1. JANGAN TUNGGU BREAST BENGKAK BARU PAM. Aktiviti mengepam itu sebenarnya yang merangsang susu, pam tu bukan semata2 untuk keluarkan susu, tapi mengepam yang efisyen akan merangsang pengeluaran susu. Menunggu breast bengkak baru menyusu/mengepam adalah satu langkah bunuh diri kerana ia akan menghantar signal ke otak bahawa ‘tiada rangsangan, jadi tiada susu perlu dihasilkan’. Itulah sebabnya susu makin sikit.
  2. Susu badan tidak dirangsang oleh pemakanan sebaliknya rangsangan yang kita beri. Mesti kena banyakkan direct feeding dan pam sekerap mungkin.
  3. Jangan skip makan. Walaupun tak menyusu, kita mesti makan ikut waktu. 

Saya nak cakap tentang stress. Stress adalah satu benda yang biasa dalam hidup kita sekarang ni. Semasa sedang sakit untuk melahirkan anak,ibu2 biasanya mengalami stress yang tinggi. Tanya lah mana2 ibu, bersalin tu memang stress, hinggakan Maryam pun mampu menggoncang batang kurma semasa nak lahirkan Nabi Isa. Semasa kita stress, hormon kortisol dan norepinephrine dalam badan kita menjadi tinggi. Hormon2 inilah yang menyebabkan kita stress. Lepas tu, bila bayi dah lahir, hormon oxytocin akan merembes keluar. Kerana itulah selepas saja baby keluar, kita akan rasa happy, hilang semua sakit kerana hormon oxytocin ni menenggelamkan fungsi hormon2 penyebab stress tadi.

Oxytocin ni penting dalam penghasilan susu ibu kerana ia menyebabkan let down, atau ‘keluarnya’ susu dari breast. Jadi, kaitan stress dengan breastfeeding ni, bila stress, hormon cortisol dan norepinephrine menjadi tinggi dan menghalang fungsi oxytocin. Tak hairanlah apabila stress, susu ibu menjadi kurang berbanding di saat ibu gembira. Selain itu stress boleh menyebabkan pelbagai penyakit kerana ia meninggikan adrenalin dalam darah sekaligus menaikkan paras glukos dalam darah.
Jadi, saya cadangkan kepada beliau untuk mengambil vitamin2 seperti berikut:

Vita-Lea – Multivitamin & mineral
- Mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral yang diperlukan oleh tubuh.
- Berfungsi mengimbangi segala bahan kimia dalam tubuh
- Menambah kepada apa2 pemakanan yang kurang dalam badan kita
- Membantu memelihara kesihatan secara umum
- Membantu penyerapan zat makanan yang kita ambil.

B-Complex
- Membantu mengatasi kelesuan
- Penting bagi kesihatan mental, membantu mencegah kemurungan
- Membantu pelepasan tenaga dari makanan
- Pengambilan gula, alkohol dan pil perancang meningkatkan keperluan vitamin B
- Diperlukan bagi sistem saraf
- Mengatasi stress
- Menukarkan gula kepada tenaga

Vita-C (Sustaine Release) 
- Fungsi sustain release adalah supaya vitamin c dilepaskan secara perlahan dan kekal lebih lama dalam badan kerana sifat vtamin C yang larut air (mudah musnah).
- Membantu meningkatkan taraf sistem pertahanan badan.
- Membina kolagen (bahan pelekat) dalam membina sel2 badan.
- Diperlukan dalam proses penyembuhan luka dan kudis
- Memulihkan selesema
- Bertindak sebagai anti kimia terhadap racun nitrat dan nitrit
- Perokok, perokok sekunder, mereka yang selalu stress dan lesu memerlukan vitamin C yang lebih
- Sebagai pelindung sel dalam menghadapi serangan radikal bebas

- Salah satu makanan tertua di dunia yang dikatan sebagai tumbuhan ajaib
- Mengandungi 8 enzim pencernaan dalam kuantiti yang mencukupi
- Mengandungi klorofil, yakni ejen deodoran dan pencegah toksik
- Mengandungi 10 vitamin, 15 mineral, gentian dan amat kaya dengan protein
- Secara tradisi diambil untuk mengatasi sakit sendi dan alahan
- Mengandungi trace minerals lebih banyak berbanding tumbuhan lain
- Digunakan sebagai penggalak susu ibu
- Mengandungi kalsium yang tinggi

Insya-Allah ia bukanlah bertujuan untuk ‘memeras’ susu agar keluar dari badan sebaliknya membekalkan vitamin2 perlu dan membantu menyeimbangkan hormon agar hormon2 yang diperlukan untuk penyusuan yakni oxytocin dan prolaktin dapat dihasilkan dengan baik, di samping itu memberikan ibu kesihatan yang baik dan susu yang bernutrisi.

Susu banyak atau susu pekat dan bernutrisi? Tepuk dada tanya selera ;)
credit

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

1 comment: