Friday 4 November 2011

Home » » Resepi Untuk Bayi Ketika Travelling

Resepi Untuk Bayi Ketika Travelling

Resepi Untuk Bayi Ketika Travelling

Perkongsian untuk para ibu yang selalu travelling. Resepi ni saya cedok dari MommyLyna :)

Dulu dengan anak pertama dan kedua, saya tak risau sangat tentang makanan semasa travelling- sebab kami jarang travel :D Maksudnya jarang bercuti atau ke luar daerah bersama-sama dengan bayi. Paling tidak, bila mereka dah besar dan dah boleh makan makanan biasa. (travelling di sini ialah berada di luar rumah untuk tempoh lebih dari sehari).

Namun, alhamdulillah, kami diberi kemudahan untuk cuti-cuti Malaysia sejak Danny berumur 50 hari. Lalu, apabila Danny mula diberi makanan pejal, haruslah saya memikirkan untuk makanannya semasa travelling. Maklum saja, bukan semudah di rumah untuk menyediakan makanannya.

Biasanya, saya dapati pilihan ibu ketika travelling:-
  • bijirin bayi segera yang boleh didapati di kedai-kedai
  • membawa keperluan untuk memasak makanan bayi seperti beras bayi, lauk bayi dan periuk untuk memasak
  • membawa makanan bayi yang dibekukan
  • dsb

Pilihan pertama, tidak samasekali kerana saya mementingkan homemade (kecuali baby crackers). Bijirin segera (biasa orang panggil nestum/cerelac) memang mudah, tapi kandungan gulanya tinggi dan boleh meninggalkan kesan ‘lendir’ dalam salur makanan bayi. Bayi lebih mudah diserang batuk. Pilihan kedua, tak berapa sesuai dengan saya, kerana kami di hotel cuma untuk tidur saja. Pilihan ketiga, pun tidak sebab saya tak membekukan makanan Danny (terutama bubur).

Lalu, saya memilih untuk makanan bayi yang lebih berkhasiat, cepat dan selamat untuk dibawa travel.
couscous
Inilah couscous, yang juga makanan ruji di beberapa negara di Utara Afrika. Ia dibuat dari gandum, khasiatnya sama seperti pasta, sangat mudah dan ringkas untuk disediakan dan sedap dimakan!
couscous pumpkin
Couscous bersama labu yang di-stim untuk makanan Danny di rumah

Cara menyediakan couscous sangatlah mudah, cuma:
  1. Sediakan cousous mengikut keperluan bayi (untuk Danny dalam 3 sudu besar) di dalam bekas/mangkuk
  2. Masukkan air panas ke dalam bekas tersebut (ratio 1 couscous 3 air)
  3. Tutup dan tunggu hingga 10-15 minit
  4. Siap!
Mudah kan? Tak perlu periuk atau sebarang bahan api. Kalau makan di restoran, sambil tunggu makanan siap, boleh siapkan makanan untuk bayi. Boleh dicampur dengan puri, lauk lain atau dimakan begitu saja. Mak budak pun boleh tumpang sekaki :D

Couscous boleh didapati di pasaraya atau kedai runcit, biasanya yang menjual makanan organik. Kena tengok label betul-betul, jangan tertukar dengan hulled millet dan quinoa sebab rupa mereka lebih kurang saja.

So, bagi ibu yang selalu bercuti bersama bayi, anda mungkin boleh mencuba couscous pula. Lebih mudah, selamat dan senang sepanjang perjalanan ;)

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment