Sunday, 6 November 2011

Home » , , » Pentingkah DHA dalam susu?

Pentingkah DHA dalam susu?

Pentingkah DHA dalam susu?

Ramai ibu bapa berlumba-lumba untuk membeli susu tepung yang mengandungi DHA. Juga tidak ketinggalan pengeluar susu juga berlumba-lumba untuk menambahkan DHA dalam susu keluaran mereka hinggakan macam-macam jenis yang dijual di pasaran, 5x DHA, lebih 5X, 10X (ada ke heeehe). Jangan tak percaya ada ibu-ibu yang terlampau obses sanggup berjam-jam membelek tin susu hanya untuk mengira berapa banyak DHA yang ada dalam susu tersebut.
 
Namun tidak ramai yang tau apa itu DHA? Pentingkah DHA? Benarkah DHA mempengaruhi kecerdasan kanak-kanak?

DHA adalah docosahexaenoic nama saintifiknya.DHA, sejenis asid lemak omega-3 poli tak tepu yang berantai panjang, dijumpai dalam setiap sel dalam badan. DHA adalah penting untuk perkembangan dan kefungsian otak, mata dan sistem saraf pusat. Semasa mengandung, janin yang sedang membesar bergantung kepada ibunya untuk mendapat DHA yang diperlukan. Ini kerana DHA diperolehi daripada makanan yang dimakan, maka kandungan DHA dalam diet seseorang ibu menentukan sebanyak mana DHA yang dapat disalurkan kepada janin. Malangnya, ramai ibu mengandung gagal mendapatkan jumlah DHA yang disyor. Di samping itu, DHA tidak terdapat dalam kebanyakan vitamin pra lahir.

Para pakar dari National Institute of Health dan International Society for the Study of Fatty Acids and Lipids (NIH/ASSFAL) mengesyorkan pengambilan sebanyak 300mg DHA setiap hari bagi ibu mengandung dan menyusu. Terdapat banyak formula susu untuk pra lahir dan bayi yang mengandungi DHA, tetapi parasnya selalunya rendah. Suplemen tambahan masih lagi diperlukan dan disyorkan.Oleh itu apa ditunggu lagi,dapatkan OMEGA GUARD dari Shaklee!
Kajian menunjukkan mengambil suplemen DHA semasa menyusu akan meningkatkan paras DHA dengan berkesan dalam susu ibu dan juga dalam darah bayi. Satu kajian yang diterbitkan dalam majalah American Journal of Clinical Nutrition keluaran Julai baru-baru ini, menunjukkan bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengambil suplemen DHA semasa empat bulan menyusu susu ibu, boleh mencapai kepintaran psychomotor (seperti penyelarasan dan menyusun atur) seawal umur 2 setengah tahun. (sumber dari Utusan Malaysia Online).
credit

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment