Friday, 28 March 2014

ESP Shaklee Hilangkan Stretch Marks, Tegangkan Breast Dan Pinggul

Amboi2 tajuk post kali ni bukan main mengancam lagi. Mana tak mengancam, pastinya golongan ibu2 ramai yang menghadapi masalah ni kan.
Bila dah beranak pinak pastinya kesan stretch mark dari kehamilan yang lepas masih berbekas kat perut tu. Juga breast dan pinggul yang dulunya tegang dan mantap semakin kendur.
Tak dinafikan bila sudah dalam keadaan ni, rasa keyakinan diri semakin lama semakin hilang. Perasaan malu dengan suami dan orang sekeliling sedikit sebanyak akan hadir dalam diri.
esp untuk stretch mark
hai risaunya bila ada stretch mark macam ni kan
Teruja nak share testimoni seorang customer yang mengamalkan ESP dan Alfalfa Shaklee.
soy protein shaklee
Niat asal mengamalkan kedua2 supplement ini sebagai milkbooster tapi turut memberikan kebaikan yang lain. Jom kita baca dulu testimoninya.
"Sentuh pasal pengalaman.. memang ESP da best.. 1stly kalo nk buat testimoni.. padam nama sy ya..
Part paling jatuh cintan habis dgn ESP..bab tegang2 nii.. seriusly ya, lepas sje sy bersalin.. perut, breast, pinggul .... ouchh!! Segan sangat nak cakap.. dgn hubby pun malu..tak ada keyakinan diri langsung..huhuu ... perut menggelebeh, pinggul jatuh.. breast kendur semacam..paling tersentap sgt hati nii.. 1 hari tuu, balik kampung.. masa bf anak.. satu  makcik sedara nii tegur sy "ish..ko nii tak jaga badan betul.. tgk te**k ko tuu.. kendurnya..boleh campak2 kebelakang", mak aii SENTAP wooo.. mana taknya.. dahlah tegurannya berbisa..tegur pulak depan anak2 dia merangkap sepupu2 ku.. suara mak cik tuu dah lah kuattt, bergema 1 rumah!!! MALU.. MALUUU sgt2.. start dari tuu try jamu2 produk mcm2.. kesan??
Hampeh..membazir duit sje.. bila start ambek ESP + ALFALFA utk milk booster...tak sangka ..!! Masalah yg menghantui diriku selesai!! Ya!! Betul.. perut tegang.. tak gelebeh dah..parut strechmark pudar..lembut sje pegang.. BREAST dan PINGGUL?? Ayooyooo mantap woo! TEGANG semacam..sampai sekarang..Tak segan lagi dah.. plg berbunga hati, bila hubby puji..susah nak dengar hubby puji tau.. bab kritik memang lalu sje... tapi bila puji tuu sampai meleleh air mata.. nii lah pengalaman best bersama ESP.. <3 ESP"
Dahsyat kan penangan ESP ni. Nak atasi masalah yang sama? Jangan berlengah lagi dan hubungi saya untuk tempahan.
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Thursday, 27 March 2014

Masalah Lazim Ketika Kehamilan

Kebanyakan ibu hamil akan hadapi pelbagai masalah kesihatan sepanjang tempoh kehamilan. Masalah kesihatan yang sementara ini akan hilang sendiri sejurus selepas bersalin. Oleh kerana itu, ramai yang beranggapan masalah ini tidak serius dan ada yang memandang ringan. Sedangkan masalah ini boleh menjadi serius sekiranya tidak diberi perhatian yang sewajarnya.
 

Antara masalah yang lazim dihadapi semasa kehamilan adalah:
 

Bengkak Kaki / Edema

Sebenarnya begkak kaki ni adalah tanda kehamilan. Bengkak kaki sahaja tanpa masalah yang lain tidak akan membahayakan ibu dan bayi dalam kandungannya. Namun sekiranya disertai dengan tekanan darah yang tinggi dan kencing kotor iaitu mengandungi protein, ini menandakan ibu itu menghidap penyakit toxemia. Pastinya boleh mengancam nyawa ibu dan bayi jika rawatan yang sewajarnya tidak diberi. Sebab tu bila routine check up kat klinik mesti ada ujian darah dan air kencing untuk ibu mengandung kan?
 
So untuk kurangkan masalah bengkak kaki ni biasanya si ibu perlu berehat yang secukupnya, kurangkan bergerak atau berdiri dalam jangka masa yang lama, dan tinggikan posisi kaki semasa tidur.
 

HB Low

HB low adalah satu lagi masalah yang selalu dihadapi oleh ibu mengandung. Tapi bila dah bersalin elok je jadi normal.

So ibu-ibu kena banyakkan ambil makanan yang mengandungi zat besi, atau boleh juga pertimbangkan untuk mengambil supplement untuk memastikan sukatan zat besi yang diperlukan mencukupi.
 

Pedih Ulu Hati / Heartburn

Pedih ulu hati ni jadi disebabkan oleh timbunan gastric acid dalam perut. Semasa hamil, perjalanan usus menjadi lebih lembap dan uterus yang kian membesar menekan pada perut menyebabkan asid perut bertakung.
 
So ibu2 sila pastikan minum susu dan makan secara sedikit dengan kerap untuk mengelakkan perut kosong. Sekiranya masalah menjadi lebih teruk, rawatan yang khusus boleh diberikan dengan memakan ubat yang mengandungi antacid seperti gelusil actal atau magnesium trisillicate. Apapun sila dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan.
 

Sakit Pinggang dan Belakang

Sakit pinggang dan belakang seringkali berlaku di kalangan ibu yang sedang hamil dan semakin teruk seiring peningkatan usia kandungan. Keadaan ini disebabkan oleh kelonggaran ligament yang mengikat tulang dan sendi, juga postur yang kurang baik akibat kandungan yang kian membesar.
 
Ibu2 boleh mengurangkan sakit tersebut dengan berehat sebanyak mungkin, kurangkan berdiri dan berjalan2. Kebiasaannya sakit ini akan hilang selepas bersalin. Jadi para suami bantulah ibu dengan mengurut2 badan ibu.
 

Tegang/Kejang Otot

Tegang/kejang otot berlaku pada peringkat pertengahan dan akhir kehamilan. Tegang otot ini mungkin disebabkan oleh kandungan hormon estrogen yang meningkatkan semasa kehamilan, juga kekurangan kalsium dalam darah.
 
Biasanya doktor akan membekalkan pil kalsium bagi mengatasi masalah ini, juga memberi manfaat kepada bayi untuk perkembangan tulang dan gigi.
 

Kulit Perut Pecah

Haish memang pening kepala la bila ada kesan kulit perut pecah ni. Juga lebih dikenali sebagai stretch marks disebabkan oleh perut yang semakin membesar semasa kehamilan. Kebiasaannya kesan stretch marks ini akan menjadi lebih teruk seiring dengan meningkatnya usia kehamilan. 
 
Berlakunya stretch marks ini disebabkan oleh dua faktor. Pertama, kandungan hormon mengandung yang menyebabkan tisu di bawah kulit menjadi lemah. Kedua, pertumbuhan dan pembesaran rahim yang merenggangkan tisu di bawah kulit mengakibatkan kulit perut pecah dan meninggalkan kesan yang buruk pada kulit.
 
Ibu2 digalakkan mengambil protein yang banyak bagi mengurangkan kesan stretch marks. Ini kerana protein menggalakkan pertumbuhan sel2 baru badan.
 

Keputihan

Merupakan salah satu masalah yang biasa dialami oleh ibu yang hamil. Keputihan ini disebabkan oleh hormon kehamilan, juga jangkitan kuman pada saluran vagina. Sangat tidak selesa jika ada keputihan ni sebab akan ada lelehan cecair dari vagina dan biasanya akan disertai oleh rasa gatal dan berbau.
 
Kuman yang kerap menjangkiti vagina ketika hamil ialah sejenis kulat yang digelar Monilia. Rawatan boleh dilakukan dengan mengambil suntikan dan juga antibiotik...bergantung kepada konsultasi doktor. Disamping itu, penjagaan kebersihan vagina hendaklah diberi perhatian yang rapi.
 

Berat Badan Berlebihan

Har ini adalah masalah yang selalu menghantui ibu yang hamil kan. Senang naik tapi nak turunkan balik macam masa zaman anak dara memang payah. Naik berkilo2 pulak tu. So ibu2 kenalah sentiasa menjaga pemakanan dan amalkan diet yang sihat dan seimbang.
 
Jom ketahui tips kurus selepas bersalin di sini.
 

Masalah Kencing

Semasa kehamilan, kedudukan kepala bayi yang menekan pundi air kencing menyebabkan ibu kerap kencing. Namun, kekerapan membuang air kencing ini juga adakalanya disebabkan oleh jangkitan kuman yang sering terjadi semasa kehamilan.
 
Maka, penting untuk ibu yang hamil untuk membuat pemeriksaan kerana dikhuatiri kencing yang kerap itu disebabkan oleh jangkitan kuman. Sekiranya kencing kerap disebabkan oleh jangkitan kuman pada pundi kencing tidak dirawat sebaiknya, ia akan merebak ke buah pinggang dan seterusnya membahayakan ibu dan bayi yang dikandung.

Masalah Tidur

Dengan keadaan dan saiz perut yang semakin membesar, masalah sukar untuk tidur lazim berlaku. Apa saja yang dilakukan serba tak kena..sakit belakang la, punggung la...maka ibu dinasihatkan supaya sentiasa bersabar dan berdoa agar diringankan kesakitan yang dialami.
 
Walaupun pelbagai masalah yang ibu tempuhi, tempoh kehamilan adalah waktu yang indah dan dinantikan oleh ibu2. Disaat kelahiran bayi yang ditunggu2, segala sakit dan penat lelah akan hilang tatkala melihat wajah bayi yang tersayang.
 
Maka, hargailah ibu masing2. Segala pengorbanan mereka tidak akan dapat dibalas dan dinilai dengan wang ringgit.
 
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Tuesday, 25 March 2014

Cara Jadi Ahli Shaklee

Shaklee bagaikan fenomena sekarang ni. Kat mana2 saja pasti akan nampak atau terdengar pasal Shaklee. Yang join ahli Shaklee pun berduyun2...sedara mara, jiran rumah sebelah pun join Shaklee.

shaklee logo
 
Lately ni saya perhatikan ramai pulak SID (Shaklee Independent Distributor) yang offer free membership. Ada seorang rakan yang memberitahu, modus operandi (chewah... rasa macam abang polis bila cakap macam ni...hehe) mereka biasanya dimulakan dengan menawarkan free membership. Sesiapa yang ditawarkan sebegitu pastinya tidak akan berfikir panjang lalu memberikan segala details info untuk urusan pendaftaran sebagai ahli.
 
Namun sesudah didaftarkan sebagai ahli, SID tersebut memberitahu bahawa bayaran diperlukan untuk mengaktifkan ID Shaklee dan seterusnya membolehkan ahli baru tersebut login ke sistem online Shaklee. Ahli tersebut pun terpaksalah membuat pembayaran. Yelah...dah kalau ID tak aktif, tak guna juga daftar sebagai ahli kan..

Adakah perlu bayaran untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee?

Ye, memang ada bayaran untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee. Tak mahal pun..hanya RM65 sahaja seumur hidup.
 
Anda akan dibekalkan dengan member kit yang penuh dengan info tentang produk, insentif2 yang ditawarkan Shaklee kepada SIDnya, juga marketing plan Shaklee yang adil dan pastinya menepati syariah.
 
Sekiranya anda memerlukan member kit tersebut dihantar terus ke rumah anda, kadar rata untuk kos penghantaran sebanyak RM10 (Semenanjung) dan RM20 (Sabah/Sarawak) akan dikenakan.

Best ke jadi ahli Shaklee ni sampaikan berduyun2 orang yang join? Haish mestilah best...jom baca kelebihan menjadi ahli Shaklee di sini.

Jangan berlengah lagi.

daftar ahli shaklee
 
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Thursday, 20 March 2014

11 Tips Menguatkan Daya Ingatan

Tercari-cari tips untuk menguatkan ingatan? Jom baca dan amalkan tips ni..
 
kuatkan ingatan
 

1) Amalkan Tidur Yang Cukup

Lebih kurang 1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur tetapi ada juga yang suka tidur lewat. Bila dah tidur lewat badan pun akan letih sebab tak mendapat rehat yang mencukupi. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat dan data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru.
 

2) Bersenam

Bersenam dapat menggerakkan otot-otot badan dan seterusnya melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan juga akan menjadi lebih baik. 
 

3) Elakkan Kemurungan

Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup tidak ceria menyebabkan sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Jadi sentiasalah berfikiran positif dan yakin setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Pastinya diri akan rasa lebih baik.
 

4) Mengawal Tekanan

Tekanan hanya akan membuat jiwa jadi tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan terganggu. Seseorang yang tertekan akan lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran, tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan terjejas. Oleh itu, kawal tekanan sebaiknya dengan bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.
 

5) Belajar Sesuatu Yang Baru

Cuba aktifkan pemikiran dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya menghadiri kursus kemahiran jangka pendek, ceramah dan motivasi.
 

6) Banyak Membaca

Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajamkan daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung dalam bahan bacaan.
 

7) Katakan Berulang Kali

Untuk meningkatkan ingatan tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga benar-benar ingat akan maklumat tersebut.
 

8) Fokus

Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya sering fokus dalam sesuatu perkara. Contohnya matlamat hidup. Anda dapat menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.
 

9) Bermain Dengan Angka

Asah minda secara bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan. Selain itu, anda boleh menghubung kaitkan angka dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.
 

10) Membaca Al-Quran

Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.
 

11) Makanan

Amalkan mengambil makanan yang baik untuk menguatkan daya ingatan. Berikut adalah contoh makanan yang boleh diamalkan:
  • Manisan madu lebah asli
  • Air Zam zam
  • Kurma/Tamar
  • Susu Segar
  • Kismis
  • Halia
  • Kekacang
  • Kuning Telur 
 
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.