Friday, 6 June 2014

Kelebihan Bisnes Online

Harini saya bersiaran di salah satu lokasi pelancongan yang femes di Malaysia...owh excited sungguh daku bercuti2 di awal2 bulan ni :) 

Alhamdulillah sudah selamat sampai walaupun hujan melanda sepanjang perjalanan ke sini. Baru saja check in hotel ni.  

Sambil2 baring rehat lepaskan penat duduk lama dalam kereta sejak awal pagi, saya ambil masa sikit untuk update blog.

Kalau dah cinta, pasti di mana2 pun, apa saja yang kita buat mesti dapat luangkan masa untuknya kan. Samalah dengan rasa cinta saya pada bisnes ni. So pergi bercuti bukanlah alasan untuk bisnes tetap berjalan dengan lancar.

Kan ke sekarang ni zaman teknologi. Segalanya dihujung jari. In fact saya update blog ni pun dengan handphone je.

Itulah kelebihan bisnes online. Jangan dipandang remeh, alaa...bisnes online je pun...asik2 iklan kat fb, blogspot je pun. Untung tak sebanyak mana pun...

Owh itu tanggapan yang salah. Saya sendiri sudah merasanya dalam bisnes Shaklee yang saya jalankan secara online. 4 angka bonus pasti akan masuk setiap pertengahan bulan. Setiap bulan ye bukan one time income.

Dikala orang lain sedang berkira2 setiap kali nak belanjakan duit, yelah nak kena survive sampai hujung bulan tu sementara nak tunggu duit gaji. Alhamdulillah saya dapat duit tambahan belanja.

Antara kelebihan bisnes online:
- tidak perlukan premis perniagaan untuk jalankan bisnes. Hanya perlukan laptop dan line internet saja untuk berbisnes. Kalau ada handphone yang ada akses internet pun dah boleh.
- bisnes secara mobile. Kat mana2 pun boleh bisnes, nak bercuti kemana2 pun takde masalah dan tak perlu risau. Sangat berbeza dengan bisnes yang perlukan premis perniagaan. Yelah kena buka setiap hari...mana boleh suka2 nak cuti nanti customer marah.
- bilamana tak ada premis perniagaan makanya tak perlulah nak bayar sewa kedai kan. Rata2 kadar sewa kedai sangatlah mahal. So setiap bulan dapat untung bersih, kalau ada kos pun hanya untuk langganan bulanan internet.
- tidak perlu gajikan pekerja. Segalanya saya buat sendiri. Dari urusan membuat marketing, tempahan, juga consultation dengan customer. Namun urusan penghantaran barang tempahan ke kawasan yang jauh saya serahkan kepada Shaklee. COD hanya di kawasan berdekatan saya saja.

Okeylah nak keluar berjalan2 pulak dah ni. Nanti saya post entry pasal percutian ni pulak ye..hehe

Nak buat bisnes online macam saya? Hubungi saya sekarang.

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Wednesday, 4 June 2014

Testimoni Vitamin E Untuk Kulit Cantik

Semalam saya dah share tentang khasiat Vitamin E dalam kehidupan suami isteri. So entry hari ni pulak adalah tentang khasiat Vitamin E untuk kecantikan.

Sepertimana yang diketahui, Vitamin E memang sinonim dengan kecantikan. So sememangnya Vitamin E amat popular dikalangan pengguna wanita. Tapi jangan fikir tak ada kaum lelaki yang ambil Vitamin E untuk kecantikan, ada tau.

Vitamin E bagus untuk awet muda (anti penuaan) kerana mampu memulihkan tekstur dan tona kulit, membantu mengekalkan kelembapan kulit dan mengelakkan masalah kulit yang lain seperti berminyak, kekeringan, kegatalan dan merekah.

Selain itu, bagi sesiapa yang belum tau. Sebenarnya Vitamin E juga boleh bertindak sebagai sunblock untuk mengelakkan sunburn tau. Tapi ia haruslah diambil bersama2 dengan Vitamin C.

Jom kita baca testimoni pengguna setia Vitamin E Shaklee.

vitamin e shaklee

testimoni vitamin e shaklee


So tadi kita dah tau yang Vitamin E elok diambil bersama2 dengan Vitamin C untuk mengelakkan sunburn. 

Tapi sebenarnya Vitamin E juga elok diambil bersama2 Collagen Powder untuk hasil kulit yang marvellous! Hanya mereka yang dah ambil je yang tau :)

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Tuesday, 3 June 2014

Vitamin E Meriahkan Kehidupan Suami Isteri

Wah2 bestnya bulan ni promo Vitamin E pulak. Memang timing yang tepatlah bulan ni promo Vitamin E yang juga dikenali sebagai vitamin cinta ❤️❤️

vitamin e

Bulan ni sangat bermakna buat saya sebab kebetulan bulan ni bulan anniversary saya yang kelima. Pejam celik pejam celik, cepat sungguh masa berlalu. Rasanya macam baru semalam je kami diijab kabulkan sebagai suami isteri yang sah. Semoga jodoh kami berkekalan hingga ke Jannah.. Amin...

Kenapa ye Vitamin E ni diberi jolokan vitamin cinta? Sebab Vitamin E membantu mengatasi masalah hubungan intim antara pasangan suami isteri. Vitamin E membantu meningkatkan LIBIDO (keinginan seks).

Suami isteri boleh mengambilnya tanpa rasa ragu2, malah lebih selamat dan mempunyai kebaikan yang lain. Daripada ambil bahan perangsang lain yang dah tentu mengandungi bahan2 terlarang, lebih baik ambil Vitamin E Shaklee ni.

Uniknya Vitamin E Shaklee ni adalah kerana turut dilengkapi dengan selenium untuk kesan pengambilan yang optimum. Vitamin E tanpa selenium adalah bahaya kerana boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka masa yang panjang. 

So sapa2 yang amalkan Vitamin E selain Shaklee, cepat2lah check label botol Vitamin E anda ye. Pastikan ia turut dilengkapi oleh selenium.
Saya dan suami memang mengamalkan Vitamin E Shaklee. Alhamdulillah kami sangat bahagia..hehe...tak boleh cerita lebih2 sebab 18sx :D

Harga sebotol Vitamin E Shaklee? Hanya RM149. Sebotol tahan 4bulan pulak tu. So memang jimat.

Memandangkan bulan ni adalah bulan promo Vitamin E, maka sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk mendapatkannya. 

Dengan pembelian 6botol Vitamin E secara automatiknya anda layak:
- membeli dengan HARGA AHLI yang mana lebih murah dalam 25% daripada harga retail...super duper jimat tuu..
- mendapat FREE MEMBERSHIP...jimat lagi RM65 tau...
- mendapat FREE 1 BOTOL VITAMIN E...jimat lagi RM149!

Cuba kira sendiri berapa total penjimatan yang anda dapat. Memang berbaloi2 :)

------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

Monday, 2 June 2014

22 Cara Menjaga Anak Dengan Betul

tips penjagaan anak

1) Jangan pukul anak dari lutut ke atas
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”..
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.