Thursday 13 November 2014

Home » » Puding Karamel Bajet

Puding Karamel Bajet

Semalam waktu lunch ada penjual datang buka meja jualan di kafe bangunan office. Ternampak puding karamel yang dijual buatkan terliur so belilah sebekas. Dah habis sebekas rasa macam tak cukup pulak, yelah saiz bekas dadih yang orang jual di pasar malam tu...kecil je pun. 

Memandangkan asyik teringat je puding karamel so malam ni juga gigih buat puding karamel. Nasib baik bahan-bahan yang diperlukan sememangnya ada di rumah.



Puding karamel yang saya buat ni paling bajet rasanya kot sebab tak perlukan bahan yang banyak. Resepi puding karamel paling simple dan mudah. Penyediaannya pun ringkas dan tak ambil masa yang lama.

Bahan-bahan
3 biji kuning telur
2 biji telur
1 tin susu
1 sudu teh esen vanila
7 sudu gula pasir
1/2 cawan air

Cara membuatnya
1) Masak gula sehingga perang, kemudian masukkan air. 
2) Masukkan gula dalam bekas untuk kukus puding. Biarkan gula sejuk. 
3) Panaskan susu dengan api sederhana sehingga berbuih kecil di tepinya, jangan sampai mendidih.
4) Masukkan telur dalam bekas lain dan kacau dengan esen vanila. Kemudian masukkan susu yang dipanaskan. Kacau rata.
5) Tuang dalam bekas yang ada gula tadi, tutup bekas tersebut dan kukus selama 45 minit.
6) Selepas masak, sejukkan sekejap pada suhu bilik sebelum keluarkan puding dari bekas pengukus. 

Hasilnya..

Puding ni sedap kalau makan sejuk-sejuk so simpan sekejap dalam peti ais sebelum makan. Tapi tadi tak dan nak simpan dalam peti ais dah ngap sepinggan..hehe.

Alamak makan puding malam-malam macam ni nak kena telan Lecithin dengan Alfalfa ni.


Nak order produk Shaklee?
Mudah je, boleh order secara online dengan klik link di bawah:
sistem online shaklee

Ingin dapatkan produk Shaklee secara COD (cash on delivery)? 

Copp!! Nak dapatkan produk Shaklee dengan harga yang lebih murah? Jom daftar sebagai ahli.

Berminat menjana pendapat sebagai SID (Shaklee Independent Distributor)?
Pertanyaan serta penyertaan anda sangat dialu-alukan :)

------------------------------------------------------------ 
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

5 comments:

  1. haii..salam perkenalan...
    nampak sedap puding karemal dan cara penyediaan pun mudah dan ringkas..tq sudi share resepi.

    ReplyDelete
  2. saya pun suka puding telur karamel ni. memang jadi feveret la. nak buat pun senang je.

    ReplyDelete
  3. arwah mak saya suka buat puding ni dulu. Sayangnya sebab saya tak belajar dari dia. Apapun, saya memang sangat2 suka puding ni.

    ReplyDelete
  4. nampak sedap, kena order le nampaknya

    jom sertai peraduan TONTON DAN MENANG SIRI 2

    ReplyDelete
  5. sedapnyaaaaaa tapi saya prefer pakai susu pekat sbb lagi creamy hehe

    ReplyDelete