Thursday, 7 August 2014

Home » , » Cara Pengurusan Susu EBM

Cara Pengurusan Susu EBM

EBM bermaksud expressed breast milk iaitu susu ibu yang diperah atau dipam untuk simpanan atau diberikan kepada bayi. Kebiasaannya bagi mommies yang bekerja memang kena kerap sediakan EBM ni supaya bayi tetap dapat menyusu susu ibu, juga dapat pastikan susu ibu terus dihasilkan.
 
Bagi mommies yang pertama kali menyusukan bayinya, mesti ada perkara atau soalan yang kurang pasti dalam pengendalian EBM seperti berapa lama EBM boleh disimpan, bagaimana cara nak menyimpan EBM, bagaimana cara cairkan EBM dan pelbagai isu yang lain.
 
So entri kali ni saya nak sedikit sebanyak info bagi memberi lebih kefahaman bagi mommies cara pengendalian EBM yang betul. Semoga mommies mendapat manfaat dari sharing ini :)
 

Tempoh Penyimpanan EBM

Mommies boleh refer pada jadual ringkas tempoh masa penyimpanan EBM yang saya ambil dari website http://kellymom.com/. Sebaiknya mommies print dan tampalkan di mana-mana tempat yang senang nampak i.e pintu peti ais.

Jadual Cara Pengurusan Stok Susu EBM
 

Cara Menyimpan Susu Perahan

 
1. Gunakan Bekas atau Plastik Yang Kecil
Simpan susu perahan dalam bekas atau plastik yang kecil. Seeloknya bekas tersebut boleh memuatkan 1-4 Oz sahaja bagi memudahkan penyimpanan dan mengelakkan susu terbazir. Bagi EBM yang ingin dibekukan lebih sesuai sekiranya menggunakan bekas plastik manakala bagi EBM yang ingin disimpan dalam bentuk 'chill' sahaja lebih sesuai disimpan dalam botol plastik kerana mudah dipanaskan.
 
Contoh kaedah menyimpan susu perahan ataupun juga dikenali sebagai EBM
 
 
2. Catat Tarikh Setiap Perahan
Setiap kali memerah susu, catatkan tarikh perahan pada sticker putih dan lekatkan pada setiap bekas. Sangat penting untuk memudahkan mommies mengetahui expiry date setiap stok susu tersebut. Pastinya mommies taknak berlaku kejadian terbagi bayi susu yang sudah expire bukan?
 
3. Cara Cairkan Susu Beku
Untuk mencairkan susu yang beku, keluarkan daripada freezer dan letakkan di bahagian fridge supaya ianya cair perlahan-lahan. Atau boleh juga letakkan dibawah air paip yang mengalir supaya susu yang beku tersebut cair lebih cepat. Elakkan dari mencairkan susu dalam suhu bilik contohnya, letak susu atas meja di dapur atau di sinki.
 
4. Cara Campurkan Susu Perahan
Kalau nak campur susu perahan (pada hari yang sama sahaja), pastikan kedua-dua susu berada pada suhu yang lebih kurang sama.
  • Perah waktu pagi dapat 2 Oz., perah waktu tengahari dapat lagi 2 Oz. Kalau nak campur kedua-dua perahan tersebut, pastikan suhu keduanya adalah sama.
  • Susu yang diperah pagi tadi dah letak dalam peti sejuk. Susu yang diperah petang tak boleh terus campur dengan susu pagi tadi. Sejukkan dulu susu petang tersebut. Lepas dah rasa suhu lebih kurang je, baru boleh campur.
 
5. Cara Panaskan Susu Perahan
Panaskan botol susu (yang dah dicairkan) di dalam bottle warmer atau rendamkan di dalam air panas. Jangan sesekali panaskan susu menggunakan microwave oven ataupun secara terus dengan menggunakan api dapur kerana suhu yang terlalu panas boleh menghapuskan nutrisi dalam susu ibu yang kaya dengan khasiat. Sekiranya terdapat baki susu, sila pastikan baki susu tersebut diminum semula dalam masa 1-2 jam sahaja.
 
Cara Memanaskan Susu EBM Dengan Kaedah Rendaman
 
 
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di feeza.k@gmail.com atau 0133602633 untuk sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment